180 likes | 434 Views
Perakaunan Antarabangsa. Kesan Budaya dan Agama. Tiga Cara Perakaunan Antarabangsa Boleh Didefinisikan. Sejagat @ Perakaunan Dunia -mempertimbangkan isu-isu berkaitan perlaksanaan keseragaman set peraturan perakaunan seluruh dunia. Perbandingan @ Perakaunan Antarabangsa
E N D
Perakaunan Antarabangsa Kesan Budaya dan Agama
Tiga Cara Perakaunan Antarabangsa Boleh Didefinisikan • Sejagat @ Perakaunan Dunia -mempertimbangkan isu-isu berkaitan perlaksanaan keseragaman set peraturan perakaunan seluruh dunia. • Perbandingan @ Perakaunan Antarabangsa - perbezaan-perbezaan amalan perakaunan kewangan oleh negara-negara yang berbeza. • Induk- Perakaunan Subsidiari (anak syarikat) Asing -amalan yang digunakan dalam menggabungkan penyata kewangan entiti induk dengan subsidiari luar negara.
Dua Model Utama Bagi Perakaunan Kewangan. • Model Anglo-Amerika - sangat kuat dipengaruhi oleh badan-badan perakaunan profesional berbanding kerajaan, menekankan kepentingan pasaran modal, menekankan ‘adil dan saksama’,menekankan substance over form. • Model Benua Eropah - Pengaruh daripada profession perakaunan yang agak kecil, sedikit kepercayaan terhadap ‘adil dan saksama’, pengaruh yang kuat daripada kerajaan.
Alasan-alasan Perbezaan Perakaunan Antarabangsa. • Asas undang-undang dan sistem politik • Sistem cukai • Tahap pendidikan • Tahap pembangunan ekonomi • Sifat milikan perniagaan dan sistem kewangan • Warisan penjajahan • Percukaian • Budaya • Sejarah • Bahasa • Agama
Kesan Budaya Kepada Sistem Perakaunan • Budaya memberi kesan kepada sistem perundangan, sistem cukai dan cara perniagaan di bentuk dan dibiaya dll. • Budaya digunakan untuk menerangkan perbezaan-perbezaan dalam sistem sosial. • Budaya merupakan satu ungkapan tentang norma-norma, nilai-nilai, dan adat-adat yang menggambarkan ciri-ciri kelakuan/gelagat yang diamalkan.
Samb-Kesan daripada Budaya • ‘Budaya’ merujuk kepada masyarakat secara keseluruhan atau bangsa. • ‘Sub-budaya’ digunakan di peringkat organisasi, profesion dan keluarga. • Perbezaan sistem perakaunan antarabangsa berlaku salah satunya adalah disebabkan oleh faktor budaya.
Dimensi budaya Hofstede’s • Empat asas dimensi masyarakat yang menetapkan kedudukan sesebuah negara: • Individualisme • Jurang kuasa • Mengelak Ketidakpastian • Kemaskulinisme / Kegagahan
Individualisme vs Kolektivisme • Menunjukkan darjah kebergantungan sesama individu dalam sesebuah masyarakat - individualisme- merujuk kepada kecenderungan mengekalkan ikatan hubungan sosial yang longgar, yang mana individu hanya mementingkan diri sendiri dan keluarga terdekat sahaja - kolektivisme menunjukkan ikatan sosial yang kuat dimana ahli keluarga, puak, dan kumpulan- kumpulan dalaman saling memerlukan satu sama lain.
Jurang kuasa • Jurang kuasa ialah sejauhmana ahli-ahli sesebuah masyarakat menerima bahawa kuasa dalam institusi-institusi dan organisasi-organisasi dibahagikan secara tidak sama rata. • masyarakat dengan jurang kuasa yang besar menerima susunan kedudukan hirarki yang mana setiap orang mempunyai tempatnya sendiri. • masyarakat dengan jurang kuasa yang kecil berjuang untuk mendapatkan kesamaan kuasa.
Mengelak Ketidakpastian • Darjah dimana ahli-ahli masyarakat merasa tidak selesa dengan ketidakpastian dan keraguan. - masyarakat yang mempunyai darjah mengelak ketidakpastian yang kuat; mengekalkan kod kepercayaan dan tingkah laku yang rigid (tetap). - masyarakat yang mempunyai darjah mengelak ketidakpastian yang lemah; mengekalkan atmosfera yang lebih relax dimana praktis lebih diambil berat berbanding prinsip.
Maskulinisme vs Femenisme • Menunjukkan cara masyarakat meletakkan peranan-peranan sosial: - maskuliniti menunjukkan kecenderungan kepada pencapaian, sifat kepahlawanan dan sifat mendesak, dan mementingkan kejayaan material. - feminiti menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan perhubungan, kesopanan, mengambil berat pada yang lemah, dan mementingkan kualiti hidup.
Dimensi sosial dan sub-budaya perakaunan • Sistem nilai para akauntan terhasil daripada nilai-nilai masyarakat yang berada di sekelilingnya. • Nilai-nilai sub-budaya perakaunan akan memberi impak kepada perkembangan sistem perakaunan tertentu pada peringkat nasional pula. -bolehkah sistem perakaunan dibangunkan dengan pendekatan ‘satu saiz untuk semua’?
Kesan agama terhadap sistem perakaunan • Agama menjangkaui sempadan antara negara. • Agama memberi kesan ke atas pengharmonian global standard perakaunan. • Hamid, Craig dan Clark (1993) menyelidik bagaimana budaya-budaya Islam gagal meliputi praktis perakaunan Barat. - Memenuhi kepercayaan Islam memberi kesan kepada struktur perniagaan dan kewangan. - Kebanyakan praktis perakaunan Barat tidak sepadan dengan prinsip-prinsip Islam.
Kesan agama terhadap sistem perakaunan – samb… • Agama memberi kesan kepada bagaimana manusia menjalankan perniagaan dan bagaimana mereka membuat keputusan, seperti: - Islam membenarkan hutang tetapi mengharamkan pembayaran faedah atas hutang atau pinjaman. - Objektif Barat yang mengamalkan pembuatan keputusan ekonomi yang rasional (rational economics) mungkin bukanlah objektif yang sesuai bagi sesetengah negara.
Kesan agensi antarabangsa • Contoh agensi atau badan-badan yang memberi kesan kepada polisi perakaunan sesebuah negara: - syarikat-syarikat multinasional. - firma-firma perakaunan antarabangsa. - organisasi kewangan yang besar eg:Bank Dunia - Pertubuhan Standard Perakaunan Antarabangsa (IASC).
Pengharmonian Perakaunan • Pengharmonian merujuk kepada suatu proses yang diusahakan bagi menjadikan standard-standard perakaunan yang diamalkan oleh negara-negara yang berbeza seperti seserupa yang boleh/ menjadi sama. -Tidak termasuk standard mutlak. • Australia adalah salah satu negara yang memulakan program untuk pengharmonisasian standard-standard dengan standard IASC.
Halangan-halangan Kepada Pengharmonian • Kesan perbezaan standard: - persekitaran perniagaan - sistem undang-undang - budaya - persekitaran politik di negara-negara yang berbeza • IASs adalah sangat kuat dipengaruhi oleh Anglo-Amerika • Kesesuaian IASs kepada sesetengah negara dipersoalkan.
Hujah yang menyokong keharmonisasian perakaunan • Mempromosikan tarikan modal asing. • Lebih murah bagi negara-negara membangun untuk mewujudkan sistem perakaunan kebangsaan. • Mengurangkan kos bagi syarikat-syarikat yang mendaftar di bursa saham antarabangsa. • Meningkatkan kebolehbandingan antara entiti-entiti yang beroperasi di negara-negara yang berlainan. • Membolehkan syarikat multinasional mengkoordinasikan usaha mereka dan penggabungan penyata kewangan yang lebih efisien.