260 likes | 929 Views
Sumber sejarah. Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak , fosil , dokumen, peta, manuskrip , dan sumber lisan. Sumber sejarah. Dikategorikan kepada: Sumber pertama Sumber kedua. Sumber pertama. Juga dikenali sebagai sumber primer
E N D
Sumber sejarah • Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan.
Sumber sejarah • Dikategorikan kepada: • Sumber pertama • Sumber kedua
Sumber pertama • Juga dikenali sebagai sumber primer • Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak, dan keterangan lisan. • Belum diolah dan dicetak • Bersifat asli dan belum ditafsir
Contoh-contoh sumber pertama • Fail rasmi jabatan • Surat peribadi • Diari • Manuskrip yang belum dicetak • Batu bersurat
Sumber kedua • Juga dikenali sebagai sumber sekunder • Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis (bahan bertulis yang ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah) • Bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan kepada umum.
Contoh-contoh sumber kedua • Buku • Majalah • Jurnal • Ensiklopedia • Akhbar • Risalah • Laporan tahunan jabatan
Kaedah pengkaji sejarah • Kaedah lisan • Kaedah bertulis • Kaedah arkeologi • Kaedah pandang dengar
Kaedah lisan • Dinamakan kaedah lisan kerana maklumat diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengisahan, dan perbualan. • Kelemahan kaedah ini adalah wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur dongeng, mitos, dan legenda.
Kaedah bertulis • Mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading, dan kertas • Sumber yang ditulis ini membantu sejarawan memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan, dan adat resam.
Kaedah arkeologi • Cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik. • Cabang-cabangnya: angkasa lepas, maritim, dan gali cari. • Ahli arkeologi mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui proses gali cari.
Kaedah arkeologi • Bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon.
Kaedah pandang dengar • Kaedah yang dipengaruhi oleh perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi. • Menggunakan pelbagai peralatan seperti televisyen, internet, video, cakera padat, radio, dan pita rakaman.