210 likes | 755 Views
Taklimat Akademik PISMP Semester 1/Januari 2010. MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU IPG KAMPUS DARULAMAN. Pn . Zakiah bt Mahmud ( Penyelaras PISMP IPGK Darulaman ). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)dengan Kepujian.
E N D
Taklimat Akademik PISMPSemester 1/Januari 2010 MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU IPG KAMPUS DARULAMAN Pn. Zakiahbt Mahmud (Penyelaras PISMP IPGK Darulaman)
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)dengan Kepujian • Satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. • Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki lulus kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlamat Program • Melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Ciri-ciri Kurikulum • Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif, holistik, dan bersepadu • Konsep “the personhood of teachers” dan pendekatan humanistik akan diberi fokus • Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani cabaran sebagai pendidik • Bersifat koheren antara pengajaran berkesan (effective learning) dan pengalaman klinikal (clinical experience) • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat
Fokus Hasil Pembelajaran Fokus hasil pembelajaran yang hendak dicapai melalui 3 tahap / aras selama empat tahun pengajian adalah dari segi: • Etika Profesional • Pengetahuan dan Kefahaman • Kemahiran Intelek • Kemahiran Praktikal • Kemahiran Kebolehpindahan • Penghayatan dan Amalan Nilai • Hasil pembelajaran yang hendak dicapai pada Aras 1 akan diulang (revisit) semasa Aras 2 dan 3 dengan lebih meluas dan mendalam.
Konsep Penilaian dan Pentaksiran • bertujuan untuk memastikan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dicapai • Bentuk penilaian boleh dibuat dalam pelbagai bentuk termasuk pentaksiran berterusan, peperiksaan berpusat dan penulisan akademik.
Jaminan Kualiti • Kurikulum yang direka bentuk adalah berdasarkan prosedur Jaminan Kualiti Akademik yang ditetapkan oleh Jaminan Kualiti IPG dan juga memenuhi Kod Jaminan Kualiti yang menepati Malaysian Qualification Framework (MQF).
Sistem Akademik Tempoh Pengajian Program • PISMP dengan Kepujian dikendalikan selama empat tahun dalam lapan semester. Tahun Akademik • Tahun akademik IPGM dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dan Semester Kedua. Setiap semester mengandungi 20 minggu.
Prinsip Pengiraan Jam Kredit Peruntukan jam bagi tujuan pengiraan kredit adalah berdasarkan interaksi bersemuka dan tidak semuka, yang mencakupi teori dan amali, serta Amalan Profesional yang diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit. • Amalan Profesional terdiri daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum, dan internship yang memperuntukkan 1 kredit bagi tempoh dua minggu pelaksanaan. • Kokurikulum dan Bina Insan Guru masing-masing diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit. • Seseorang pelajar perlu menamatkan pengajian selama 8 semester dengan jayanya dengan menyempurnakan pembelajaran sebanyak 133 kredit untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.
Kursus Wajib (23 Kredit) • Kursus Wajib terdiri daripada Kursus Wajib Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan Kursus Wajib Institut Pendidikan Guru (IPG). • Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengetahuan asas, kemahiran generik, dan kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh seseorang guru.
Kursus Teras (27 + 45 + 14 kredit) Kursus Teras terdiri daripada Pengajian Profesional, Major, dan Amalan Profesional. • Pengajian Profesional (27 kredit) memberi pendedahan dalam bidang-bidang asas pendidikan yang merangkumi aspek pengetahuan, nilai dan etika keguruan serta kemahiran profesional bagi melahirkan guru yang mampu memainkan peranan dengan baik dan berkesan. • Kursus Major (45 kredit) ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan kandungan subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan pelajar menguasai major yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan subjek adalah sehingga tahap ijazah. • Amalan Profesional (14 kredit)membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Sepanjang mengikuti program, pelajar dikehendaki menjalani Amalan Profesional selama 32 minggu yang dilaksanakan melalui tiga proses, iaitu ; • Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS – 4 minggu), • Praktikum (24 minggu), dan • Internship (4 minggu).
Kursus Elektif (12 + 12 kredit) • Kursus Elektif terdiri daripada dua Pakej Elektif yang ditawarkan untuk membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada kursus major. • Skop kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan pentaksiran yang berasaskan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Kursus Tanpa Kredit (TK) • Kursus Tanpa Kredit merupakan Elektif Tambahan yang terdiri daripada English Language Enrichment yang ditawarkan untuk menampung keperluan pelajar dalam meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan Malaysian University English Test (MUET).
Jaminan Kualiti untuk Mencapai Guru Bertaraf Dunia • Isi kandungan pengetahuan merentas kurikulum • Pensyarah tidak dijadikan sumber maklumat utama • Pembelajaran berpusatkan pelajar • Integrasi ICT dalam pencarian maklumat • Penyediaan tugasan terarah • Pembelajaran berasaskan projek • Integrasi kemahiran generik • Mendidik pelajar engage in learning • Penyediaan unit portfolio pelajar PENGURUSAN FAIL PELAJAR
Fail Individu (Pelajar) • Fail peribadi pelajar (yang disediakan oleh HEP) • Surat tawaran • Markah peperiksaan setiap semester (mesti dikemaskini)
Warnabagi Fail P&P Pelajar Semester 1 : Kuning Semester 2 : Biru Semester 3 : Hijau Semester 4 : Merah Semester 5 : Ungu Semester 6 : Oren Semester 7 : Pink Semester 8 : Maroon
Kursus Semester 1 KOD KURSUS KREDIT WAJ3101 Tamadun Islam dan Asia 2(2+0) WAJ3102 English Language Proficiency I 2(2+0) WAJ3108 Kokurikulum – PengurusanKokurikulum 1(1+0) WAJ3114 BinaInsan Guru Fasa I (45 jam) *KT EDU3101 FalsafahdanPendidikandi Malaysia (dan **PBS) 3(3+0) EDU3102 PerkembanganKanak-Kanak 3(3+0) XXX3101 Major 3(x+x) XXX3102 Major 3(x+x) Jumlah 17
Terima Kasih. Q&A • Inside the black box; • The quality of an education system cannot exceed the quality • of it’s teachers • The only way to improve outcomes is to improve instruction • High performance requires every child to succeed