360 likes | 1.11k Views
Pengenalan Pangkalan Data. Pengenalan Contoh-contoh Pangkalan DataIstilah Asas Pangkalan DataSistem Fail TradisionalKonsep Sistem Fail Kelemahan Sistem Fail Konsep Pangkalan DataPangkalan DataSistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) Komponen Persekitaran SPPD (DBMS)Jenis SPPDKebaikan
E N D
2. Pengenalan Pangkalan Data Pengenalan
Contoh-contoh Pangkalan Data
Istilah Asas Pangkalan Data
Sistem Fail Tradisional
Konsep Sistem Fail
Kelemahan Sistem Fail
Konsep Pangkalan Data
Pangkalan Data
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)
Komponen Persekitaran SPPD (DBMS)
Jenis SPPD
Kebaikan & Kelemahan SPPD
3. Objektif Di akhir bab ini anda perlu tahu & faham:
Bagaimana pangkalan data digunakan dalam kehidupan seharian
Ciri-ciri sistem fail dan kelemahan-kelemahannya
Istilah yang sering digunakan
Konsep pangkalan data dan sistem pengurusan pangkalan data
Komponen sistem pangkalan data
Jenis sistem pangkalan data
4. Pengenalan Pangkalan Data digunakan secara meluas
di dalam setiap sudut kehidupan manusia hari ini secara sedar atau tidak.
Ia boleh didapati di kebanyakan organisasi
sama ada kecil atau besar.
5. Aplikasi Sistem Pangkalan Data Universiti
Sistem pangkalan data pelajar UKM mengandungi maklumat anda berkenaan peribadi, kursus, keputusan peperiksaan dll.
Utk daftar kursus, anda masukkan login id & katalaluan. Kedua-dua ini diguna utk capai pangkalan data kursus & pangkalan data peribadi anda.
Anda sahkan kursus yg akan diambil, pangkalan data kursus akan dikemaskinikan.
6. Pasaraya
Anda beli barang2 di TESCO. Semasa buat bayaran, setiap barang diimbas guna pembaca bar code.
Ini dihubungkan dgn program aplikasi yg guna bar code utk capai harga barang dari pangkalan data produk.
Program akan tolak bilangan barang dalam stok. Jika stok di paras perlu order semula, sistem pangkalan data akan order secara automatik
Aplikasi Sistem Pangkalan Data
7. Aplikasi Sistem Pangkalan Data Perpustakaan
PTSL ada pangkalan data mengandungi maklumat buku, peminjam, tempahan dll.
Anda juga boleh cari buku mengikut judul, penulis atau bidang subjek melalui Gemilang (indeks berkomputer)
Sistem pangkalan data membolehkan anda menempah buku..
Sistem ini juga perlu pembaca bar code utk rekod buku yg keluar masuk dari perpustakaan
8. Istilah Asas Pangkalan Data (1/3)
9. Istilah Asas Pangkalan Data (2/3)
10. Istilah Asas Pangkalan Data (3/3)
11. Perlu faham maksud dan masalah yang wujud dalam Sistem Fail
Anda dapat menghindari dari mengulangi kesilapan yang sama dalam Sistem Pangkalan Data.
Anda akan mampu mengendalikan proses peralihan Sistem Fail ? Sistem Pangkalan Data.
Sistem Fail Tradisional
12. Konsep Sistem Fail Sistem fail manual ? Sistem fail
Jika Bhgn Akademik UKM simpan maklumat pelajar dlm kabinet (sistem fail manual)..
Fail2 pelajar dilabel & disusun ikut nama..A-Z
Sesuai jika fail2 hanya diguna utk stor & capai data
Gagal jika perlu silang kait & proses maklumat dalam fail..Bayangkan usaha yg perlu dilakukan utk jawab ‘Adakah keputusan peperiksaan pelajar tahun 1 bagi semester 2 lebih baik berbanding semester 1?’
Bagaimana utk jana laporan harian, bulanan & tahunan
13. Sistem Fail:
usaha awal mengkomputerkan sistem fail manual
Capaian data yg lebih efisyen
Ambil pendekatan ‘decentralized’
Setiap jabatan menyimpan & mengawal data sendiri
Konsep Sistem Fail
14. Sistem Fail: koleksi atur cara aplikasi yang melaksanakan perkhidmatan (cth. pengiraan, pengisihan data dan penjanaan laporan) kepada pengguna akhir
setiap atur cara takrif & urus datanya sendiri
Untuk cari sebarang maklumat,
Buka Sistem Fail anda dan mencari satu persatu dari awal hingga maklumat yang anda kehendaki diperolehi.
Boleh bina sistem indeks utk pencarian lebih pantas
Konsep Sistem Fail
15. Konsep Sistem Fail Konsep fail biasa untuk persekitaran kilang pembuatan
16. Kelemahan Konsep Fail Biasa Duplikasi Data
Data Lewah (Data Redundancy)
Ketidakselarasan Data
Kawalan Data yang Lemah
Pengasingan Data
Kebersandaran Format Data
Ketidakserasian Fail
Kesukaran Mewakilkan Data Organisasi
17. Konsep Pangkalan Data Perbezaan Antara Sistem Fail dengan Sistem Pangkalan Data
18. Konsep Pangkalan Data Pangkalan data: himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna, bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
Aplikasi pangkalan data: Satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data pada masa-masa program execution.
19. Sistem pangkalan data: Satu koleksi program aplikasi yang berinteraksi dgn pangkalan data.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data(Database Management System-SPPD): Perisian yg urus & kawal capaian kepada pangkalan data Konsep Pangkalan Data
20. Sistem Pengurusan Pangkalan Data SPPD(DBMS) mengurus interaksi antara pengguna dengan
pangkalan data melalui SPPD
21. Komponen Persekitaran SPPD Persekitaran Sistem Pangkalan Data
22. 5 Komponen Utama dlm Persekitaran Pangkalan Data Perkakasan
Perisian
Data
Prosedur
Orang/Individu
23. (1) Perkakasan 1 PC ? 1 kerangka utama ? rangkaian komputer
Bergantung kepada;
keperluan organisasi
SPPD yang digunakan
24. (2) Perisian Komponen perisian terdiri drpd;
Perisian SPPD
Mempunyai 4G tools, membolehkan pembangunan aplikasi yg cepat. Sediakan query language, penjana laporan, penjana borang, penjana grafik & penjana aplikasi
Program aplikasi
Dibangunkan guna 3GL (C, C++, VB, Java) atau 4GL dlm 3GL (SQL)
OS (Sistem Pengoperasian)
Perisian rangkaian (jika SPPD digunakan pada rangkaian)
25. (3) Data Komponen paling penting
Menghubungkan komponen mesin dgn komponen manusia
Pangkalan data mengandungi;
Data operasi
Metadata (data tentang data)
26. (4) Prosedur Arahan & peraturan yg menentukan rekabentuk & penggunaan pangkalan data
Dokumentasi prosedur perlu utk;
Pengguna sistem
Kakitangan yang menguruskan pangkalan data
Contoh isi kandungan;
arahan utk. log masuk ke SPPD
arahan buat salinan backup bagi pangkalan data
27. (5) Orang/Individu 4 jenis individu yang terlibat:
Pentadbir data (DA) & pangkalan data (DBA)
Perekabentuk pangkalan data
Pembangun aplikasi
Pengguna akhir (end-users)
28. Jenis SPPD Bilangan Pengguna
Pengguna Tunggal, Pengguna Berbilang
Lokasi
Terpusat
Teragih
Kegunaan
Transaksi/Produksi
Sokongan Keputusan
29. Kebaikan SPPD Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi.
Keselarasan data yang lebih tinggi apabila kawalan terhadap data lewah dilaksanakan.
Lebih maklumat dapat dijana daripada jumlah data yang sama.
30. Perkongsian data di antara individu atau jabatan tinggi kerana data dipunyai oleh organisasi dan bukan individu atau jabatan tertentu.
Integriti data, khidmat baik pulih, sokongan dan keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan, penyulitan serta penambahan kawalan serempak (concurrency control). Kebaikan SPPD
31. Kebaikan SPPD Piawaian data dapat dilaksanakan disebabkan konsep perkongsian dan pengendalian data terpusat.
Lebih ekonomi dari segi tenaga manusia, storan dan kos.
Pengurangan konflik di antara pengguna kerana data terletak di bawah pengurusan DBA.
32. Kesediaan data yang lebih baik disebabkan SPPD menyediakan kemudahan pertanyaan dan penjanaan laporan yang mudah.
Penambahan produktiviti disebabkan pengurangan dari segi atur cara berbanding dengan kaedah fail biasa.
Kebaikan SPPD
33. Kelemahan SPPD Kekompleksan proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi sistem.
Saiz SPPD yang besar melibatkan storan yang banyak.
Kos pembinaan SPPD dan penyediaan perkakasan lain yang tinggi.
34. Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa kepada sistem pangkalan data yang tinggi.
Kesan kegagalan lebih tinggi kerana pengguna dan aplikasi amat bergantung kepada SPPD.
Kelemahan SPPD
35. Latihan Nyatakan contoh-contoh persekitaran yang menggunakan konsep pangkalan data selain daripada yang dinyatakan di dalam bab ini.
Apakah perbezaan di antara data dan maklumat? Berikan contoh.
Jelaskan perbezaan di antara konsep fail biasa dan konsep pangkalan data. Berikan contoh.
36. Penggunaan pangkalan data adalah lebih baik daripada pemprosesan fail biasa. Bagaimanapun, pangkalan data juga mempunyai keburukan. Jelaskan kenyataan ini.
Jelaskan kategori pengguna pangkalan data dan bagaimana mereka berinteraksi dengan pangkalan data.
Jelaskan fungsi-fungsi yang boleh didapati di SPPD mikrokomputer dewasa ini.
Jelaskan maksud data lewah dalam konteks sistem pangkalan data dan masalah yang mungkin timbul daripada data lewah ini.