160 likes | 591 Views
Kesilapan yang sering Pelajar Lakukan dalam Karangan. Harap jangan ulangi . Penggunaan Kata Hubung. Tidak boleh mulakan ayat dengan ‘ Dan ’ atau ‘ Tetapi ’ . Jangan gunakan dua kata hubung pada masa yang sama.
E N D
Kesilapan yang sering Pelajar Lakukan dalam Karangan Harap jangan ulangi.
Penggunaan Kata Hubung • Tidak boleh mulakan ayat dengan ‘Dan’ atau ‘Tetapi’. • Jangan gunakan dua kata hubung pada masa yang sama. • Contohnya, nasi lemak ialah makanan kegemaran saya tetapi kerana ia makanan yang tidak bagus untuk kesihatan, saya hanya makan sedikit sahaja.
Penggunaan Kata Hubung • Jangan mulakan ayat dengan Kata Hubung ‘Dan’ atau ‘Tetapi’. • Contoh ayat yang salah : • Dan saya ingin menyatakan bahawa dia juga seorang yang pemalas. • Tetapi, saya tidak suka makan nasi goreng. (Gantikan tetapi di awal ayat dengan perkataan NAMUN)
Penggunaan Kata Hubung • Jangan gunakan oleh kerana, yang betul ialah oleh sebab. • Contoh, Oleh kerana abang gemuk, dia tidak boleh berjalan dengan pantas. • Ayat yang betul ialah: Oleh sebab abang…..
Ejaan • Kata singkatan untuk -ku, -mu dan -nya harus dekat dengan perkataan yang sebelumnya. • Contoh: Bajumu amat cantik. / Bukan baju mu / baju -mu atau baju ku / baju -ku. • Tali kasutku terputus tadi. • Harumnya bau bunga mawar ini. • Kita harus bersyukur dengan anugerah-Nya. (Kata Ganti Nama utk Allah)
Kesilapan Ejaan dalam Kata Berimbuhan • Kemasukan, keburukan, kebaikan, kebanyakan, • Jika apitan ‘ke-…-an’ digunakan, JANGAN tambahkan huruf K lagi. • Contohnya, kebaikkan, kebanyakkan…
Kata Partikel –kah / -lah • Harus dieja dengan betul. • Contohnya : • Ke manakah kita akan pergi nanti? • Awak mahu ikut sayakah? • BUKAN - Awak mahu ikut saya ke? • Janganlah marah! • BUKANJangan lah marah!
Penulisan Dialog dalam Karangan • Pastikan setiap dialog ditulis dalam perenggan yang baharu. • Contoh: • Hamid bertanya Ali, “Kamu hendak ke mana?”“Ke kedai Muthu,” balas Ali.
Penulisan Dialog dalam Karangan • Kesilapan tanda baca dalam dialog amat ketara. • Hamid menjerit, “Buka pintu ini cepat!” • “Buka pintu ini cepat!” jerit Hamid.
Kata Ganti Nama • Teliti ayat-ayat berikut: • Jikalau seseorang itu lalai menjaga diet sendiri, mereka boleh menghidapi pelbagai penyakit. • Ramai orang berpusu-pusu ke Geylang Serai termasuk aku dan kawan-kawanku. Kita semua hendak membeli baju kurung baharu.
Kesilapan Imbuhan • MAKAN, MINUM, TIDUR tidak perlu imbuhan ber- atau me-. • Contoh, Sebelum saya bermakan/memakan, saya mandi dahulu. • Saya berminum/meminum air kopi yang hangat itu. • Saya bertidur/menidur dengan nyenyaknya.
Kesilapan Imbuhan • Biasanya kesilapan imbuhan dalam ayat pasif pelajar amat nyata. • Lihat contoh berikut : • 1. Baju yang saya membeli itu sangat murah harganya. • 2. Lauk yang ibu memasakkan itu pedas rasanya.
Adalah & Ialah • Ialah digunakan sebelum Frasa Nama– Nama saya ialah Rafidah. • Adalah untuk yang lain daripada Frasa Nama– Bunga-bunga yang disediakan itu adalah untuk para tetamu kehormat.
Kata Sendi Nama • Kesilapan sering terjadi bagi KSN ‘di’. • Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya di masa hadapan. • KSN ‘di’ hanya digunakan untuk tempat, bukan untuk masa. • KSN ‘pada’ digunakan untuk masa.
Dari dan Daripada • Ingat KSN ‘dari’ digunakan untuk ATM, iaitu ARAH, TEMPAT dan MASA. • Arah – contohnya ~ belakang, depan, tepi, sana, sini dll • Tempat – contohnya ~ sekolah, negeri, taman, bukit dll • Masa – contohnya ~ dahulu, sekarang, pukul dua petang, semalam
Sekian dahulu. Akan disambung pada masa lain!