220 likes | 734 Views
EKSPOSITORI. KARANGAN. EKSPOSITORI. OBJEKTIF PEMBELAJARAN. Pengenalan kepada karangan ekspositori Memberikan ayat pengenalan ( topic sentence ) yang bersesuaian dengan keperluan soalan Menghuraikan isi utama dengan menggunakan satu perenggan Persembahan berbentuk forum. KARANGAN
E N D
EKSPOSITORI KARANGAN EKSPOSITORI
OBJEKTIF PEMBELAJARAN • Pengenalan kepada karangan ekspositori • Memberikan ayat pengenalan (topic sentence) yang bersesuaian dengan keperluan soalan • Menghuraikan isi utama dengan menggunakan satu perenggan • Persembahan berbentuk forum
KARANGAN EKSPOSITORI ??? KARANGAN EKSPOSITORI ???
AKTIVITI PRA-PENULISAN Cara-cara mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.
Langkah-langkah Cara-cara mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah. Menjadikan lebih baik keupayaan seseorang dalam penggunaan Siapa yang terlibat dalam perihal pelajar: Sekolah / Guru / Ibu Bapa / Pelajar Sendiri
Melakarkan Isi Utama Pihak Sekolah: • Mengadakan aktiviti-aktiviti di luar kurikulum sekolah • Menggalakkan partisipasi pelajar dalam kegiatan tersebut Guru: • Pendekatan pengajaran yang kreatif • Perlaksanaan proses pembelajaran yang menarik perhatian Ibu Bapa: • Penggunaan bahasa Melayu dengan ahli keluarga semasa di rumah Pelajar • Bertanggungjawab atas pembelajaran diri sendiri • Berani serta berusaha untuk bertanya
Melakarkan Isi Utama Pihak Sekolah: Sekolah memainkan peranan penting dalam menyediakan wadah penggunaan bahasa Melayu secara konsisten dan memastikan penglibatan pelajar. • Mengadakan aktiviti-aktiviti di luar kurikulum sekolah • Menggalakkan partisipasi pelajar dalam kegiatan tersebut Guru: Situasi hari ini meletakkan kedudukan bahasa Melayu serta penggunaannya di bilik darjah bahasa Melayu sahaja. Lantas, guru amat diperlukan untuk mempelbagaikan bahan dan cara pengajaran. • Pendekatan pengajaran yang kreatif • Perlaksanaan proses pembelajaran yang menarik perhatian Ibu Bapa: Sebagai tambahan kepada peranan sekolah dan guru, ibu bapa boleh membantu dalam proses penerapan penggunaan bahasa Melayu, terutama sekali dalam aspek lisan. • Penggunaan bahasa Melayu dengan ahli keluarga semasa di rumah Pelajar • Bertanggungjawab atas pembelajaran diri sendiri • Berani serta berusaha untuk bertanya Walaupun banyak yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak, pelajar merupakan individu utama dalam memerikan atau berpartisipasi dalam langkah-langkah yang diusahakan.
MENYUSUN IDEA KITA ??? MENYUSUN IDEA KITA ???
ANALISIS HURAIAN ISIDALAM PERENGGAN Sekolah memainkan peranan penting dalam menyediakan wadah penggunaan bahasa Melayu secara konsisten. Kurikulum sekolah menengah hanya memberi empat puluh minit bagi kelas bahasa Melayu setiap hari. Ini dapat diberi nilai tambahan dengan mengadakan pelbagai aktiviti di luar kurikulum sekolah seperti bengkel atau perkhemahan penulisan secara khusus. Antara beberapa contoh adalah seperti bengkel penulisan kreatif yang telah diadakan oleh Institusi Raffles, Isa Kamari dan banyak lagi penulis-penulis yang prolifik dalam bidang sastera. Dengan adanya bimbingan yang lebih khusus ini, pelajar akan lebih peka dan fokus terhadap penggunaan bahasa yang baik. Ini memandangkan masa yang diluangkan untuk satu aspek memadai untuk dicuba dan diaplikasikan oleh pelajar. Lantas, aspek lisan dapat dipertingkatkan melalui interaksi aktiviti tersebut manakala aspek penulisan dikukuhkan melalui hasil perbincangan dan bimbingan yang diterima. Justeru itu, penguasaan pelajar dalam aspek tatabahasa Melayu dapat dipertingkatkan secara berfokus tanpa diburu masa.
ANALISIS HURAIAN ISIDALAM PERENGGAN Ayat Pengenalan Sekolah memainkan peranan penting dalam menyediakan wadah penggunaan bahasa Melayu secara konsisten. Kurikulum sekolah menengah hanya memberi empat puluh minit bagi kelas bahasa Melayu setiap hari. Ini dapat diberi nilai tambahan dengan mengadakan pelbagai aktiviti di luar kurikulum sekolah seperti bengkel atau perkhemahan penulisan secara khusus. Antara beberapa contoh adalah seperti bengkel penulisan kreatif yang telah diadakan oleh Institusi Raffles, Isa Kamari dan banyak lagi penulis-penulis yang prolifik dalam bidang sastera. Dengan adanya bimbingan yang lebih khusus ini, pelajar akan lebih peka dan fokus terhadap penggunaan bahasa yang baik. Ini memandangkan masa yang diluangkan untuk satu aspek memadai untuk dicuba dan diaplikasikan oleh pelajar. Lantas, aspek lisan dapat dipertingkatkan melalui interaksi aktiviti tersebut manakala aspek penulisan dikukuhkan melalui hasil perbincangan dan bimbingan yang diterima. Justeru itu, penguasaan pelajar dalam aspek tatabahasa Melayu dapat dipertingkatkan secara berfokus tanpa diburu masa. Huraian Contoh Kesan Penilaian
1, 2, 3... X-TION! 1, 2, 3... X-TION!
KUMPULAN 1 Baizurah Feliks KUMPULAN 2 Dinah Anuar Mokhtar KUMPULAN 3 Susanty Azira Farhan Hadi
ARAHAN: • Bagi isi utama yang dikhaskan untuk kumpulan anda, fikirkan bagaimana anda akan menulis huraiannya dalam bentuk perenggan • Setiap pelajar dalam kumpulan mempunyai satu peranan • Bendahara Idea • Wedana Kajian • Petualang Kesan • Pastikan setiap pelajar memikirkan dan berbincang bagaimana untuk dihuraikan isi tersebut berdasarkan panduan yang diberikan • Anda diberi masa selama 15 minit untuk berbincang dan meletakkan hasil perbincangan tersebut pada kad imbasan yang diberi • Hasil perbincangan akan dipersembahkan dalam bentuk forum
BICARA LAPANGAN 3EXP Cara-cara mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.
IMBAS KEMBALI IMBAS KEMBALI
RENUNGKAN SEJENAK... Saya berasa ___________(K.Adj) setelah proses pembelajaran Karangan Ekspositori hari ini kerana _________________________________ _________________________________________ Pada pendapat saya, karangan ekspositori ________________________________________ ________________________________________. Saya akan mengambil kira __________________ _____________________________(aspek binaan) jika saya memilih untuk mencuba karangan ekspositori semasa peperiksaan.
TUGASAN DI RUMAH Berdasarkan catatan nota yang diambil semasa pembentangan rakan-rakan anda, Tuliskan karangan ekspositori berkenaan topik : Cara-cara mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah
TUGASAN DI RUMAH Karangan anda perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas anda http://lapangan3exp.wordpress.com selewat-lewatnya pada hari Selasa hadapan (19/08/2008) sebelum jam 8 malam.
SEKIAN TERIMA KASIH SELAMAT MENCUBA!