170 likes | 724 Views
Tip2 ini dikongsikan supaya pemohon-pemohon geran menepati kriteria yang telah ditetapkan dan mengelakkan kesilapan2 yang besar.
E N D
favoriot 14 TIP UNTUK MENDAPATKAN SCIENCE FUND DENGAN CARA YANG BETUL Dr. Mazlan Abbas CEO - FAVORIOT
favoriot TIP 1 • Pastikan yang datang pada sesi temuduga/defend Science Fund ialah Ketua Projek yang bukan setakat pakar dalam bidang tersebut tetapi dia tahu apa yang dipohon. • Kesalahan yang ketara ialah Ketua Projek tak pasti apa isi yg ditulis secara mendalam (mungkin ada yang menyuruh pelajar menulis permohonan tersebut). Ini menunjuk kelemahan Ketua Projek.
favoriot TIP 2 • Jangan menghadkan pembentangan (masa sesi temuduga) dengan template yg disediakan oleh MOSTI tetapi gunalah kebijaksanaan untuk membuat slaid tambahan yang dapat membantu menerangkan penyelidikan lebih terperinci.
favoriot TIP 3 • Paling ketara kelemahan ialah bahagian "literature review" yang nampak cetek dan ambil sambil lewa. • Tunjukkan apa yang telah dibuat dan apa kelemahan atau bahagian mana yg perlu penambaikan. Justifikasi mesti jelas kenapa penyelidikan yang dibuat adalah penting dan baru.
favoriot TIP 4 • Selepas menerangkan segala literature review, kelemahan (atau kekurangan) penyelidikan terdahulu barulah bagi tahu objektif penyelidikan yg dipohon.
favoriot TIP 5 • Jika ia adalah lanjutan dari projek terdahulu, elok jika diterangkan status dan halatuju projek ini. • Apa hasil setelah tamat dan berapa lama lagi akan siap untuk di komersilkan. • Jangan cuba "menipu panel" dengan janji2 manis tetapi bagi jawapan yang realistik.
favoriot TIP 6 • Hasil dari Science Fund adalah prototaip (sebab dia adalah Applied research) seperti modul perisian, modul perkakasan, sistem dan sebagai nya. • Hasil algoritma (model matematik) tidak di kira. Algoritma ini MESTI di masukan dalam perisian application atau perkakasan yang boleh diguna pakai.
favoriot TIP 7 • Jika hasil nya adalah perkakasan - sekiranya menjanjikan "better performance" - di harapkan memberi cadangan berapa peratus (%) penambaikan yang akan di lihat, atau berapa peratus (%) saiz yang akan dikecilkan (contoh).
favoriot TIP 8 • Panel akan MENOLAK penyelidikan yang hanya bercirikan integrasi sistem (System Integration) tanpa ada novelty.
favoriot TIP 9 • Jika projek ini melibatkan penambaikan kepada end-user, pastikan teknik untuk mendapatkan maklumbalas dari pengguna itu sendiri. Berapa sampel yang diperlukan. • Maklum balas dari pengguna amat penting jika ia melibatkan projek yg ada User Experience.
favoriot TIP 10 • Pastikan teknik untuk membuat ujian Alpha atau Beta adalah lojik (samada di Makmal atau di tempat pengguna). • Kadangkala kelemahan Ketua Projek memberi jawapan yang kurang lojik (mungkin atas dasar tiada pengalaman industri atau tidak mendapat maklumbalas dari industri).
favoriot TIP 11 • Dapatkan collaboration partner dari industri yang dapat memberi surat sokongan kepada projek ini (samada sebagai pengguna atau vendor atau technology partner). • Nota - Collaborative partner tidak boleh di beri duit consultancy. Jika hendak lantik sebagai consultant (juruperunding) yang berbayar, jangan namakan syarikat tersebut sebagai "collaborative partner”.
favoriot TIP 12 • Surat sokongan dari "potential user" ada lah "plus" (jika ada).
favoriot TIP 13 • Collaborative partner adalah "plus" sebab panel suka melihat sekiranya ada syarikat luar yang hendak mengambil atau menkomersilkan teknologi yang dihasilkan. • Walaubagaimana pun Panel faham Science Fund masih dalam peringkat prototaip dan bukan "commercial- ready" kerana mungkin setelah masuk keperingkat "Techno-Fund" baru lah ia benar2 bersedia.
favoriot TIP 14 • Elok pastikan barang yang hendak dibeli mempunyai quotation yang sebenar dan bukan mengikut anggaran yang tidak logik.
favoriot TAMAT