930 likes | 3.11k Views
MUNAKAHAT 5. Ustaz Mohd Mazri Masripan. Ila’. Ertinya: Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya Hukumnya haram, melainkan Hanafiyah menganngao makruh tahrim. Dalam hal ini, hakim akan memberi suami tempoh empat bulan bermula dari hari dia bersumpah. Sejarah Ila’.
E N D
MUNAKAHAT 5 Ustaz Mohd Mazri Masripan
Ila’ Ertinya: Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya Hukumnya haram, melainkan Hanafiyah menganngao makruh tahrim. Dalam hal ini, hakim akan memberi suami tempoh empat bulan bermula dari hari dia bersumpah
Sejarah Ila’ Pada zaman Jahiliyah golongan arab menggunakan kaedah Ila’ dan Zihar dengan niat untuk memidaratkan isteri-isteri mereka. Mereka bersumpah ila’ sehingga setahun dan lebih. Kemudian datang syarak untuk mengubah hukumnya dan menjadikannya hukum sumpah dengan sekurang-kurangnya empat bulan. Untuk melepaskan sumpah ini hendaklah melakukan kafarah sumpah.
Apa hukum jika Ila’ kurang dari empat bulan? Kata Ibnu Abbas r.a : Adapun Ila’ pada zaman Jahiliyah adalah setahun, dua tahun atau lebih dati itu. Maka Allah s.w.t menghadkan kepada empat bulan. Maka sesiapa yang melakukan Ila’ kurang dari empat bulan maka ia bukan Hukum Ila’
Ila’ Selepas empat bulan , hakim akan paksa suami melakukan salah satu perkara berikut : Suami menarik balik sumpahnya dan membayar kaffarah sumpah Atau suami menceraikan isteri Jika suami enggan melakukannya, hakim akan menjatuhkan talak satu ke atas isteri Ini adalah untuk mengelakkan kemudaratan ke atas isteri itu Dalil mengenai ila’ terdapat dalam Surah Al-Baqarah : 226-227
Al-Baqorah ayat 226-227 Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (226) Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (227)
Ila’ Contoh-contoh ila’: “Demi Allah, aku tidak akan menyetubuhimu.” “Demi Allah, aku tidak akan menyetubuhimu selama 6 bulan.” “Demi Allah, aku tidak akan menyetubuhimu hingga aku mati.” “Demi Allah, aku tidak akan menyetubuhimu buat selama-lamanya.”
Ila’ Kaffarah ila’ jika suami menarikbalik sumpahnya adalah seperti berikut: Memberi makan kepada 10 orang miskin dengan makanan yang mengenyangkan Memberi pakaian kepada 10 orang miskin Berpuasa selama 3 hari Dalilnya dalam Surah Al-Maidah : 89
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. / Surah Al-Maedah ayat 89
Rukun Ila’ Halif : iaitu suami yang melakukan Ila’ Suami mestilah muslim, berakal, baligh. Ila’ dikira dalam keadaan sihat atau sakit. 2. Mahluf Bih : Bersumpah dengan lafaz wallahi. Bersumpah dengan nama Allah dan sifat-sifatnya. Hanafiyah dan Malikiyah : Hukum Ila’ jika ia meninggalkan jima dengan niat memudaratkan isteri.
Rukun Ila’ Mahluf alaih : Jimak Sumpahnya ialah mengenai mengharamkan jima, sama ada secara sorih (jelas) atau kinayah (sandaran). Lafaz sorih seperti : “Demi Allah, aku tidak akan menyetubuhimu.” Lafaz Kinayah seperti : Demi Allah aku tidak akan menyentuhmu”. Muddah : Masa Sekurang-kurangnya 4 bulan dan lebih.
Zihar Ertinya: Suami menyamakan isterinya dengan salah satu mahramnya Hukumnya haram Contoh-contoh zihar: “Engkau haram ke atasku seperti punggung ibuku” “Engkau seperti kakakku.”
Zihar Zihar merupakan sindiran yang dilakukan suami untuk mengharamkan hubungan kelamin dengan isterinya sebagaimana diharamkan hubungan kelamin antaranya dengan mahramnya Selepas berlaku zihar, akan ada dua kemungkinan: Suami melafazkan talak selepas zihar, maka jatuhlah talak itu. Suami tidak menjatuhkan talak selepas Zihar.
Zihar Cara membayar kafarah Zihar iaitu: Memerdekakan seorang hamba Berpuasa dua bulan(60 hari) berturut-turut Memberi makan 60 orang miskin Dalilnya dalam Surah Al-Mujadalah:3-4
Zihar Kaffarah zihar mesti mengikut tertib Kaffarah zihar perlu dibayar segera Suami tidak dibenarkan menyetubuhi isterinya sebelum dia menyempurnakan salah satu daripada kaffarah zihar itu Jika dia bersetubuh sebelum melakukan kaffarah, maka dia berdosa dan kaffarah tetap wajib dikeluarkan
Li’an Ertinya: Tuduhan suami terhadap isterinya bahawa dia telah berzina tanpa saksi Hukumnya harus jika suami yakin telah terjadinya perbuatan zina isterinya Hikmah li’an ialah untuk memelihara maruah suami dan keturunannya Cara li’an dilakukan ialah di hadapan hakim dengan disaksikan oleh beberapa orang lalu suami memulakan dakwaannya
Sebab Lian Terbahagi kepada dua sebab : Suami menuduh isteri berzina tanpa empat orang saksi saksi. Untuk mengelakkan daripada hukuman hudud maka ia melakukan Lian. Suami tidak mengaku bahwa anak didalam kandungan isterinya adalah anaknya.
Sejarah Hukum Lian Dari Ibnu Abbas r.a bahwa Hilal bin Umayyah r.a pernah menuduh isterinya berzina dengan Syarik bin Sahma’ di hadapan Nabi saw. Kemudian Nabi saw bersabda, “Kamu harus dapat membuktikan, atau (kalau tidak) hukuman had menimpa punggungmu.” Lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, jika seorang di antara kami telah melihat seorang laki-laki berada di atas isterinya, masihkah dituntut untuk pergi mencari bukti?” maka Beliau pun bersabda, “Kamu harus dapat membuktikan, dan jika tidak maka hukuman had di punggungmu.”
Sejarah Hukum Lian Hilal berkata, “Demi dzat yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran, sesungguhnya saya benar-benar jujur. Maka saya harap sudi kiranya Allah menurunkan ayat Qur’an yang bisa membebaskan punggungku dari hukum dera.” Maka turunlah Malaikat Jibril dan menyampaikan wahyu kepada Beliau, WALLADZIINA YARMUUNA AZWAAJAHUM (dan orang-orang yang menuduh istri-isterinya) sampai padat IN KAANA MINASH SHAADIQIN (jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar).
Li’an Cara Li’an Suami: Suami berkata “Aku bersaksi demi Allah bahawa isteriku fulanah bte fulan telah berzina” ( diulangi sebanyak empat kali ) Pada kali yang kelima, selepas dia dinasihati dan diberi peringatan agar tidak berbohong, suami berkata “Aku dilaknat oleh Allah jika aku berbohong”
Li’an Cara Li’an isteri : Cara isterinya menolak dakwaan itu ialah dengan berkata “Aku bersaksi demi Allah bahawa suaminya fulan bin fulan telah berbohong dalam dakwaan bahawa aku berzina” Ucapan itu diulang empat kali. Kali kelima isteri berkata : Kemurkaan allah menimpaku jika dia berkata benar.
Dalil Li’an Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar. (6) Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta. (7) Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta. (8) Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (9) An Nur
Rukun Lian Yang melakukan lian (suami) Yang dikenakan lian (Isteri) Sebab lian (zina, ingkar kehamilan) Lafaz
Bahasa Lian Sah Lian dengan selain bahasa arab kerana ia merupakan hukum sumpah dan penyaksian. (Jumhur) Jika suami isteri boleh bertutur bahasa arab maka wajib melakukan lian dengan bahsa arab kerana ayat Quran mengenai ucapan lian adalah badasa Arab . (Hanabilah)
Li’an Syarat-syarat Li’an : Tuduhan suami berlaku lebih dahulu daripada liannya. Li’an suami mendahului li’an isteri Kedua-dua suami isteri menggunakan lafaz-lafaz yang disebutkan di atas Kelima-lima penyaksian mestilah berturut-turut dan tidak boleh terpisah Hakim wajib memberi nasihat dan peringatan kepada suami isteri
Li’an Hukum-hakam selepas li’an: Suami tidak dikenakan hukuman qazaf Isteri akan dikenakan hukuman rejam melainkan dia juga melakukan li’an Hubungan perkahwinan akan dibatalkan Menafikan nasab anak jika isteri hamil Mereka diharamkan bernikah semula buat selama-lamanya
Nafkah Ertinya: Perkara yang diperlukan oleh manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal Terdapat lima jenis nafkah Nafkah manusia terhadap diri sendiri Nafkah ayah kepada anak Nafkah anak kepada ayah Nafkah suami kepada isteri Nafkah-nafkah lain
Nafkah untuk diri sendiri Wajib mencari nafkah untuk diri sendiri jika ia mampu melakukannya. Rasulullah s.a.w bersabda : “Mulakan dengan nafkah terhadap dirimu”. Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud. Nafkah diri sendiri hendaklah daripada harta nya yang halal.
Nafkah untuk orang lain(Kerabat) Terdapat perbezaan pendapat mengenai nafkah “kerabat”: Malikiyah :Hanya kewajipan zakat untuk bapa, ibu dan anak lelaki atau perempuan sahaja. Tidak wajib nafkah kepada datuk, nenek dan cucu. Dalilnya : Allah s.w.t berfirman : “ Hendaklah engkau membuat baik kepada ibu bapa” Surah Al-Isra’ ayat 23. Dalil : Rasulullah s.a.w bersabda kepada Hindun mengenai suaminya Abu Sufyan : “ Ambillah apa yang cukup untuk kamu dan anak mu”. Riwayat Jamaah.
Nafkah untuk orang lain(Kerabat) Syafiiyah : Kerabat yang wajib zakat ialah : Usul iaitu Bapa dan yang atasnya sepert datuk dan moyang. Furu’ iaitu anak-anak dan yang bawahnya iaitu cucu dan cicit. Dalilnya : Allah s.w.t berfirman : “ agama bapa kamu Ibrahim “ . Surah Al-Haj ayat 78. Bila dimaksudkan “bapa” ialah termasuk sesiapa sahaja yang atas. Dalil : Allah s.w.t berfirman : “ Wahai anak Adam”. Bila disebut anak ialah termasuk yang bawahnya
Nafkah untuk orang lain(Kerabat) Menurut Syafiiyah tidak wajib zakat untuk kerabat selain itu sepert adik beradik, makcik dan pakcik. Dari itu nafkah wajib untuk Usuk dan Furu’ sahaja.
Nafkah untuk orang lain(Kerabat) Hanafiyah : Wajib zakat untuk kerabat yang merupakan mahram. Dalilnya : Allah s.w.t berfirman :” dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan kaum kerabat”. (surah A Nisa ayat 36. Dalil : Allah s.w.t berfirman : “ dan berikanlah kepada kerabatmu haknya”. Surah Al isra’ ayat 26.
Nafkah untuk orang lain(Kerabat) Hanabilah : “ Wajib nafkah kepada setiap kerabat yang mempunyai fardhu, asabah daripada usul, furu, hawasyi (adik beradik dan pakcik). Kerana mereka diberikan hak mewaris. Dalinya : Allah s.w.t berfirman “ dan waris juga menanggung kewajipan tersebut “. Surah Al-Baqorah ayat 233. Kesimpulannya ulama ijma bahawa nafkah wajip kepada Ibu dan bapa, anak lelaki dan perempuan dan isteri.
Soalan Jika Suami tidak berdaya mencari nafkah dan isteri seorang yang kaya, adakah isteri wajib memberi nafkah ?
Ibn Hazm Az-Zahiri Jika suami uzur untuk memberi nafkah untuk dirinya sendiri dan isteri mempunyai wang /kaya. Maka kewajipan nafkah tukar kepada isteri, dan tidak perlu kembalikan wang isteri. Dalilnya , Allah s.w.t berfirman : “ kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menutut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan janganlah juga menjadikan bapa itu menderita kerana anaknya”. Surah Al-Baqorah ayat 233. Berkata Ali r.a : “Isteri diwarisi, naka atasnya memberi nafkah kepada suami dengan nas dari Quran”.
Syarat Wajib Nafkah 1. Hendaklah kerabat tersebut miskin. Tidak mempunyai harta dan tidak mampu untuk mencari harta kerana belum baligh, gila atau sakit. Dikecualikan bagi bapa dan ibu walaupun mereka mampu berkerja maka wajib memberi nafkah untuk keperluan hidup mereka. Berbeza dengan anak, tidak wajib memberi nafkah jika anak mampu mencari duit sendiri. 2 Mempunyai makanan yang melebihi keperluan diri sendiri dan isteri dan anak. Begitu juga isteri yang kaya wajib memberi nafkah kepada suami jika suami miskin dan tidak mampu berkerja.
Syarat Wajib Nafkah Hendaklah orang yang mengeluarkan zakat mempunyai hubungan kerabat dengan irang yang menerima zakat. Hanafiyah : Hubungan Mahram, Hanabilah : Hubungan pewarisan, Malikiyah : Bapa dan anak dan Syafiiiyah : Hubungan Usul dan Furu’.
Soalan Adakah diwajibkan nafkah bagi mereka yang berbeza agama?
Nafkah perbezaan agama Sepakatnya para ulama didalam kewajipan nafkah ke atas isteri jika berbeza agama selagi tidak murtad. Perbezaan para ulama didalam nafkah ke atas kerabat. Syafiiyah & Malikiyah :Tidaklah merupakan syarat Islam didalam memberi zakat kepada Usul dan Furu kecuali murtad. Dalilnya kerana umum dalil didalam kewajipan zakat dan qias dengan kewajipan nafkah kepada isteri jika berbeza agama.
Nafkah perbezaan agama 2. Hanabilah : Mempunyai dua pendapat. Seperti pendapat Syafiiyah. Tidak wajib nafkah berlainan agama kerana mereka tidak diwajibkan mendapat pewarisan. Syarat mewarisi adalah Islam. 3. Hanafiyah : Bukan syarat Islam untuk memberi nagkah kepada furu, usul dan isteri. Selain daripada mereka diwajibkan Islam.
Siapakah sepatutnya memberikan nafkah Jika ibu bapa adalah miskin, maka furu’ (lelaki dan perempuan)wajib memberi zakat. Kerana mereka semua mempunyai illah (sebab) yang saa iaitu wajib zakat. Dalilnya :Firman Allah s.w.t :”Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa.(Surah Al-Isra’ ayat 23). Nafkah anak perempuan dan anak lelaki kepada ibu bapa adalah perempuan separuh daripada bahagian lelaki, mengikuti kaedah Faraid.
Nafkah kepada isteri bapa. Syafiiyah , Hanabilah dan Malikiyah : Wajib atas anak tersebut memberi nafkah kepada isteri bapaknya. Hanafiyah : Tidak diwajibkan zakat kecuali bapanya sakit dan uzur. Tidak wajib nafkah kepada isteri bapa dari pendapat ulama Mesir.
Nafkah kepada isteri anak Syafiyah dan Hanabilah : Wajib nafkah. Hanafiyah : Tidak wajib nafkah. Malikiyah : Jika suami (anaknya) susah maka wajib nafkah.
Nafkah Suami Atas Isteri Kehidupan rumahtangga boleh terjadi di atas salah satu berikut : Suami bertanggung jawab sepenuhnya memberi nafkah pada isteri dan anak-anak. Isteri mengabil alih tugas suami sepenuhnya mencari nafkah. Suami isteri bersama-sama bertanggungjawab mencari nafkah.
Nafkah Syarat-syarat wajib nafkah atas suami Akad nikah dilakukan dengan sah Isteri menyerahkan dirinya kepada suami Isteri mengikut suaminya tinggal di rumah yang dipilihnya Kadar nafkah isteri diberi menurut kemampuan suami, bukan kedudukan isteri sama ada dia kaya atau miskin Dalilnya ialah Surah At-Talaq:7
Nafkah Kesan suami kesempitan hidup Jika suami berubah keadaannya daripada senang kepada sederhana, maka isteri wajib bersabar bersama suami Jika keadaannya bertambah buruk sehingga menjadi fakir, maka isteri berhak menuntut fasakh
Perbincangan Kesan kesusahan dalam masalah keluarga Apa cabaran yang dihadapi? Apa motivasi yang timbul daripadanya? Bagaimana kita mengatasi masalah ini?
Pengasuhan Anak (Muhadhanah) Ertinya: Menjaga dan mendidik anak yang belum dapat menguruskan dirinya (mumayyiz) Hukumnya wajib Hikmahnya ialah untuk memelihara perkembangan hidup anak dengan baik selepas berlaku perceraian