870 likes | 3.5k Views
Fiqh Munakahat. Topik-topik pengajian. Bab Munakahat: Pernikahan dalam Islam Poligami dalam Islam Nusyuz Fasakh, talak, khuluk dan rujuk Iddah Nafkah dan penjagaan anak Ila’, zihar dan li’an. Pengertian nikah. Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul
E N D
Topik-topik pengajian • Bab Munakahat: • Pernikahan dalam Islam • Poligami dalam Islam • Nusyuz • Fasakh, talak, khuluk dan rujuk • Iddah • Nafkah dan penjagaan anak • Ila’, zihar dan li’an
Pengertian nikah • Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul • Dari segi syarak: Satu akad yang menghalalkan penyatuan dan perkongsian hidup lelaki dan wanita • Dalil pensyariatan pernikahan ialah Surah An-Nisa’ : 3, Surah An-Nur:32, Surah Ar-Rum:21
Hikmah-hikmah pernikahan • Menyahut seruan fitrah manusia • Melahirkan keturunan yang sholeh • Mewujudkan ketenangan jiwa • Memelihara akhlak dari keruntuhan • Memelihara kewujudan manusia • Meluaskan ikatan persaudaraan
Hukum pernikahan • Sunat – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan • Makruh – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginan • Wajib – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina • Haram – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi bertujuan menzalimi isterinya • Harus – Bagi yang mampu tapi tiada keinginan
Persediaan sebelum nikah • Memilih jodoh yang terbaik • Hadith Nabi s.a.w.:”Dinikahi wanita kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakan yang kuat beragama, pasti kamu selamat.”
Ciri-ciri bakal isteri yang baik • Kuat pegangan agama • Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut • Subur iaitu dapat melahirkan anak • Berasal keturunan yang mulia • Berilmu pengetahuan • Digalakkan yang masih perawan
Ciri-ciri suami idaman • Kuat pegangan agama • Berakhlak mulia • Mempunyai harta • Berilmu pengetahuan • Berketurunan mulia • Sihat jasmani
Tujuan pemilihan calon pasangan • Supaya rumahtangga yang bakal dibina menjadi harmoni • Supaya lahir perasaan kasih-mengasihi dan reda-meredai • Supaya melahirkan zuriat yang mulia dan berguna
Peminangan dan pertunangan • Peminangan adalah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dinikahi • Pertunangan adalah ikat janji tempoh pengenalan dan persiapan untuk berumahtangga
Jenis-jenis pinangan • Pinangan terus terang • Contoh berkata: “ Saya ingin mengambil anak awak sebagai isteri saya.” – Ini dibenarkan untuk meminang anak dara, wanita yang tidak berada dalam iddah dan bukan mahram
Jenis-jenis pinangan • Pinangan sindiran/kiasan • Contoh berkata: “ Anak awak cantik dan ramai orang sukakannya.” • Pinangan ini dibenarkan untuk wanita yang dalam iddah kematian suaminya atau iddah talak bain(talak tiga atau fasakh)
Pinangan yang diharamkan • Kepada wanita yang bersuami • Kepada wanita yang mahram • Kepada wanita yang dalam iddah talak raj’i • Kepada wanita yang sudah dipinangi dan diterima pinangan
Minta pandangan orang tentang pasangan • Mesti menjelaskan dengan jujur kebaikan dan keburukan pasangan itu. • Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais yang meminta pandangan Nabi saw mengenai dua lelaki yang meminangnya. • Nabi saw menceritakan keburukan mereka dan menyuruhnya bernikah dengan Usamah bin Zaid
Maskahwin • Harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya setelah akad nikah • Tujuannya ialah menunjukkan kemampuan dan kesungguhan suami memelihara keluarganya • Hukumnya wajib sebaik sahaja selesai akad nikah
Maskahwin • Dalilnya dalam Surah An-Nisa’:4 • Menyebutkan kadar maskahwin ketika akad nikah adalah sunat • Maskahwin adalah milik mutlak seorang isteri tetapi wali akan menerimanya bagi pihak isteri • Tiada had minima dan maksima maskahwin.Ia bergantung kepada kemampuan suami.
Maskahwin • Maskahwin boleh disegerakan atau ditangguhkan menurut persetujuan kedua pihak • Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika suami telah menyetubuhi isterinya atau salah seorang sama ada suami atau isteri meninggal dunia sebelum atau sesudah persetubuhan
Maskahwin • Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya jika suami menceraikan isterinya selepas akad nikah sebelum dia menyetubuhi isterinya. • Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri berpisah dengan suaminya sebelum berlaku persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau kecacatan.
Syarat-syarat maskahwin • Mestilah benda yang suci • Memberi faedah seperti mengajar ilmu agama atau Al-Quran • Diketahui sifat dan jumlahnya • Ia adalah milik suami
Hantaran • Barang yang daripada maskahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. • Ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang. • Tiada kadar tertentu.Hukumnya harus • Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.
Hikmah hantaran • Mengeratkan hubungan kekeluargaan • Memuliakan pengantin lelaki dan perempuan • Saling bertukar hadiah antara kedua belah pihak
Wanita yang haram dinikahi • Pengharaman ini kerana beberapa sebab seperti penghormatan, fitrah semulajadi manusia dan membina hubungan kekeluargaan. • Wanita seumpama ini digelar mahram. • Mereka terbahagi kepad dua golongan:
Pembahagian mahram • Mahram muabbad iaitu mereka yang haram dinikahi selamanya • Mahram muaqqat iaitu mereka yang haram dinikahi untuk sementara waktu sahaja • Sebab-sebab pengharaman selamanya: • Hubungan keturunan
Mahram muabbad • Ibu, nenek moyang ke atas sebelah bapa atau ibu • Anak perempuan, cucu cicit ke bawah • Adik-beradik kandung atau sebapa atau seibu • Anak saudara kandung atau sebapa atau seibu
Mahram muabbad • Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu (sebelah bapa) • Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu(sebelah ibu) • Pengharaman kerana susuan • Golongan wanita ini adalah sama seperti mahram keturunan
Mahram muabbad • Pengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan, contoh: • Ibu mertua susuan • Anak tiri susuan • Isteri bapa susuan • Isteri menantu susuan
Mahram muabbad • Pengharaman kerana pernikahan • Isteri bapa,datuk ke atas(ibu tiri) • Isteri anak,cucu ke bawah (menantu) • Ibu mertua • Anak tiri
Mahram muaqqat • Wanita yang diharamkan dinikahi untuk sementara waktu kerana ada halangan • Adik-beradik isteri (ipar) • Emak saudara dan anak saudara isteri • Isteri yang kelima • Wanita kafir penyembah berhala • Isteri orang lain • Isteri dalam iddah • Isteri talak tiga
Rukun-rukun nikah • Ijab dan kabul • Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelaki • Kabul ialah balasan pengantin lelaki kepada ucapan wali pengantin wanita • Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan pengantin terhadap pernikahan itu
Syarat-syarat ijab kabul • Menggunakan lafaz nikah atau kahwin • Ijab kabul bersambung ucapannya • Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikah • Tidak bersyarat • Tidak bertempoh
Rukun kedua nikah • Pengantin wanita, syarat-syaratnya: • Beragama Islam atau ahli Kitab • Bukan mahram,dalam iddah,isteri orang lain atau sudah dipinang • Ditentukan siapakah orangnya • Bukan dalam ihram haji atau umrah
Rukun ketiga nikah • Pengantin lelaki, syarat-syaratnya: • Beragama Islam • Bukan mahram • Ditentukan siapakah orangnya • Bukan dalam ihram haji atau umrah • Tidak mempunyai empat orang isteri
Rukun keempat nikah • Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin wanita • Wali terbahagi kepada dua golongan; wali mujbir dan wali bukan mujbir • Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa kepada seorang gadis • Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa dan datuk sebelah bapa
Hikmah adanya wali • Menjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari dipermainkan • Menonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli keluarga wanita • Memelihara sifat malu wanita
Keistimewaan wali mujbir • Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat kasihsayang yang mendalam • Ada tiga syarat wali mujbir: • Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita itu • Pernikahan hendaklah sekufu • Bakal suami mampu segera bayar maskahwin
Hukum nikah tanpa wali • Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib dipisahkan. • Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak mendapat mahar misil • Pasangan akan dikenakan hukuman ta’zir sama ada penjara, denda atau sebat
Susunan wali-wali nikah • Bapa • Bapa kepada bapa (datuk) • Adik-beradik lelaki kandung • Adik-beradik lelaki sebapa • Anak saudara lelaki kandung • Anak saudara lelaki sebapa
Susunan wali-wali nikah • Bapa saudara kandung sebelah bapa • Bapa saudara sebapa sebelah bapa • Sepupu lelaki kandung • Sepupu lelaki sebapa
Syarat-syarat wali • Islam • Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecil • Baligh • Berakal • Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
Hukum wali enggan kahwinkan wanita • Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf dengannya dengan mahar misil, wali mesti mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya. • Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka berhak wali menghalanginya dan hakim tidak boleh masuk campur.
Hukum jika wali dekat tiada • Jika wali terdekat dengan wanita berada di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak wali berpindah kepada wali hakim. • Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah, maka tiada siap boleh mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya atau perwakilannya.
Dua wali yang sama taraf • Contohnya dua adik beradik kandung, dua anak saudara kandung,dua pakcik • Dalam hal ini,disunatkan jadi wali: • Orang yang paling faham hal pernikahan • Orang yang lebih warak • Orang yang lebih tua
Tiada wali langsung • Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan oleh wali hakim atau seorang muslim di tempat itu.
Rukun kelima nikah • Dua orang saksi,syarat-syaratnya: • Islam • Lelaki • Berakal dan baligh • Adil • Mendengar dan melihat
Hak dan tanggungjawab • Hak bagi suami isteri bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan • Isteri wajib mentaati dan melayan suami dengan baik • Suami wajib menyerahkan maskahwin • Suami wajib memberi nafkah
Hak dan tanggungjawab • Suami wajib berlaku adil jika poligami • Anak yang lahir dinasabkan kepada bapanya • Mewarisi harta pusaka pasangan
Sunat-sunat akad nikah • Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan • Mendoakan kebaikan untuk pengantin • Menghebahkan pernikahan dan memukul gendang • Membaca doa ketika ingin bersatu
Sunat akad nikah • Mengadakan walimah (kenduri kahwin) • Hukumnya adalah sunat muakkad • Kadarnya menurut kemampuan • Hikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan mengelakkan fitnah • Hukum menghadiri majlis walimah adalah wajib
Poligami • Hukum asal adalah harus. • Hukumnya menjadi sunat jika isteri pertama sakit atau mandul dan suami mampu berlaku adil. • Hukumnya makruh jika sekadar berseronok dan suami meragui kemampuannya berlaku adil • Hukumnya haram jika suami yakin tidak mampu berlaku adil
Maksud keadilan • Keadilan yang diwajibkan bagi suami yang berpoligami adalah dari segi nafkah zahir seperti makan minum, tempat tinggal, giliran tidur dan pergaulan yang baik • ( Surah An-Nisa’ : 3 ) • Suami tidak diwajibkan berlaku adil dari segi perasaan kasih sayang selagi ianya tidak membawa kepada tindakan zalim • ( Surah An-Nisa’ : 129 )