411 likes | 1.77k Views
MUNAKAHAT 2. Ustaz Mohd Mazri Masripan. Rukun-rukun nikah. Sighah (Ijab Kabul) Isteri Suami Wali Dua orang saksi. Rukun-rukun nikah Yang pertama. Sighah (Ijab dan kabul) Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelaki
E N D
MUNAKAHAT 2 Ustaz Mohd Mazri Masripan
Rukun-rukun nikah Sighah (Ijab Kabul) Isteri Suami Wali Dua orang saksi
Rukun-rukun nikah Yang pertama Sighah (Ijab dan kabul) Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelaki Kabul ialah balasan pengantin lelaki kepada ucapan wali pengantin wanita Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan pengantin terhadap pernikahan itu
Syarat-syarat ijab kabul Menggunakan lafaz nikah atau kahwin Lafaz ijab dan qabul hendaklah jelas Ijab kabul bersambung ucapannya Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikah Tidak bersyarat Tidak bertempoh
Lafaz Akad Dipersetujui semua ulama fiqh bahawa lafaz yang sah adalah “Nikah”. Lafaz yag diperselisihkan ialah : “jual”,”hadiah, sedekah. Hanafiyah dan Malikiyah : Sah akad itu jka dimaksudkan dengan niat nikah. Syafiiyah dan Hanabilah : Tidak sah akad dengan lafaz itu.
Lafaz bukan bahasa arab Kebanyakkan ulama bersetuju bahawa lafaz selain aran boleh digunakan kepada mereka yang tidak boleh berbahasa arab. Hanabilah mengatakan : Tidak boleh menggunakan selain bahwa arab jika mereka boleg bertutur bahawa arab.
Soalan Adakah sah nikah dengan mengguankan cara kiasan (kinayah)? Adakah sah akad dengan menggunakan tulisan, sms atau talipon? Bagaimanakh sighah bagi pengantin bisu? Apakah maksud nikah Sighar?
Rukun kedua nikah Pengantin wanita, syarat-syaratnya: Beragama Islam atau ahli Kitab Bukan mahram,dalam iddah,isteri orang lain atau sudah dipinang Ditentukan siapakah orangnya Bukan dalam ihram haji atau umrah
Rukun ketiga nikah • Pengantin lelaki, syarat-syaratnya: • Beragama Islam • Bukan mahram • Ditentukan siapakah orangnya • Bukan dalam ihram haji atau umrah • Tidak mempunyai empat orang isteri
Soalan Perkahwinan bagi bagi pasangan yang masuk Islam, apa hukumya?
Dalil • Isteri kepada Safwan Bin Umayyah masuk Islam ketika pembukaan Mekah, kemudian Safwan masuk Islam sebulan selepas itu. Rasulullah s.a.w tidak memerintahkan untuk akad baru. • Rasulullah s.a.w menyerahkan anak perempuannya iaitu Zainab kepada suaminya Abu Al-A’as yang masuk islam selepas dua tahun ditinggalkan oleh Zainab.
Rukun keempat nikah Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin wanita Wali terbahagi kepada dua golongan; wali mujbir dan wali bukan mujbir Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa kepada seorang gadis Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa dan datuk sebelah bapa
Hikmah adanya wali Menjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari dipermainkan Menonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli keluarga wanita Memelihara sifat malu wanita
Syarat-syarat wali Islam Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecil Baligh Berakal Tidak mempunyai kecacatan yang menjejas pandangan Tidak mampu menguruskan dirinya Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
Keistimewaan wali mujbir Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat kasihsayang yang mendalam Ada tiga syarat wali mujbir: Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita itu Pernikahan hendaklah sekufu Bakal suami mampu segera bayar maskahwin
Hukum nikah tanpa wali Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib dipisahkan. Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak mendapat mahar misil Pasangan akan dikenakan hukuman ta’zir sama ada penjara, denda atau sebat
Susunan wali-wali nikah Bapa Bapa kepada bapa (datuk) Adik-beradik lelaki kandung Adik-beradik lelaki sebapa Anak saudara lelaki kandung Anak saudara lelaki sebapa
Susunan wali-wali nikah 7. Bapa saudara kandung sebelah bapa 8. Bapa saudara sebapa sebelah bapa 9. Sepupu lelaki kandung 10. Sepupu lelaki sebapa
Hukum wali enggan kahwinkan wanita Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf dengannya dengan mahar misil, wali mesti mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya. Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka berhak wali menghalanginya dan hakim tidak boleh masuk campur.
Hukum jika wali dekat tiada Jika wali terdekat dengan wanita berada di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak wali berpindah kepada wali hakim. Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah, maka tiada siap boleh mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya atau perwakilannya.
Dua wali yang sama taraf Contohnya dua adik beradik kandung, dua anak saudara kandung,dua pakcik Dalam hal ini,disunatkan jadi wali: Orang yang paling faham hal pernikahan Orang yang lebih warak Orang yang lebih tua
Tiada wali langsung Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan oleh wali hakim atau seorang muslim di tempat itu.
Rukun kelima nikah Dua orang saksi,syarat-syaratnya: Islam Lelaki Berakal dan baligh Adil Mendengar dan melihat
Hak dan tanggungjawab Hak bagi suami isteri bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan Isteri wajib mentaati dan melayan suami dengan baik Suami wajib menyerahkan maskahwin Suami wajib memberi nafkah
Hak dan tanggungjawab Suami wajib berlaku adil jika poligami Anak yang lahir dinasabkan kepada bapanya Mewarisi harta pusaka pasangan
Sunat-sunat akad nikah Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan Mendoakan kebaikan untuk pengantin Menghebahkan pernikahan dan memukul gendang Membaca doa ketika ingin bersatu
Sunat akad nikah Mengadakan walimah (kenduri kahwin) Hukumnya adalah sunat muakkad Kadarnya menurut kemampuan Hikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan mengelakkan fitnah Hukum menghadiri majlis walimah adalah wajib
Walimah Walimah, adalah setiap makanan yang dibuat karena acara pernikahan atau lainnya.
SoAlaN Apa hukum mengadakan walimah di Masjid?