90 likes | 251 Views
BAB 10. SISTEM PAKAR. OBJEKTIF. Mendefinisikan istilah kepintaran buatan. Mengenal pasti komponen-komponen utama di dalam kepintaran buatan. Menghubungkan perkaitan di antara kepintaran buatan dan sistem pakar. Menyenaraikan ciri-ciri sistem pakar.
E N D
BAB 10 SISTEM PAKAR
OBJEKTIF • Mendefinisikan istilah kepintaran buatan. • Mengenal pasti komponen-komponen utama di dalam kepintaran buatan. • Menghubungkan perkaitan di antara kepintaran buatan dan sistem pakar. • Menyenaraikan ciri-ciri sistem pakar. • Menerangkan komponen-komponen di dalam sistem pakar serta fungsi masing-masing. • Menghuraikan kebaikan serta kelemahan sistem pakar. • Menyenaraikan orang-orang yang bertanggungjawab terhadap kejayaan sistem pakar. • Merumuskan beberapa aplikasi sistem pakar.
PENGENALAN • Kepintaran buatan merupakan suatu sistem yang terdiri daripada manusia, prosedur, perkakasan, perisian, data dan pengetahuan yang diperlukan untuk membentuk sistem komputer dan mesin yang berkeupayaan untuk memaparkan gelagat yang dikira sebagai pintar jika dilihat pada manusia.
CIRI-CIRI KEPINTARAN • Belajar daripada pengalaman. • Mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari daripada pengalaman. • Mengendalikan keadaan yang kompleks. • Menyelesaikan sesuatu masalah walaupun ketiadaan maklumat yang penting. • Menentukan perkara yang penting dengan yang tidak. • Berfikir dan membuat pentaakulan. • Bertindak balas dengan cepat dan tepat dalam satu-satu situasi yang baru. • Memahami imej visual. • Memproses dan memanipulasi simbol. • Menjadi kreatif dan berimaginasi. • Menggunakan heuristik.
BIDANG-BIDANG KEPINTARAN BUATAN • Rangkaian Neural • berfungsi seperti otak manusia yang cuba meniru atau mensimulasi fungsi otak manusia • Robotik • peranti-peranti mekanikal yang dikawal oleh komputer untuk menjalankan sesuatu pekerjaan • Sistem Perseptif • perkakasan dan perisian yang membenarkankomputeruntukmendapat,menyimpandan memanipulasi imej-imej penglihatan serta gambar-gambar • Sistem Pembelajaran • semua jenis aktiviti yang membenarkan komputer dan peranti yang lain untuk mencapai pengetahuan sebagai tambahan kepada apa yang telah dimasukkan ke dalam memori oleh pengatur cara komputer.
SISTEM PAKAR • Sistem pakar merupakan program komputer yang cuba mewakili kepintaran manusia dalam bentuk yang heuristik. Heuristik bermaksud “rule of thumb” atau peraturan meneka dengan baik.
CIRI-CIRI SISTEM PAKAR • Menerangkan Alasan dan Cadangan Keputusan • Memaparkan Gelagat yang Pintar • Memanipulasikan Maklumat yang Simbolik dan Membuat Kesimpulan • Menyediakan Pengetahuan yang “Mudah Alih” • Boleh Mengendalikan Ketidakpastian
KEBAIKAN SISTEM PAKAR • Mengambil kira lebih banyak pilihan di mana sistem pakar membenarkan pengurus untuk mengambil kira lebih alternatif dalam proses penyelesaian masalah. • Menggunakan aplikasi logik pada tahap yang lebih tinggi di mana pengurus yang menggunakan sistem ini akan dapat mengaplikasikan logik yang sama seperti pakar di dalam bidang tersebut. • Pengurus akan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menilai hasil keputusan kerana dia akan mendapat nasihat dan cadangan penyelesaian yang segera dari sistem. Ini akan memberinya banyak masa untuk menilai nasihat dan cadangan tersebut sebelum sesuatu tindakan di ambil. • Sistem pakar dapat membuat keputusan yang konsisten kerana tidak seperti manusia, komputer tidak mempunyai “mood”. Di samping itu, komputer juga tidak merasa letih dan tidak bias.
KELEMAHAN SISTEM PAKAR • Sistem ini tidak dapat mengendalikan pengetahuan yang tidak konsisten atau sering berubah-ubah. Ini merupakan kelemahan yang amat ketara kerana di dalam perniagaan berlaku banyak perkara yang tidak konsisten yang perlu di selesaikan oleh pengurus. • Sistem pakar tidak dapat membuat pertimbangan wajar dan menggunakan rasa hati yang kedua-duanya merupakan bahan yang sangat penting apabila hendak menyelesaikan masalah yang separa struktur atau tidak berstruktur.