370 likes | 646 Views
KHUTBAH JUMAAT MULTIMEDIA. TAJUK KHUTBAH JUMAAT HARI INI. MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL-MUBARAK. TARIKH : 7 SEPTEMBER 2007 BERSAMAAN 25 SYAABAN 1428 H. SIRI 35/2007. WASIAT KHATIB. HENDAKLAH KITA SENTIASA BERTAQWA KEPADA ALLAH SWT. LIHAT APAKAH BEKALAN UNTUK HARI AKHIRAT.
E N D
KHUTBAH JUMAAT MULTIMEDIA TAJUK KHUTBAH JUMAAT HARI INI MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL-MUBARAK TARIKH : 7 SEPTEMBER 2007 BERSAMAAN 25 SYAABAN 1428 H SIRI 35/2007
WASIAT KHATIB • HENDAKLAH KITA SENTIASA BERTAQWA KEPADA ALLAH SWT. • LIHAT APAKAH BEKALAN UNTUK HARI AKHIRAT. • ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN
INTISARI KHUTBAH PERTAMA • BERSYUKUR KITA AKAN MENYAMBUT RAMADHAN TIDAK LAMA LAGI. • RAMADHAN BULAN KEAMPUNAN, BULAN RAHMAT DAN BULAN KEREDHAAN ALLAH SWT. • KITA MENGALU-ALUKAN KETIBAAN RAMADHAN DENGAN MESRA DAN HATI YANG TERBUKA
PERSEDIAAN RAMADHAN • PERLU BERSEDIA DARI SEGI JASMANI,PERASAAN,PEMIKIRAN DAN SIKAP. • RAMADHAN ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG ISTIMEWA KEPADA UMAT ISLAM. • KERANA BERNILAINYA RAMADHAN PERLU KITA BERSEDIA MEMANTAPKAN SIKAP DAN PENERIMAAN TERHADAPNYA
RAMADHAN BULAN IBADAT PUASA • FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 183 : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون{183} Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
KEKUASAAN ALLAH SWT. • ALLAH-LAH YANG MENJADIKAN KITA DARIPADA TIADA KEPADA ADA. • MELIMPAHKAN PELBAGAI NIKMAT HINGGA KITA TIDAK TERDAYA MENGHITUNGNYA.
FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH IBRAHIM AYAT : 34. وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ Ertinya : Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidakmenghargai nikmat Tuhannya.
KEWAJIPAN PUASA • PUASA ADALAH SATU PERINTAH DARIPADA PENCIPTA KEPADA HAMBANYA. • SEBAGAI HAMBA KITA HENDAKLAH PATUH DAN TAAT. • ITULAH PENDIRIAN YANG PALING ASAS.
HAMBA PERLU SEDAR • PUASA ADALAH PERINTAH DARIPADA YANG MAHA PENCIPTA. • PUASA ADALAH TANDA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. • SEGALA NIKMAT BUKAN NILAIAN BALASAN DENGAN HARTA BENDA BAHKAN HANYA DENGAN SYUKUR. • SYUKUR ADALAH DENGAN MENGERJAKAN SEGALA PERINTAHNYA.
SURAH IBRAHIM AYAT : 7 وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ Ertinya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azabKu amatlah berat.
KEHENDAK PUASA • BERPUASA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH. • SEDIAKAN BEKALAN YANG CUKUP UNTUK MENGHADAPI CABARAN. • MENGHARAPKAN BALASAN JANJI-JANJI INDAH DARIPADA ALLAH SWT.
SABDA NABI SAW : كل عمل ابن آدم يضاعف الحسنة عشرة أمثالها إلى سبع مائة ضعف إلى ما شاء الله يقول الله عز وجل إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به يدع طعامه وشرابه من أجلي وللصائم فرحتان فرحة حين يفطر وفرحة عند لقاء ربه ولخلوف فم الصائم أطيب عند الله عز وجل من ريح المسك {رواه مسلم}
Maksudnya : Setiap amalan anak Adam digandakan kebaikannya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda.Firman Allah SWT :”Kecuali puasa.Maka sesungguhnya ia adalah hak aku (Allah) sendiri yang memberi ganjarannya”.Orang yang berpuasa itu meninggalkan nafsu dan makan minumnya kerana aku (Allah).Orang yang berpuasa memperolehi dua kebahagian.Kebahagian ketika berbuka dan kebahagian ketika menemui tuhanNya.Demi sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada haruman kasturi. (Hadis riwayat Muslim)
PUASA TANDA SYUKUR • GANJARAN YANG BESAR DAN BANYAK BAGI MEREKA YANG BERPUASA . • TETAPI IANYA AKAN TERHAPUS DENGAN SIKAP BURUK.
SABDA NABI SAW الصيام جنة من النار كجنة أحدكم من القتال ما لم يخرقها بكذب أو غيبة . {رواه أحمد والنساءى وإبن ماجة } Ertinya : Puasa itu adalah perisai penghalang neraka,bagaikan perisai kamu di dalam peperangan selama mana tidak dirobekkan oleh dusta atau mengumpat.
TUNTUTAN PUASA • PELIHARA DAN SELAMATKAN PUASA DARIPADA PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKANNYA. • TINGGALKAN PERKARA NEGATIF DAN BURUK. • SIANGNYA DIPENUHI DENGAN KERJA YANG MENDATANGKAN FAEDAH. • MALAMNYA DIHIDUPKAN DENGAN TERAWIH,QIAMULLAIL,TADARRUS AL-QURAN DAN BERMESRA DENGAN KELUARGA. • TINGKATKAN KEBAKTIAN KEPADA ALLAH DAN HUBUNGAN HARMONI DI KALANGAN KELUARGA DAN MASYARAKAT.
TERIMALAH RAMADHAN • SEBAGAI BULAN YANG DIRINDUI. • SEBAGAI IBADAT YANG MESRA. • JANGANLAH ANGGAP SEBAGAI BEBAN DAN PENDERAAN. • DENGAN BERPUASA DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA SYAKHSIAH,AKAL DAN KESIHATAN MANUSIA. • ALLAH TIDAK MENYUSAHKAN HAMBANYA DENGAN BERIBADAT BAHKAN DIA MAHA KAYA DARIPADA KHIDMAT BAKTI MANUSIA.
SURAH AL-BAQARAH AYAT : 185 شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Ertinya : Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu …
Sambungan…. … dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
آمين يا رب العالمين TUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG-ORANG YANG TAAT, BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI DI DALAM MENTAATI MUAMPUNILAH KEPADA MEREKA YANG MEMOHON KEAMPUNAN
PESAN KHATIB • TINGKATKAN TAQWA KEPADA ALLAH. • TUNAIKAN IBADAT PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN IKHLAS.
INTISARI KHUTBAH KEDUA • SAMBUTLAH RAMADHAN DENGAN GEMBIRA DAN SYUKUR DENGAN MEMASTIKAN : • 1-TUNAIKAN DENGAN SEMPURNA DAN SEBAIKNYA KERANA ALLAH SWT. • 2-SEBAGAI CARA ZAHIRKAN SYUKUR TERHADAP NIKMAT YANG TIDAK TERHITUNG.
Sambungan… • 3-MANTAPKAN DENGAN PERBANYAKKAN AMALAN. • 4-PELIHARA DARIPADA PERKARA NEGATIF DAN YANG MEROSAKKAN PAHALANYA. • 5-LAKSANAKAN DENGAN SELESA,SENANG HATI DAN REDHA.
SEBAGAI TANDA SYUKUR KEPADA ALLAH DAN KEPADA NABI SAW : • PERBANYAKKANLAH SELAWAT DAN SALAM. • FIRMAN ALLAH SURAH AL-AHZAB AYAT 56 : إِنََّ اللهَ وَمَلَئِكَتَهُ يُصَلّونَ عَلَى النَّبِىِّ. يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّوا ْعَلَيْهِ وَسَلُِّمُو اْتَسْلِيمًا
MAKSUDNYA : "SESUNGGUNYA ALLAH DAN PARA MALAIKATNYA SENTIASA BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD, MAKA WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, UCAPKANLAH SELAWAT KEATASNYA SERTA UCAPKANLAH SALAM SEJAHTERA DENGAN PENGHORMATAN YANG SEPENUHNYA".
PENGERTIAN SELAWAT يا الله ! KAMI BERSELAWAT KEATAS PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN JUGA MENDOAKAN RAHMAT KEATAS AHLI KELUARGANYA. SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH MEMBERIKAN RAHMAT KE ATAS NABI IBRAHIM DAN AHLI KELUARGANYA. BERKATILAH KEATAS PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN AHLI KELUARGANYA.SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH MEMBERKATI KE ATAS NABI IBRAHIM DAN AHLI KELUARGANYA. PADA SELURUH ALAM SESUNGGUHNYA ENGKAU AMAT TERPUJI DAN AMAT TINGGI NAMANYA.
PENGERTIAN DOA Ya Allah, Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Memperkenankan Doa. Ya Allah, Peliharakanlah Raja kami Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Wa Sultanah Nur Zahirah,Sultanah Terengganu. Peliharakanlah zuriat-zuriatnya serta kaum kerabatnya.
Ya Allah, Peliharakanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Dan selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami, ulama’-ulama’ kami serta seluruh umat Islam di negeri dan negara kami,belia-belia dan wanita-wanita islam di kalangan mereka dengan rahmatMu Yang Maha Penyayang.
Ya Allah , • Angkatkan lah kebencian dan kemurkaan Mu daripada kami. • Dan janganlah Engkau menghitung apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang engkar daripada kami. • Tunaikanlah segala hajat mereka yang memohon kepada Mu.
Akhirilah segala perkerjaan kami dengan pengakhiran yang baik seluruhnya. • Ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah terbitkan di dalam hati kami iri hati kepada mereka yang beriman.Sesungguhnya Engkau Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, • Muliakanlah Islam dan orang-orang islam serta kecewakanlan golongan kuffar dan musyhrikin .Berilah kami beroleh dari isteri –isteri dan zuriat keturunan kami perkara – perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang mahu bertaqwa. Ya Allah, • Tamatkanlah riwayat hidup kami dengan kebaikan dan jangan tamatkan riwayat hidup kami dengan keburukan.
Ya Allah, Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta jauhkanlah kami dari azab api neraka. Allah berselawat (memberikan rahmatNya) dan memberikan salam sejahtera ke atas Nabi Muhammad,ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Segala pujian dan puja hanyalah layak bagi Mu Tuhan sekalian Alam.
Wahai hamba-hamba ALLAH… Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil ,dan berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini)supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
Maka ingatlah Allah Yang Maha Agung nescaya dia akan mengingatimu dan bersyukurlah di atas nikmat-nikmatnya nescaya dia akan menambahkan lagi nikmat itu kepadamu,dan pohonlah dari kelebihannya, nescaya akan diberikannya kepadamu.Dan sesungguhnya mengingati Allah itu lebih besar (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan
أَقِيْمُوْا ألصَّلآَة.....Marilah dirikan solat … “Lurus dan rapatkan saf anda kerana saf yang sama termasuk di dalam kesempurnaan solat.”