990 likes | 1.12k Views
DCE 3103. Rekabentuk Latihan ismilina@hotmail.com ismi@putra.upm.edu.my 89468226 atau 012-6381712.
E N D
DCE 3103 Rekabentuk Latihan ismilina@hotmail.com ismi@putra.upm.edu.my 89468226 atau 012-6381712
Dr. Ismi Arif Ismail adalah Ketua Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Bidang kepakaran meliputi pendidikan lanjutan, pendidikan pengembangan, kepimpinan, pembangunan belia dan pembangunan sumber manusia. SAYA?
MATLAMAT MODUL • Berupaya melatih seperti/lebih baikdaripada individu ini!
Objektif Modul • Pelajar dapat memahami tentang: • Teori dan amalan rekabentuk latihan yang sistematik dan efektif
Objektif Modul: • Secara khusus: • konsep latihan • model-model berkaitan dengan latihan • analisis trainabiliti • analisis keperluan latihan • taksonomi perubahan tingkah laku
Objektif Modul: • objektif latihan • pembentukan kandungan latihan • penilaian latihan • dokumentasi dan pengurusan latihan
Pengisian Unit: • Unit 1 = Pengenalan kepada Rekabentuk Latihan • Unit 2 = Analisis Trainabiliti • Unit 3 = Analisis Keperluan Latihan • Unit 4 = Taksonomi Perubahan Perlakuan • Unit 5 = Pembentukan Objektif Latihan
Pengisian Unit: • Unit 6: Pembentukan Kandungan Latihan • Unit 7: Kategori maklumat • Unit 8: Penilaian Latihan • Unit 9: Dokumentasi • Unit 10: Pengurusan Program Latihan
Rujukan • Seperti yang tertera pada modul • Seperti yang dinyatakan dalam sinopsis
Penilaian • a) Penilaian sendiri melalui aktiviti yang terdapat di dalam modul • b) Ujian Pertama = 30% Peperiksaan Akhir = 30% • c) Tugasan = 40%
Ujian Pertama: Unit-unit yang diuji: Unit 1-10 (penekanan 1-5) Bilangan soalan: 40 Masa: 1 jam Berbentuk objektif (Multiple choice dan salah/betul) Peperiksaan Akhir: Unit-unit yang diuji: Unit 1-10 (penekanan 6-10) Bilangan soalan: 40 Masa: 1 jam Berbentuk objektif (Multiple choice dan salah/betul) Ujian
Tugasan • Nilai = 40% • Sediakan satu dokumentasi berdasarkan maklumat berkenaan program latihan bagi personel di sebuah organisasi. Segala konsep dan teori dalam rekabentuk latihan perlu dinyatakan dalam penulisan tersebut.
Panduan membuat tugasan: • Anda diperlukan mengumpul maklumat berkenaan masalah yang dihadapi oleh kakitangan (personel) daripada sebuah organisasi. Masalah berkenaan adalah berkaitan dengan prestasi kakitangan berkenaan. Perubahan tingkah laku yang diingini adalah dalam bentuk kognitif, afektif dan psikomotor.
Format penulisan • Boleh dirujuk pada Unit 9 (Dokumentasi) • 1. Deskripsi Latihan • 1.1 Tajuk Latihan • 1.2 Tujuan Latihan • 1.3 Objektif Latihan • 1.4 Peserta Latihan • 1.5 Lokasi Latihan • 1.6 Jangkamasa dan Penjadualan Latihan • 1.7 Fasilitator Latihan
Format penulisan • 2. Pelan Latihan • 2.1 Objektif Pembelajaran • 2.2 Sukatan Pelajaran • 2.3 Teknik Latihan • 2.4 Jangkamasa Latihan • 2.5 Penilaian Latihan
Penyerahan Tugasan • Sila hantar kepada PPL selewat-lewatnya dua minggu sebelum peperiksaan akhir. Tugasan yang lambat dihantar menyukarkan penggredan
Objektif Pembelajaran • 1. memberikan definisi latihan • 2. menghuraikan model latihan individu • 3. menghuraikan model peningkatan keberkesanan latihan • 4. menghuraikan model kitaran latihan yang sistematik
Unit 1: Pengenalan kepada Reka bentuk Latihan • Latihan adalah proses pembelajaran yang disusun untuk mengubah sikap, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan agar prestasi kerja mereka dapat dipertingkatkan
Faktor yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti aktiviti latihan/pembangunan pekerja • Tahap perubahan luaran (teknologi, undang-undang dsb) • Tahap perubahan dalaman (pembaharuan dalam pemprosesan, pasaran baru dsb) • Keperluan kemahiran bersesuaian dengan tugas • Penyesuaian tugas baru • Faktor motivasi kerja
Definisi Latihan • Aktiviti pembelajaran yang mana mengarah kepada perolehan pengetahuan dan kemahiran yang spesifik bagi tujuan pekerjaan atau tugasan • Latihan dan pembangunan adalah usaha memperbaiki tahap kecekapan dan pelaksanaan organisasi (Mondy, 1987)
Faedah Latihan: • Mengurangkan masa pembelajaran bagi pekerja baru dalam melaksanakan tugas • Memperbaiki pelaksanaan tugas dengan lebih baik • Membentuk sikap kerjasama dan kesetiaan
Faedah Latihan: • Membantu meyelesaikan masalah pengendalian • Memenuhi keperluan tenaga manusia • Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran pekerja dan nilai diri mereka dalam pasaran kerja
Model Latihan Individu • Individu inginkan pembaikan • Pembelajaran • Perubahan dalam konsep, kemahiran dan sikap (kognitif, afektif dan psikomotor) • Perubahan pelaksanaan kerja • Perubahan dalam keberkesanan organisasi (Bramley, 1991)
Unit 2:Analisis Trainabiliti • Mengenalpasti masalah organisasi • Sisihan prestasi kakitangan daripada prestasi piawai • Jurang perbezaan antara keadaan sebenar dengan keadaan sepatutnya • Masalah Indikator Faktor Kontekstual
Mengkategori Masalah mengikut Tahap dan Punca • Individu • Tugas/fungsi • Institusi • Sistem polisi
Pengiraan Indeks Trainabiliti • Indeks hendaklah dikira bergantung kepada 3 perkara utama: • Risiko program latihan • Risiko perubahan faktor-faktor kontekstual • Risiko kerana jurang masa
Unit 3:Analisis Keperluan Latihan (AKL) • Mengkaji secara mendalam pengetahuan, sikap dan kemahiran kakitangan yang mengendalikan sesuatu tugas secara tidak cekap dan menimbulkan masalah • Penganalisisan berdasarkan aspek Kognitif, Afektif dan Psikomotor
Analisis Keperluan latihan • Analisis Organisasi • Analisis Tugasan • Analisis Individu/Pekerja
Komponen-komponen Penganalisisan • Organisasi • Kerja • Tugas • Kakitangan
Teknik Kepentingan, Kekerapan dan Kesukaran (KKK) • Kepentingan • Kekerapan • Kesukaran
Teknik SATNA • Kaedah menganalisis prestasi dan masalah kakitangan melalui pengetahuan, kemahiran dan sikap kakitangan atau responden. • Kaedah melibatkan komponen-komponen seperti masalah, responden, Tugas, KAP yang sepatutnya dan KAP sebenar yang ada pada responden
Unit 4:Taksonomi Perubahan Tingkah Laku • Taksonomi perubahan tingkah laku adalah garispanduan dalam penulisan objektif latihan(am) dan juga penulisan objektif pembelajaran(spesifik). • 3 kategori/domain Objektif pembelajaran: • Domain Kognitif • Domain Afektif • Domain Psikomotor
Pembentukan Objektif • Membentuk Objektif Latihan • Pembelajaran Pengetahuan (Cognitive learning) • Pembelajaran Perlakuan (Behavioral learning) • Pembelajaran Afektif (Affective Learning) Multiple Intelligences/Quotient
Domain Kognitif • Perubahan dari segi pengetahuan, maklumat dan pemikiran. • Perubahan/perkembangan dari • tingkahlaku intelek yang mudah kepada yang lebih kompleks • paras mental yang konkrit kepada yang lebih abstrak
6 Tahap Domain Kognitif • Pengetahuan • Kefahaman • Penggunaan • Analisis • Sintesis • Penilaian
5 Tahap Domain Afektif • Menerima • Bertindakbalas • Menilai • Mengelola • Memberi watak melalui sesuatu nilai himpunan
Domain Psikomotor • Pergerakan tubuh badan secara keseluruhan • Pergerakan halus yang berkoordinasi • Komunikasi tanpa bahasa • Bercakap
Penjelasan Objektif • Objektif pembelajaran yang mengandungi kemahiran intelek, kognitif, percakapan, motor dan sikap (Gagne, 1974). • Bruce (1980) mengelaskan objektif kepada pengetahuan, pemahaman, sikap dan kemahiran.
Komponen-komponen Objektif • Dalam konteks program latihan, objektif merangkumi komponen-komponen: • Pelatih yang terlibat • Perlakuan yang hendak dicapai • Kriteria yang digunakan untuk menilai pencapaian • Tahap pencapaian
Komponen-komponen Objektif • Penerima/subjek • Perubahan perlakuan • Isi kandungan • Keadaan atau situasi • Jangkamasa