100 likes | 496 Views
(KARANGAN BERPANDU). Sebelum buat karangan anda perlu tahu: Jenis karangan – formal/tidak formal Soalan: Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mempelajari sejarah. 2) Tema: Bila soalan tanya berkaitan dengan mempelajari sejarah TEMA PENDIDIKAN
E N D
Sebelum buat karangan anda perlu tahu: • Jenis karangan – formal/tidak formal Soalan: Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mempelajari sejarah. 2) Tema: Bila soalan tanya berkaitan dengan mempelajari sejarah TEMA PENDIDIKAN 3) Kata Kunci: Tajuk yang telah dihitamkan dalam kertas soalan. “kepentingan mempelajari sejarah”
KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH Dalam karangan mesti ada: ❶ Pendahuluan (Penanda wacana, definisi, penegasan ayat) ❷ Isi-isi penting (sekurang-kurangnya 3/4isi) ❸ Kesimpulan
Pendahuluan • Sejarah merupakan pelajaran teras • Pihak kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa pelajar wajib lulus dalam mata pelajaran sejarah • Mempelajari sejarah mempunyai banyak kebaikan
Isi ❶ Dapat jadikan sejarah sebagai iktibar, panduan dan pengajaran • Agar dapat hadapi masalah pada masa hadapan • Kita harus teliti sejarah lampau sebelum ambil tindakan
❷ Membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan masyarakat • Generasi muda harus jadikan pejuang-pejuang pada masa lampau sebagai idola mereka. Contoh pejuang masa lampau: Tok Janggut, Dato Bahaman, Rentap, Mat Salleh dan lain-lain lagi. - Hal ini bertepatan dengan kata pujangga “bangsa yang hidup akan tetap hidu selama bangsa itu tidak melupakan jasa pahlawannya”.
❸ Menambah ilmu pengetahuan - pelajar dapat mengetahu tentang asal usul sesuatu tempat dan peristiwa - Contohnya asal usul kerajaan Melaka yang dijumpai oleh Parameswara semasa berteduh dibawah pokok Melaka. Peristiwa ini dikaitkan dengan pembukaan Melaka pada masa itu.
Kesimpulan • Semasa ingin membuat kesimpulan, pelajar harus menggunakan perkataan: ● Kesimpulannya,……. ● Konklusinya,……… Contoh: Kesimpulannya, sejarah mempunyai banyak manfaat kepada pelajar dan generasi muda masa kini. Hal ini kerana sejarah dapat membentuk sikap positif generasi muda ke arah mencorak masa depan negara.