270 likes | 726 Views
BAB 4 KONSEP JIHAD DALAM ISLAM. Pengertian Jihad Dari segi bahasa: Akar kata jihad ialah ‘ jahada’ bererti keberatan dan kesusahan; ia bererti berusaha keras atau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari segi istilah:
E N D
BAB 4KONSEP JIHAD DALAM ISLAM TR 4.3.1
Pengertian Jihad Dari segi bahasa: Akar kata jihad ialah ‘jahada’ bererti keberatan dan kesusahan; ia bererti berusaha keras atau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari segi istilah: Iaitu segala usaha dan kesungguhan sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan dengan niat yang ikhlas serta perjuangan dan pengorbanan untuk menegakkan kalimah Allah SWT TR 4.3.4
Dalil Jihad • Al-Quran • ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ • Firman Allah bermaksud: • “Perangilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagimu juka kamu mengetahui” (al-Taubah: 41) TR 4.3.1
b. Hadith • Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud: • Daripada `Aisyah RA ia berkata : Saya bertanya : “Ya Rasululullah ! Adakah kewajipan jihad atas wanita?” Sabdanya : “Ada, jihad yang tidak ada berperang padanya, iaitu Haji dan Umrah” • (Riwayat Ibn Majah & al-Bukhari) • Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud : • Daripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda : “Hendaklah kamu berjihad terhadap musyrikin dengan harta kamu dan diri kamu dan lidah kamu” • (Riwayat Ahmad, al-Nasa’I & al-Hakim) TR 4.3.1
JENIS-JENIS JIHAD • Jihad melawan hawa nafsu (jihad agung/al-Jihad al-Akbar) • Iaitu berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki peribadi dengan nilai-nilai terpuji serta menghindarkan nilai-nilai terkeji. • Caranya : • Berjihad dalam mencari petunjuk dan jalan yang benar. Firman Allah, bermaksud : • ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ • ”Katakanlah adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu” • (surah az-Zumar, ayat 9)
Berjihad dalam beramal dan berpegang teguh dengan apa yang dipelajari. • Firman Allah, bermaksud : • ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ • ”Maka datanglah sesudah mereka (pengganti yang jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsu mereka, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiayai (dirugikan) sedikit pun” • (surah Maryam, ayat 59 – 60) TR 4.3.1
Berjihad dalam menyebarkan ilmu dan petunjuk melalui dakwah. • Firman Allah, bermaksud : • ”Dan serulah kepada (agama) Tuhanmu, sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus” • (surah al-Hajj, ayat 67) • Berjihad menanggung segala kesulitan ketika berdakwah kerana dakwah di jalan Allah akan mendapat tentangan dari syaitan dan bala tenteranya daripada kalangan manusia. ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ TR 4.3.10
Faktor jihad nafsu dipandang besar : • Keluasan medan perjuangan yang tidak terbatas • Keluasan masa perjuangan yang tidak terhad • Kedudukan musuh yang tidak dapat dilihat dan dirasa oleh pancaindera • Kesukaran perjuangan kerana manusia berjuang dengan diri sendiri • Jihad ini adalah asas kepada jihad-jihad yang lain. • Menuntut pembersihan jiwa dan hati serta keikhlasan • Memerlukan imu, pemahaman dan latihan yang berterusan. TR 4.3.1
Jihad melawan syaitan • Iaitu usaha bersungguh untuk menghapuskan hasutan syaitan yang mendorong manusia melakukan perkara yang melampau batas syariat yang ditetapkan oleh Allah. Niat jahat syaitan dinyatakan oleh Allah: • ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ • ” Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka” • (surah Fathir, ayat 6) TR 4.3.11
Cara menentangnya : • Berazam untuk melakukan perubahan diri. Firman Allah, bermaksud : • ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ • ”Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” • (surah ar-Ra`du, ayat 11) • Sentiasa mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadat dan zikir. Firman Allah, bermaksud : • ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ • ”Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka” (surah al-A`raf, ayat 201) TR 4.3.1
Memahami ajaran Islam secara betul dan tepat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Firman Allah, bermaksud : • ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ • ”Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya” • (surah al-Zukhruf, ayat 36) TR 4.3.1
Sentiasa berpegang teguh dengan kebenaran dan berusaha menentang kebatilan. Firman Allah, bermaksud : • ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ • “Orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut. Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”(surah al-Nisa’, ayat 76) TR 4.3.1
Menggabungkan diri dalam jamaah muslimin. Firman Allah yang bermaksud : • ”Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kamu palingkan wajahmu dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas” • (surah al-Kahfi, ayat 28) ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ TR 4.3.1
Menjadikan seluruh kehidupan berdasarkan nilaian Allah. Firman Allah, bermaksud : • ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ • ”Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah neraka jahannam, dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali” • (surah Ali `Imran, ayat 196 – 197) TR 4.3.1
c) Jihad melawan musuh Islam (golongan kafir) • Iaitu perjuangan menentang golongan yang kufur kepada Allah dan sentiasa menghalang perkembangan Islam serta memusuhi umatnya. Firman Allah, bermaksud : • ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ • ”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka” • (surah al-Baqarah, ayat 120) TR 4.3.1
Caranya : • Waktu umat Islam tiada kekuatan : jihad secara lisan dan hujah serta berusaha menambah kekuatan. Firman Allah, bermaksud : • ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ • ”Dan berjihadlah terhadap mereka dengan al-Quran dengan jihad yang besar”(surah al-Furqan, ayat 52) • Waktu umat Islam punyai kekuatan : jihad dengan mengangkat senjata, sekiranya diserang oleh orang kafir • Firman Allah yang bermaksud : • ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ • ”Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada Hari Akhirat dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah...” (surah al-Tawbah, ayat 29) TR 4.3.1
Katogeri Kuffar : a) Kafir Harbi iaitu memerangi umat Islam - harus diperangi b) Kafir Zimmi iaitu bernaung di bawah kerajaan Islam - haram diperangi TR 4.3.20
d) Berjihad menentang golongan munafik : • Munafik ialah golongan yang berpura-pura beriman sebaliknya amat membenci agama Islam. Firman Allah, • “Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. • (surah al-Tawbah, ayat 73) • Caranya : • Kenali sifat-sifat munafik • Beri nasihat supaya bertaubat • Berhati-hati dengan tipu helah mereka • Diperangi jika ancam keselamatan agama dan negara. ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ TR 4.3.21
e) Jihad menentang kemungkaran dan kezaliman Iaitu menentang pemerintah yang zalim dan enggan melaksanakan perintah atau hukum Allah. Hukumnya adalah wajib sama ada melalui perbuatan, perkataan atau hati . TR 4.3.1
PERINGKAT-PERINGKAT JIHAD • Jihad dengan hati • yakin bahawa kesesatan dan kemungkaran merupakan musuh Islam dan wajib diperangi tetapi tidak mampu mencegahnya dengan tangan dan lisan - peringkat jihad paling rendah. • b) Jihad dengan lisan dan kalam • melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang merangkumi segala kegiatan dakwah (ceramah, bimbingan, pengajaran, dsb). • c) Jihad dengan tangan (kekuasaan) • kekuatan fizikal - pertahankan kebenaran Islam TR 4.3.1
d) Jihad dengan harta dan wang berkorban wang dan harta untuk menyokong usaha jihad di medan perang ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.(ali-Imran: 92) e) Jihad dengan fikiran dan ilmu sumbangan buah fikiran dan idea (memberi ilmu dan ajaran Islam yang benar). f) Jihad Qital (berperang) kemuncak jihad di jalan Allah - mereka yang gugur - syahid. TR 4.3.1
UNSUR-UNSUR JIHAD • Hijrah • Ianya adalah kemuncak perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah di mana umat Islam terpaksa berjihad dari aspek: • Aspek spiritual : korbankan perasaan kasih dan cinta kepada tanahair serta kaum keluarga yang masih kufur. • Aspek fizikal : tinggalkan segala harta dan menempuh perjalanan yang sukar kerana terpaksa berhadapan dengan ancaman kaum musyrikin Quraisy. TR 4.3.1
b) Perjuangan dan pengorbanan • Inti kepada ajaran Islam di mana semua perkara yang diperintahkan menuntut kepada pengorbanan nafsu, kepentingan diri, dll. • c) Syahid • Setiap yang menjadi saksi atas kebenaran Allah SWT dan agamanya yang disampaikan oleh Rasul-Nya serta bersedia membuktikan kepada manusia dan dunia atas kebenaran tersebut sama ada secara lisan, perbuatan atau kekuatan (kekuasaan) dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk mempertahankan kebenaran tersebut. TR 4.3.1
Firman Allah, bermaksud : • ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ • ”Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)” • (surah al-Hujurat, ayat 15) TR 4.3.27
KEPENTINGAN DAN KEUTAMAAN JIHAD • Menggambarkan nilai iman dalam diri seseorang • Lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam sebagai ”Khayru Ummah” • c) Perniagaan yang menjanjikan ganjaran syurga. • d) Alat untuk menyebarkan seruan Islam dan meningkatkan syiar serta kedaulatan Islam yang dilakukan melalui tiga pendekatan: • Menyeru penduduk setempat memeluk Islam • Mempelawa non-muslim menjadi rakyat negara • Islam dengan membayar jizyah serta mematuhi undang-undang dan kepimpinan negara Islam. • Berjihad menentang golongan yang menghalang kelancaran gerakan dakwah. • e) Menjaga kepentingan agama dalam semua perkara. TR 4.3.28
PENUTUP Jihad adalah satu perjuangan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah. Ia terbahagi kepada dua bahagian ; jihad melawan hawa nafsu (Jihad al-Akbar) dan jihad yang lain-lain (Jihad al-Ashghar). Jihad dengan harta merupakan pelengkap kepada semua bentuk jihad kecil yang lain. Manakala jihad qital (berperang di medan menentang orang-orang kafir yang menentang Islam) merupakan kemuncak jihad fi sabilillah yang menyediakan balasan syahid (masuk syurga tanpa hisab) TR 4.3.30