1 / 7

KONSEP QURBAN DALAM ISLAM

osanna
Download Presentation

KONSEP QURBAN DALAM ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. “ Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan Allah kepada mereka dari binatang ternakan yang disembelih itu.Kerana Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa. Maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang tunduk taat. Surah al-Hajj : 34. MAKNA QURBAN: Binatang tertentu spt kibasy,kambing, lembu, unta, yang disembelih pada hariraya atau pada hari-hari tasyriq dengan tujuan beribadat kepada Allah SWT. HUKUM; Pada asalnya sunat, tapi jadi wajib bila bernazar. Sunat Mu`akkad , bagi muslim,merdeka, akal baligh dan berupaya. Sunat Kifayah, bagi orang berkeluarga berupaya bagi memenuhi seisi keluarga. KONSEP QURBAN DALAM ISLAM

  2. Disyariatkan pada 2 hijrah. Dalil: “Kami jadikan unta yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu sebahagian dari syiar Agama Allah untuk kamu, pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan kepada kamu. Surah al-Haj :36. “ Maka kerjakan sembahyang Hariraya semata-mata kerana TuhanMU dan sembelihlah Qurban sebagai bersyukur” Surah al-Kaushar: 2. Hadith: “Diriwayatkan daripada Anas R.A. Katanya: Nabi Muhammad SAW telah berqurban dua ekor kibasy putih,masing mempunyai tanduk, baginda menyembelih dengan tangan yang mulia, baginda membaca Bismillah wallahuakbar serta baginda meletakkan kakinya ke atas lehir kibasy itu bagi maksud memudahkan kerja-kerja penyembelihan. SEJARAH DAN DALIL

  3. Diriwayat daripada Sayyidatina Aisyah R.Anha, bahawa baginda SAW telah bersadba: Sesungguh sebaik-baik amal kebajikan yang dilakukan oleh anak Adam pada hariraya Haji ialah menyembelih qurban, sesungguhnya binatang qurban yang disembelih itu, pada hari Qiyamat nanti akan datang dengan tanduk-tanduk, bulu-bulu dan kuku-kukunya ( ia kan dibangkit dengan badan yang lengkap seperti mana sebelum diqurbankan ) Sesungguhnya darah yang mengalir dari sembelihan qurban itu mendapat penghargaan dari Allah dengan keredaanNya dan diterima amalan tersebut sebelum menitis darah itu ke tanah. Oleh itu sempurnakanlah qurban itu dengan suci hati dan penuh ikhlas. HUKUM MENINGGAL QURBAN: Bagi mereka yang berupaya dan ada wang yang lebih bagi belanja keluarga dan kewajipannya pada hari raya haji dan hari-hari tasyriq, sekiranya ia tidak qurban, hukumnya makruh. Kata Imam Syafe`i: “Aku tidak memberi kelonggaran pada meninggalkannya bagi sesiapa yang berkuasa melakukannya.” sambungan

  4. Bagi memperingati kisah pengurbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail. Taat patuh sepenuhnya kepada Allah sanggup qurban apa jua. Mengerakkan hati orang yang berada agar tidak bakhil, bersedekah kepada fakir miskin. Bersyukur kepada Allah di atas ni`mah yang dikurniakan agar bertaqarrub kepadaNya. Berqurban adalah amalan sunat yang paling tinggi nilainya. Membina jiwa insan yang berada berqurban apa yang disayangi. SYARAT: Islam, baligh, akal,merdeka, berupaya, haram sekira tak apa wang ( sumber )bagi qurban sunat. HIKMAH QURBAN& KELEBIHANNYA

  5. Binatang Qurban, ternakan berkaki empat, Unta, lembu, kibasy, kambing.dll. Binatang yang cukup umur. Ia tidak cacat yang mengurangkan daging. Dilalukan dalam waktunya: Bermula selepas dua rakaat dari solah hariraya Adha,10. Dan berterusan ke 11, 12 dan 13. sebelum maghrib. Diniatkan berqurban. Atau wakil niat utk disembelih. Sebelum itu pastikan diakad jualbeli yang sah mengikut syarak. Jenis binatang yang sebaiknya ialah unta, dagingnya banyak untuk dinimati ramai fakir miskin. Seterusnya kibasy, lembu dll. Warna binatang sebaiknya putih, kuning, putih bercampur. Merah, hitam. Gemuk lebih utama dari warna. SYARAT-SYARAT.

  6. Binatang qurban gemuk. Binanatng yang ada tanduk. Orang hendak berqurban, jangan potong rambut atau kuku, atau bercukur pada 1 Zulhijjah sehingga selesai qurban. Orang yang berkurban, sembelih sendiri. Atau menyaksi majlis tersebut. Jangan mengasah pisau di sisi binatang . DAGING KURBAN. Qurban nazar, wajib daging dibagi/sedekah semuanya. Qurban sunat: tuan wajib makan daging qurban. Kadar daging diambil sebaiknya 1/3 dari miliknya. Sepatutnya diagih kepada fakir miskin, seterusnya orang kaya. Sebaiknya diambil sekadar makan dan selebih diagih kepada fakir miskin (daging mentah). PERKARA SUNAT

  7. Hayatilah sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim, menjunjung perintah Allah dengan ikhlas. Sebagai seorang hamba mesti banyak bersyukur kepada Allah siang dan malam. Di bulan Haji kita hayati qurban. Darah yang mengalir di hari raya qurban memberi makna, semangat jihad ke jalan syura. Daging yang manis, adalah hak fakir miskin untuk membina kasih sayang dan jauhi sifat bakhil. Pengorbanan sepatutnya kembali ke jalan Allah: sebagaimana Nabi Ibrahim menentang berhala, nafsu syaitan dan kemunkaran. Nabi Ismail anakyang disayangi, waris zuriat menyebar Islam, sanggup disembelih oleh bapanya Nabi Ibrahim demi mendaulat perintah Allah. Oleh itu kembali ke jalan Allah dengan konsep berilmu, beramal dan bertaqwa. Wassalam. Us Dzulkefli Mamat. Biro pendidikan Bangkit 12/1/05. Kesimpulan.

More Related