370 likes | 587 Views
Kepimpinan Pentadbir Pengurusan Akademik Dalam Menjana Modal Insan Terbilang. Nordin Kardi. Kandungan. Sejarah dan Falsafah Universiti. Modal Insan. Peranan Pentadbir. Perbincangan. Rumusan. Tradisi Universiti.
E N D
KepimpinanPentadbirPengurusanAkademikDalamMenjana Modal InsanTerbilang Nordin Kardi
Kandungan Sejarah dan Falsafah Universiti Modal Insan Peranan Pentadbir Perbincangan Rumusan
Tradisi Universiti Universiti mempunyai sejarah yang lama. Dikatakan Universiti di Jepun bermula pada kurun ke-7, di dunia Islam pada kurun ke-10. Tradisi Rom wujud sebelum masehi. Namun begitu banyak tulisan yang menyebut pendekatan (ideologi universiti) terbahagi kepada dua: 1. Tradisi Bologna, Itali (1088) 2. Tradisi Paris (1119)
Tradisi Bologna (Tahun 1159, Barbosa, Maharaja German menganugerahkan ‘charter’ kepada Bologna, iaitu kuasa ekslusif untuk melindungi universiti daripada kuasa Kerajaan atau Gereja) Ditubuh oleh kumpulan pelajar yang mempunyai kedudukan tertentu dalam masyarakat. Pelajar berkenaan ingin menguasai ilmu peringkat lebih tinggi. Pelajarlah yang mencari dan melantik guru, mendenda guru, memastikan guru mematuhi kontrak, membenarkan guru bercuti dsb. Tradisi Bologna menumpukan bidang perundangan Tradisi Paris (Ditubuhkan pada 1119 – amalan Cathedral) Diwujudkan oleh para guru Guru yang merekrut murid untuk dijadikan bijak pandai agama Guru adalah pihak berkuasa (menetapkan silibus, pengajaran dsb) Guru boleh menghukum murid Tradisi Paris menekankan Teologi Bologna Vs Paris
Tradisi Paris nampaknya lebih berkembang kemudiannya. Oxford dan Cambridge di Britain misalnya adalah lanjutan kepada Tradisi Paris. Begitu juga Harvard yang merupakan pemanjangan tradisi universiti tua Britain itu. Universiti di Timur Jauh dan Dunia Islam juga boleh dikategorikan di bawah Tradisi Paris yang disebut sebagai ‘Teacher Centered’ atau ‘Master University’ berbanding Bologna yang lebih ‘Student Centered’. • Hanya kemudian unsur pemusatan pelajar mula dibicarakan sambil tradisi Master University tetap menjadi pegangan utama.
Universiti di Malaysia • Universiti di Malaysia mewarisi tradisi Inggeris yang melatari sejarah penubuhan universiti pertama di Malaysia • Universiti Malaya ditubuh oleh Inggeris pada 1949 di Singapura - gabungan dua institusi pendidikan tertua yag ditubuhkan oleh Inggeris, iaitu King Edward VII College of Medicine (ditubuhkan pada 1905) dan Raffles College (1928). • Membuka kampus ke-2 di Kuala Lumpur pada tahun 1962).
…samb • Sehingga selepas Malaya mencapai kemerdekaannya Naib Canselornya masih dari kalangan orang Inggeris (E.g. Professor A. Oppenheim dari September 1956 sehingga Jun 1965; Dr. JHE. Griffiths dari April 1967 hingga September 1968, sebelum diambil alih oleh Profesor Ungku Aziz yang menjadi Naib Canselor,1968 hingga Februari 1988.
Universiti Kebangsaan Malaysia • Ditubuhkan pada 1970. • Penubuhan mirip penubuhan Universiti di England. • Penubuhan UKM kerana ada protes terhadap tradisi di UM yang lebih bersifat elit. • Penubuhan seakan-akan penubuhan Universiti of London. • UKM boleh dianggap sebagai universiti yang diperjuang oleh rakyat untuk rakyat biasa, berbanding dengan UM yang ditubuh oleh penjajah. • Bezanya University of London bermula dengan `examining university’ berbanding UKM yang meneruskan tradisi pengajaran UM kerana banyak guru pengasas di UKM berasal dari UM.
Universiti Selepas AUKU 1971 • Tradisi Inggeris masih jelas kelihatan dalam Penggubalan AUKU 1971 Misalnya, kuasa melantik Naib Canselor masih lagi Yang Dipertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri. • Pindaan Akta Pendidikan 1996 memansuhkan kuasa Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong.
Modal Insan Terbilang • Adakah modal insan di negara kita tergolong dalam mereka yang terbilang dan boleh bersaing/bekerja di mana-mana sahaja atas bumi ini? • Apakah produktiviti modal insan kita setanding dengan negara-negara lain?
Ringkasan statistik • Pertumbuhan kadar produktiviti modal insan Malaysia sama seperti UK dan lebih tinggi purata dunia. • Produktiviti modal insan Malaysia pada 2005 hanya tinggi sedikit berbanding Singapura pada tahun 1980.
Kaitan pendidikan dengan modal insan • Semakin berpelajaran masyarakat semakin tinggi produktiviti dan semakin bersedia menyesuaikan diri dan tangkas mempelajari cara baru. • Statistik berikutnya menunjukkan kadar GDP kepada R&D masih besar, dan bilangan penyelidik masih lagi rendah berbanding dengan negara maju lain. • Peratus populasi rakyat berpendidikan tinggi masih rendah berbanding dengan negara maju lain.
Perbandingan Malaysia dari segi kemajuan Sains dan Teknologi
Komponen Universiti Kurikulum Guru Pelajar UNIVERSITI Alam keliling Pentad- biran
Apakah andaian-andaian yang memberi alasan kepada pegangan tersebut?
Sejarah • Budaya Malaysia – tradisi feudal • Kepentingan Politik • Keselesaan orang yang lebih dewasa
Cuba Bincangkan Hubungan Beberapa PerkaraTradisi Universiti dengan Statistik Kecemerlangan Negara-Negara?Ideologi Pengurusan Universiti dengan yang diamalkan di Malaysia?Cita-cita melahirkan Modal Insan Terbilang dengan Dasar-Dasar Pengurusan Akademik?
Perbincangan 1Bagaimana Kalau Semua Universiti di Malaysia di gabungkan di bawah satu sistem?Contoh: Sistem Universiti California, State University of New York
Perbincangan 2Universiti Elit vs Universiti MassaContoh: Naiktarafkan semua 20 Politeknik menjadi universiti
Perbincangan 3Beri Autonomi Pengambilan Kepada Setiap Universiti • Contoh: universiti merekrut sendiri pelajar ijazah pertamanya, bukan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Melalui dulunya UPU, kini namanya Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP). • Benarkan pelajar memohon terus kepada universiti yang ingin dimasukinya. Mungkin lebih daripada satu.
Perbincangan 4 • Biarkan universiti sendiri menentukan jenis kursus atau program yang hendak ditawarkan tanpa perlu kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi. Biarkan Senat universiti, iaitu badan tertinggi universiti yang menentukan hala tuju akademik universiti. • Kementerian boleh menetapkan jenis ‘output’ pelajar yang dikehendaki negara, dan biarkan universiti melaksanakan berdasarkan kebijaksanaan Senat universiti masing-masing.
Perbincangan 5 • Universiti Awam mencari dana sendiri, dan kerajaan memberikan insentif atas usaha itu. Misalnya, jika sesebuah universiti berjaya mencari dana RM30 juta, Kerajaan tambah lagi RM30 juta. Contohnya jika bendul peruntukan pengurusan dari kerajaan RM200 juta, maka universiti tersebut akan mempunyai RM260 juta.
Perbincangan 6 • Bagaimana jika setiap universiti dibenarkan mengwujudkan dan memansuhkan perjawatannya sendiri tanpa perlu kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam? Kerajaan mungkin boleh menetapkan formula tertentu untuk urusan dana pencen.
Komponen Universiti Kurikulum Guru Pelajar UNIVERSITI Alam keliling Pentad- biran
McKinsey 7S Framework Strategy Systems Staff Shared Values Structure Styles Skills
Rumusan Ideologi Universiti Peranan Pengurus Akademik Kedudukan Modal Insan Malaysia