420 likes | 929 Views
MINGGU 11. Ayat Tunggal, Ayat Aktif dan Ayat Pasif. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: binaan ayat tunggal konstituen ayat tunggal ayat aktif ayat pasif. AYAT TUNGGAL. Ayat yang terdiri daripada satu klausa sahaja.
E N D
MINGGU 11 Ayat Tunggal, Ayat Aktif dan Ayat Pasif
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: • binaan ayat tunggal • konstituen ayat tunggal • ayat aktif • ayat pasif
AYAT TUNGGAL • Ayat yang terdiri daripada satu klausa sahaja. • Konstituen untuk setiap unsur ayat seperti subjek dan predikat hanyalah satu atau merupakan satu kesatuan. • Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan. • Semua unsur inti diperlukan, di samping unsur bukan inti seperti keterangan tempat, waktu dan alat. • Ayat tunggal wujud dalam bentuk bentuk pendek dan dalam bentuk panjang. • Contoh: > Dia guru > Pensyarah bahasa kami akan dikirimkan ke negeri China. > Kami mahasiswa
BINAAN SUBJEK AYAT TUNGGAL FRASA NAMA Kata nama nama am nama terbitan Nama khas Kata ganti nama nama orang nama tunjuk Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.
BINAAN SUBJEK AYAT TUNGGAL • FRASA NAMA • Contoh: > Buah kedondong itu untuk isterinya (KNAm). > Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad mantan Perdana Menteri Malaysia (KNKhas). > Lakonannya amat mengagumkan (KNTerbitan). > Ini kawasan larangan (KGNTunjuk). > Kita berlakon drama (KGNOrang). > Berternak ikan amat menyeronokkan (KKJ). > Manis itu racun (KADJ).
BINAAN PREDIKAT AYAT TUNGGAL • Predikat FN nama khas nama am nama terbitan • Predikat FKJ kata kerja asal (berimbuhan dan tidak berimbuhan) kata kerja terbitan kata bantu (aspek dan ragam) unsur keterangan • Predikat FAdj • Predikat FSN
UNSUR FRASA PREDIKAT UNSUR UTAMA UNSUR PILIHAN Frasa Nama (FN) Kata Nafi bukan, tidak Frasa Kerja (FKJ) Frasa Adjektif (FAdj) kata pemeri ialah, adalah Frasa Sendi Nama (FSN)
PREDIKAT FRASA NAMA • Dua FN akan mewujudkan ayat jika terdapat pemisahan yang wajar antara bahagiannya sehingga dapat ditafsirkan sebagai dua FN. • Predikat FN dikenali juga dengan nama ayat persamaan atau ayat ekuatif. • Contoh: > Orang itu Perdana Menteri Turki (KNkhas) > Beliau sasterawan (KNam) > Pandangannya suatu keasyikan (KNterbitan) > Dua orang perawan itu (frasa) > Dua orang itu perawan (ayat) – (S + P) > Dua orang itulah perawan (ayat) – (P + S)
PREDIKAT FRASA KERJA KATA KERJA ASAL Tidak berimbuhan berimbuhan KKTT KKT KKTT KKT hilang makan bernyanyi mengarang mandi minum tertidur menjahit datang terjatuh membuka ketawa membincangkan pulang
PREDIKAT FRASA KERJA KATA KERJA ASAL Contoh: > Mahasiswa itu bangun (KKTT). > Mahasiswi ini makan budu (KKT). > Mahasiswi itu minum todi (KKT). > Motosikal itu tercampak ke gaung (KKTT + imbuhan) > Manaf mencipta pantun (KKT + imbuhan)
PREDIKAT FRASA KERJA KATA KERJA TERBITAN KATA NAMA KATA ADJEKTIF KATA KERJA TRANSITIF membuahkan menghadiahi menyekolahkan memperindah menghalusi mempertajam
PREDIKAT FRASA KERJA • Contoh: > Usahanya telah membuahkan hasil. (KN) > Suami telah menghadiahkan kereta kepada isterinya. (KN) > Orang itu telah menyekolahkan anaknya. (KN) > Rahimah telah mempercantik hiasan dalaman rumahnya. (KAdj) > Perdana Menteri menghalusi memorandum itu. (KAdj) > Orang muda perlu mempertajam minda. (KAdj)
PREDIKAT FRASA KERJA KATA BANTU KBA + KBR KBR KBA sedang hendak hendak akan belum mahu mahu belum harus pernah harus pernah belum boleh mesti sedang masih belum dapat boleh masih masih boleh dapat sudah mesti boleh telah mesti dapat belum pernah harus dapat masih belum
PREDIKAT FRASA KERJA • Contoh: > Anaknya akan berkahwin minggu hadapan. > Mahasiswi itu hendak berkenalan dengan anda. > Murid harus boleh membaca buku. > Anda belum boleh berumah tangga. > Isterinya sedang hendak bersalin. > Ayahnya sudah pergi ke laut. > Dia mahu bercakap tetapi malu. > Orang tua itu masih boleh mengangkat kelapa. > Ahmad masih belum dapat mencari buah hatinya.
PREDIKAT FRASA KERJA KATA KERJA TAK TRANSITIF KATA KERJA TRANSITIF UNSUR KETERANGAN (FRASA SENDI NAMA)
PREDIKAT FRASA KERJA • Contoh: > Dia membincangkan perkara itu dengan kawannya. > Angin bertiup dengan laju. > Peperiksaan akan berakhir pada jam 4.00 petang. > Buah hatinya menonton wayang di Singapura. > Mahasiswa itu berlagak seperti pelakon filem.
PREDIKAT FRASA ADJEKTIF KATA SELAPIS KATA GANDA biru, jernih, pahit, manis, pandai-pandai muda, geram, nipis, tebal, panjang-panjang hijau amat, sungguh keruh, kelabu-kelabu sangat pahit, terlalu tua, cemas-cemas geram benar, dalam sekali, jahil-jahil baik betul, indah nian, malu-malu lebih ajaib, paling cemburu, rajin-rajin termanis, terkesima bodoh-bodoh
PREDIKAT FRASA ADJEKTIF • Contoh: > Air sungai itu amat jernih. > Kulit mahasiswi ini sangat nipis. > Warna laut itu bniru amat. > Suaminya terlalu tua. > Isterinya lebih cemburu daripada isteri saya. > Nanas itu termanis. > Orang di sini pandai-pandai > Suaminya malu-malu kucing.
PREDIKAT FRASA ADJEKTIF • Ayat statif (FN + Adj) dapat memanfaatkan kata pemeri adalah untuk memisahkan subjek dengan predikat. Contoh: > Penampilannya adalah hebat. > Pakaiannya adalah anggun. > Orang ini adalah berani. • Ayat statif diingkari dengan kata ingkar tidak. Contoh: > Mahasiswi ini tidak gembira. > Isterinya tidak ganas > Masakannya tidak sedap. • Ayat statif boleh menggunakan kata ingkar bukan, apabila ada kontras. Contoh: > Dia malas – Dia bukan malas, Orang itu cerdik – Orang itu bukan cerdik. • Jika predikatnya kata adjektif ganda, subjek tidak perlu digandakan. Contoh: > Bajunya mahal-mahal belaka > Baju-bajunya mahal belaka > Bajunya mahal belaka.
PREDIKAT FRASA SENDI NAMA KATA SENDI KATA NAMA di sungai ke Padang Besar dari Golok daripada ibu bapanya untuk kekasih pada masa itu dengan buah hati kepada semua pelajar
PREDIKAT FRASA SENDI NAMA • Contoh: > Rumahnya di atas pokok. > Kedua-dua isterinya ke Padang Besar. > Letupan itu di Golok. > Hadiah ini daripada ibu bapanya. > Cincin ini untuk buah hatinya. > Memorandum itu pada Perdana Menteri. > Buku dengan anaknya. > Surat kepada Dekan.
UNSUR PILIHAN FRASA PREDIKAT KATA NAFI / INGKAR BUKAN TIDAK • Menafikan FN dan FSN - menafikan FKJ dan FAdj • Menafikan FKJ dan FAdj jika jika bertentangan maklumat
KATA NAFI / INGKAR • Contoh: > Surat ini bukan daripada suaminya > Itu bukan rumahnya. > Bunga ini bukan daripada buah hatinya. > Karya ini bukan oleh sasterawan negara. > Mahasiswa tidak datang kuliah semalam. > Pakaiannya tidak anggun. > Kelakuannya tidak sopan. > Mahasiswa itu bukan hendak berkahwin tetapi main- main sahaja. > Anaknya bukan jahat sangat, hanya nakal.
UNSUR PILIHAN FRASA PREDIKAT KATA PEMERI PERSAMAAN / EKUATIF HURAIAN / KUALITATIF ialah + FN adalah + FAdj adalah + FSN > Kata pemeri tidak boleh hadir bersama dengan kata nafi, kecuali dalam struktur FN + tidak + FAdj
KATA PEMERI • Contoh: > Dia ialah pramugari (FN) > Warna merah ialah warna kebenciannya (FN). > Anaknya adalah sangat rajin. (FAdj) > Rantai ini adalah untuk buah hatinya. (FSN) > Perbuatannya adalah tidak sopan. > Kecantikan adalah tidak kekal. * Kata pemeri bersifat pilihan sahaja.
KONSTITUEN AYAT TUNGGAL SUSUNAN BIASA SUSUNAN SONGSANG - kata penegas + kata penegas Pendepanan Seluruh Pred Pendepanan Sebahagian Pred - kata penegas + kata penegas Pendepanan FKJ Pendepanan FAdj Pendepanan FSN
KONSTITUEN AYAT TUNGGAL SUSUNAN BIASA (S + P) - kata penegas > Sekumpulan pelajar itu mahasiswa UPM. > Semua lanun telah menyerah diri. > Mereka ini dari Kelantan. + kata penegas > Mereka ini pun dari kampung. > Orang itu teringin juga ke Thailand. > Kita memohon rahmat daripada-Nya juga. > Sepanjang masa dia bermenung sahaja. > Pasukan Selangor kalah lagi.
KONSTITUEN AYAT TUNGGAL SUSUNAN BIASA (S + P) • Jika kata penegas lah dan kata yang ditambah pada subjek dalam ayat tertentu, maka subjek itu akan bertukar fungsinya menjadi predikat. Contoh: > Pasukan Selangorlah yang kalah lagi. > Lanun yang ditangkap itulah yang amat jahat. > Mahasiswa inilah yang ditangkap malam tadi. > Isterinyalah yang cantik itu. > Pakaian orang itulah yang paling mahal.
KONSTITUEN AYAT TUNGGAL SUSUNAN SONGSANG (P + S) Pendepanan Seluruh Predikat Pendepanan Sebahagian Predikat Pendepanan FKJ Pendepanan FAdj Pendepanan FSN KKJ KAdj FSN Pred KKJ + Obj kb + KAdj FSN Ket kb + KKJ
SUSUNAN SONGSANG (P + S) PENDEPANAN SELURUH PREDIKAT Unsur Wajib > Siapakah nama anda? > Apatah daya kita. > Hujankah malam tadi? > Dialah buah hatinya. Unsur Pilihan > Baik amat perlakuannya. > Gagal juga akhirnya usaha itu. > Sungguh rajin mahasiswa itu. > Masin sekali gulai ini. > Rakyat Indonesia isterinya. > Dalam butan rumahnya. > Di pasar budaya kedainya.
SUSUNAN SONGSANG Pendepanan Sebahagian Predikat – FKJ Pendepanan KKJ > Berlari-larian mahasiswa itu di padang. > Tersentak orang itu di sana. > Melamun dia setiap senja. Pendepanan KKJ + Obj. > Makan budu mahasiswa itu setiap pagi. > Menanam ubi bapa di sawah setiap hari. > Terpikat hatiku oleh senyumannya. Pendepanan kb + KKJ > Masih menjanda mahasiswi itu sejak… > Akan berangkat dia ke bulan pagi esok. > Sedang mandi adiknya.
SUSUNAN SONGSANG Pendepanan Sebagaian Predikat – FAdj. Pendepanan KAdj > Adil hakim itu pada setiap masa. > Pandai orang ini sejak dahulu. > Cermat isterinya apabila membeli pisang. > Lucu orang ini apabila bercerita. Pendepanan kb + KAdj > Masih dahaga beruk itu hingga kini. > Sudah masak buah ini sejak seminggu lalu. > Sedang gering puteri itu sejak semalam. > Belum mahir mekanik itu meskipun… > Masih malas budak ini walaupun…
SUSUNAN SONGSANG Pendepanan Sebahagian Predikat – FSN FSN sebagai Predikat > Untuk kekasihnya cincin ini. > Daripada sutera baju ini. > Kepada isterinya surat ini. > Masih pada Halimah buku itu. FSN sebagai Keterangan dalam Predikat. > Pada janji saya berpegang. > Ke dalam kuali ikan ini dimasukkannya. > Di hadapan menteri pelajar itu merusuh. > Untuk peperiksaan ini, pelajar telah menelaah pelajarannya sepanjang malam.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF • Ayat aktif: transitifdan tak transitif • Ayat pasif: dengan imbuhan kata kerja pasif – di, ter dengan kata ganti nama diri – pertama, kedua pertama: saya, aku, kami, kita kedua: engkau, kamu, awak, anda dengan kata kena yang hadir sebelum kata kerja
AYAT AKTIF TRANSITIF • Subjek menjadi pelaku dan objek menjadi penderita. Rumusnya: KKT + Obj (FN / Klausa Komplemen). • Awalan meN dianggap penanda ayat aktif. • Ayat aktif transitif bentuk tunggal terjadi daripada ayat yang mengandung FN sebagai subjek dan FN juga sebagai objek kata kerja. • Ayat yang mengandung KKT yang mempunyai ciri Adj (+kp) boleh digugurkan objeknya. • Klausa komplemen sebagai objek hanya wujud dalam ayat majmuk * Mahasiswa mementaskan drama. * Dekan menghadiahi mahasiswa sijil kepujian. * Dia memberitahu bahawa dia sungguh kecewa. * Perbuatannya itu sungguh mengecewakan (saya).
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF • Dengan keterangan yang boleh digugurkan: * Penduduk desa sedang mandi (di sungai) * Dia bersedih (sepanjang minggu) * Rumput menghijau (di halaman rumahnya) * Pokok itu tumbang (dengan kuatnya) • Dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan: * Ayah berada di Kota Bharu * Saya berasa amat marah * Musafir itu berkajangkan mengkuang layu * Adiknya menjadi lanun
AYAT PASIF • Subjek ayat menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif. • Apabila subjek dipentingkan, kata oleh + FN boleh digugurkan. • Ayat pasif yang berimbuhan ber, dan ke…an tidak memerlukan oleh + FN. • Dengan imbuhan kata kerja pasif: di + KKJ + oleh + FN: Sawah telah dibajak (oleh) petani; Sawah telah dibajak petani: Sawah telah dibajak malam tadi oleh petani; Sawah telah dibajak malam tadi. ter + KKJ: Kapal itu telah terlanggar oleh perahu kecil. ber:Kain itu telah berjahit dengan benang emas. ke…an: Mahasiswi itu kesejukan sepanjang malam.
AYAT PASIF • Kata ganti nama diri pertama: penuh dan singkat. penuh: saya aku, kami kita singkat: ku • Kata ganti nama diri kedua: penuh dan singkat. penuh: engkau, awak, anda, kamu singkat: kau, mu * Nasi itu telah saya makan semalam * Pengorbananmu kami sanjung * Engkau kurindu * Kami sanjung pengorbananmu (songsang)
AYAT PASIF: KENA • Kena + KKJ * Orang itu kena dera (oleh majikannya) * Ali kena perli (oleh rakannya) * Mahasiswi itu kena jeling (oleh mahasiswa itu) * Penyamun itu kena tangkap (oleh polis) * Hakim kena buang kerja (oleh kerajaan) * Pencuri itu kena hukum (oleh hakim) * Pelajar itu kena tikam (oleh kawannya) * Anaknya kena tampar (oleh gurunya)
KESIMPULAN • Ayat tunggal mempunyai ciri tertentu • Ayat tunggal boleh dirincikan dari segi binaan subjek dan binaan predikat • Konstituen ayat tunggal boleh dirincikan melalui susunan biasa dan susunan songsang • Ayat aktif terbahagi dua, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif • Ayat pasif terdiri daripada pasif dengan imbuhan kata kerja di, ter, kata ganti diri pertama dan kedua, dan kata kena.