140 likes | 304 Views
KEET 1150: Komputer & Pengaturcaraan. Bab 3: Struktur Kawalan I. Latihan. Nyatakan output bagi program yang berikut: #include <iostream.h> void main () { int x=4, y, z; z= x++; cout<<x<<","<<z<<"<br>"; y = ++x * 2; cout<<y<<","<<x<<endl;; z += y++; cout<<z<<","<<y<<endl; }. Pengenalan.
E N D
KEET 1150: Komputer & Pengaturcaraan Bab 3: Struktur Kawalan I
Latihan Nyatakan output bagi program yang berikut: #include <iostream.h> void main () { int x=4, y, z; z= x++; cout<<x<<","<<z<<"\n"; y = ++x * 2; cout<<y<<","<<x<<endl;; z += y++; cout<<z<<","<<y<<endl; }
Pengenalan • Algoritma adalah prosedur untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk arahan yang akan dijanakan dan susunan arahan-arahan untuk akan dijanakan. • Contoh: Algoritma untuk membancuh secawan kopi. (1)Didihkan air (2) Masukkan sesudu kopi(3) Masukkan air yang telah mendidih (4) Masukkan gula secukup rasa (5) Kacau sehingga bahan larut.
Pseudocode • Pseudocode adalah bahasa buatan dan tidak formal yang membantu pengaturcara membina algoritma. • Pseudocode adalah lebih kurang sama dengan bahasa harian dan bukan bahasa komputer yang sebenar. • Pseudocode ditulis sepenuhnya menggunakan huruf dan hanya mengandungi pernyataan yang boleh dijanakan. Pengisytiharahan tidak termasuk di dalam pseudocode. • Contoh: Sekiranya markah pelajar adalah sama atau lebih dari 50 cetak “Lulus”
Carta Aliran • Carta aliran merupakan wakil keseluruhan atau sebahagian dari algoritma dalam bentuk grafik. • Carta aliran dilukis menggunakan simbol-simbol khas yang disambungkan dengan anak panah dipanggil garis aliran. • Carta aliran sama pentingnya dengan penggunaan psedocode terutama dalam menunjukkan bagaiman struktur kawalan berfungsi.
Carta aliran yes Print “excellent” Mark >=80? No Print “OK”
Struktur Kawalan • Perlaksanaan jujukan: aturcara yang dilaksanakan satu arahan demi satu arahan. • Dengan adanya struktur kawalan, aturcara boleh melangkau arahan berikut yang sepatutnya dilaksanakan. • Ada 7 struktur kawalan: • Berjujukan, 3 jenis kawalan pemilihan dan 3 jenis kawalan ulangan.
Kawalan Berjujukan • Aturcara yang mana arahannya dilaksanakan satu demi satu. • Contoh: #include <iostream.h> void main () { cout<<“Hello World”<<endl; }
Kawalan Pemilihan • Kawalan pemilihan membolehkan pengaturcara mengawal dan memilih untuk melaksanakan arahan mahupun sekumpulan arahan. • Kata kunci yang digunakan: • if • if-else • switch
Pernyataan if • Pernyataan if ialah arahan untuk melakukan pemilihan. • Nilai sesuatu pemboleh ubah dapat dipastikan dengan mengunakan arahan ini. • Contoh: Jika marakah lebih atau sama dengan 50 cetak “lulus” • Bentuk umum: if (ungkapan) pernyataan_1;
Pernyataan if-else • Pernyataan ini lebih kurang sama dengan pernyataan if tetapi ia mempunyai dua pilihan samada pernyataan tadi BENAR atau PALSU. • Contoh: Jika markah lebih atau sama dengan 50 cetak “lulus” sebaliknya cetak “gagal”
Pernyataan if-else • Bentuk umum: if (ungkapan_1) pernyataan_1; else if (ungkapan_2) pernyataan_2; else pernyataan_lalai;
Pernyataan switch • Pernyataan switch digunakan untuk memilih satu daripada beberapa alternatif. • Bentuk umum: switch (ungkapan_kawalan) { case label_1:pernyataan_1;break; case label_2:pernyataan_2;break; case label_3:pernyataan_3;break; default:pernyataan_lalai; }
Latihan • Tuliskan pernyataan C++ untuk menjayakan yang berikut: Uji satu nilai pemboleh ubah yang diberi nama nombor samada ia lebih besar dari 10. Jika benar, cetakkan “nombor lebih besar dari 10”