230 likes | 691 Views
PROGRAM 5S DI SMKBB. Disampaikan oleh: ABDUL RAHMAN BIN HUSIN Pengetua SMK Balai Besar, Dungun. PENGENALAN. 5S ialah alat peningkatan produktiviti yang diperkenalkan di Jepun dan diamalkan di negara-negara lain di dunia
E N D
PROGRAM 5S DI SMKBB Disampaikan oleh: ABDUL RAHMAN BIN HUSIN Pengetua SMK Balai Besar, Dungun
PENGENALAN • 5S ialah alat peningkatan produktiviti yang diperkenalkan di Jepun dan diamalkan di negara-negara lain di dunia • Satu metodologi atau pendekatan bersistematik amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dengan menyusun, membersih, membangunkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang produktif • Prinsipnya “Tempat Untuk Semua dan Semuanya di Tempatnya”
POLISI 5S SMKBB • Mewujudkan sekolah yang selamat, bersih dan ceria serta mempunyai persekitaran yang menarik untuk kecemerlangan pendidikan
RASIONAL PELAKSANAAN • Tempat kerja bersih dan teratur • Kebersihan menjadi kebanggaan semua orang kerana tempat kerja yang lebih bersih dan tersusun • Hasil daripada amalan 5S meningkatkan imej sekolah atau organisasi
OBJEKTIF PELAKSANAAN 5S DI SMK BALAI BESAR • Mewujudkan persekitaran pendidikan yang kondusif • Mewujudkan semangat kerja berpasukan • Memupuk kesedaran dan menerapkan nilai-nilai murni dalam pendidikan • Memenuhi kepuasan pelanggan dan stakeholders
MATLAMAT • Sentiasa meningkatkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembangunan diri dan pendidikan untuk menjadi institusi pendidikan yang terbilang
PELAKSANAAN • Penerangan / Latihan • Persediaan Pelaksanaan 5S • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu • Pelancaran • Gotong-Royong • Program 3S (Seiri, Seiton, Seisho) • ‘Parking’ dan ‘Labeling’ • Audit • Aktiviti Pengekalan
PENCAPAIAN • Keadaan Bilik-bilik Khas / Pejabat menjadi bersih dan tersusun • Hasilnya tenyata kepada semua • Ahli-ahli akan lebih berdisiplin • Operasi menjadi senang dan selamat • Menjadi kebanggaan semua orang • Meningkatkan imej organisasi
KEJAYAAN PELAKSANAAN 5S DI SMKBB • Johan Iklim Penyungguhan Kendiri peringkat Daerah Dungun 2008 • Wakil Daerah Dungun bagi kategori Pengurusan Pejabat 2008 • Pengurusan Bilik Guru Terbaik Daerah Dungun 2009 • Pengurusan Pejabat Terbaik Daerah Dungun 2009
IMPAK • Menyuburkan budaya Kaizen (Penambahbaikan Berterusan) di sekolah • Membina kerjasama • Membina amalan kepemimpinan • Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program yang lebih besar • Meningkatkan jaringan untuk perkongsian ilmu dan amalan
JARINGAN / PENGLIBATAN • Dijemput menyampaikan ceramah mengenai 5S : • Kursus Pengenalan Pengurusan berkualiti untuk Guru Besar Daerah Kemaman • Kursus Peningkatakn Profesionalisme GPK SM Kemaman • Kursus Kepimpinan Guru besar dan Pengurusan Stress • Kursus LADAP SK Pulau Serai, Dungun
Sambungan… • Program Pengisian Ilmu / Perkembangan Staf SMK Seri Rasau, Dungun • Ceramah “Pengurusan Kaizen dan Aplikasi” untuk MGB Terengganu • Kursus Peningkatan profesionalisme Staf PPD Kemaman • Kursus LADAP SMK Sultan Omar, Dungun bertajuk “KAIZEN”
PELUASAN PROGRAM • Diperluaskan kepada Bilik-Bilik Khas • Diperluaskan kepada bengkel-bengkel • Diperluaskan kepada Bilik-Bilik Darjah • Diperluaskan ke seluruh kawasan sekolah
KESIMPULAN • Pelaksanaan 5S amat penting diteruskan di SMKBB kerana ia mendatangkan banyak kebaikan dan faedah • Ia bukan sahaja memberi kegembiraan kepada ramai orang tetapi juga memperlihatkan kualiti sesebuah organisasi • Sarjana ada mengatakan bahawa kebersihan adalah amalan kualiti yang utama.