280 likes | 857 Views
KERTAS 2. A. BINA AYAT. TIPS MENULIS AYAT. Cari aktiviti / suasana / kegunaan dalam gambar. Bulatkan. Tulis aktiviti / suasana / kegunaan. Bina ayat mudah jika takut salah. Bina ayat lebih gramatis jika yakin betul. membayar. menimbang. menjual. menunggu. membawa.
E N D
KERTAS 2 A BINA AYAT
TIPS MENULIS AYAT • Cari aktiviti / suasana / kegunaan dalam gambar. • Bulatkan. • Tulis aktiviti / suasana / kegunaan. • Bina ayat mudah jika takut salah. • Bina ayat lebih gramatis jika yakin betul.
membayar menimbang menjual menunggu membawa Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
menjual Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
menjual • Pak Abu menjual sayur-sayuran di gerainya. • Pak Abu menjual tembikai dan pelbagai jenis sayur yang segar di gerainya.
membawa Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
membawa • Puan Siti membawa bakul ke pasar. • Puan Siti membawa sebuah bakul ke pasar untuk mengisi barang-barang yang dibeli.
menunggu Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
menunggu • Encik Wong menunggu daging yang dipotong oleh penjual daging itu. • Encik Wong dan anaknya berdiri di hadapan gerai untuk menunggu daging yang dipotong oleh penjual daging itu.
menimbang Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
menimbang • Pak Cik Seong menimbang ikan untuk wanita itu. • Pak Cik Seong menimbang ikan yang ingin dibeli oleh pelanggannya.
membayar Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.
membayar • Wanita itu membayar harga ikan kepada Pak Cik Seong. • Wanita itu membayar harga ikan yang dibelinya kepada Pak Cik Seong.
mengucapkan memadamkan api ternampak menelefon asap Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
ternampak Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
ternampak • Wei Jie ternampak sebuah rumah terbakar. • Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Wei Jie ternampak sebuah rumah sedang terbakar.
asap Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
asap • Asap keluar dari rumah itu. • Asap berkepul-kepul keluar dari rumah yang terbakar itu.
menelefon Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
menelefon • Wei Jie menelefon bomba dengan telefon awam. • Wei Jie segera menelefon bomba di pondok telefon awam yang berhampiran.
memadamkan api Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
memadamkan api • Ahli bomba memadamkan api bersama-sama. • Ahli bomba bertungkus-lumus memadamkan api yang marak itu.
mengucapkan Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
mengucapkan • Tuan rumah itu mengucapkan terima kasih kepada Wei Jie. • Tuan rumah itu mengucapkan terima kasih kepada Wei Jie atas kebaikannya.