290 likes | 530 Views
KAEDAH DAN KRITERIA PELAKSANAAN PELABELAN GURU DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. 1. DASAR PELABELAN. Guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran perlu mempunyai kepakaran isi kandungan dan pedagogi dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan : Ikhtisas Pengkhususan Akademik
E N D
KAEDAH DAN KRITERIA PELAKSANAAN PELABELAN GURU DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
1. DASAR PELABELAN • Guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran perlu mempunyai kepakaran isi kandungan dan pedagogi dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan : • Ikhtisas • Pengkhususan Akademik • Pengalaman Mengajar
2. KAEDAH PELABELAN Seseorang guru perlu dilabel mengikut mata pelajaran yang sedang dan pernah diajar secara berterusan atau pun dalam tempoh jangka masa tertentu.
3. KRITERIA PELABELAN 3.1 Berdasarkan opsyen major ikhtisas seseorang guru. 3.2 Berdasarkan opsyen minor ikhtisas berbanding major ikhtisas seseorang guru mengikut sejarah/pengalaman mengajar. Contoh : Fizik ( major ) dan Matematik ( minor ).
3.3 Berdasarkan opsyen ikhtisas pertama (KDPM ) berbanding opsyen ikhtisas tertinggi (Bachelor Pendidikan) jika seseorang guru mengajar opsyen ikhtisas pertama dan tidak mengajar opsyen ikhtisas tertinggi. Contoh: Opsyen Sains ( KDPM ). Opsyen Bahasa Melayu ( B.Ed )
3.4 Berdasarkan pengkhususan akademik tertinggi jika seseorang guru tidak mengajar mata pelajaran opsyen ikhtisas. Contoh: Sejarah ( Pengkhususan akademik tanpa ikhtisas ) Bahasa Melayu ( Opsyen ikhtisas bagi guru yang memiliki KDPM/KPLI ).
3.5 Berdasarkan opsyen conversion selepas memiliki Sijil Conversion yang dikeluarkan oleh BPG, KPM
3.6 Tidak mengajar mata pelajaran opsyen sekurang - kurangnya 3 tahun atau lebih akan dilabel mengikut mata pelajaran yang diajar secara berterusan sekurang - kurangnya 4 tahun bagi sekolah rendah dan 5 tahun bagi sekolah menengah. • ( Jumlah waktu mata pelajaran yang diajar secara berterusan hendaklah tidak kurang 8 waktu seminggu dan tidak melebihi 12 waktu seminggu ).
3.7 Bagi guru yang mengajar 13 waktu ke atas mata pelajaran yang sama ( bukan opsyen ) sekurang-kurangnya 3 tahun bagi sekolah rendah dan 4 tahun bagi sekolah menengah, guru- guru ini akan dilabel berdasarkan jumlah waktu mata pelajaran terbanyak.
3.8 Bagi guru-guru yang mengajar 2 hingga 7 waktu bagi pelbagai mata pelajaran ( mata pelajaran rencam ),guru-guru tersebut hendaklah dilabelkan berdasarkan kepada opsyen asal mereka sekiranya masih mengajar mata pelajaran opsyen walaupun waktu yang diperuntukan bagi mata pelajaran opsyen hanyalah 2 waktu seminggu.
3.9 Bagi guru-guru yang mengajar 7 hingga 10 waktu mata pelajaran bukan opsyen akan dilabelkan mengikut waktu terbanyak mata pelajaran yang diajar. Bergantung kepada tempoh pengalaman mengajar atau pengkhususan akademik .
3.10 Sekiranya jumlah waktu bagi mata pelajaran ( bukan opsyen ikhtisas) yang diajar sama banyak, guru berkenaan dilabel mengikut pengkhususan akademik tertinggi / tempoh pengalaman mengajar.
3.11 KEKAL DENGAN OPSYEN ASAL MASING-MASING : • PENGETUA / GURU BESAR • PEGAWAI YANG DIPINJAMKAN KE KPM, JPN, PPD ATAU AGENSI LAIN • KAUNSELOR / GURU BIMBINGAN • GURU YANG DIMASUKKAN KE JAWATAN KUMPULAN • GURU PEMULIHAN • GURU PRA SEKOLAH • GURU PENDIDIKAN KHAS
4. TINDAKAN SUSULAN SELEPAS PELABELAN 4.1 Subjects Clustering ( Mengekalkan opsyen asal. Cth: Opsyen, Fizik ) Cadangan subjects clustering: ( Fizik. Matematik, Matematik Tambahan dan Sains ) 4.2 Conversion course 4.3 Redeployment
TINDAKAN PENGETUA / GURU BESAR • Mengadakan mesyuarat guru dan memberi penerangan yang sejelas-jelasnya kepada semua guru tentang tujuan, kaedah dan kriteria pelabelan guru. • Bertanggungjawab memastikan segala maklumat yang diisi dalam Sistem Pangkalan Data Pelabelan Guru adalah betul.
Melabel guru (Ruangan Pentadbir Sekolah) bersama Penolong-penolong Kanan berdasarkan kriteria 1-11). • Mengesahkan maklumat dan pelabelan guru yang telah lengkap diisi adalah betul dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’ yang perlu dihantar ke JPN / PPD / PPG dalam tempoh seminggu dari tarikh tamat mesyuarat bersama Pasukan Petugas Pelabelan KPM.
TINDAKAN PENOLONG-PENOLONG KANAN • Membantu Pengetua / Guru Besar memberi penerangan yang sejelas-jelasnya kepada semua guru tentang tujuan, kaedah dan kriteria pelabelan guru. • Bertanggungjawab memastikan segala maklumat yang diisi dalam Sistem Pangkalan Data Pelabelan Guru adalah betul.
Melabel guru (Ruangan Pentadbir Sekolah) bersama Pengetua dan Penolong-penolong Kanan lain berdasarkan kriteria 1-11. • Mengesahkan maklumat dan pelabelan guru yang telah lengkap diisi adalah betul dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’ yang perlu dihantar ke JPN / PPD / PPG dalam tempoh seminggu dari tarikh tamat mesyuarat bersama Pasukan Petugas Pelabelan KPM.
TINDAKAN GURU DATA • Bertanggungjawab memastikan segala maklumat yang diisi dalam Sistem Pangkalan Data Pelabelan Guru adalah betul. • Memastikan maklumat dan pelabelan guru yang telah lengkap diisi adalah betul dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’ yang perlu dihantar ke JPN / PPD / PPG dalam tempoh seminggu dari tarikh tamat mesyuarat bersama Pasukan Petugas Pelabelan KPM.
TINDAKAN GURU • Bertanggungjawab terhadap segala maklumat yang diberi adalah betul. • Memastikan pelabelan pilihan guru berdasarkan kriteria 1-11.
TINDAKAN JPN/PPD/PPG • JPN / PPD / PPG dikehendaki mencantumkan ke semua ‘soft copy’ Sistem Pangkalan Data Pelabelan Guru sekolah - sekolah di bawah JPN ( bagi negeri yang tidak mempunyai PPD ) / PPD / PPG masing-masing untuk dijadikan Pangkalan Data Pelabelan JPN / PPD / PPG
Bertanggungjawab memastikan segala maklumat yang diisi oleh pihak sekolah dalam Sistem Pangkalan Data Pelabelan Guru adalah sama seperti maklumat yang terdapat di Unit Maklumat JPN / PPD / PPG.
Maklumat hendaklah disediakan dalam bentuk ‘soft copy’ dan ‘hard copy’ dan disahkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri ( Bagi negeri yang tidak mempunyai PPD ) / Pegawai Pelajaran Daerah ( Satu salinan hendaklah dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri ).
Bertanggungjawab menghantar segala maklumat yang telah lengkap disatukan dan disahkan ke Cawangan Dasar dan Perancangan, BSM dalam tempoh 2 minggu setelah menerima maklumat daripada pihak sekolah.
RUMUSAN MAJOR IKHTISAS MINOR IKUT OPSYEN IKHTISAS PERTAMA AKADEMIK IKHTISAS TERTINGGI 2 – 6 WAKTU TERMASUK OPSYEN LABEL = OPSYEN ASAL MENGAJAR SEBAHAGIAN LABEL = IKUT PENGKHUSUSAN AKADEMIK ATAU PENGALAMAN MENGAJAR SAMA BYK ATAU TIADA MENGAJAR 3 THN – RENDAH 4 THN - MEN LABEL = JUM. WAKTU TERBYK >13 WAKTU TIDAK IKUT OPSYEN MENGAJAR 4 THN – RENDAH 5 THN - MEN LABEL = MP YG DIAJAR BERTERUSAN 8 – 12 WAKTU TEMPOH PENGALAMAN MENGAJAR 7 – 11 WAKTU LABEL = JUM. WATU TERBYK