730 likes | 2.28k Views
PERSOALAN. Apakah sistem sebuah kerajaan yang moden berasaskan kemajuan sains dan teknologi terkini menjamin kewujudan sebuah pentadbiran kerajaan yang cekap dan efektif?. DEFINISI NILAI DAN ETIKA. NILAIKepercayaan yang boleh mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak mengikut nilai-nilai
E N D
1. NILAI DAN ETIKA PENJAWAT AWAM Disampaikan oleh:
ABD JALIL BIN ABD GANI
MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR
SEREMBAN
2. PERSOALAN Apakah sistem sebuah kerajaan yang moden berasaskan kemajuan sains dan teknologi terkini menjamin kewujudan sebuah pentadbiran kerajaan yang cekap dan efektif?
3. DEFINISI NILAI DAN ETIKA NILAI
Kepercayaan yang boleh mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak mengikut nilai-nilai utama sesebuah masyarakat iaitu ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan kecekapan.
4. Etika Bermaksud tanggungjawab dan akibat dari tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Seseorang penjawat awam sepatutnya memahami tanggungjawab terhadap peranan dan tingkahlakunya sebagai kakitangan kerajaan.
5. LAIN-LAIN DEFINISI ETIKA Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi yang bertujuan mengawal tingkahlaku ahli organisasi tersebut.
Ilmu yang berkaitan dasar-dasar akhlak atau sains moral.
Sistem dasar-dasar akhlak, hukuman-hukuman, tingkahlaku atau kelakuan yang membabitkan ahli organisasi.
Disiplin dan peraturan yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bagi sesebuah organisasi.
6. CIRI PENJAWAT AWAM BERKUALITI Memiliki 2 Aspek Keunggulan
Keunggulan peribadi
Sikap, pemikiran, tingkahlaku berasaskan nilai-nilai amanah, jujur, tekun, dedikasi dsb.
Keunggulan tahap profesionalisme yang tinggi
Cekap, mahir, berilmu, intelektual, produktif, inovatif dsb.
7. ETIKA KERJA Etika ini jika dikaitkan dengan Etika Kerja bermaksud tingkahlaku yang dijadikan pegangan/pedoman bagi ahli organisasi semasa menjalankan tugas.
8. ETIKA KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Etika Kerja adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi bertujuan mengawal tingkahlaku ahli dalam organisasinya. Merupakan satu kawalan bagi menentukan perlakuan selaras dengan sistem nilai organisasi tersebut.
9. KONSEP ETIKA KERJA Kewajipan agama/moral
Kepentingan organisasi/bukan peribadi
Bangga dengan kerjaya
Kesetiaan pada kerja dan rasa kekitaan
Prestasi kerja yang cemerlang
Kepuasan bekerja
10. KEWAJIPAN AGAMA DAN MORAL Prinsip Rukun Negara yang pertama
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kakitangan Awam perlu berpegang teguh kepada ajaran agama aspek penting dalam menjalankan perkhidmatan
Kelicinan jentera kerajaan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai pegangan nilai yang tetap dan kukuh
11. KEPENTINGAN ORGANISASI dan BUKAN PERIBADI Berkhidmat dengan jujur yang terangkum di dalam sikap dan tindakan selaras dengan cita-cita rakyat dan negara. Penggerak masyarakat ke arah kemajuan dan bukan mengambil kesempatan dengan kuasa yang ada sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri dan keluarga.
12. BANGGA DENGAN KERJAYA Bangga dengan kerjaya sebagai kakitangan akan menyebabkan seseorang itu memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Kebanggaan ini akan menjadi pendorong ke arah mempertingkatkan mutu kerja tanpa menunggu arahan pihak atasan.
13. KESETIAN KEPADA KERJA DAN RASA KEKITAAN Kesetiaan kepada kerja akan menyebabkan seseorang penjawat itu berusaha meningkatkan mutu kerjanya. Mempercayai bahawa mempunyai rasa tanggungjawab kepada organisasi yang diwakili menyebabkan penjawat awam berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan mutu kerjanya dan produktivitinya.
14. PRESTASI KERJA YANG CEMERLANG Berkeyakinan bahawa prestasi kerja yang cemerlang bukan sahaja memberi kebaikan kepada diri sendiri tetapi yang lebih penting kepada kepuasan pelanggan dan memberi sumbangan kepada negara.
15. KEPUASAN BEKERJA Kepuasan bekerja bermaksud seseorang itu berpuas hati dengan apa yang dapat disumbangkan untuk organisasinya. Ini akan menjadi motivasi kepadanya untuk meningkatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk kebaikan organisasi.
16. ETIKA BAGI PENJAWAT AWAM Etika Kerja amat penting bagi penjawat awam kerana setiap kakitangan perkhidmatan awam perlu memiliki tingkahlaku yang baik sebagaimana dikehendaki oleh anggota masyarakatnya seperti bersikap positif, berdisplin, bertanggungjawab dsbnya.
17. MENGAPA LAHIR ETIKA PERKHIDMATAN AWAM Atas kesedaran bahawa profesionalisme perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan kakitangannya hendaklah bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan pesat ke arah negara maju
18. MENGAPA ETIKA PERKHIDMATAN AWAM DIPERKENALKAN Faktor Luaran;
kemelesetan ekonomi dunia
ancaman keselamatan serantau
gejala-gejala sosial yang tidak sihat
Faktor Dalaman;
permintaan rakyat yang mahukan perkhidmatan yang sistematik, cekap dan berkesan.
Banyaknya aduan tentang ketidakcekapan jentera pentadbiran dan kakitangan kerajaan.
19. MENGAPA KERAJAAN MEMPERKENALKAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM Bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan awam terbaik kepada rakyat yang merupakan pelanggan utama kerajaan.
20. PELANCARAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM Dilancarkan pada Januari 1979
Berkuatkuasa melalui Surat Pekeliling Am 5/79 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara.
Teras-teras perkhidmatan awam ini terkandung dalam Panduan Perkhidmatan Cemerlang.
21. TUJUAN PANDUAN PERKHIDMATAN CEMERLANG Meninggikan mutu perkhidmatan awam dari semasa ke semasa
Mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas
Memupuk tangggungjawab bersama
Mewujudkan suasana sihat dan cekap
Mengeratkan hubungan antara semua kakitangan kerajaan
Membentuk sikap dan kewibawaan kakitangan kerajaan sesuai dengan prinsip Rukun Negara
22. ETIKA KERJA DALAM ISLAM Bersifat menyeluruh/sejagat
Bekerja kerana Allah ibadah
Bekerja untuk kesejahteraan dunia dan akhirat
Patuh kepada perintah Allah
23. PRINSIP UTAMA ETIKA KERJA ISLAM Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
Bekerja dengan ikhlas/amanah
Bekerja dengan tekun/cekap
Bekerja dengan semangat bergotong-royong, mesyuarah dan berfikiran sihat.
Bekerja dengan matlamat kesejahteraan dan kebahagiaan manusia sejagat
24. PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM Bagi menjayakan pentadbiran kerajaan nilai-nilai Islam boleh diamalkan oleh semua rakyat tanpa mengira agama.
25. TERAS PERKHIDMATAN Buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang telah menyediakan panduan, ingatan dan galakan bagi mencapai tingkat perkhidmatan cemerlang.
Tujuh perkara telah dijadikan Teras Perkhidmatan Awam
26. 7 TERAS PERKHIDMATAN AWAM Teras Perkhidmatan 1
Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan
Teras Perkhidmatan 2
Bekerja dengan penuh Tanggungjawab
Teras Perkhidmatan 3
Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri
Teras Perkhidmatan 4
Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah dan Kemesraan
Teras Perkhidmatan 5
Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat dan Pembangunan Negara
Teras Perkhidmatan 6
Bekerjasama Dalam Membanteras Kelemahan dan Musuh-musuh Negara
Teras Perkhidmatan 7
Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama
27. USAHA DAN KESAN PEWUJUDAN PERKHIDMATAN CEMERLANG Teras Perkhidmatan Awam
Etika Perkhidmatan Awam
Konsep Perkhidmatan Cemerlang
Dasar Pandang Ke Timur
Bersih, Cekap dan Amanah
Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
Kepimpinan Melalui Teladan
Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
Pengurusan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
Anugerah Kualiti Perdana Menteri
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
28. SISTEM NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Matlamat pembentukan sikap dan amalan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam bertujuan
meninggikan prestasi/kualiti
meninggikan hasil pengeluaran
Nilai/sikap berkait rapat dengan manusia yang menjadi aset sesuatu organisasi itu
Pengenalan program yang berkaitan dengan nilai dan sikap memberi kesan dalam kemajuan perkhidmatan awam
29. Penghayatan Etika Penghayatan Etika perlu:
Untuk penerapan nilai-nilai terpuji seperti akhlak, komunikasi, perwatakan dan pergaulan.
Untuk integriti dan kualiti (nilai bersama) dalam perkhidmatan awam.
30. SISTEM NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Sistem nilai penting untuk menunjukan:
perlakuan dan tindakan
asas kepada pembentukan sikap, tanggapan, motivasi dan personaliti
pengaruh yang kuat kepada kemajuan bangsa dan negara
31. TUJUAN NILAI MURNI DIPERKENALKAN Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci
Menghormati kebaikan dan benci keburukan
Membentuk sikap berguna kepada negara
Menghapuskan sikap negatif semasa menjalankan tugas
32. NILAI-NILAI MURNI YANG PERLU DIHAYATI Adil dalam perlantikan
Amanah dalam menjalankan tugas
Bertanggungjawab
Ikhlas
Dedikasi
Tekun
Berdisiplin
Bekerjasama
Berbudi mulia
Bersyukur
33. NILAI-NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Taat Setia
Amanah, Bersih, Jujur
Bertanggungjawab
Berkecuali
Adil dan saksama
Prestasi yang cemerlang
Ketepatan masa
Perkhidmatan ramah dan mesra
Berjimat cermat
34. NILAI KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Integriti
Profesionalisme
Kejujuran intelektual
Neutraliti
Kepimpinan
Bekerjasama
Kreativiti dan inovasi
Berorientasikan pelanggan
Pengurusan diri
Pemajuan diri
35. TONGGAK DUA BELAS Menghargai masa
Ketekunan membawa kejayaan
Keseronokan bekerja
Kemuliaan, kesederhanaan
Ketinggian peribadi
Kekuatan sifat baik hati
Pengaruh teladan
Kewajipan menjalankan tugas
Kebijaksanaan berhemat
Keutamaan kesabaran
Peningkatan bakat
Nikmat mencipta
37. SEKIANSELAMAT MAJU JAYA Terima Kasih