1 / 25

PENULISAN FIKSYEN SAINS (FS)

PENULISAN FIKSYEN SAINS (FS). Oleh ZULKIFLI KHAIR. Konsep. “Fiksyen berkaitan sains dan teknologi.” “Cerita yang mengandungi spekulasi berdasarkan sains dan teknologi masa kini atau masa hadapan.” (Wikipedia)

tayten
Download Presentation

PENULISAN FIKSYEN SAINS (FS)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENULISAN FIKSYEN SAINS (FS) Oleh ZULKIFLI KHAIR

  2. Konsep • “Fiksyen berkaitan sains dan teknologi.” • “Cerita yang mengandungi spekulasi berdasarkan sains dan teknologi masa kini atau masa hadapan.” (Wikipedia) • “Fiksyen sains tercipta daripada pemerhatian empirikal penulis, lalu pemerhatian ini diolah menjadi sebuah kerangka yang imaginatif tetapi terjaga walaupun terasing dengan realiti dunia sekarang.” (Darko Suvin, Robert Scholes dan Damien Broderick)

  3. Jenis FS • Keras. Perincian fakta S&T. • Lembut: Mendasari sains sosial dan fokus kepada perwatakan dan emosi (sains sosial/sains ke-3: psikologi, ekonomi, antropologi dll). • Hibrid: Gabungan keras dan lembut.

  4. FS di Malaysia (1) • PENULISAN fiksyen sains (FS) tidak dapat dipastikan bilakah ia bermula. Mohd. Ariffin Mohd. Siri bagaimanapun pernah muncul dengan siri FS pada 1977 & 1978 seperti Seribral Hidofarik. • Komik fiksyen sains Siri Kapten Merak karya Mishar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 1997). • Perjalanan Pertama karya Shahidan Md. Noh (DBP, 1979) yang dibahagikan kepada dua buah cerita pengembaraan; sebuah cerita mempunyai persamaan pengembaraan angkasa lepas dalam Star Trek dan sebuah lagi mempunyai persamaan pengembaraan kapal selam Voyage to the Bottom of the Sea. (Fadli al-Akiti)

  5. FS di Malaysia (2) • Ismail Sarbini, guru sastera yang pernah terkenal dengan karya kanak2 & remaja juga agak aktif dalam genre ini. Beliau pernah mendapat Hadiah Ke-2 & Ke-3 Peraduan Menulis Novel FS DBP 1980. Contoh novel-novel FS beliau ialah Pulau Berukera & Berukera Dari Planet Ulba (1982), namun sifat FS-nya dipertikai oleh beberapa sarjana. • Dipercayai, novel moden Melayu perubatan FS pertama dihasilkan oleh Dr. Rahmat Haroun – Di.Ar.Ti (1989). Dihasilkan selepas melawat klinik terkenal di AS, yang mempunyai 1500 doktor pakar & 5000 paramedik dari seluruh dunia.

  6. FS di Malaysia (3) • Kumpulan cerpen Sawah di Planet Riker, Ghazali Ngah Azizi (1992). • Misteri Otak Nombor 3, (2003). • Dendam Siber, Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). • Wira Pesona Avatari, Ahmad Zaki Abu Bakar (2000). • Jian, Fadli al-Akiti (2003). • Hikayat Neogenesis, Rahmat Haroun Hashim (2004). • Ropin, Amran Chik (2005). • Fitrah Kimiawi, Rahmat Haroun Hashim (2003). • Opera Angkasa, Nazri M. Annuar (2007). • Saga Horizon, Fadli al-Akiti (2008). • Sayap Adinila, Firdaus Ariff (2008).

  7. FS di Malaysia (4) • Genre selain novel (& cerpen): • Filem dan drama • XX Ray (1992). • Senario XX Ray (1995). • Cicak Man I & II. • Pepaya. • Komik • Twinx (2008). • Senario: • FS untuk golongan kanak2 dan remaja. • Sayembara FS yang belum unggul.

  8. Stan Lee • 1922 (28 Disember): Stan Lee dilahirkan di New York. Ibu bapa: imigran Yahudi dari Romania. Banyak dipengaruhi oleh guru, Mr. Ginsberg. Kata beliau: “Mr. Ginsberg taught me a really great lesson, and it’s one I’ve tried to follow all my life: Whenever I want to communicate to others, I always try to do it in a lighter-hearted way and make it as entertaining as possible.” • 1929: Sewaktu zaman ekonomi meleset (1929-1930-an), beliau ikut keluarga berpindah ke sebuah pangsapuri kecil. • 1939: Tamat sekolah tinggi ketika berumur 16 tahun.

  9. 1940: • Bertugas sebagai pembantu di Timely Publications. • Terlibat secara tak langsung dengan watak Captain Amerika. Beliau tidak cipta watak tersebut, namun beliau yang beri cadangan warna kostum merah, putih dan biru di samping menulis beberapa cerita mengenainya. • 1941: Kali pertama menggunakan nama Stan Lee, merujuk kepada Stanley – “because I felt someday I’d be writing the Great American Novel and I didn’t want to use my real name on these silly little comics.” • 1942: Bertugas sebagai tentera AS selama kurang setahun. • Selepas 1955: Era komik merudum. Stan Lee bertugas di bahagian pengurusan di samping menulis kisah monster, Tales to Astonish di samping menulis kisah cinta dan komik Barat.

  10. 1961 (November): Terbit The Fantastic Four #1. Stan Lee hasilkan dialog, Jack Kirby lukis watak. • 1963: Menghasilkan The Amazing Spider-Man dalam buku komik Marvel. Stan Lee hasilkan dialog, Steve Ditko lukis watak. Cerita Spider-Man mendapat liputan media disebabkan ada mesej bahaya salah guna dadah oleh watak Harry Osborne, sahabat Peter Parker. • 1968: Martin Goodman jual Marvel’s Comic kepada Perfect Film and Chemical Corp. (dikenali sebagai Cadence Industries). • 1970: X-Men dihentikan ekoran daripada konflik antara Lee dan Goodman. Lee bagaimanapun meneruskan kerjaya menulis untuk komik2 Marvel yang lain. • 1972: Cadence Industries melantik Stan Lee sebagai penerbit. Perubahan kerjaya buat Lee, daripada penulis dan editor kepada penerbit dan pegawai pemasaran. Dia kawal setiap produk Marvel dengan setiap keluaran tertera perkataan ‘Stan Lee Presents’.

  11. 1978: Selepas filem Superman diterbitkan, Lee berusaha melayarkan watak2 komik Marvel. • 1980-an: Filem-filem kartun berjaya diterbitkan: Spider-Man and His Amazing Friends, G.I.Joe dan Muppet Babies. Filem-filem Howard the Duck, The Punisher dan Captain America bagaimanapun gagal mendapat box-office. • 1994: Lee tandatangan kontrak seumur hidup sebagai promoter dengan Marvel Comics. • 1996: Marvel diisytiharkan bankrup. Syarikat mahu nafikan kontrak Lee. Lee bawa kes ke mahkamah dan Marvel menang kes. Kontrak baru bagaimanapun dibuat. • 1998: • Kontrak sebagai pengerusi emeritus kepada Marvel Enterteinment dengan pendapatan tahunan menghampiri USD 1 juta. Lee berhak dapat 10% daripada keuntungan syarikat daripada filem dan TV. • Filem watak Blade berjaya dapat sambutan.

  12. 2000: • Akhirnya, filem X-Men mendapat box-office. • Laman web StanLee.net dibina. • Stan Lee Media ditubuhkan. Bagaimanapun, bisnet Internet yang memuncak pada 1990-an menjunam pada 2000. Lee lalu tubuh POW! Entertainment yang jana filem dan rancangan TV bukan berkonsepkan Marvel. • 2002: Spider-Man dapat blockbuster. Lee selaku penerbit eksekutif memastikan filem merujuk kepada komik asal. Filem2 lain menyusul; Dare-devil, X-2: X-Men United, The Incredible Hulk, Spider-Man 2 dan The Fantastic Four. • Rujukan: Raymond H. Miller (2006). Stan Lee: Creator of Spider-Man. Michigan (?): Thomson Gale.

  13. “I’m aware that there’s got to be time when I’m not going to be able to do this,” katanya. “But I hope that time si far off, because I’m really enjoying what I’m doing. Somewhere inside of this old body, there’s a young guy trapped, trying to get out.”

  14. Isaac Asimov • Profesor dalam bidang biokimia dan penulis FS tersohor dunia. Antara pelopor FS dalam tema robotik. • Tiga Hukum Robotik pernah digariskan oleh Asimov pada tahun 1942 (diubahsuai): 1. Robot yang dicipta mestilah tidak dibenarkan memudaratkan manusia. 2. Robot mesti mematuhi arahan manusia (arahan yang tidak memudaratkan manusia). 3. Robot mesti melindungi manusia.

  15. Pencapaian Asimov • 41 kali Hugo Awards, • 21 kali Nebula Awards, • World Fantasy Awards, Theodore Sturgeon Awards, dan Homer Awards • Locus Award for Best Magazine of the Year. • Bermula dengan cerpen FS pada 1939. Kumpulan cerpen FS pertama, I, Robot (1950). Novel FS pertama pada 1955. • Beliau turut menulis novel misteri, buku sejarah, buku dan rencana sains, dan autobiografi.

  16. Konsep S&T popular • Kapal angkasa ala Galactica. • Robot. Sila klik http://www.slipperybrick.com/2008/05/54-memorable-sci-fi-robots/ • Teknologi nano seperti nanobot. • EMP (Electromagnetic Pulse). Cth: Universal Soldier (1991). • DNA dan Pengklonan. Cth: The Island & Jurassic Park. • Makhluk asing.

  17. FS, proses ciptanya paling sukar • Judul : Notes to Science Fiction Writers • Penulis : Ben Bova • Penerbit : Houghton Mifflin Company, Boston (1981) • Halaman : 193 (termasuk bibliografi) • Hasilkan karya fiksyen sains (FS) paling sukar? Demikian pendapat Isaac Asimov yang dipetik oleh penulis dalam bab pertama. Karya FS amat bergantung kepada IDEA atau dengan kata lain, IDEA adalah hero utama dalam FS. IDEA harus mantap, tidak klise dan ia belum pernah berlaku dalam dunia nyata. Namun ia bukanlah fantasi, tapi ada unsur saintifik yang melandasi kepada prinsip, teori dan premis sains tertentu.

  18. Walau bagaimanapun, idea semata-mata takkan dapat berdiri dengan sendirinya. IDEA perlukan sentuhan nilai seni dan nilai kraf yang tekun lagi tabah sehingga mampu menyempurnakan sesebuah karya FS. Menurut Ben Bova yang menjadi editor kepada Science Fiction Hall of Fame (1973) menyifatkan nilai kraf boleh diajar. Ia berupa asas-asas kemahiran menulis. • Buku ini sebenarnya membabitkan beberapa mauduk penting berkaitan asas kemahiran menulis fiksyen (khas untuk diaplikasi dalam FS) iaitu watak, latar, konflik dan plot. Setiap mauduk tersebut disisipi dengan beberapa petikan karya FS yang pernah diterbitkan.

  19. Sebagai contoh, petikan cerita Men of Good Will menjadi sisipan kepada aspek latar. Latar di bulan sehingga orang Amerika dan Rusia saling berdamai dan tidak serang-menyerang sebagaimana di bumi, cuba diserlahkan sebagai contoh latar yang baik. The Shining Ones dengan kisah alien memandang manusia di bumi seumpama makhluk dalam zoo dan kemudiannya dikepung oleh militari, memiliki plot untuk diteladani. • Penulis turut memetik pandangan Paul Anderson (antara penulis FS tersohor di Barat) yang memanfaatkan kelima-lima pancaindera protagonis bagi menguatkan watak dan cerita. Hal ini malah digunapakai oleh mana-mana penulis fiksyen termasuklah Fatimah Busu yang membahaskannya dengan agak panjang lebar dalam buku penulisan kreatifnya.

  20. Watak protagonis dalam FS mesti hebat dan unggul sebagaimana Hamlet ciptaan Shakespeare. Ia mesti hebat supaya dapat menang dalam pelbagai konflik terutama dalam kemuncak konflik. Menurut penulis, konflik boleh dimulakan dalam bentuk konflik pemikiran dalam protagonis. Namun ia hanya benar dalam novel. Dalam cerpen, konflik sebaliknya sudahpun tersedia menggelodak dan masak dalam diri protagonis. • Penulis mengambil kisah Robin Hood sebagai contoh dengan menyifatkan konflik dalam protagonis (Robin Hood) iaitu tanggungjawab lawan keadilan membawa kepada konflik peribadi Robin Hood lawan Sheriff of Nottingham. Ia malah membabitkan beberapa konflik kecil seperti sama ada orang kampung hendak melibatkan diri dengan Robin Hood atau tidak dan lain-lain.

  21. Menurut penulis lagi, watak utama tidak harus dimatikan melainkan boleh memberikan dampak besar dan siri perubahan besar yang dapat memberi manfaat kepada pihak lain. Sehubungan ini, saya teringatkan watak ‘ghulam’ dalam sebuah hadis panjang yang mati dibunuh raja, namun akhirnya menyebabkan sekalian orang ramai beriman kepada Allah. • Untuk dapat idea FS, Ben Bova antara lain cadangkan agar banyak membaca majalah dan penerbitan yang berorientasikan saintifik selain menjadi pemerhat yang baik terhadap manusia dan apa sahaja yang ada di sekeliling. Banyak timbulkan persoalan ‘Bagaimana jika…?’ dalam benak.

  22. Sebagaimana contoh: Bagaimana jika ada seseorang yang merekacipta alat pengesan bohong yang paling tepat dan canggih? Bagaimana jika konflik dalaman manusia diaplikasi dalam virus, robot, haiwan atau apa sahaja? Bagaimana jika manusia membuat petempatan di bulan? Bagaimana jika penulis ulasan buku ini ialah waris kepada Asimov yang mempunyai darah Melayu? • Tip terakhir daripada penulis adalah kaedah juxtaposition. Hmm, dapatkan buku ini atau kita boleh berdiskusi sambil minum teh tarik….

  23. Lagi tip untuk menang sayembara menulis FS • Tidak klise. • Lebih elok buat FS hibrid. • Imbangkan S&T beri manfaat dan kemajuan. “Mengapa terjadi demikian, apa impaknya kepada manusia/masyarakat, dapatkah sains dan teknologi itu memudahkan kehidupan?”. • Lambakan fakta dan ilmu tapi bukan esei S&T. Bukan sarkarisme, tempelan fakta, jadi dokumentari. • Wujudkan watak2 yang baik2 dan indah2, di samping watak2 jahat. Wujudkan keadaan mencintai dan meminati WATAK dalam cerita.

  24. Hal2 lain • CGI – Computer-generated Imagery, teknologi dalam pembikinan filem. Cth: Babylon 5 & Toy Story. • FS lebih baik ditulis oleh orang2 sains? • Penulis dan pengarah filem FS lebih buat duit berbanding sebagai penulis FS semata2. Cth: Straczynski. • George Lucas dan Steven Spielberg buat untung berlipat kali ganda dengan kitar semula novel2 FS silam?

  25. Beberapa pautan menarik • Early Science Fiction Concept; http://er.jsc.nasa.gov/seh/earlysf.html • Concept Sci-Fi; http://www.conceptscifi.com/index.htm • Asimov’s Science Fiction; http://www.asimovs.com/index.shtml • Islam & Science Fiction; http://islamscifi.com/ • The Hugo Awards; http://www.thehugoawards.org/ • Respons Editor Fiksyen Sains Dewan Kosmik; http://anuarmanshor.blogspot.com/2008/04/fiksyen-sains-yang-terbaik.html • Insect Lab; http://www.pjlighthouse.com/2007/01/29/mike-libbys-insect-lab/

More Related