350 likes | 1.17k Views
Kertas Cadangan Penulisan Akademik/Tesis Pascasiswazah Disiplin Sains Sosial. Oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris Sekolah Sains Sosial UMS 16 Julai 2008. Pengenalan. Penulisan Akademik – suatu perjalanan yang panjang….. Tetapi ada noktah penghujungnya… bila?
E N D
Kertas Cadangan Penulisan Akademik/Tesis Pascasiswazah Disiplin Sains Sosial Oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris Sekolah Sains Sosial UMS 16 Julai 2008
Pengenalan • Penulisan Akademik – suatu perjalanan yang panjang….. Tetapi ada noktah penghujungnya… bila? • Diandaikan seperti membuat sebuah rumah atau bangunan • Konsep rumah atau bangunan apa yang hendak digunapakai • Idea, perbincangan, pelan-lokasi rumah/bangunan, pelan tindakan, kos, buruh…. Terbinanya sebuah mahligai impian…
Dari Pra ke Pascasiswazah • Peralihan / anjakan paradigma budaya penyelidikan dan penulisan dari pra ke pasca • Prasiswazah – Latihan Ilmiah • Pascasiswazah; Sarjana Penyelidikan & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) • Pemahaman komprehensif – falsafah, teori, model, hubungkait dengan disiplin ilmu, sorotan karya, metod dan kaedah, data empirikal dan keaslian (PhD)
Langkah2 Awal Sebelum Penulisan Akademik • a) Kenali siapa ‘PENYELIA’ anda. • Bagaimana? Melalui tulisan, karya penyelidikan-penerbitan (falsafah, teori), bekas2 pelajar? • Apa bentuk hubungan anda dengan penyelia : rakan kongsi, sahabat akademik, pelajar-penyelia? • b) Pertemuan kali PERTAMA dengan penyelia penting : cipta suasana, zahirkan keyakinan, rungkaikan kemampuan intelektual - isu-permasalahan kajian, rancangan dan tindakan susulan sistematik – positif dan berpotensi tinggi
Sambungan….. • c) Kenalpasti – Persepsi berbeza – tolak-ansur dan hormat…. • Persepsi Penyelia : displin, gigih, hadir dalam setiap sesi pertemuan, draf penulisan berterusan • Persepsi Pelajar : kerap bertemu, sistematik, draf disemak dan dikembalikan • Bagaimana untuk ‘diharmonikan’ – tugas pelajar atau penyelia? Asas : hormat guru
Sambungan…. • d) memilih penyelia – impian setiap pelajar jika kenali sipenyelia • Realiti – universiti tentukan berdasarkan : • i. kepakaran bidang • ii. Dana Penyelidikan • iii. Persetujuan penyelia • Pelajar MESTI membina suasana positif untuk wujudkan interaksi intim akademik dengan penyelia – Kunci Kejayaan!
Menulis Kertas Cadangan Sebuah Penulisan Akademik (Tesis) • Objektif Kertas Cadangan : • i. langkah pertama hasilkan sebuah tesis • ii. Yakinkan penyelia • iii. Mengandungi falsafah, teori, metod, sorotan karya yang saling berkaitrapat dengan Disiplin Ilmu dan kajian lampau
Sambungan ….. • Kertas Cadangan Penulisan Akademik MESTI ada: • i. Elemen Rasional : pemilihan tajuk, logik (don’t promise what you can’t possibly deliver) • ii. Sorotan Karya Komprehensif – cadangan berasaskan kepada analisis kajian lampau & teroka ‘dapatan ilmu’ baru • iii. Metod dan kaedah penyelidikan yang akan digunakan – Kos, sumber data dan jangkamasa riwayat sesebuah tesis, sarjana penyelidikan (2 tahun), PhD (3 tahun) – tentukan halatuju anda!
Sebuah Penulisan Akademik • Tajuk • Latarbelakang Kajian – Permasalahan Kajian (Hipotesis dan Skop Kajian) • Objektif kajian • Metod dan Kaedah Penyelidikan – Perbincangan Aplikasi Teori dan Kaedah Pengumpulan & Analisis Data • Bab-Bab Perbincangan • Kesimpulan – Dapatan Kajian dan Kesinambungan objektif, teori dan Kaedah + Sumbangan terhadap Disiplin Ilmu (Body of Knowledge) : Lahirlah sebuah tesis Sarjana/PhD (Jika Tesis telah siap) • Jadual / Jangkamasa Penyelidikan
Contoh Pembentangan Kertas Cadangan Bagi Sesebuah Tesis…. 1. Tajuk : “Kemiskinan di Sabah : Kajian Kes di Pulau Banggi” 2. Isu/Permasalahan utama : Definisi Kemiskinan, Tahap Kemiskinan di Sabah, Ukuran Kemiskinan, mengapa tahap kemiskinan di Sabah semakin membimbangkan, faktor-faktor, fokuskan kajian di Pulau Banggi, dari tahun?... – kenapa dipilih & adakah isu kemiskinan di kepulauan ini mampu menjawab persoalan kemiskinan di Sabah? Tesis : untuk menjawab isu/permasalahan bukan cerita novel semata2!
Sambungan….. 3. Objektif kajian :……? 4. Teori yang akan digunakan – teori-teori/model kemiskinan – rujuk kajian lampau – tugas penyelidik untuk sesuaikan dan ‘mencipta’ model terbaru (teori terbaru?) berdasarkan kepada teori-teori yang sedia ada 5. Metod & Kaedah... Kualitatif [Kajian Perpustakaan, analisis dokumen)atau Kuantitatif (persampelan/populasi, statistik, tinjauan (survey) dsb]/ kombinasi dua kaedah ini… Data Primer & Data Sekunder
Sambungan… 6. Sorotan karya : Kajian-kajian lampau tentang kemiskinan – kaitkan dengan kajian kes anda 7. Cadangan Bab Penulisan : • Bab 1 : Pengenalan, • Bab 2 : Teori • Bab 3 : Metod/Kaedah Penyelidikan • Bab 4-7 : Perbincangan • Bab 8 : Dapatan Kajian / Kesimpulan • *Bergantung sepenuhnya kepada sifat sesebuah tesis dan kajian kes
Sambungan…. 8. Kesimpulan : • Rumusan tentang tajuk yang dipilih • permasalahan kajian • hipotesis, skop kajian & objektif kajian • aplikasi teori/model, metod & kaedah penyelidikan 9. Jadual / Jangkamasa Penyelidikan
Beberapa Isu Penting….. Bagaimana memilih data empirikal? • Data Primer & Sekunder • Primer : dokumen/data yang dicipta semasa berlakunya sesuatu isu yang anda pilih untuk kaji atau individu terlibat semasa berlakunya sesuatu isu yang anda bertemu untuk mendapat data – ‘bila data tersebut dibuat, bukan apa yang terkandung dalam data tersebut’ (when it was made, not what it is)
Sambungan….. • Sumber data primer pelbagai : teks bertulis (catatan diari, laporan kerajaan), objek, bangunan, filem, lukisan, kartun.. • Sumber Data Sekunder : tulisan-tulisan lampau yang dibuat berdasarkan kepada penyelidikan – data tersebut dipindahkan daripada sumber asal • Buku sejarah – data sekunder kerana ‘2 kali’ berpindah dari sumber asal
Plagiat (Plagiarism) • Plagiarism – jenayah berat dalam dunia akademik – ibarat centak rompak • Plagiarism is the unauthorized use or close imitation of the language and thoughts of another author and the representation of them as one's own original work • ‘mencuri’ idea atau ‘ceduk’ tulisan penyelidik lain tanpa menyatakan sumber rujukan tersebut dan anggap idea atau tulisan tersebuat sebagai hasil kerja sipenyelidik • Pelbagai bentuk plagiat : beli esei, buat salinan, pinjam dan guna ayat, kenyataan tanpa nyatakan penulis asal – dakwa idea asli!
Sambungan… Plagiarisme • Mudah untuk dikesan, kenapa? • Buku, jurnal – segala bentuk tulisan menjadi makanan ruji kedua setiap pensyarah yang sudah berpuluhan tahun dalam dunia akademik • Pelajar – mudah dikenalpasti sama ada kerja mereka sendiri atau tidak semasa ‘viva’ (pembentangan tesis akhir) • Hukuman – gagal, digantung, ditamatkan pengajian – tepuk dada tanya akal
Sumber Rujukan….. • Gabungan Pengalaman Pembentang terutama semasa menyiapkan PhD : “Key Determining Factors Influencing Small States’ Relationships : A Case Study of Malaysia’s Relations with Saudi Arabia” – Discipline of International Relations • Sumber yang boleh dirujuk : • Judith Bell, Doing Your Research Project, Buckingham : Open University Press, 1999 • Sara Delamont, Paul Atkinson & Odetta Parry, Supervising the Doctorate : A Guide to Success,New York : Society for Research into Higher Education & Open University Press, 2004 • Sally Brown, Liz McDowell & Phil Race, 500 Tips for Research Students,London : Kogan Page Ltd, 1995 • Stephen Potte (ed.), Doing Postgraduate Research, London : SAGE Publications Ltd, 2002
Jagalah Kesejahteraan Penyelia, • Juga…..Kesejahteraan Pelajar • Dengan demikian, peliharalah keharmonian hubungan anda dengan penyelia….