120 likes | 473 Views
BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM. Pengertian Syariah Bahasa Mempunyai 2 maksud yang berbeza tetapi mempunyai kefahaman yang berkait. sumber air pembawaan atau jalan yang lurus.
E N D
BAB 3SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM Pengertian Syariah Bahasa • Mempunyai 2 maksud yang berbeza tetapi mempunyai kefahaman yang berkait. • sumber air • pembawaan atau jalan yang lurus. “Kesudahannya, Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (peraturan) dari hukum-hukum agama; maka turutlah jalan yang lurus itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Istilah • Dari segi istilah syariah bermaksud “segala hukum yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hambaNya melalui perantaraan para rasulNya.” • Dinamakan syariah kerana segala hukum-hakamnya adalah lurus tanpa ada kepalsuan. • Perkataan syariah dan pecahannya di sebut di dalam al-Quran sebanyak 4 kali (as-Syura: 13 dan 21, al-Maidah: 48, al-Jathiyah: 18.) • Perkataan syariah yang terdapat dalam al-Quran mengandungi 2 makna: • Khusus – segala hukum yang telah diperundangkan oleh Allah untuk mengatur segenap aspek kehidupan manusia • Umum – diertikan sebagai ‘al-Din’ atau ‘millah’ yang juga bermaksud agama
Syariah yang diturunkan oleh Allah merangkumi aspek: • ‘i’tiqadiyyah’ dan ‘batiniyyah’ (aqidah dan keimanan) • ‘amaliyyah’ (ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah) • ‘akhlakiyyah’ (akhlak). • Syariah Islam merangkumi aspek hubungan antara manusia dengan Allah, sesama manusia dan alam. • Syariah Islam adalah bersifat ‘muqaddas’ (suci): • terpelihara daripada sebarang kecacatan dan kekurangan. • Kebenarannya bersifat mutlak, bersifat syumul dan komprehensif, terpelihara selama-lamanya. • Perkatan lain yang mempunyai perkaitan dengan istilah syariah ialah Fiqh, Hukum,Undang-undang, Nas dan Masadir
Fiqh (Fekah) • Iaitu kefahaman mengenai hukum-hakam syariah yang bersifat amali yang difahami melalui dalil-dalilnya yang terperinci. • Dibahagikan kepada 4 bidang besar: • Fiqh Ibadah • Fiqh muamalat • Fiqh munakahat • Fiqh jinayah • Umumnya, fiqh adalah disiplin ilmu untuk memahami isi-isi syariat itu sendiri. Ia diperolehi melalui usaha-usaha akal yang tajam oleh para ulama terhadap nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Sunnah. • Fokus kepada perbahasan fiqh ialah mencari ketentuan hukum syarak bagi perbuatan mukallaf sama ada harus, wajib, sunat, makruh, haram, sah, batal dan sebagainya.
Hukum. • Iaitu ‘khitab’ atau mesej Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Mesej itu disampaikan kepada manusia melalui kaedah wahyu. • Pengkaji kepada hukum-hakam digelar ‘faqih’ dan disebut sebagai ‘fuqaha’ (sekiranya ramai). Mereka memahami secara halus dan terperinci tentang hukum syarak. Undang-undang. • Iaitu norma-norma hukum yang diterima dan diperkanunkan oleh badan-badan perundangan tertentu serta menerusi proses-proses tertentu. • Apabila disebut undang-undang Islam, bermaksud ketetapan syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara
Nas • Iaitu dalil syariah berdasarkanayat-ayat al-Quran atau hadis-hadis Rasulullah Masadir • Sumber syariah iaitu terdiri daripada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qiyas
Maqasid (tujuan) Syariah • Syariah Islam yang datang dari Allah bertujuan untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada manusia dan menghindarkan kemudharatan. • Maqasid syariah adalah untuk menjamin dan memelihara: • Kesucian dan kepercayaan beragama (akidah) • Keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia • Kemurnian fikiran dan kewarasan akal • Kehormatan dan maruah diri • Pemilikan dan penguasaan harta
Skop Syariah • Isi kandungan syariah terbahagi kepada 3 kategori – skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan • Skop syariah terdiri: • Hubungan antara manusia dengan Allah • Hubungan antara manusia sesama manusia • Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain • Aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah, terbahagi kepada 3: • Kewajipan peringkat individu - perintah-perintah khusus spt. solat • Perintah yang perlu dilaksanakan secara kolektif (tanggungjawab bersama) Contohnya, perintah dakwah, jihad serta tuntutan fardhu kifayah lain. • Kewajipan pemerintah - perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti hudud, qisas dan takzir.
Ciri-ciri Perundangan Islam • Berorientasikan wahyu • Segala prinsip dan hukum hakamnya terpelihara daripada kelemahan dan kekurangan • Bersifat adil dan berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia di hadapan hukum Allah • Ganjaran bersifat duniawi dan ukhrawi • Bersifat universal • Syumul dan lengkap – merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi kepentingan manusia sama ada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Ia juga merangkumi hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan dengan alam • Sepadu dan seimbang • Tetap dan anjal
Peranan Syariah Dalam Pembangunan Ummah Pembangunan Menurut Islam • Pembangunan ialah satu proses peningkatan kualiti kehidupan termasuk usaha-usaha penambahan dalam tingkat pendapatan dan penggunaan, taraf pemakanan, kesihatan, pelajaran, suasana yang sesuai untuk meningkatkan harga diri dan kebebasan untuk memilih bagi semua lapisan masyarakat bagi sesebuah negara. • Dalam Islam pembangunan berdasarkan kepada kewujudan kehidupan yang selesa dan sejahtera bagi sesebuah negara dalam memenuhi tuntutan jasmani dan rohani serta maju dalam semua bidang. • Jelas, pembangunan dalam Islam meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan.
Pendekatan Pembangunan Menurut Islam • Pendekatan Islam terhadap pembangunan adalah berlandaskan kepada beberapa falsafah: • Pembangunan berlandaskan prinsip tauhid. • Berlandaskan Rububiyyah • Peranan manusia sebagai utusan (khalifah) Allah. • Berteraskan prinsip penyucian diri Pembangunan Ummah • Pembangunan ummah merupakan natijah yang terhasil dari pembangunan insan. • Pembangunan insan adalah satu proses yang melibatkan beberapa tahap: • Pembangunan fizikal (jasmani). • Pembangunan kognitif. • Pembangunan emosi. • Pembangunan sosial. • Pembangunan kerohanian.
Syariat Islam Sebagai Pemacu Pembangunan Ummah • Pembangunan ummah tidak akan menjadi realiti sekiranya dilaksanakan mengikut acuan pembangunan barat kerana barat hanya menitikberatkan pembangunan fizikal semata-mata. • Syariah diturunkan oleh Allah dengan beberapa objektif: • Mendidik Manusia. • Memelihara lima perkara asas dalam Islam (maqasid syariah) • Menegakkan Keadilan