80 likes | 312 Views
Komputer 2313. Tajuk 6 : Persembahan Data. Bit & Bait (byte) Komputer berfungsi mengikut konsep logik. Logik padanya diwakili dalam bentuk digital 0 dan 1. Komputer hanya memahami arahan dan data dalam bentuk kod binari, iaitu kombinasi daripada digit-digit binari 1 dan 0.
E N D
Komputer 2313 Tajuk 6 : Persembahan Data • Bit & Bait (byte) • Komputer berfungsi mengikut konsep logik. • Logik padanya diwakili dalam bentuk digital 0 dan 1. • Komputer hanya memahami arahan dan data dalam bentuk kod binari, iaitu kombinasi daripada digit-digit binari 1 dan 0. • Sistem pernomboran binari ialah sistem nombor yang dibentuk daripada digit-digit 0 dan 1.
Komputer 2313 • Dalam litaran komputer terdapat beribu-ribu suis halus yang sensitif kepada arus elektrik. • Arus yang mengalir dalam litaran menghasilkan voltan. • Tinggi atau rendahnya nilai voltan atau rendahnya nilai voltan bergantung kepada arus dalam litaran ini. • Voltan tinggi dibaca oleh komputer sebagai nilai 1 dan rendah ialah 0.
Komputer 2313 • Setiap suis mempunyai salah satu daripada nilai 0 & 1 pada bila-bila masa. • Kombinasi daripada beberapa suis-suis ini mewakili satu aksara atau nombor. • Setiap suis diwakili oleh bit. Bit (binary digit) ialah unit terkecil perwakilan maklumat.
Komputer 2313 Bit mempunyai nilai sama ada 0 atau 1. Biasanya satu kombinasi 8 bit membentuk 1 bait (byte). Setiap bait mewakili satu aksara atau nombor. Contoh: Abjad ‘A’ diwakili oleh satu kombinasi binary digit – 1100 0001 Dan ‘a’ oleh 10000001, 9 oleh 11111001 dan symbol ? oleh 01101111.
Komputer 2313 8 bit = 1bait 1024 bait = 1 Kilobait 1024 K = 1 Megabait 1 MB = 1024 x 1024 bait = 1, 048, 576 bait 2 MB = 2, 097, 152 bait 3 MB = 3, 145, 728 bait 4 MB = 4,194, 304 bait
Komputer 2313 Bait merujuk kepada unit data yang terdiri daripada 8 bit yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan komputer peribadi. Bait mewakili aksara seperti huruf abjad, nombor dan simbol tipografi. Huruf "B" digunakan dalam singkatan kepada bait. (bit menggunakan singkatan "b".) seperti kB = Kilobait. Cakera keras berkapasiti 40GB secara mudahnya bermaksud cakera keras berkenaan mampu menyimpan sehingga 40 ribu juta (billion) bait atau Gigabait data. Bait didarabkan berasaskan kuasa 2 dan dalam sebutan biasa, angka perpuluhannya dibulatkan. Sebagai contoh, 1 Gigabait disebut sebagai 1 ribu juta bait walaupun angka sebenarnya ialah 1,073,741,824 bait.
Komputer 2313 Sebagai panduan: 1 aksara = 8 bit = 1 bait 1024 bait = 1 Kilobait - KB (ribu) = 1,024 bait 1024 Kilobait = 1 Megabait - MB (juta) = 1,048,576 bait 1024 Megabait = 1 Gigabait - GB (billion) = 1,073,741,824 bait 1024 Gigabait = 1 Terabait - TB (trillion) = 1,099,511,627,776 bait 1024 Terabait = 1 Petabait - PB (juta Gigabait) = 1,125,899,906,842,624 bait 1024 Petabait = 1 Exabait - EB (juta Terabait) = 1,152,921,504,606,846,976 bait 1024 Exabait = 1 Zettabait - ZB (juta Petabait) 1024 Zettabait = 1 Yottabait - YB (juta Exabait)
Komputer 2313 Tips : Ujian 1 Komputer 2313 1. Sejarah & Penciptaan Komputer - Generasi Komputer ? - Komputer Generasi ke 5? 2. Definisi - Komputer - Data - Maklumat 3. Kompenan Sistem Berkomputer -Input? -Output? -CPU? -Ingatan (2 Jenis Ingatan Utama) 4. Keupayaan & Limitasi Komputer -Bidang Kerja Menggunakan Komp -Keupayaan komputer kini. -Serangan Virus. 5. Kategori Sistem Komputer - Kategori Komputer? - Huraian setiak kategori tersebut. - Perbezaan komputer analog & digital - Penggunaan Komp Analog & Digital