1 / 20

PENDIDIKAN KESIHATAN KANSER PAYUDARA

PENDIDIKAN KESIHATAN KANSER PAYUDARA. NAMA; SYAIDATUL MURSYIDA BT MUSTAFFA NO.MATRIK; A 115589. DEFINISI KANSER PAYUDARA. Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara.

vanna
Download Presentation

PENDIDIKAN KESIHATAN KANSER PAYUDARA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENDIDIKAN KESIHATANKANSER PAYUDARA NAMA; SYAIDATUL MURSYIDA BT MUSTAFFA NO.MATRIK; A 115589

  2. DEFINISI KANSER PAYUDARA • Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara. • Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah: • Lobus yang menghasilkan susu • Duktus yang menghantar susu ke puting • Tisu lemak payudara (jarang berlaku)

  3. Insidensnya meningkat dengan umur Penyebab utama kematian akibat kanser INSIDENS Biasanya berlaku di kalangan wanita sahaja dan jarang pada lelaki. salah satu kanser yang amat biasa menyerang kaum wanita

  4. SEJARAH KELUARGA USIA MENINGKAT • TIDAK PERNAH • MELAHIRKAN ANAK • ATAU • MELAHIRKAN • ANAK > 30 TAHUN FAKTOR RISIKO SEJARAH MENGHIDAP KANSER MENGAMBIL MAKANAN YANG BANYAK LEMAK HAIWAN MULA DATANG HAID AWAL < 12 TAHUN ATAU PUTUS HAID LEWAT> 50 TAHUN

  5. TANDA-TANDA DAN GEJALA SAKIT PADA PAYUDARA KEHADIRAN TUMBUHAN PENGELUARAN CECAIR DARI PUTING KETIDAKSELESAAN DI SEKITAR PAYUDARA

  6. TERAPI RADIASI PEMERIKSAAN FIZIKAL OLEH DOKTOR RAWATAN MAMOGRAFI KEMOTERAPI PEMBEDAHAN; MASTEKTOMI DAN LUMPEKTOMI BIOPSI

  7. PEMERIKSAAN MAMOGRAFI AWAL PENCEGAHAN UNTUK KANSER PAYUDARA PSP(PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA)

  8. PEMERIKSAAN MAMOGRAFI AWAL • Mamografi ialah satu proses di mana x-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem atau kertas yang disalut selenium. Imej tersebut dipanggil mamogram. • Fungsi: • Mamografi boleh mengenalpasti kanser walaupun dari saiz yang kecil yang tidak dapat dirasa oleh wanita tersebut ataupun doktor yang berpengalaman. • Mamografi juga mampu menunjukkan perubahan lain pada tisu payudara yang merupakan tanda-tanda awal kanser payudara. • Mamogram dasar (baseline mammogram) adalah penting sebagai garis panduan untuk rujukan di masa akan datang. mamografi telah terbukti sangat berkesan untuk menyelamatkan nyawa, terutamanya bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas yang tidak mempamerkan sebarang gejala kanser payudara.

  9. PSP(PEMERIKSAAN PAUDARA SENDIRI) • Wanita yang berumur antara 20 hingga 40 tahun perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan dan perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan payudara setiap tiga tahun. • Pemeriksaan awal ini diperlukan sebagai rujukan di masa akan datang. • Mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun perlu melakukan PSP sekali dalam sebulan dan melakukan pemeriksaan fizikal yang kerap. • Periksa payudara anda 3 hari selepas haid anda berakhir atau pada hari pertama setiap bulan jika anda sudah tiada haid.

  10. BAGAIMANA MELAKUKAN (PSP) A) MELIHAT PERUBAHAN DIHADAPAN CERMIN KEDUDUKAN 1 -Tanggal pakaian anda paras Pinggang dan lihat diri anda dihadapan cermin.

  11. KEDUDUKAN 2 Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut. KEDUDUKAN 3 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang Perubahan.

  12. KEDUDUKAN 4 Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

  13. BENJOLAN DI PAYUDARA ATAU KETIAK TANDA-TANDA AMARAN YANG PERLU DIPERHATIKAN SEMASA PEMERIKSAAN PENDARAHAN ATAU LELEHAN YANG LUAR BIASA DARI PAYUDARA PERUBAHAN DAN BENTUK SAIZ PAYUDARA YANG LUAR BIASA PUTTING PAYUDARA TERTARIK KE DALAM LEKUK YANG LUAR BIASA PADA PAYUDARA

  14. B) MENGESAN PERUBAHAN DENGAN CARA BERBARING Langkah 1: Persedian -Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. -Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda. -Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. -Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala. -Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. -Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN

  15. Langkah 2;Pemeriksaan payudara kaedah urutan menegak -Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka dibahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antarakedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda.

  16. Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan -Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. - Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. -Buat sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. -Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. -Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam). 

  17. Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara Menggunakah kedua-dua belah tangan, Tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara. Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.

  18. GAMBAR KANSER PAYUDARA

  19. SAYANGILAH PAYUDARA ANDA!!! -LAKUKAN PEMERIKSAAN LEBIH AWAL DAN JAGALAH PAYUDARA ANDA…. INGAT!!!! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DIKESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN

More Related