191 likes | 682 Views
KEFAHAMAN SUBJEKTIF PRIMARI 5. Nama:__________________ Kelas:P5/___ (5ML___) NOTA: Strategi menjawab soalan kefahaman subjektif. Disiapkan oleh: Cikgu Wahindah Suhari. { why }. 1. [ Mengapakah ] Puan Kalsom tidak mahu Mizan menjadi seorang pemuzik ? (2 markah).
E N D
KEFAHAMAN SUBJEKTIF PRIMARI 5 Nama:__________________ Kelas:P5/___ (5ML___) NOTA: Strategi menjawab soalan kefahaman subjektif Disiapkan oleh: Cikgu Wahindah Suhari
{ why } 1. [Mengapakah]Puan Kalsom tidak mahu Mizan menjadi seorang pemuzik? (2 markah) • Serlahkankata kunci pada soalan. Fahami apa yang diminta. (pemuzik = ahli muzik) • Padankankata kunci dengan teks. Serlahkan kata kunci yang terdapat dalam teks. • Gariskan jawapan yang terdapat dalam teks. Baca jawapan yang telah digariskan. Pastikan menjawab soalan. • Tuliskan jawapan yang lengkap. • Batang ayat mesti ditulis. Berpandukan Kefahaman Subjektif SET 1 Perenggan 1-3 teks : ................................Dia bercadang hendak mengikuti kelas muzik tetapi cadangannya itu tidak dipersetujui oleh ibunya, Puan Kalsom. “Lebih baik kamu mengikuti kursus komputer di kelab masyarakat daripada mempelajari perkara yang tidak berfaedah itu. Kamu akan meraih lebih faedah,” kata Puan Kalsom kepada Mizan. “Lagipun jadi pemuzik ini tidak elok. Mak tidak suka anak mak berambut panjang dan memakai pakaian yang compang-camping. Mak juga tidak mahu kamu mengingkaripesanan arwah ayah kamu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak,” sambung ibunya. Mizan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu melawan cakap ibunya. Jauh di dalam hatinya dia tetap dengan pendiriannya hendak menjadi seorang pemuzik dan penciptalagu yang terkenal pada suatu hari nanti. Dia ingin mempelajari pelbagai jenis alat muzik. Jawapan: Dia tidak mahu anaknya menjadi seorang pemuzik kerana kerjaya itu tidak berfaedah dan tidak mahu anaknya berpakaian compang-camping serta berambut panjang.
2. Apakah pesanan arwah ayah Mizan? (2 markah) { what } • Serlahkankata kunci pada soalan. Fahami apa yang diminta. • Padankankata kunci dengan teks. Serlahkan kata kunci yang terdapat dalam teks. • Gariskan jawapan yang terdapat dalam teks. Baca jawapan yang telah digariskan. Pastikan menjawab soalan. • Tuliskan jawapan yang lengkap. • Batang ayat mesti ditulis. Perenggan 3 : “Lagipun jadi pemuzik ini tidak elok. Mak tidak suka anak mak berambut panjang dan memakai pakaian yang compang-camping. Mak juga tidak mahu kamu mengingkaripesanan arwah ayah kamu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak,” sambung ibunya. Mizan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu melawan cakap ibunya. Jauh di dalam hatinya dia tetap dengan pendiriannya hendak menjadi seorang pemuzik dan penciptalagu yang terkenal pada suatu hari nanti. Dia ingin mempelajari pelbagai jenis alat muzik. Jawapan: Ayah Mizan berpesan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak.
Soalan ini merupakan soalan yang memerlukan bukti. • Cuba cari kata kunci dahulu. • ‘bukan anak derhaka’ – frasa yang menerangkan tentang sesuatu watak (sifat) • Bukti = perbuatan (kata kerja) yang menunjukkan ………. • Baca dan fahamkan teks dan cuba cari perkataan yang menunjukkan perbuatan (kata kerja). • Kemudian kaitkan perbuatan itu untuk menerangkan sifat watak. Perenggan 3: “Lagipun jadi pemuzik ini tidak elok. Mak tidak suka anak mak berambut panjang dan memakai pakaian yang compang-camping. Mak juga tidak mahu kamu mengingkaripesanan arwah ayah kamu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak,” sambung ibunya. Mizan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu melawan cakap ibunya. Jauh di dalam hatinya dia tetap dengan pendiriannya hendak menjadi seorang pemuzik dan penciptalagu yang terkenal pada suatu hari nanti. Dia ingin mempelajari pelbagai jenis alat muzik. Jawapan : Mizan bukan anak derhaka kerana dia hanya mendiamkan diri dan tidak mahu melawan cakap ibunya apabila ditegur. 3. Berikan dua bukti Mizan bukan anak derhaka.
4. “Dermalah sambil berhibur.” Jelaskan kata-kata Mizan ini.(4 markah) Langkah : 1. Frasa atau ayat telah ditebalkan pada teks. 2. Serlahkan frasa atau ayat tersebut. 3. Baca teks pada perenggan sebelum dan sesudah frasa atau ayat tersebut. 4. Jawapan terdapat pada perenggan SEBELUM atau SESUDAH frasa atau ayat ATAUPUN terdapat pada perenggan SEBELUM dan SESUDAH. Langkah 2: Soalan di atas menjawab soalan soalan di bawah ini. • 1.SIAPAkah yang menyampaikan kata-kata ini? • 2. Apakah PERASAAN si penyampai? ATAU APAkah yang dimaksudkan? • 3.MENGAPAkah si penyampai berkata begitu. Hari ini ialah hari terbuka di sekolah Mizan. Para tetamu berkumpul beramai- ramai di dalam dewan untuk menyaksikan persembahan daripada para pelajar. Tiba-tiba, Mizan muncul di atas pentas dengan gitar kesayangannya. “Lagu yang akan saya mainkan sebentar lagi ditujukan khaskepada orang yang paling saya sayangi, iaitu ibu saya. Dia sekarang berada di dalam dewan ini. Di samping itu beberapa orang kawan saya akan mengedarkan tin untuk mengutip derma bagi membantu pelajar-pelajar miskin di sekolah ini. Dermalah sambil berhibur,” kata Mizan. { Perasaan ? : berharap} Jawapan: Kata-kata Mizan bermaksud dia berharapsesiapa yang terhibur dengan persembahannya supaya menderma bagi membantu pelajar-pelajar miskin di sekolahnya.
5. Nyatakan satu sifat Mizan yang positif. Berikan contoh bagi menyokong jawapan kamu. (4 markah) • Soalan ini merupakan soalan yang memerlukan bukti bagi menerangkan sifat yang diminta. • Cuba cari kata kunci dahulu. • ‘sifat positif’ – sifat yang menunjukkan kebaikan • Contoh = bukti = menunjukkan perbuatan (kata kerja) • Baca dan fahamkan teks. Camkan sifat positif watak tersebut. Cari perbuatan yang menunjukkan sifat positif itu. • Kemudian kaitkan perbuatan itu untuk menerangkan sifat watak. “Lagu yang akan saya mainkan sebentar lagi ditujukan khaskepada orang yang paling saya sayangi, iaitu ibu saya. Dia sekarang berada di dalam dewan ini. Di samping itu beberapa orang kawan saya akan mengedarkan tin untuk mengutip derma bagi membantu pelajar-pelajar miskin di sekolah ini. Dermalah sambil berhibur,” kata Mizan. { Sifat ? : berhati mulia / suka membantu / prihatin} Jawapan: Mizan seorang yang berhati mulia/ suka membantu / prihatin kerana dia memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin di sekolahnya dengan mengumpul dana ketika dia membuat persembahan.
Soalan Mencari Makna: • Perkataan sudah ditebalkan • Baca ayat sebelum dan sesudah perkataan tersebut • Fahami ayat itu. • Kemudian cuba berikan sebaik mungkin makna perkataan yang digunakan dalam teks. Mak juga tidak mahu kamu mengingkaripesanan arwah ayah kamu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak. 6 a (i) mengingkari : memungkiri / tidak menuruti / tidak mentaati / tidak mengikuti / tidak mematuhi / membantah Jauh di dalam hatinya dia tetap dengan pendiriannya hendak menjadi seorang pemuzik dan penciptalagu yang terkenal pada suatu hari nanti. 6 a (ii) pencipta : penggubah / pengarang/ orang yang mencipta(tidakbolehadakeranamasihadaperkataancipta) "Lagu yang akan saya mainkan sebentar lagi ditujukan khaskepada orang yang paling saya sayangi, " iaitu ibu saya. 6 a (iii) khas : istimewa / khusus
Soalan menggantikan frasa • Baca teks dan BULATkan 3 perkataan yang kamu rasakan jawapan untuk frasa yang diberi. • Kamu boleh tuliskan makna perkataan yang terdapat dalam teks di atas perkataan itu. • Kemudian, pilih jawapan yang paling tepat. 41 b. Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud membuat satu pertunjukan di depan orang ramai ialah ________________. Peringatan! 1. Jangansalaheja (tiadamarkahjikatertinggal / tertambahsatuhuruf pun) 2. SATUperkataansahaja (bukanfrasa) 1. persembahan 2. berkumandang 3. pentas