400 likes | 622 Views
Pengalaman dari Amerika Utara (1970-1990). Pengalaman dari Amerika Utara (1970-1990). Bidang yang memainkan peranan dalam pembangunan dan gunapakai GIS Faktor penghalang yang melambatkan perkembangan GIS Pengajaran yang diperolehi Kesimpulan.
E N D
Pengalaman dari Amerika Utara(1970-1990) • Bidang yang memainkan peranan dalam pembangunan dan gunapakai GIS • Faktor penghalang yang melambatkan perkembangan GIS • Pengajaran yang diperolehi • Kesimpulan
Bidang yang memainkan peranan dalam pembangunan dan gunapakai GIS • Perhutanan • Hartanah • Utiliti • Pengangkutan dan perancangan kemudahan • Kejuruteraan Awam • Pertanian dan Alam Sekitar
Perhutanan • Berperanan utama dalam perkembangan penggunaan GIS, 1985-1990 • GIS digunakan untuk mengemaskini dan membaharui inventori hutan, memodel dan merancang aktiviti pengurusan hutan e.g. pembalakan, pembinaan jalan, pemeliharaan kawasan tadahan hutan • GIS digunakan untuk memanipulasi, analisis dan permodelan data spatial
Inventori hutan • Alat utama untuk pengurusan hutan • Disediakan untuk setiap helai peta yang memerlukan penerbangan, interpretasi gambar foto udara, terabas di lapangan dan kartografi manual • Sesebuah agensi mempunyai 5000 helaian peta • Pengemaskinian dijalankan setiap 20 tahun • Peristiwa yang memberi perubahan kepada inventori e.g kebakaran, pembalakan dan pertanian tidak dimasukkan ke dalam inventori
Penggunaan GIS • Faktor utama ialah kebolehan untuk mengemaskini inventori menggunakan tindihan rekod • Memendekkan purata usia inventori daripada 10 tahun ke beberapa minggu • Lain-lain penggunaan GIS - kiraan jumlah pembalakan, pemodelan kebakaran, keputusan perancangan, pengurusan • Setiap agensi perhutanan di Amerika Utara telah menggunakan GIS • 1986 - 100 agensi peringkat persekutuan, negeri dan daerah (county) mempunyai perkakasan, perisian dan personel GIS
Agensi yang terlibat • US National Forests • Forest Service • Dept of Natural Resources • Forest Management Branch • Sistem yang digunakan • ESRI • Comarc • Integraph • MOSS (Map Overlay Statistical System) • Sistem ‘Public Domain’
Beberapa piawaian telah muncul • Pembelian sistem yang sama • Pendekatan yang terkawal terhadap GIS • Potensi pasaran - 500. Dijangka dicapai dalam 5-10 tahun • Penekanan berubah daripada fungsi kartografi kepada fungsi analitik • Ubah sistem mahal bagi agensi yang sistemnya tidak boleh dipertingkatkan terutamanya kerana tiada topologi dalam struktur data
Beberapa pemerhatian umum • Semua agensi yang mencuba ‘bertindak sendirian’ dan membangunkan sistem sendiri atau melalui kontrak menemui bencana, setengahnya berulang kali. • Pembangunan GIS adalah satu usaha yang perlu ada pemusatan, yang memerlukan sumber di luar daripada mana-mana satu agensi perhutanan • Sumber dari satu agensi tidak memberikan penilaian yang baik dan efektif bagi sesuatu produk. • Sekiranya pembelian tidak diselaras, hasilnya ialah penggunaan yang tidak sepadan/bersesuaian. Tetapi agensi mempunyai peranan yang pelbagai jadi perlu ada pendekatan untuk memenuhi keperluan yang pelbagai ini.
Keperluan pelbagai • US National Forest • pengurusan hutan, hidupan liar, galian dan sumber rekreasi - pemeliharaan dan perlombongan • Forest Service • pengurusan jalan, tapak arkeologi, habitat hidupan liar, ciri-ciri geografi
Faktor yang menyebabkan perkembangan pesat aktiviti GIS dalam industri perhutanan • Pengurusan hutan yang efektif menarik perhatian umum dan telah diberikan peruntukan kewangan oleh kerajaan • Teknologi GIS dilihat sebagai penyelesaian yang efektif dalam menyediakan inventori sumber yang terkini • GIS adalah menarik sebagai alat membuat keputusan dan membantu dalam jadual pembalakan dan aktiviti pengurusan yang lain • GIS dapat memberikan beberapa pertimbangan yang selari dalam membangunkan pelan pengurusan • Dari segi kos, GIS mampu dilaksanakan
Hartanah • LIS - Land Information System; LRIS - Land Related Information System • Memberikan pemahaman bahawa data ukur adalah penting. Penekanan adalah terhadap dapatan kembali, bukan analisis • Dilaksanakan di bandar-bandar utama dan daerah tetapi tidak diperingkat nasional kerana pendaftaran tanah adalah tanggungjawab tempatan
Potensi pasaran - 1000 sistem di kalangan 500 bandar utama (>50,000 penduduk) dan 3000 daerah di US. Tetapi pertambahan penggunaan tidak pesat walaupun perisian bertambah baik dan perkakasan bertambah murah. • LIS mempunyai fungsi yang kurang daripada GIS. Dalam banyak kes yang diperlukan ialah pengkodan lot untuk tujuan dapatan kembali. • Tiada kemungkinan untuk mempertimbangkan ini kepada GIS yang mengambilkira data untuk pengangkutan dan utiliti. Yang telah mencuba menemui masalah perbezaan skala iaitu >1:1000 untuk lot tanah dan 1:50,000 untuk aplikasi seperti perancanagn kecemasan, laluan bas, pembangunan pusat membeli belah
Kartografi digital dan dapatan kembali merupakan fungsi utama sistem ini. Faktor yang menghalang penggunaan yang lebih luas ialah kerahsiaan dan tanggungjawab pihak tempatan • Penglibatan pihak kerajaan disebabkan oleh keprihatinan terhadap kualiti data, bukan pembangunan teknikal. Tiada pembangunan utama dilaksanakan. Usaha dijalankan untuk mangaplikaskan perisian GIS untuk kegunaan pangkalan data majlis perbandaraan
Utiliti • Telefon, elektrik, gas - swasta dan awam • Skala besar • Pemantauan paip dan kabel, kedudukan tiang, transformer. • Dahulu dilakukan oleh agensi kartografi digital. Keperluan untuk perancangan dan dapatan kembali yang lebih canggih memerlukan GIS
Skala kecil • Perancangan penghantaran untuk meminimakan kos dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar, ramalan keperluan • Pangkalan data yang besar dibangunkan • Aplikasi ini mempunyai pengkhususan yang tinggi dan dikendalikan oleh perisian yang khusus. Pembangunan baru diperingkat permulaan - akan banyak berubah dari kartografi digital ke GIS
Pengangkutan dan Perancangan Kemudahan • Penggunaan GIS belum meluas. Perisian statistik, DBMS dan pakej pemetaan tematik banyak digunakan • Dijangka berkembang pesat dalam 10 tahun akan datang • Ujud keperluan yang mendesak untuk kebolehan mengendalikan data geografi yang berbagai format, skala dan sifat • Pengguna terdiri daripada pembekal barangan, sekolah, pengangkutan dan pengedaran, dan syarikat lain yang terlibat dengan kerja pandu arah, jaringan dan pos • Potensi pengembangan amat tinggi
Kejuruteraan Awam • Data topografi digital banyak digunakan dalam rekabentuk yang melibatkan projek-projek besar seperti pembinaan lebuhraya. Data diperolehi daripada kaedah fotogrametri • Perkembangan pesat terutamanya dalam bidang pertahanan. Ini telah memberikan kesedaran terhadap kepentingan kualiti data dan kaedah canggih untuk mengedit dan mendapatkan data topografi. Keperluan ini diterajui oleh sistem kartografi automatik (e.g. Integraf)
Pertanian dan Alam Sekitar • Bidang asal di mana GIS digunakan di Kanada. Pada awalnya GIS digunakan untuk mengukur keluasan tanah, pengkelasan dan membandingkan data secara spatial - masih kekal menjadi fungsi asas GIS • Penggunaan dalam alam sekitar agak kurang penting. GIS digunakan dalam pengurusan tanah terutama untuk menguruskan taman nasional • Dari segi pertanian, isu yang utama ialah perubahan yang disebabkan oleh musim. Teknologi remote sensing digunakan bersama dengan GIS. Masalah yang utama ialah pengkelasan dan interpretasi. GIS telah mula dapat mengendalikan data yang bergantung pada masa.
Faktor penghalang yang melambatkan perkembangan GIS • Kekurangan pemetaan berdigit • Kekurangan data berdigit • Tiada kesedaran di kalangan bakal pengguna • Halangan terhadap teknologi baru • Liputan data • Penilaian faedah dan kos • Pembangunan teknologi yang melibatkan GIS • Sumber kewangan untuk penyelidikan • Tenaga mahir • Kekurangan nasihat yang sewajarnya • Pelaksanaan secara sendiri • Masalah pengurusan
Kekurangan pemetaan berdigit • Tiada program menyeluruh pemetaan berdigit berskala besar. Perlu ada beberapa skala, format berlainan, boleh didapatkan dalam tempoh singkat (on-line) • Yang sedia ada - sempadan daerah dan negeri - telah tersebar luas dan menjadi pendorong untuk penggunaan GIS • Faktor saiz dan kemudahan mengguna juga penting
Kekurangan data berdigit • Keujudan data menjadi faktor penghalang utama di setengah bahagian/sektor. Tetapi yang sebaliknyanya juga berlaku - lebih mudah memberi justifikasi mendapatkan data sekiranya ia akan digunakan untuk GIS • Terdapat sedikit sokongan dari pengguna untuk mewujudkan satu bank data digital yang besar untuk kegunaan awam kerana ia tidak dapat dihasilkan dengan harga yang berpatutan • Pendigitan ialah faktor yang utama dalam keberkesanan kos. Harga peralatan dan perisian bagi setiap unit keupayaan akan berkurang tetapi sukar untuk melihat kos pendigitan manual akan menurun
Pengimbasan akan menjadi lebih murah tetapi penyediaan dokumen akan kekal sebagai unsur utama dalam kos walaupun perisian pemvektoran bertamabh canggih • Peningkatan penggunaan GIS banyak disebabkan oleh meningkatnya keupayaan perisian dan penurunan harga peralatan
Tiada kesedaran di kalangan bakal pengguna • Kesedaran pengguna serta faktor tabiat dan sosiologi juga penting • Maklumat mengenai GIS disebarkan melalui hubungan peribadi, laporan, perjumpaan dan bukannya melalui organisasi rasmi, jurnal dan buku teks • Tiada pendekatan yang sistematik dalam sistem pendidikan - ia dijalankan dalam jabatan geografi, ukur, perhutanan oleh mereka yang mempunyai latarbelakang yang terhad • Usaha untuk mengendalikan program yang khusus kurang berjaya kerana ia dianggap menguntungkan sesuatu sektor sahaja
Kerajaan pusat tidak dapat berperanan kerana tidak meletakkan prioriti yang tinggi terhadap pengendalian data geografi • Kemajuan paling pesat dilaksanakan oleh kerajaan tempatan di Kanada yang mana langkah-langkah telah diambil untuk engndalikan program di peringkat kolej dan universiti
Halangan terhadap teknologi baru • Faktor manusia • Trend yang kerap berlaku ialah - seorang individu yang mempunyai latarbelakang dalam komputer akan terdedah atau mendengar mengenai GIS atau sistem kartografi automatik. Dengan menghadiri kursus /bengkel, beliau akan mengembangkannya dalam agensinya • Sekiranya bernasib baik dia akan mendapat sumber untuk membeli sesuatu sistem dan dia dilantik sebagai pengurusnya. Pihak lain akan hanya berasa gembira dengan perlaksanaan ini tetapi tidak terlibat atau mengambil inisiatif untuk mempelajarinya • Untuk mengatasi masalah ini perlu ada kajian komprehensif mengenai keperluan GIS dengan mendapat kerjasama penuh daripada pengarah agensi
Bagaimana hasil GIS akan digunakan perlu didokumenkan terlebih dahulu sebelum GIS dibeli supaya ia menjadi tanggungjawab kakitangan untuk mengguna dan memahami fungsi sistem tersebut • Kesimpulan - Halangan paling besar bagi penggunaan GIS ialah faktor manusia dalam memperkenalkan teknologi baru. Ini memerlukan bukan sahaja kaedah baru dalam melaksanakan sesuatu, tetapi juga memerlukan agensi itu melakukan sesuatu yang ia belum pernah lakukan, dan kerap kali tidak memahaminya
Isu teknikal • Penggunaan data geografi membawa kepada beberapa isu teknikal yang sering diabaikan dalam proses manual: • ketepatan, kejituan, generalisasi - perlu jelas • sistem koordinat, unjuran, transformasi - perlu ditentukan dengan tepat kerana tiada standard yang diterimapakai secara global • Di Amerika Utara ujud masalah sistem koordinat yang pelbagai: • UTM dan lat/long di peringkat nasional • Pelbagai sistem di peringkat negeri dan daerah • Perkembangan yang berlaku memberi kesan terhadap kesedaran mengenai GIS • bahan bertambah • program pengajaran di universiti • penubuhan NCGIA
Liputan data spatial • Potensi untuk pertukaran data dan gunasama data kartografi digital bagi US dan Kanada belum dikenalpasti. Secara am struktur datanya sama tetapi tiada piawaian secara terperinci. Setiap sistem yang digunakan dibangunkan sendirian bagi memenuhi keperluan sesuatu agensi • Masalah berkenaan sistem koordinat, skala dan unjuran, kurangnya ‘edge matching’ dan penggunaan jubin yang tidak sesuai merupakan halangan terhadap pertukaran dan perkongsian data • Kurangnya maklumat tentang data apa yang ada dan proses mendapatkan data yang lewat juga menghalang pertukaran dan perkongsian data
Faedah dan Kos • Penilaian terhadap faedah dan kos penggunaan GIS sedikit sekali dijalankan walaupun kos untuk ini hanya 2-3 % daripada jumlah kos projek • Setengah agensi menggunakan beberapa bentuk ujian ‘bench-mark’ sebagai sebagian daripada proses mendapatkan GIS. Yang lain pula bergantung sepenuhnya terhadap pembekal, dalam setengah kes dengan hasil yang mendukacitakan. ‘Bench mark’ juga digunakan untuk mengetahui sejauh mana sistem itu dapat melaksanakan fungsinya dalam waktu yang ditetapkan. • Sukar untuk menentukan faedah. Hanya anggaran yang dapat dilakukan
Pembangunan teknologi • Pendigitan dan pengimbasan • Perkembangan teknologi tidak akan memperbaiki pendigitan secara manual. Tetapi terdapat banyak ruang pembaikan dalam prosedur automatik - yang akan mengurangkan kos memasukkan data • Pengimbas yang lebih sensitif akan membezakan di antara data dan ‘noise’ dengan lebih baik • Perisian yang lebih baik akan memberikan pemvektoran dan pengenalan objek yang lebih tepat • Input secara raster akan mengambilalih input secara vektor bagi dokumen yang kompleks dan jumlah data yang banyak. Pendigitan manual akan hanya dilaksanakan bagi kerja-kerja yang melibatkan kos rendah, dokumen yang mudah dan data yang sedikit
Raster vs vektor • Kebanyakan aplikasi yang telah dilihat didominasi oleh sistem vektor. Sistem ini sebenarnya menggunakan kedua-dua data raster dan vektor. Perbezaannya ialah dari segi bentuk storan utama yang digunakan dalam pangkalan data dan struktur data yang digunakan dalam kebanyakan fungsi pemprosesan dalam sistem • Perhatian utama yang harus diberikan dalam pemilihan sistem raster atau vektor ialah keadaan data dalam sesuatu bidang itu • lot tanah (vektor - ketepatan tinggi) • data ketinggian (raster - data satelit) • Pengedar yang ingin memasarkan produk yang merangkumi pelbagai sektor perlu mengambil kira kedua-dua jenis data dan pertukaran di antaranya
Sumber kewangan untuk penyelidikan • Di Amerika Utara tiada badan kerjaan yang mempunyai mandat untuk membiayai R&D dalam pengendalian data. Pembiayaan banyak bergantung kepada keadaan agensi yang bertanggungjawab dalam setiap sektor • Selepas perhutanan, minyak dan gas, perhatian umum tertumpu kepada alam sekitar dan seterusnya pembiayaan diberikan kepada penyelidikan dalam bidang air • Perhatian juga diberikan kepada aplikasi ketenteraan - editing, pengesahan dan kemaskini DEM • Pemasaran dan aplikasi yang berkaitan juga merupakan satu aplikasi yang membangun - berkait rapat dengan aktiviti perbandaran seperti statistik, khidmat awam, jalan raya, pendidikan dan pengurusan servis - dibiayai oleh sektor swasta
Pengajaran yang diperolehi • 1. Struktur politik Amerika Utara menyukarkan untuk menguruskan pendekatan yang sistematik terhadap pembangunan teknologi GIS. Di Kanada kejayaan utama berlaku di peringkat wilayah, tapi masih ada pertindihan dan kekurangan perancangan • Sangka buruk terhadap kerjaan dan birokrasi menghalang pembentukan pangkalan data spatial yang besar dan terurus • Pemetaan terbahagi kepada beberapa agensi dari beberapa peringkat kerajaan. Hasilnya ialah pendekatan yang berkecamuk. Standard yang terhasil ialah atas penglibatan sebilangan kecil pengusaha dan bukannya koordinasi pusat
2. Terdapat jurang yang bertambah besar di antara keperluan k-tangan yang terlatih bagi agensi yang menggunapakai GIS dan kebolehan sistem pendidikan untuk membekalkannya • 3. GIS ialah teknologi yang menarik dan mengalami masalah sama seperti semua teknologi maklumat sedemikian • Ia selalu dijual sebagai satu penyelesaian terhadap keperluan yang tidak dikenalpasti dengan baik atau tidak dikenalpasti langsung kepada pelanggan yang tidak begitu memahami keupayaan dan kelemahannya. Banyak kegagalan berlaku kerana pembelian sistem yang salah hasil daripada nasihat yang tidak baik atau tidak lengkap
4. Banyak kegagalan yang berlaku di kalangan agensi yang mencuba untuk membangunkan sistem sendiri tanpa sumber yang mencukupi dan tujuan yang terlalu besar. Fungsi-fungsi yang ada dalam GIS mengambil masa bertahun-tahun untuk dihasilkan, tetapi ada agensi yang menjalankan projek untuk membangunkan perkara yang sama dari peringkat awal
5. Masalah dari segi pengurusan untuk melaksanakan GIS juga banyak. Manfaat utama sesuatu GIS terletak kepada kebolehan baru yang diberikannya, bukannya pada kerja-kerja lama yang ia boelh lakukan dengan lebih efisyen atau murah • Untuk GIS berjaya, memerlukan motivasi yang kuat dan konsisten dari semua pengguna. Sistem yang dipasang sebagai satu ujian atau ujipakai bagi ‘memberikan bakal pengguna melihat kelebihannya’ hampir pasti akan gagal apabila tempoh berbulan madu telah tamat.
Kesimpulan • Kejayaan pelaksanaan GIS bergantung kepada : • Kerjasama dalam pelaksanaan • Personel yang terlatih • Penglibatan kerajaan dalam penyelidikan dan pembangunan • Penasihatan yang bebas
Program GIS peringkat nasional yang berjaya memerlukan koordinasi 5 jenis usaha: • 1. Aplikasi yang sah - ini sememangnya ujud • 2. Pembekal yang aktif - sistem akan bertambah dan lebih canggih • 3. Pendidikan - untuk membekalkan personel yang terlatih bagi mengendalikan sistem, melaksanakan penyelidikan asas, membekalkan tenaga pekerja kepada pengeluar sistem dan melatih generasi akan datang. Pendidikan secara ‘top-down’ adalah kurang
4. Penyelidikan dan pembangunan - daripada pengalaman lepas, hasil penyelidikan utama diperolehi daripada badan kerajaan dan universiti e.g. CGIS dan Harvard Laboratory for Computer Graphics and Spatial Analysis. Kerajaan merupakan sumber pembiayaan yang utama dan pengawal kepada kadar perkembangan • 5. Perlaksanaan GIS juga bergantung kepada ujudnya kepakaran (yang tidak bergantung kepada pembekal) yang boleh menguruskan proses pembelian dan mempastikan ia akan berjaya. Ini boleh dipenuhi oleh satu badan perundingan yang bebas. Tetapi ini selalunya tidak ujud di tahap awal penglibatan GIS di peringkat nasional. Oleh itu penggantungan terhadap kepakaran luar diperlukan (terutama bagi negara membangun).