450 likes | 717 Views
KEPEMIMPINAN DCE 3403 Semester ke-1 2012 - 2013 Pensyarah : Dr. Jamilah Othman E – Mail : jothman@putra.upm.edu.my jamilah.othman@gmail.com Telefon : 03-89468233 (JPPPL) / 03-89471859 (IPSAS). Pengenalan kepada Kepemimpinan Definisi Kepemimpinan
E N D
KEPEMIMPINAN • DCE 3403 • Semester ke-1 2012 - 2013 • Pensyarah : Dr. Jamilah Othman • E – Mail : jothman@putra.upm.edu.my • jamilah.othman@gmail.com • Telefon : 03-89468233 (JPPPL) / • 03-89471859 (IPSAS)
Pengenalan kepada Kepemimpinan • Definisi • Kepemimpinan • satu proses yang dinamik, berbeza daripada satu suasana ke satu suasana yang lain dan bergantung kepada pemimpinnya, pengikut, persekitaran dan struktur kelompok. • Pemimpin • adalah individu yang mewakili satu seni, sains dan kemampuan mencipta iklim yang dapat memberikan gerak balas dan ransangan motivasi. • Pengikut • didefinisikan sebagai mereka yang mengikut apa yang dikatakan, menerima arahan, melaksanakan arahan mengikut kemampuan dan sentiasa berusaha menjadikan organisasi sesuatu yang realistik
Ciri-Ciri • Pemimpin • a. Fizikal • b. Sosial • c. Perawakan • d. Peribadi • Pengikut • terdapat 15 ciri pengikut antaranya ialah • a. Patuh • b. Menegur dan memperbaiki kesilapan ketua • c. Turut serta dan lain-lain lagi
Pemimpin terbahagi kepada dua: • Pemimpin Formal • adalah pemimpin yang dilantik, dipilih dan diletakkan di kedudukan sebagai pemimpin. • Pemimpin Tidak Formal • adalah pemimpin yang tidak memiliki kuasa mutlak dan biasanya secara sukarela mengepalai atau mengetuai sesuatu kumpulan.
Teori Kepemimpinan • Teori Personal Dan Situasi (Personal and Situational Theory) • Great-Man Theory • berasaskan pemerhatian terhadap individu yang berpengaruh dan istimewa. • Trait Theory • melihat bagaimana sifat-sifat semulajadi • Situational Theory • melihat bagaimana pemimpin lahir atas desakan atau tuntutan situasi • Personal-Situational Theory • penggabungan dua elemen iaitu individu dan situasi.
Psychoanalytic Theory • pengaruh tingkahlaku individu dari zaman kanak-kanak dan pembangunan keluarga • Political Theory • pemimpin yang lahir dalam sesuatu pemilihan • Humanistic Theory • berasaskan demokratik dan kebebasan individu
Teori Interaksi dan Pembelajaran Sosial • ( Interaction and Social Learning Theory) • 1. Leader-Role Theory • permintaan daripada situasi • Attainment Theory • siapa dan kenapa memimpin • Contigency Theory • interaksi antara pemimpin dan situasi • Reinforce-Change Theory • perubahan pemahaman, tingkahlaku dan motivasi • Path-Goal Theory • pemimpin menjadi pendorong serta petunjuk arah
Teori Proses Interaktif (Interactive Processes Theory) • Behavioral Theory • tingkahlaku pemimpin menjadi contoh pengikut • Communication • komunikasi dan perhubungan sebagai alat mendapat dan mengawal pengikut
Corak Kepemimpinan Kepemimpinan 1. Autokratik hubungan secara sehala antara pemimpin dan pengikut 2. Demokratik hubungan dua hala antara pemimpin dan pengikut 3. Laissez-faire pemimpin sebagai penyebar maklumat 4. Tranformational pemimpin menjadi role model 5. Transaktional pemimpin bertindak berdasarkan peristiwa semasa sahaja
Kecekapan dan Kemahiran Kepemimpinan • Mengurus • Membuat Keputusan • Kuasa dan Kepemimpinan • a. Takrif kuasa • b. Jenis Kuasa • c. Penggunaan Kuasa • d. Sumber Kuasa • e. Kepentingan Kuasa • Komunikasi • a. Proses Komunikasi • b. Bentuk komunikasi
Proses Komunikasi PENGHANTAR MESEJ SALURAN PENERIMA Faktor Olahan Faktor Kandungan Kemahiran Verbal Sensori Kemahiran Komunikasi Motor Komunikasi Sikap Bukan Verbal Lihat Sikap Pengetahuan Dengar Pengetahuan Sistem Sosial Bau Sistem Sosial Budaya Rasa Budaya Sentuh MAKLUMBALAS
Sistem Pentadbiran, Polisi Dan Misi Organisasi • Organisasi formal • mempunyai struktur peranan yang disengajakan dalam organisasi yang teratur. • Organisasi Tidak Formal • organisasi yang ditubuhkan secara sukarela • Pemimpin Dan Pengikut Organisasi Formal • pemimpin dilantik oleh pihak atasan ataupun pengikut. • Pemimpin Dan Pengikut Organisasi Tidak Formal • pemimpin dan pengikut adalah lebih bebas dan tindakan adlah lebih kepada sukarela
Jenis, Ciri-ciri, Kelemahan Dan Kekuatan: • Organisasi Formal • polisi dan peraturan adalah perkara penting dan perlu diikuti • Organisasi Tidak Formal • perlantikan pemimpin dan pengikut adalah bersifat sukarela
Peranan Pemimpin Dalam Pembangunan Sumber Manusia dari : • Konteks Diri Sendiri • Konteks Keluarga • Konteks Masyarakat • Konteks Organisasi • Konteks Diri Sendiri • kepemimpinan bermula dalam diri individu • perlu memimpin dirinya dahulu sebelum boleh memimpin orang lain • amat penting kerana dapat mewujudkan sifat-sifat mulia dan menjadi role model
Bagaimana memimpin diri • amat sukar jika individu tidak bersedia untuk melakukan anjakan paradigma • kepemimpinan dalam diri perlu selaras dengan norma, rol dan pengharapan sosial • terdapat beberapa peranan dalam memimpin diri sendiri • * mengenalpasti kekuatan dan kelemahan • * membina pengetahuan dan kemahiran • * meletakkan matlamat diri • * disiplin • * sentiasa bersedia belajar dan mengejar kecemerlangan • Implikasi Kepimpinan Diri • memberikan implikasi yang cukup besar dan secara tidak langsung memaparkan perilaku individu
Konteks Keluarga • keluarga merupakan unit asas kepada pembentukan komuniti, masyarakat dan negara • Bentuk Kepemimpinan Keluarga • a. Dua dimensi utama: • 1. Kemesraan lawan permusuhan • 2. Membiarkan lawan autokratik • b. Ciri-ciri kepemimpinan dalam keluarga • 1. Kepemimpinan suami terhadap isteri • 2. Kepemimpinan isteri terhadap suami • 3. Kepemimpinan ibu bapa terhadap anak • 4. Kepemimpinan anak terhadap anak
Implikasi Kepemimpinan Yang Diamalkan Individu : kepemimpinan yang berkesan + ahli keluarga menyedari tanggungjawab dan peranan = sumber manusia dan insan yang dinamik Konteks Masyarakat Masyarakat cemerlang = memiliki pemimpin yang cemerlang (mengaplikasikan kepemimpinan yang menepati kehendak dan aspirasi masyarakat)
Peranan Pemimpin • Berwawasan jelas dan menarik. • Boleh menjelaskan wawasannya kepada pengikut. • Menunjukkan konsistensi dan penumpuan. • Mengenali kekuatan diri dan pengikut. • Proses kepemimpinan membawa inovasi. • Gaya Kepemimpinan Dalam Masyarakat • Menyakinkan masyarakat yang dipimpin melalui wawasan. • Membangunkan potensi pengikut. • Mengenalpasti kemampuan dan kebolehan pengikut. • Pengagihan tugas dan tanggungjawab sejajar denagn kemampuan pengikut.
Implikasi Kepemimpinan Yang Diamalkan • Kepemimpinan bermula dalam diri individu dan seterusnya berkembang kepada keluarga dan masyarakat tetapi kemampuan dan kebolehan sebenar individu itu dinilai berlandaskan kebolehannya menjadi pemimpin masyarakat yang cemerlang • Konteks Negara • Lebih kompleks berbanding konteks yang lain • Perlu mengenalpasti, merangka, melaksana dan memastikan setiap denyut nadi pentadbiran berjalan lancar. • Perlu mengambilkira kepentingan negara dan rakyat dalam perancangan dan pembuatan keputusan
Peranan • Mengenalpasti, menganalisa, merangka dan merancang pembangunan material dan spiritual rakyat. • Pembuatan keputusan dan perlaksanaan dasar. • Membentuk hala tuju dan penetapan matlamat. • Membawa perubahan • Penggerak • Pakar rujuk • Rol model dan simbol kelompok.
Implikasi • Kegagalan pemimpin melaksanakan peranan mereka • akan menimbulkan beberapa impak seperti: • Negara dan rakyat tidak berdaya maju. • Penyalahgunaan kuasa akan menyebabkan negara tidak stabil. • Keutuhan negara terancam • Pemimpin akan kehilangan kepercayaan dan kemungkinan tidak dipilih kerana kesilapan perancangan • Pemimpin akan dicemuh, digulingkan atau dibunuh.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepemimpinan • Dalam Organisasi • Pemimpin • Organisasi • Persekitaran • Faktor Pemimpin • Memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kepemimpinan dalam organisasi • Perlu mampu mengaplikasikan kepemimpinan yang dapat mencungkil, membentik dan menyalurkan setiap sumber yang ada pada pengikutnya kearah kecemerlangan organisasi.
Ciri-Ciri Yang Ada Pada Pemimpin • Berilmu pengetahuan • Adil • Kesanggupan • Kuat • Kecerdasan • Keperibadian • Kemampuan menyelia • Kebijaksanaan • Kematangan sosial dan emosi • Bersikap positif dan tehadap orang lain • Optimisme
Corak Kepemimpinan • Sesuai dengan kebolehan dan kemampuan pengikut. • Berupaya memenuhi permintaan dan matlamat organisasi • Pencetus inovasi dan pendorong untuk membawa organisasi lebih berdaya saing dan berdaya maju. • Memenuhi kehendak stakeholder • Fungsi Kepemimpinan • Fungsi antara personal • Fungsi penyampaian dan penerimaan maklumat • Fungsi membuat keputusan
Pengaruh Pemimpin • Personaliti • Jawatan dan tugas • Kemahiran khusus yang dimiliki • Latar belakang keluarga • Pemilikan harta dan sumber-sumber • Faktor Organisasi • Berkait rapat dengan struktur pentadbiran, polisi dan misi sesebuah organisasi. • Perlu mempunyai struktur pentadbiran yang jelas, kemas dan sistematik untuk memudahkan koordinasi kerja dan pengawalan tindakan ahli di dalam organisasi. • Perlu mempunyai satu suasana yang kondusif untuk proses penurunan kuasa (empowerment) dalam organisasi.
Ciri-Ciri Peranan Pemimpin Konteks Organisasi • Budaya organisasi boleh mempengaruhi corak kepemimpinan seseorang pemimpin • Kemudahan yang dimilki dalam organisasi mampu menentukan corak kepemimpinan • Pemilikan sumber organisasi iaitu sumber manusia san bukan manusia boleh mempengaruhi kepemimpinan • Kriteria Yang Mempengaruhi Peranan Pemimpin • Terdapat enam kriteria asas • Saiz dan struktur organisasi • Polisi, norma dan budaya organisasi • Kuasa dan kedudukan pemimpin • Sistem ganjaran • Struktur dan kesukaran tugas • Prestsi pengikut
Faktor Persekitaran • Setiap organisasi pasti dipengaruhi oleh persekitaran • Ianya merupakan satu fungsi bersandar dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. • Oleh itu pemimpin perlu mengekalkan hubungan baik diantara fungsi organisasi dengan persekitarannya. • Terdapat dua jenis faktor persekitaran • Persekitaran dalaman • Persekitaran luaran
Faktor Yang Mempengaruhi Kepemimpinan • Sosial • budaya • penglibatan wanita • Teknologi • Ekonomi • Politik • Globalisasi • Ciri-Ciri • Polisi pemerintah • Perubahan teknologi • Perubahan sosial dan ekonomi • Permintaan stakeholder
Peranan Dan Tanggungjawab Pemimpin Kepada • Kepada organisasi • Kepada pekerja • Kepada persekitaran • Kepada negara • Kepada Organisasi • Membentuk visi dan objektif organisasi • Menyampaikan dan menerangkan pelaksanaan visi dan objektif kepada warga organisasi • Menggembleng kepakaran kesemua warga organisasi
Kepada Pekerja • Peranan Personal • Ketua : beratnggungjawab mentadbir para pekerja • Pemimpin : mendorong pekerja ke arah mencapai matlamat organisasi • Penghubung : menghubungkan antara individu dan kumpulan sesama pekerja • Peranan Penerimaan Dan Penyampaian Maklumat • Peneraju : mendapatkan maklumat semasa daripada pekerja dan menyelaraskan urusan organisasi • Penyebar : memaklumkan kepada pekerja dari masa ke semasa tentang organisasi. • Jurucakap : mewakili pekerja dan organisasi apabila berhubung dengan pihak luar.
Peranan Membuat Keputusan • Pengusaha : berperanan dan bertangungjawab mencetus idea bagi mempertingkatkan produktiviti pekerja. • Penyelamat kekecohan : bertindak sebagai penyelamat kekecohan yang berlaku antara pekerja • Penyedia sumber : menyediakan sumber-sumber yang di perlukan pekerja seperti perkakasan, bantuan kewangan dan sebagainya. • Perunding : sebagai wakil pekerja dan organisasi menjalankan rundingan samada di luar atau di dalam bagi menyelesaikan masalah dengan berkesan.
Peranan Pembangunan Sumber Manusia • Perancangan strategik : merancang strategi untuk membangunkan dan mengoptimumkan sumber manusia untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. • Perekabentuk dan pembangun sistem : merekabentuk program, intervensi strategi dan perlaksanaan program pembangunan sumber manusia. • Pakar : menjadi pakar rujuk dalam segala aspek yang bersangkutan dengan pembangunan sumber manusia • Kepada Persekitaran • Bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sosial dan membantu agensi-agensi luar yang memerlukan sumbangan organisasi yang dipimpinnya. • Kerjasama ini dapat membantu kejayaan bersama. • Persekitaran bermaksud segala elemen yang berada disekeliling sistem kehidupan bernyawa yang secara langsung atau tidak mempengaruhi kehidupan.
Peranan Pemimpin Kepada Persekitaran Ialah : • Penghasilan produk yang berkualiti • Penawaran perkhidmatan yang berkualiti • Memastikan keharmonian • Pengawal alam sekitar • Kepada Negara • Memastikan organisasinya itu membantu ke arah pembangunan negara • Ianya dapat dilakukan dengan memimpin pekerja dan organisasinya dalam membantu menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dalam hal pembangunan negara.
Peranan Pemimpin Kepada Negara Ialah : • Mengekalkan keharmonian • Mengharumkan nama negara • Menambahkan hasil negara • Menjana pembangunan
Isu-Isu Kepemimpinan Dalam Organisasi : • Wanita dan kepemimpinan • Maklumat, teknologi dan komunikasi (ICT) • Ideologi • Diversiti • Wanita Dan Kepemimpinan • Wanita mempunyai hak kepemimpinan secara umumnya • Northouse (1997) menyatakan bahawa kaum wanita semakin memainkan peranan yang penting dalam kepemimpinan dan mereka cenderung untuk menggerakkan jentera kepemimpinan seiring dengan kaum lelaki
Bentuk Kepemimpinan Wanita • Wujud empat bentuk utama iaitu : • Kepemimpinan wanita pada diri sendiri • Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga. • Kepemimpinan wanita di dalam masyarakat • Kepemimpinan wanita dalam organisasi • Kepemimpinan Wanita Pada Diri Sendiri • Bagi mempertingkatkan kualiti diri ke arah yang lebih mantap, matang, dan cemerlang iaitu denagan berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia dan beramal soleh. • Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga • Sebagai pengurus kepada rumahtangga. • Sebagai pendidik dan pembimbing kepada orang-orang yang menetap bersama-sama seperti keluarga dan anak-anaknya.
Kepemimpinan Wanita Dalam Masyarakat • Lebih bersifat sepadu iaitu kepemimpinan yang menitikberatkan di anta pembangunan material dan rohani • Kepemimpinan wanita dalam organisasi • Memiliki kuasa, tanggungjawab dan peranan yang secara langsung mempengaruhi perjalanan dan perkembangan organisasi. • Penerimaan Pengikut • Wujud pelbagai tanggungjawab yang menjadi cabaran dan • halangan kepada pemimpin wanita seperti : • Kepelbagaian rol • Stereotaip • Penerimaan keluarga, masyarakat dan organisasi • Biologikal • Pengharapan kendiri
Kepemimpinan Wanita Dan Era Globalisasi • Pemimpin dan kepemimpinan wanita kini semakin diakui dan diikhtiraf. • Globalisasi menjadi pembuka ruang dan peluang kepada kaum wanita untuk terus melinbatkan diri dalam kepemimpinan di peringkat masyarakat, organisasi dan negara. • Bentuk Kepemimpinan Wanita Di Era Globalisasi • Kepemimpinan secara terpilih • Kepemimpinan secara penyerahan • Kepemimpinan secara perkongsian • Kepemimpinan jarak jauh • Maklumat, Komunikasi Dan Teknologi (ICT) • Globalisasi telah mengecilkan sempadan dunia dengan bantuan kemajuan ICT. Oleh itu fungsi kepemimpinan dalam era ICT juga menjadi lebih kompleks dan mencabar.
Cabaran Kepemimpinan Dalam Era ICT • Menguasai perubahan teknologi maklumat dan komunikasi • Keupayaan berinteraksi dengan baik • Pembangunan dan pembentukan pengikut • Pekerja berilmu • Penyelidikan dan pembangunan • Rantaian dan jaringan hubungan • Mewujudkan persekitaran pencapaian tinggi
Trend Mempengaruhi Kepemimpinan Dalam Era ICT • Globalisasi dan liberalisasi • Teknologi maklumat dan komunikasi pegangan terhadap nilai-nilai kerohanian dan agama • Peralihan kepada Knowledge Ekonomy (K- Ekonomy) • Perubahan sosial • Taraf pendidikan • Perubahan perundangan dan peraturan • Peningkatan peranan dan kepemimpinan wanita • Ideologi • Setiap pemimpin memiliki ideologi yang tersendiri dalam mengimplimentasikan kepemimpinan • Lazimnya berkait rapat dengan agama, budaya dan nilai yang sedia ada dalam dirinya.
Keistimewaan Ideologi Pada Pemimpin • Batu asas untuk pembentukan corak kepemimpinan • Pemimpin tahu hala tuju dalam kepemimpinan • Pengikut faham dan sedar bagaimana pemimpin ingin memandu mereka • Kelemahan • Kemungkinan pemimpin terlalu taksub mengimplikasikan ideologi sehingga lupa kepada tuntutan dan perkembangan semasa • Pengikut mungkin tidak boleh menerima ideologi pemimpin • Kegagalan melaksanakan ideologi menyebabkan pemimpin kehilangan pengaruh • Pertentangan ideologi pemimpin dengan pengikut boleh menyebabkan keadaan tidak stabil.
Diversiti • Peranan pemimpin dalam era ICT kini telah berubah dan lebih meluas. • Kini peranan pemimpin lebih meluas iaitu sebagi pencetus perubahan, membina idea, pentadbir yang mahir, ahli teknologi dan pelbagai peranan yang lain. • Ciri-Ciri Kepemimpinan Dalam Diversiti • Peranan dan tanggungjawab pemimpin semakin kompleks • Kepemimpinan menuntut kepada pengorbanan, kewangan, masa dan semangat yang padu. • Pemimpin dan pengikut saling peka dan mengambil tahu aktiviti dan tindakan satu sama lain • Kepemimpinan menjadi satu kerjaya dan memberi pendapatan • Fenomena konflik menjadi sebahagian daripada rutin pemimpin dan pengurusan konflik menjadi keperluan
Kekuatan • Pemimpin sentiasa bersedia melengkapkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang • Pemimpin mampu menjadi rol model • Kepemimpinan menyebabkan seseorang pemimpin merentasi sempadan dan landasan setempat • Kepemimpinan menuntut pemimpin untuk memiliki kepelbagaian pengetahuan dan kemahiran. • Kelemahan • Tidak semua dapat menyesuaikan diri dalam era yang semakin kompleks dan menuntut kepada pemilikan pengetahuan dan kemahiran • Kepemimpinan seseorang pemimpin mudah terdedah kepada kecaman kerana pengikut menjadi penilai yang kritis
Pengikut mungkin menuntut pemimpin melaksanakan tanggungjawab yang bukan dalam bidang kepakarannya. • 4. Diversiti untuk mencapai matlamat kumpulan menjadi lebih rumit, mencabar dan sukar sekiranya konflik yang wujud tidak dapat diurus dengan sempurna.