320 likes | 1.01k Views
Sejarah Tamadun Islam 2. PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH. Manusia = Khalifah di Bumi. Tugas khalifah meliputi dua dimensi: Keagamaan: sebagai hamba Allah di bumi. Keduniaan: Membangunkan dunia berdasarkan acuan wahyu (agama). Keistimewaan Manusia.
E N D
Sejarah Tamadun Islam 2 PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
Manusia = Khalifah di Bumi • Tugas khalifah meliputi dua dimensi: • Keagamaan: sebagai hamba Allah di bumi. • Keduniaan: Membangunkan dunia berdasarkan acuan wahyu (agama).
Keistimewaan Manusia • Manusia dicipta dengan sebaik-baik kejadian dan dibekalkan dengan sifat-sifat istimewa yang membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Perbezaan Manusia dengan makhluk lain • Manusia berbeza daripada Malaikat, haiwan dan jamadat (benda-benda beku). • Malaikat dikurniakan akal dan hikmah, tidak dikurniakan nafsu dan tabiat. • Haiwan dikurniakan dengan nafsu dan tabiat, tidak dikurniakan akal dan hikmah. • Jamadat (matahari, bumi, gunung-ganang dan lain-lain) tidak dikurniakan dengan akal, hikmah, nafsu dan tabiat. • Fitrah kejadian manusia meliputi akal, hikmah, nafsu dan tabiat.
Manusia dan Kesenian • Naluri asasi manusia adalah mengarahkan kepada keselamatan, kesejahteraan dan ketenangan hidup (al-Salamah). • Islam diturunkan untukmemimpin manusia dalam usaha mereka memenuhi keperluan asasi tersebut. • Agama Islam bersifat waqi’ie dan sesuai dengan fitrah manusia pada semua tempat dan keadaan.
Hubungan Agama dan Seni • Agama berfungsi mewujudkan kesenangan rohani demi mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat. • Politik, ekonomi, dan bidang-bidang teknikal memberikan keselamatan kepada manusia di dunia, di samping perhitungan di akhirat. • Kesenian memberikan kesenangan dan kesejahteraan kepada manusia di dunia.
Konsep Seni • Kesenian boleh didefinisikan sebagai usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. • Manakala objek kesenian ialah karya yang menimbulkan perasaan senang dan tenang pada diri seseorang . • Karya pula adalah ciptaan yang berupa suara, bahasa, rupa benda dan lain-lain.
Konsep Seni • Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. • Al-Ghazali mengatakan seni adalah kerja berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah.
Pandangan Islam Mengenai Kesenian • Islam diturunkan untuk memenuhi fitrah dan keperluan asas manusia. • Jiwa manusia mengandungi 6 elemen iaitu rasa agama, rasa intelek, rasa etika, rasa estetika, rasa sosial dan rasa diri. • Dalam kehidupan seharian manusia tidak terlepas daripada mencari dan memilih sesuatu yang indah baik dalam berpakaian, menghias diri, rumah, memilih benda dan lain-lain.
Pandangan Islam Mengenai Kesenian • Ajaran Islam meliputi hubungan manusia dengan Allah (hablun min Allah) (ibadat) dan hubungan manusia sesama manusia (Hablun min al-Nas) (kebudayaan). • Dalam ibadat kesenian tidak diperlukan kerana yang diperlukan dari seorang hamba terhadap Tuhannya adalah taqwa.
Pandangan Islam Mengenai Kesenian • Dalam kebudayaan, seni diperlukan malah kesenian adalah bahagian daripada kebudayaan. • Asas segala perkara (selain ibadat) adalah harus kecuali bila terdapat nash yang mengharamkannya.
Hukum Seni Dalam Islam • Secara umumnya hukum seni terbahagi kepada lima: • Wajib: Jika kesenian itu sangat diperlukan oleh Muslim seperti untuk menyeru manusia kepada solat dan lain-lain. • Sunat: Untuk menyatukan atau menaikkan semangat umat Islam seperti melalui qasidah, nasyid dan lain-lain.
Hukum Seni Dalam Islam • Harus: Apa sahaja bentuk seni yang mana tidak ada nash yang mengharamkan. Firman Allah: • قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللهِ التى أَخْرجَ لِعِبَادِهِ والطَيِّبَاتِ مِن الرِزْقِ . “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pula yang mengharankam) rezeki yang baik” Al-A’raaf,7:32 • Makruh: Jika kesenian itu membawa kepada unsur lagha (sia-sia). Seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.
Hukum Seni Dalam Islam • Haram. Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang: • Menjadikan manusia mengabaikan tanggungjawab yang fardu. • Membawa khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan mana yang hak dan batil. • Dicampuri dengan benda-benda haram seperti syirik, arak, judi, dadah dan lain-lain.
Hukum Seni Dalam Islam • Ada percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa batas. • Objek atau ukiran dalam bentuk patung. • Seni dalam bentuk yang tidak bermoral. • Seni yang boleh merosakkan akhlak dan memudharatkan.
Ciri-ciri Kesenian Islam • Keindahan • Sabda Rasulullah bermaksud: إن الله جميل يحب الجمال “Sesungguhnnya Allah itu Maha indah dan sukakan kepada keindahan” • Plato, Plotinus dan Hegel berpegang bahawa keindahan dapat disamakan dengan kebenaran, kebaikan dan kesempurnaan
Ciri-ciri Kesenian Islam • Unsur Moral • Menurut Islam seni dan moral saling berkait rapat antara satu sama lain. • Allah memerintahkan supaya manusia melakukan perkara yang baik dan malarang daripada yang mungkar. • Islam menghendaki supaya seni dicipta menurut acuan akidah, syariat dan akhlak.
Ciri-ciri Kesenian Islam • Kepelbagaian Dalam Kesatuan • Islam adalah agama yang universal dan dianuti oleh semua bangsa. • Perbezaan bangsa dan budaya membentuk kelainan dari sudut kesenian yang dihasilkan. • Islam datang dengan prinsip-prinsip asas dan umum sifatnya. • Seniman Muslim dituntut untuk menghasilkan seni yang tidak terkeluar daripada prinsip umum tersebut meskipun berbeza dari segi bentuk.
Hubungan Antara Agama, Etika Dan Estetika • Dalam falsafah Barat (sekular) • manusia bebas melakukan aktiviti seni mengikut kekreatifan dan imaginasi seseorang. • Seni dianggap sebagai imitation (peniruan), play (permainan), empathy (kemahiran), communication (komunikasi), expression (pernyataan) dan experience (pengalaman). • Seni tidak ada hubungan dengan seniman. Oleh itu ia boleh mengikut aliran nihilisme,realisme- sosialis, hedonisme, existentialisme, romantisisme, humanisme sekular dll. • Dalam Islam seni tidak boleh dipisahkan daripada prinsip agama dan moral.
Jenis-Jenis Seni Islam • Bahasa dan Kesusasteraan • Puisi, cerpen, sajak, novel, lirik lagu, pantun, gurindam dan lain-lain. • Seni suara • Azan, taranum al-Quran, seni lagu, nasyid, qasidah, berzanji dan lain-lain.
Jenis-Jenis Seni Islam • Kaligrafi • Seperti tulisan khat, dan lain-lain. • Ukiran • Ukiran serami, ayat-ayat al-Quran pada kayu dan batu, dan lain-lain material seni. • Sulaman - Sulaman dan tenunan yang tertera di kain, sejadah, permaidani, sutera dan lain-lain.
Jenis-Jenis Seni Islam • Seni binaan • Dapat dilihat melalui pembinaan masjid, mihrab, mimbar, bangunan, kubu, empangan dan lain-lain. • Seni lukis • Lukisan alam (bukan arca).
Jenis-Jenis Seni Islam • Seni hiasan • Seperti kerawang dan bentuk-bentuk geometri, landskap dan lain-lain. • Seni pertahan diri • Seni memanah, menunggang kuda dan lain-lain.
Peranan Seni • Meninggikan tamadun manusia. • Sarjana Islam dan Barat dalam bidang tamadun seperti Jurji Zaidan, Husni Abd al-Wahab, Muhammad al-Bahi, Will Durant dan lain-lain meletakkan seni sebagai salah satu daripada ciri tamadun. • Tingginya nilai seni sesuatu bangsa membuktikan tingginya nilai tamadun bangsa tersebut.
Peranan Seni • Memberikan nilai al-falah (kemenangan) dan al-Sa’adah (kebahagian) dalam kehidupan. Contohnya: • Melalui seni suara: ketenangan yang tidak melalaikan. • Melalui karya sastera: boleh membangunkan minda ummah untuk menghargai kebaikan, keamanan, perpaduan dan lain-lain nilai murni. • Seni sastera yang tinggi nilainya ialah yang boleh mendorong manusia untuk mencapai tingkat ketaqwaan, kemakrufan, kesalihan, dan tinggi budi pekerti.
Peranan Seni • Melalui seni bina memenuhi skop keperluan al-Daruriyyah, al-haajiah dan al-tahsiniyyah. Ciri-cirinya ialah: • Ruang masuk udara seluas-luasnya. • Menerapkan tulisan khat/kaligrafi yang menenangkan. • Ruang bilik yang memisahkan lelaki dan perempuan. • Reka bentuk sesuai dengan iklim. • Memanifestasikan luahan perasaan, keamanan, ketenangan. • Mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan.
Peranan Seni • Menjadi media penghubung antara pelbagai budaya manusia. • Menjadi salah satu media dakwah. Contoh: • Seni suara boleh dilihat melalui…. • Azan untuk menyeru manusia kepada solat. • Bacaan al-Quran bertaranum: melembutkan hati manusia yang keras. • Nasyid dan Qasidah menjadi bahan pengajaran dan renungan selain sebagai hiburan alternatif.
Tanggungjawab Seniman & Pencinta Seni • Seniman dan pencinta seni perlu mendalami dan menghayati ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan akidah, syariat dan akhlak agar tidak berlaku pertembungan antara tuntutan agama dan tuntutan fitrah insani. • Memahami konsep seni yang sebenar menurut kacamata Islam agar tidak terperangkap dengan falsafah seni Barat.
Tanggungjawab Seniman & Pencinta Seni • Memahami konsep dan falsafah asas ajaran Islam agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kesenian yang dihasilkan. • Sentiasa membuat kajian dan penyelidikan dari semasa ke semasa mengenai keperluan umat Islam supaya ia dapat dipenuhi mengikut keperluan semasa tanpa mengorbankan nilai-nilai yang tetap dan sebati (thabat) dalam Islam.