1 / 36

MINGGU 14

MINGGU 14. Tatabahasa Wacana. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: pengertian wacana unsur penting wacana konteks wacana kohesi dan keherensi. WACANA.

aleron
Download Presentation

MINGGU 14

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 14 Tatabahasa Wacana

  2. HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: • pengertian wacana • unsur penting wacana • konteks wacana • kohesi dan keherensi

  3. WACANA • Kita menggunakan bahasa dalam kewujudan ayat yang saling berkaitan. Ayat pertama berkait dengan ayat kedua, ayat kedua berkait dengan ayat ketiga, dan seterusnya. • Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi/terbesar atas ayat/klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan, yang mempunyai awal dan akhir, yang nyata disampaikan secara lisan atau tulisan.

  4. UNSUR PENTING WACANA • Satuan bahasa • Terlengkap/terbesar/tertinggi • Di atas ayat • Teratur/tersusun rapi, dan wujud rasa koherensi (kepaduan bentuk) • Berkesinambungan • Rasa kohesi (kepaduan isi) • Lisan atau tulisan • Awal dan akhir yang nyata

  5. WACANA LISAN DAN TULISAN • Wacana lisan yang menekankan interaksi antara penutur dengan pendengar ialah tanya jawab antara doktor dengan pesakit, polis dengan pesalah, hakim dengan terdakwa… • Wacana lisan yang menekankan isi ialah pidato, ceramah, dakwah, deklamasi atau kuliah. • Wacana tulisan yang bersifat interaksi termasuklah polemik, surat menyurat antara ilmuan, sasterawan, sahabat dan kekasih. • Wacana tulisan yang bersifat transaksi ialah instruksi, pemberitahuan, pengumuman, iklan, surat, undangan, makalah, esei, cerpen dan novel. • Wacana memerlukan penyapa dan pesapa. Dalam wacana lisan, penyapa ialah pembicara dan pesapa ialah pendengar. Dalam wacana tulisan, penyapa ialah penulis, dan pesapa ialah pembaca.

  6. IMPLIKASI KONVENSIONAL DAN UJARAN • Implikasi konvensional didasarkan pada pengetahuan kita tentang dunia, dan implikasi ujaran didasarkan pada data ayat dalam arus ujaran. Contoh: (a) Ahmad ke sekolah pagi-pagi lagi Ia terlupa membawa kunci bilik guru. (b) Jangan pulang malam-malam, Minah! (c) Bagaimana Amin sekarang? Sudah baik. Dia tidak memukul isterinya lagi. (d) Perutku sudah berbunyi. kan, ada restoran di sana!

  7. KONTEKS WACANA • Konteks wacana terdiri daripada pelbagai unsur seperti: situasi, pembicara, pendengar, waktu, tempat, adegan, topik/judul, peristiwa, bentuk amanat, kod, saranan. • Bentuk amanat mungkin berupa surat, esei, iklan, pemberitahuan, pengumuman… • Kod ialah ragam bahasa yang digunakan seperti bahasa Melayu baku, dialek, ideolek… • Saranan ialah wahana komunikasi yang memerlukan kontak langsung antara pembicara dengan pendengar, mungkin melalui telefon, televisyen, komputer…

  8. KONTEKS WACANA • Wacana ujaran yang sama mungkin mempunyai pengertian yang berbeda jika situasi dan unsur lainnya berbeda. Contoh: Situasi 1 • Pembicara: seorang ahli kumpulan pengembara • Pendengar: anggota kumpulan pengembara yang lain • Tempat: hutan tebal • Waktu: senja • Situasi: kumpulan itu telah lama mencari jalan keluar dari hutan tebal itu. Mereka mula berasa ragu, dan beranggapan bahawa mereka telah tersesat. Ketua kumpulan itu tiba-tiba maju ke hadapan, dan mula menebas kayu-kayan untuk memulakan perjalanan. Seorang ahli kumpulan berkata “Izam itu memangnya seorang pemberani”

  9. KONTEKS WACANA • Situasi 2 • Pembicara: seorang mahasiswa UPM • Pendengar: kumpulan mahasiswa seprogram • Tempat: Dataran Pelajar, FBMK • Situasi: Sekumpulan mahasiswa sedang mengusik sekumpulan mahasiswi. Kecuali Izam yang diam sahaja, dan kelihatan tidak berminat. Seorang mahasiswa berkata, “Izam itu memang pemberani”

  10. KONTEKS WACANA • Dalam situasi 1, pemberani bermaksud mempunyai sifat berani (mempunyai hati yang mantap dan rasa percaya diri yang besar dalam menghadapi bahaya, kesulitan, dan sebagainya. • Dalam situasi 2, pemberani bermaksud sebaliknya, iaitu penakut atau pemalu.

  11. KONTEKS WACANA • Jika seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun mengatakan: Saya dapat melompat parit besar itu. • Kita yang mendengar akan berasa kagum dan hairan kerana dalam keadaan biasa, kanak-kanak yang berusia 4 tahun tidak mungkin dapat melompat parit besar itu. Jika yang berkata itu seorang pemuda yang berusia 20-an, tentu kita mempunyai tanggapan yang berbeda.

  12. KONTEKS WACANA • Perbedaan pendengar juga akan membawa pengertian yang berbeda. Ungkapan kamu manis sekali akan menimbulkan tanggapan dan kesan rasa yang berbeda, bergantung pada siapakah yang ditujukan ungkapan itu. • Seorang anak kecil • Anak gadis yang berusia 15 tahun • Janda beranak dua • Wanita 30-an • Wanita 40-an • Nenek yang berusia 60-an

  13. KONTEKS WACANA • Ungkapan yang sama dapat menerbitkan makna yang berbeda berasaskan perangkat benda yang menjadi konteksnya. Contoh: • Mahasiswa di sini memiliki buku dan komputer sendiri. • Orang di sini selalu memperhatikan pelancong asing. • Sungai Pahang menjadi sumber kehidupan penduduk di sini. • Rukun Negara menjadi wawasan kami di sini.

  14. KONTEKS WACANA • Frasa preposisi tempat di sini mewujudkan fenomenon berikut: • Bilik kuliah/universiti disyaratkan adanya mahasiswa, buku dan komputer (mahasiswa di sini memiliki buku dan komputer sendiri). • Orang dan pelancong memunculkan kota, pekan atau tempat wisata (orang di sini selalu memperhatikan pelancong asing). • Sungai Pahang, sumber kehidupan dan penduduk, serta mewujudkan daerah aliran (Sungai Pahang menjadi sumber kehidupan penduduk di sini). • Rukun Negara dan wawasan hidup mewujudkan pengertian Malaysia (Rukun Negara menjadi wawasan kami di sini). • Berasaskan keadaan ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa wacana dapat membentuk konteksnya sendiri.

  15. KONTEKS WACANA • Perhatikan pula contoh ayat yang berikut: (a) Sekarang pukul berapa? (b) Sekarang semuanya mahal. (c) Di manakah anda tinggal sekarang? (d) sekaranglah masa yang sesuai. (e) Anda patut pergi sekarang. • Sekarangdalam (a) merujuk saat, iaitu masa peristiwa itu terjadi. Sekarang dalam (b), merujuk waktu yang lebih panjang dari (a), mungkin bertahun-tahun tetapi lebih pendek dari (c). • Ini menunjukkan bahawa makna sekarang berobah daripada satu ayat kepada ayat yang lain, sesuai dengan konteks situasi.

  16. KONTEKS WACANA • Kepelbagaian makna suatu unsur dalam ayat dapat ditemukan pada pembaca, pendengar atau acuan unsur yang lain. • Pemilihan bentuk yang akan digunakan ditentukan oleh andaian pembicara tentang tahap pengetahuan pendengar. Contoh: Usman Awang!; Usman Awang sasterawan negara; sasterawan terkenal, Usman Awang; sasterawan yang nama penanya Tongkat Warrat; wanita yang bertudung labuh dan berbaju kebaya; jejaka yang berkaca mata hitam, gadis yang selalu berpakaian lelaki, mahasiswi manis yang mengancam; mahasiswa tampan dengan jambang dan kumis; perempuan yang suka merayu dan menggoda…

  17. KONTEKS WACANA • Angkubah yang menarik ialah yang melibatkan pelbagai peranan yang dimainkan oleh seseorang dalam masyarakat. Secara umumnya, dalam sesuatu konteks sosial yang khusus, seseorang akan memainkan satu peranan pada satu-satu waktu tertentu. Contoh: • Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tengku Habsah Tengku Petera berkata, kejadian menunjukkan betapa seriusnya masalah sosial dalam kalangan pelajar. • Bekas Pengerusi dan Pengarah Besar Tabung Haji, Tan Sri Hanafiah Ahmad berkata keadaan itu berlaku kerana…

  18. KONTEKS WACANA • Pengarah Eksekuti AFB, Lim Ching Choy, berkata dengan pembukaan cawangan di Kota Kinabalu itu… • Anak keempat Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz, 34 memfailkan notis usul permohonan… • Dalam ayat di atas, orang dikenali melalui peranannya yang relevan dengan isi tulisan. Walaupun pada hakikatnya, mereka juga berperanan sebagai suami, isteri, datuk, anak, saudara, pemain golf, penulis atau pelukis. Oleh sebab peranan lain itu tidak relevan dengan konteks, maka tidak ditampilkan pada kesempatan itu.

  19. KONTEKS WACANA • Peranan lebih daripada satu mungkin juga relevan pada waktu tertentu. Selalunya dinyatakan sebagai kontras antara peranan itu. Contoh: • Sebagai sahabat, saya hormat kerpadanya, tetapi sebagai rakan sekerja, saya menganggapnya kurang serius. • Kami menghargainya sebagai ketua, tetapi sebagai ilmuan, dia belum wajar mendapat penghargaan. • Saya suka akan wanita itu sebagai rakan kerja, dan dia sangat menyenangkan sebagai sahabat, tetapi sangat menyusahkan sebagai teman hidup.

  20. KONTEKS WACANA • Unsur wacana atau konteks wacana penting dalam menentukan pentafsiran makna kerana dalam wacana, pengertian teks sering ditentukan oleh pengertian teks yang lain. Teks mungkin berupa ujaran, paragraf atau wacana lain. • Jika di suatu sudut, kita bertemu dengan papan tanda yang bertulis: TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA, kita akan terpinga-pinga untuk mencari sebab mengapa kita harus menerima ucapan terima kasih. Apabila kita melihat pada sudut yang lain, tertulis: DILARANG MEROKOK, barulah kita memahami mengapa kita diucapkan terima kasih. Pemahaman ini disebabkan oleh peranan konteks situasi.

  21. KONTEKS WACANA • Perhatikan pula contoh yang berikut: (a) Kelihatan seorang wanita, dan seorang lelaki di anjung rumah itu. (b) Wanita itu membaca buku dan tampak gembira, manakala lelaki itu tampak gelisah, dan berdiri dekat jendela kaca. (c) Lelaki itu menjenguk ke luar dan menoleh ke kiri dan ke kanan. (d) Ia tampak dukacita, dan tanpa bicara terus keluar. (e) Sesampainya di sebuah restoran, lelaki itupun masuk.

  22. KONTEKS WACANA (f) Ia duduk pada sebuah meja, memesan minuman sambil menghisap rokok. • Wanita dalam (b) merujuk wanita dalam (a) yang sedang membaca buku dan tampak gembira. Lelaki dalam (b) merujuk lelaki dalam (a) yang gelisah dan berdiri dekat jendela kaca. • Pada (d) kata tanpa bicara terus keluar tentulah dilakukan oleh lelaki, kerana kata itu dirangkaikan oleh kata hubung dan. Ayat (e) dan (f) semuanya merujuk lelaki itu. • Pentafsiran wacana ini berasaskan prinsip pentafsiran tempatan. Prinsip ini menyatakan bahawa pesapa tidak membentuk konteks lebih besar daripada yang diperlukannya.

  23. KONTEKS WACANA • Jika kita berada dalam sebuah bilik, dan seorang daripada kita berkata, mari keluar. Kita mungkin mentafsirkan bahawa kita keluar dari bilik. Kalau suasananya ialah kejemuan akibat terlalu lama tinggal di rumah, maka ungkapan mari keluar bermaksud keluar dari rumah, bukannya keluar dari bilik. • Prinsip pentafsiran tempatan dapat diterapkan pada waktu. Contoh: (a) Pada minggu itu agak dingin sewaktu aku ke Kajang untuk menziarahi makam ibuku. Pukul 10 pagi aku tiba di makam itu.

  24. KONTEKS WACANA (b) Selesai menziarah, aku singgah di rumah teman lamaku di bandar itu. Dia dan isterionya sedang menikmati pagi itu dengan beristirahat di halaman rumahnya. (c) Kami bertiga berbual-bual tentang kisah lama, tanpa sedar matahari telah tinggi. Setelah makan tengah hari di rumah kawanku itu, aku kembali ke Melaka pukul 4 petang. • Pembaca akan mentafsirkan bahawa pagi itu ialah pagi hari minggu. Ujaran aku kembali ke Melaka itu berlaku pada hari minggu itu juga. Pukul 4 bermaksud jam 4 petang, bukannya 4 pagi, kerana dibatasi oleh ungkapan makan tengah hari.

  25. KONTEKS WACANA • Prinsip analogi, iaitu penerapan akal untuk mentafsirkan makna sesuatu ungkapan. Prinsip ini digunakan oleh pembicara dan pendengar untuk menentukan tafsiran dalam konteks. Contoh: (a) Itu merupakan pukulan terpahit bagi Muhammad Ali yang pernah dialaminya. (b) Itu merupakan pukulan terpahit bagi Muhammad Ali yang pernah dialaminya daripada sekian banyak pengurus yang telah dilantiknya. • Ayat (a) membawa pengertian bahawa pukulan terpahit itu ialah pukulan fizikal, tetapi analogi kita berobah apabila dalam ayat (b) ditambah daripada sekian banyak pengurus yang dilantiknya. Ungkapan ini memastikan bahawa pukulan terpahit itu bukanlah pukulan fizikal, tetapi musibah lain yang mungkin berupa penipuan…

  26. KOHESI • Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana. Contoh: (a) Apakah yang dilakukan oleh si Minah? (b) Dia memukul anaknya. (c) Apakah yang dilakukan oleh si Minah? (d) Jahanam itu memukul anaknya. • Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk si Minah. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu si Minah. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai kesinambungan makna.

  27. KOHERENSI • Koherensi juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh: (a) Angkat telefon itu, Man! (b) Aku sedang mandi, Ziz! (c) OK! • Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik. • Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Ziz!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.

  28. KOHESI DAN KOHERENSI • Perbedaan antara kohesi dengan koherensi itu menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin membentuk suatu wacana. Contoh: (a) Siapakah yang dipukul oleh Ali? (b) Ali memukul budak kecil itu. • Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.

  29. KOHESI DAN KOHERENSI • Kohesi dapat dikenal pasti berdasarkan hubungan unsur ayat. Unsur ayat ini dihubungkan melalui kata hubung: • Pertentangan yang dinyatakan dengan kata tetapi atau namun. • Pengutamaan yang dinyatakan dengan kata malahan atau bahkan. • Pengecualian yang dinyatakan dengan kata kecuali. • Penyetujuan yang dinyatakan dengan kata walaupun atau meskipun. • Tujuan yang dinyatakan dengan kata agar atau supaya.

  30. KOHESI DAN KOHERENSI • Contoh: • Ayahnya bersetuju, ia ke bulan, tetapi ibunya tidak membenarkannya pergi. • Anak itu tidak serik, malahan saudaranya yang tua dilawannya. • Mahasiswa itu setiap hari makan budu, kecuali hari Jumaat. • Wanita itu amat dicintainya, walaupun tidak pernah diucapkannya. • Mahasiswi itu belajar dengan tekun agar beroleh kejayaan cemerlang.

  31. KOHESI DAN KOHERENSI • Kohesi ditandai juga oleh pengulangan kata atau frasa, baik secara tuntas atau sebahagian. Contoh: • Abang membelikan adik ayam serama. Abang tahu bahawa adik amat suka akan ayam serama. • Pak Asraf telah meninggal dunia pada tahun lalu. Pak Asraf merupakan satu-satunya tokoh bahasa yang tekal dalam perjuangannya. Oleh itu, Pak Asraf dihormati dan disegani ramai.

  32. KOHESI DAN KOHERENSI • Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh: (a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh. (b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih itu bekerja dengan tidak mengenal jemu. • Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.

  33. KOHESI DAN KOHERENSI • Sejajar dengan penggantian leksikal ialah penggantian bentuk yang tidak menuju ke acuan yang sama, tetapi ke kumpulan yang sama. Contoh: (a) Jiran saya memiliki unta. Pak Hassan juga memiliki seekor. (b) Mahasiswi itu bersiar-siar di taman Mawar. Sewaktu ke pintu keluar, ia memetik sekuntum dan disematkannya ke sanggulnya. • Kata unta dan seekor merujuk kumpulan yang sama. Demikian juga kata mawar dan sekuntum merujuk kumpulan yang sama, iaitu bunga. Keadaan ini dikatakan sebagai hubungan penyesuaian alami, kerana bentuk ekor dan kuntum merupakan penggolongan binatang dan bunga.

  34. KOHESI DAN KOHERENSI • Hubungan penyesuaian alami ialah hubungan yang bersifat gramatikal. Hubungan yang bersifat gramatikal tentulah kohesi dan menjadi asas koherensi. • Hubungan anaforis ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar. Contoh: (a) Apakah yang dipandang oleh emak? (b) Dia memandang bulan di langit. • Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.

  35. KOHESI DAN KOHERENSI • Hubungan kataforis ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya. Contoh: (a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia. (b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu, Busro diajak mengelilingi bandar Kajang. • Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini dinamakan hubungan anaforis.

  36. KESIMPULAN • Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi • Terdapat lapan unsur penting wacana • Wacana dapat dirincikan dari sudut konteks wacana • Kohesi ialah kepaduan bentuk dan koherensi ialah kepaduan makna

More Related