300 likes | 703 Views
MINGGU 14. VARIASI BAHASA. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: * merumuskan maksud variasi bahasa * menghuraikan jenis variasi bahasa dalam bentuk lisan dan tulisan * menganalisis variasi bahasa berdasarkan jenisnya. VARIASI BAHASA.
E N D
MINGGU 14 VARIASI BAHASA
HASIL PEMELAJARAN • Pelajar dapat: * merumuskan maksud variasi bahasa * menghuraikan jenis variasi bahasa dalam bentuk lisan dan tulisan * menganalisis variasi bahasa berdasarkan jenisnya
VARIASI BAHASA • Variasi bahasa ialah keanekaragaman bahasa yang disebabkan oleh faktor tertentu. Variasi bahasa juga disebut ragam bahasa • Variasi bahasa sangat banyak kerana jumlah penggunanya juga banyak dan tidak terlepas daripada latar budaya penutur yang berbeda • Dalam penggunaan sehari-hari, ragam utama, iaitu ragam lisan dan ragam tulisan berbeda bergantung pada situasi dan sudut pandangan penutur terhadap mitra bahasanya
VARIASI BAHASA LISAN • Kosa kata lebih menekankan pilihan kata yang tidak baku: bini, laki, bikin, duit… • Bentuk kata bahasa lisan lebih cenderung meninggalkan imbuhan, terutama awalan, akhiran dan apitan: tulis, masak, lihat, main, tendang, senyum… • Ayat cenderung tanpa unsur yang lengkap (tanpa subjek, predikat, objek, pelengkap…) • Kejelasan ayat dipengaruhi oleh unsur situasi pada masa ayat tersebut diujarkan. Isi ayat dapat difahami tetapi struktur ayatnya tidak mengikut tatabahasa
VARIASI BAHASA TULISAN • Variasi tulisan menekankan penggunaan bahasa baku, ejaan yang baku, kosa kata yang baku, bentuk kata berimbuhan dan ayat yang lengkap. Contoh: * Kosa kata: isteri, suami, wang… * Bentuk kata: menulis, bermain, menendang, memandang, memasak… * Ayat: UPM mempunyai Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Pelajar tajaan JPA mestilah mempunyai ijazah sarjana muda kelas pertama
VARIASI BAHASA • Variasi lisan dan tulisan mempunyai keunggulan dan kelemahan. Antara keunggulan dan kelemahan variasi lisan ialah: * kelebihan: berlangsung cepat, kerap berlangsung tanpa alat bantu,kesalahan bahasa dapat dibetulkan segera, dan idea dapat dibantu dengan gerak tubuh dan mimik muka * kelemahan: tidak mempunyai bukti autentik, dasar peraturannya lemah, sukar diungkapkan secara matang, dan mudah dimanipulasikan
VARIASI BAHASA • Antara keunggulan dan kelemahan variasi tulisan ialah: * kelebihan: mempunyai bukti autentik, dasar peraturannya kuat, dapat diungkapkan secara matang, dan lebih sukar untuk dimanipulasikan * kelemahan: berlangsung lambat, selalu menggunakan alat bantu, kesalahan tidak dapat dibetulkan segera, dan tidak dapat dibantu dengan gerak tubuh dan mimik muka
VARIASI BAHASA • Variasi bahasa yang popular adalah seperti yang berikut: > variasi kronologi > variasi geografi > variasi sosial > variasi fungsional > variasi gaya > variasi budaya > variasi individu
VARIASI KRONOLOGI • Variasi yang dipengaruhi oleh faktor urutan zaman. Perubahan zaman menyebabkan wujudnya perbedaan penggunaan bahasa dari segala aspek, termasuk kosa kata dan gaya • Kewujudan nyata penggunaan bahasa seperti ini dinamakan kronolek. Contoh: * bahasa Melayu: abad ke-16, abad ke-18, abad ke-20 * bahasa zaman India, Yunani, Romawi, Pertengahan, Pembaharuan * bahasa Kawi/Jawa kuno: sebelum akhir Majapahit * bahasa Jawa pertengahan: akhir Majapahit * bahasa Jawa baharu: sekarang
VARIASI GEOGRAFI • Variasi ini disebabkan oleh perbedaan geografi atau faktor regional. Oleh itu, variasi ini juga dikenali dengan nama variasi regional • Secara lebih jelas, variasi ini dinamakan dialek, iaitu variasi bahasa yang berbeda berasaskan pengguna di daerah tertentu. Sublinguistik yang menelaah bidang ini dinamakan dialektologi, iaitu ilmu tentang dialek yang memperlakukannya sebagai struktur yang utuh. Contoh: * Bahasa Melayu: dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Kedah… * Bahasa Jawa: dialek Banyumas, Tegal, Banten, Osing…
VARIASI SOSIAL • Variasi ini disebabkan oleh perbedaan sosiologi, iaitu tentang sifat, perlakuan dan perkembangan masyarakat. Pewujudan variasi sosial ini berupa sosiolek, iaitu variasi bahasa yang berkorelasi dengan kelompok sosial. Contoh sosiolek: * akrolek: variasi bahasa yang dianggap lebih tinggi daripada variasi lain. Misalnya bahasa baku yang digunakan dalam situasi rasmi dan formal, bahasa diraja, dan dialek tertentu seperti dialek Kuala Lumpur dan dialek Jakarta yang dilihat lebih bersifat metropolitan…, bahasa Bagongan yang khusus digunakan oleh golongan aristokrat dalam kalangan kraton Jawa
VARIASI SOSIAL * basilek: variasi bahasa yang dianggap rendah. Misalnya, bahasa Jawa krama ndesa, bahasa Inggeris dalam kalangan cowboy, bahasa Melayu di desa… Bahasa ini digunakan oleh golongan marhaen * vulgar: variasi bahasa yang digunakan oleh golongan tidak terpelajar. Misalnya, bahasa di Eropah pada zaman Romawi hingga abad pertengahan * slanga: variasi bahasa yang bersifat khusus dan rahsia. Variasi ini digunakan golongan tertentu yang terbatas sifatnya. Kosa katanya akan selalu diubah untuk menjamin kerahsiaannya * kolokial: variasi percakapan sehari-hari dalam suasana tidak rasmi, yang biasanya digunakan oleh masyarakat bawahan
VARIASI SOSIAL * jargon: variasi bahasa yang penggunaannya terbatas kepada golongan sosial tertentu. Kosa katanya tidak difahami oleh masyarakat umum. Walaupun khusus, kosa katanya tidaklah bersifat rahsia. Misalnya, bahasa dalam kalangan pemandu teksi, nelayan… * argot: variasi bahasa yang bersifat khusus dan rahsia, dan digunakan oleh golongan tertentu, untuk maksud tertentu. Misalnya, bahasa dalam kalangan pencuri, pencopet, perompak, penjudi… kaca mata bermakna polis, daun bermakna wang kertas… * ken: variasi bahasa yang digunakan oleh golongan tertentu dengan irama tertentu, supaya lebih terkesan. Contohnya, bahasa dalam kalangan penjual ubat di kaki lima, pengemis jalanan…
VARIASI FUNGSIONAL • Variasi yang disebabkan oleh perbedaan fungsi dalam penggunaan bahasa. Fungsi tersebut dimanifestasikan oleh kewujudan variasai fungsional penggunaan bahasa • Penggunaan bahasa secara khusus dalam ranah sosiolinguistik dikenali sebagai register. Antara register yang popular ialah: * bahasa dalam khutbah * bahasa penjual ubat * bahasa telegram * bahasa pemberita * bahasa warta berita * bahasa pewara (MC) * bahasa pidato…
VARIASI FUNGSIONAL • Bentuk register dipengaruhi oleh tujuan (menghibur, memberitahu, mengajak, meminta); situasi (rasmi, setengah rasmi, tidak rasmi); pendekatan isi (ilmiah, cendekia, moral, sosial) • Register yang rasmi menyajikan bahan yang yang murni dan kebenaran yang sarwajagat. Bahasa yang digunakan bahasa lisan baku tanpa unsur dialek, menggunakan sebutan baku, dan struktur bahasa mengikut tatabahasa baku • Faktor pembeda antara variasi tersebut ialah penggunaan kata atau istilah khusus sesuai dengan disiplin ilmu masing-masing. Antara variasi fungsional ilmiah yang jelas dalam konteks ini ialah variasi mengikut disiplin ilmu, iaitu variasi geografi, sejarah, sains, sastera, undang-undang, ekonomi, kedoktoran…
VARIASI FUNGSIONAL • Penggunaan kata atau istilah khusus dalam tajuk tertentu sekali gus menjadi ciri ilmiah dan nonilmiah sesuatu variasi. Jika kata biasa atau kata umum digunakan, variasinya nonilmiah. Jika istilah khusus digunakan, variasinya ilmiah. Contoh: * undang-undang: Dia dijatuhi hukuman kerana menipu dan merompak (nonilmiah) Dia dijatuhi hukuman kerana melakukan tindak pidana (ilmiah) * sastera: Jalan cerita bangsawan itu mengasyikkan (nonilmiah) Plot cerita bangsawan itu mengasyikkan (ilmiah) * ekonomi: Setiap pelanggan akan mendapat potongan khusus (nonilmiah) Setiap pelanggan akan mendapat rebat khusus (ilmiah)
VARIASI BAHASA ILMIAH • Variasi bahasa ilmiah merupakan sarana yang efektif, efisien baik dan benar. Variasi ini digunakan untuk aktiviti ilmiah. Contohnya: * proposal penyelidikan penelitian atau kegiatan ilmiah * laporan kegiatan yang berupa surat, makalah, naskhah… * hasil tulisan: latihan ilmiah, kertas projek, tesis, desertasi * laporan rutin kerjaya yang berbentuk surat, makalah atau naskhah * laporan kegiatan lawatan, kewangan, pemegang saham, uji kaji, projek, penilaian, audit… * laporan penelitian: analisis, deskriptif, cadangan, deskriptif- analisis…
CIRI VARIASI BAHASA ILMIAH • Struktur ayat jelas dan bermakna lugas • Struktur wacana bersifat formal, mengikut standard naskhah • Singkat, berisi analisis dan pembuktian, serta penyajian konsep dengan lengkap • Cermat dalam penggunaan istilah, ejaan, tatabahasa, tanda baca, paragraf dan wacana • Cermat dan tekal dalam penentuan tajuk, pendahuluan, teori, deskripsi data, analisis data, hasil analisis hingga kesimpulan dan cadangan • Penggunaan istilah khusus dalam disiplin ilmu tertentu • Objektif dapat diukur, dan dihindari bentuk persona dan ungkapan subjektif • Tekal dalam pembahasan tajuk, angkubah, penyataan masalah, tujuan, istilah, sudut pandangan, landasan teori, penganalisisan data, kesimpulan dan cadangan
VARIASI BAHASA TULISAN RASMI • Penyajian bahan atau idea bersifat murni dan kebenaran sejagat • Penggunaan fungsi tatabahasa secara eksplisit dan tekal • Penggunaan bentuk lengkap yang tidak disingkatkan • Penggunaan imbuhan secara eksplisit dan tekal • Penggunaan kata ganti rasmi • Penggunaan pola frasa, klausa dan ayat yang baku • Penggunaan ejaan baku dalam bahasa tulisan dan sebutan baku dalam lisan • Penggunaan unsur kedaerahan dan asing dielakkan
VARIASI BAHASA SASTERA • Pengutamaan terhadap unsur keindahan seni untuk melamar perasaan • Gaya pengungkapan simbolik dengan memadukan unsur intrinsik dan ekstrinsik secara tekal. Misalnya dalam novel, cerpen… • Variasi ini digunakan juga dalam promosi iklan, terutama dalam upaya menyentuh perasaan yang menekankan kesenangan, keindahan, kenyamanan…Contoh: * iklan sabun mandi untuk kecantikan * kereta untuk kenyamanan dan kemewahan * pakaian dan aksesorisnya untuk keanggunan * syampu untuk kesegaran, kenyamanan dan keyakinan • Perbedaan variasi bahasa sastera dengan bahasa iklan terletak pada objektifnya. Variasi sastera menyenangkan pembaca tanpa dorongan untuk membeli produk, sedangkan variasi bahasa iklan bersifat persuasif agar pembaca membeli produk
VARIASI GAYA • Variasi ini disebabkan oleh perbedaan gaya. Gaya ialah cara berbahasa individu secara langsung atau tidak langsung, lisan atau tulisan. Antara gaya yang popular ialah: * gaya Frozen: gaya beku kerana tidak pernah berubah, walaupun masa beredar dan penggunanya bertukar. Misalnya, bahasa dalam wayang kulit, makyong, bacaan solat, doa, mantera, peribahasa… * gaya Formal: Gaya baku kerana pola dan kaedahnya mantap, dan digunakan dalam suasana rasmi. Contohnya gaya pengajaran dan pemelajaran, debat, pidato, ceramah, ucapan, tulisan kreatif dan nonkreatif…
VARIASI GAYA * gaya Perundingan: gaya ini dikenali juga dengan nama gaya separuh rasmi atau gaya usaha. Bentuknya terletak antara gaya formal dengan gaya informal, dan digunakan oleh usahawan dan ahli perniagaan * gaya Kasual: gaya ini dikenali juga dengan nama gaya informal atau gaya santai. Cirinya penggunaan bentuk alegro, iaitu bentuk yang diringkaskan pada peringkat kata, frasa dan ayat. Terdapat banyak kosa kata dialek. Penggunaannya berlegar dalam kalangan pengunjung kedai kopi, tempat rekreasi, pasar malam, di padang permainan, dan tempat santai yang lain * gaya Intim: Gaya ini disebut juga gaya akrab kerana hubungan antara penuturnya amat akrab. Bentuk alegronya amat keterlaluan hingga tidak dapat difahami oleh orang lain tanpa pengetahuan tentang situasinya. Penggunaannya terserlah dalam komunikasi pasangan yang sedang bercanda, ibu dengan anak kecilnya, suami isteri dalam situasi khusus…
VARIASI BUDAYA • Variasi ini wujud akibat perbedaan budaya penggunanya. Bahasa peribumi akan berubah kerana terpengaruh dengan budaya lain yang masuk kemudian. Antara variasi budaya yang popular ialah: * vernakular: bahasa atau dialek yang digunakan oleh penduduk peribumi di sesuatu wilayah. Misalnya, bahasa di Eropah (selain bahasa Latin) hingga abad pertengahan, bahasa di Irian Timur sebelum kedatangan Inggeris, bahasa Melayu di Nusantara… * pijin: bahasa yang sangat disederhanakan, dan digunakan oleh kelompok penutur yang bahasa ibunya berbeda. Misalnya pijin Inggeris di Hindia Barat, Papua Nugini, Malaysia, Hong Kong…
VARIASI BUDAYA * kreol: ragam pijin yang sudah mempunyai penutur asli, dan telah menjadi bahasa utama dalam komuniti dan daerah tertentu. Kosa katanya sudah mantap dan dapat diangkat menjadi bahasa rasmi * linguafranca: bahasa yang diangkat oleh pengguna daripada pelbagai budaya sebagai alat komunikasi utama dalam kalangan mereka. Misalnya, bahasa Arab di Timur Tengah, bahasa Latin di Eropah pada abad pertengahan, bahasa Perancis di beberapa negara Afrika, bahasa Melayu di Nusantara pada zaman Seriwijaya, bahasa Swahili di Afrika Tengah…
VARIASI BUDAYA • Terdapat juga perancangan untuk mencipta bahasa antarabangsa atau bahasa dunia. Bahasa tersebut ialah: Volapuk, Esperanto dan Interlingua * Volapuk: bahasa ini dicipta pada 1879 oleh warganegara Jerman. Kosa katanya diramu daripada bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan bahasa Roman. Walaupun mendapat sambutan menggalakkan di Eropah, namun hanya dapat bertahan selama 10 tahun kerana sistem bahasanya terlalu sukar untuk dipelajari
VARIASI BUDAYA * Esperanto: bahasa ini dicipta oleh warganegara Polandia dengan tujuannya untuk mempersatukan masyarakat yang selalu bertelagah kerana perbedaan bahasanya. Kosa katanya diramu daripada bahasa Jerman dan Roman, dan telah dipermudah sistemnya. Contohnya, semua kata nama berakhiran o, kata kerja berakhiran i dan kata adjektif berakhiran a. Bahasa ini kemudian berkembang dalam pelbagai dialek, dan akhirnya generasi kedua dialek itu menghadapi kesulitan untuk berkomnikasi. Bahasa ini juga kemudiannya sirna * Interlingua: bahasa ini dicipta oleh warganegara Amerika Syarikat. Unsur bahasa ini diramu daripada bahasa Perancis, Itali, Rusia, Sepanyol, Inggeris dan Jerman. Struktur bahasanya mirip Esperanto. Namun, bahasa ini hanya sesuai untuk orang Eropah, dan akhirnya bahasa ini juga sirna
VARIASI INDIVIDUAL • Variasi ini disebabkan oleh perbedaan individu. Setiap indidivu mempunyai ciri tuturan yang berbeda dengan penutur lain, walaupun mereka menggunakan bahasa yang sama. Oleh itu, kita dapat mengenali seseorang daripada bahasa tanpa melihat wajahnya. Misalnya, tuturan antara suami, isteri, abang, kakak, adik… • Contoh lain ialah watak Wak Dogol dan Wak Long dalam wayang kulit di Kelantan. Tuturan kedua-dua watak ini amat berbeda sehingga kita dapat meneka watak itu tanpa melihat bentuk badannya. Demikian juga dengan penampilan watak lain seperti Seri Rama, Laksamana, Sita Dewi, Hanuman Kera Putih, Hanuman Ikan, Rawana…
KESIMPULAN • Variasi bahasa ialah keanekaragaman bahasa yang disebabkan oleh faktor tertentu. Variasi bahasa juga disebut ragam bahasa • Variasi lisan dan variasi tulisan mempunyai kelebihan dan kelemahannya masing-masing • Variasi bahasa yang popular ialah variasi kronologi, geografi, sosial, fungsional, gaya, budaya dan individu • Variasi bahasa yang paling relevan kini ialah variasi fungsional ilmiah mengikut disiplin ilmu seperti geografi, sejarah, sains, sastera…
KATA BIJAK PANDAI ORANG DIKATAKAN PANDAI, DILIHAT DARIPADA JAWABANNYA. ORANG DIKATAKAN BIJAK, DILIHAT DARIPADA PERTANYAANNYA