510 likes | 1.48k Views
MINGGU 3. PEMBENTUKAN KATA TERBITAN, MAJMUK, GANDA. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: menghuraikan pembentukan kata bahasa Melayu, khususnya kata tunggal dan kata turunan atau kata jadian, iaitu kata yang mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. PERKATAAN.
E N D
MINGGU 3 PEMBENTUKAN KATA TERBITAN, MAJMUK, GANDA
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: • menghuraikan pembentukan kata bahasa Melayu, khususnya kata tunggal dan kata turunan atau kata jadian, iaitu kata yang mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan
PERKATAAN • Unit ujaran yang bebas • Mengandung makna yang lengkap • Satu atau gabungan beberapa bentuk fungsi bahasa
PERKATAAN Kata Tunggal/Dasar Kata Jadian/Turunan pengimbuhan pemajmukan penggandaan
KATA TUNGGAL/DASAR • Satu bentuk dasar/tunggal • Tidak mengalami proses morfologi, iaitu belum ditambah, diulang atau digabungkan dengan kata lain • Terdapat juga kata yang belum mengalami proses morfologi tetapi tidak pernah digunakan dalam komunikasi harian. Kata seperti ini dinamakan pokok kata. Contoh: alir, temu, rangkak, renang, uji, lawak…
KATA TUNGGAL/DASAR Unit Bebas: Kata tunggal bentuk bebas Tidak bergantung pada unit lain Dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap Kata Tugas: Memerlukan unit bebas yang lain Tidak dapat berdiri sendiri Akronim: Terbentuk melalui proses gabungan Berupa suku kata atau huruf
KATA JADIAN/TURUNAN > Kata yang telah mengalami proses morfologi, iaitu pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan. Contoh: bercanda, pakaian, bermain- main, berdua-duaan, kapal perang, kambing hitam… Pengimbuhan: kata dasar yang menerima imbuhan Pengulangan: pengulangan/penggandaan kata dasar - dwipurwa - dwilingga - pengulangan berimbuhan - pengulangan variasi bunyi Pemajmukan: dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan - kata nama majmuk - kata kerja majmuk - kata adjektif majmuk - kata tugas majmuk
PEMBENTUKAN KATA TUNGGAL > satu suku kata > dua suku kata > tiga suku kata > empat suku kata atau lebih > akronim
KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA yu am cat draf bank skru skrip had pos cip bab bas tik rab ram rak sup sut
KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA ubi u + bi usang u + sang impi im + pi embun em + bun buih bu + ih leka le + ka pulut pu + lut sendu sen + du benteng ben + teng kayu ka + yu jual ju + al kacau ka + cau layak la + yak runcit run + cit sukar su + kar mata ma + ta batu ba + tu roti ro + ti abstrak abs + trak rantai ran + tai
KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA niaga ni + a + ga siuman si + u + man idea i + de + a mulia mu + li + a tempua tem + pu + a belangkas be + lang + kas maruah ma + ru + ah tempias tem + pi + as aroma a + ro + ma isyarat i + sya + rat antara an + ta + ra berita be + ri + ta kembara kem + ba + ra ilmiah il + mi + ah sastera sas + te + ra riwayat ri + wa + yat matlamat mat + la + mat kerangka ke + rang + ka sempurna sem + pur + na rahsia rah + si + a Kelantan Ke + lan + tan kelmarin kel + ma + rin
KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH keluarga ke + lu + ar + ga bijaksana bi + jak + sa + na senantiasa se + nan + ti + a + sa selesema se + le + se + ma munasabah mu + na + sa + bah sentimeter sen + ti + me + ter singgahsana sing + gah + sa +na nasional na + si + o + nal universiti u + ni + ver + si + ti cenderawasih cen + de + ra + wa + sih Kurikulum ku + ri + ku + lum maharajalela ma + ha + ra + ja + le + la darmawisata dar + ma + wi + sa + ta senderayan sen + de + ra + yan utilitarian u + ti + li + ta + ri + an zabaniah za + ba + ni + ah kodifikasi ko + di + fi + ka +si onderneming on + der + ne + ming papakerma pa + pa + ker + ma paradigma pa + ra + dig + ma paramasastera pa + ra + ma + sas + te + ra Makrokosmos mak + kro + kos + mos
AKRONIM Singkatan gabungan huruf awal suku kata, atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan disebut dengan wajar CARA PENULISAN AKRONIM Singkatan huruf awal rangkai kata ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri Gabungan huruf awal atau suku kata bukan nama khas Tadika Taman Didikan Kanak-Kanak Tabika Taman Bimbingan Kanak-Kanak Gabungan huruf awal atau suku kata nama khas MARA Majlis Amanah Rakyat GAPENA Gabungan Penulis Nasional
CONTOH AKRONIM Angkasa Angkatan Kerjasama Kebangsaan ASAS 50 Angkatan Sasterawan 1950 ASEANAssociation of South East Asian Nation Bernama Berita Nasional Malaysia FAMAFederal Agricultural Marketing Authority FELDAFederal Land Development Authority INTAN Institut Tadbiran Awam Negara IPTAR Institut Penyiaran Tun Abdul Razak KOBENA Koperasi Belia Nasional MALINDO Malaysia Indonesia SETPOL Setiausaha Politik
KATA BERIMBUHAN Morfem terikat yang melekat pada kata dasar untuk membentuk kata yang lebih besar JENIS IMBUHAN awalan: hadir sebelum kata dasar akhiran: hadir selepas kata dasar apitan: hadir serentak (morfem terikat terbahagi serentak) atau hadir secara bertingkat (morfem terikat terbahagi bertingkat)pada bahagian awal dan bahagian akhir kata dasar sisipan:hadir di celahan kata dasar
KATA IMBUHAN AWALAN(awalan kata nama) pe - penyimpan juru - jurutulis pem - pembantu maha - mahaguru pen - pendamai tata - tatabahasa peng - penggoda pra - pratonton penge - pengekod sub - subkultur pel - pelajar supra - supranasional per - perburu eka - ekakutub ke - ketua dwi - dwikepak swa - swakaji panca - pancaindera se - serumah
KATA IMBUHAN AWALAN(awalan kata kerja) me merasa, meraba mem membantu, membuta men mendayung, menduda meng menggaru, mengganas menge mengeram, mengehad memper memperindah ber bersantai, berlagu be berantai, berenang bel belunjur, belajar ter terlaju, terlayang di diketawa, dijeling diper diperoleh, diperdua
KATA IMBUHAN AWALAN(awalankataadjektif) ter termerah teteruncing tertinggi terendah tertua teranum tergagah teramah termuda terancak terlaju terendam teringin se seindah, sehitam, setebal, sekeras, selena, sekotor, sependek, sejarang, serapi, setinggi
KATA IMBUHAN AKHIRAN(kata nama) an makanan, tulisan, manisan, kritikan, latihan wan budayawan, hartawan, sasterawan, karyawan man budiman, seniman wati seniwati, karyawati isme kapitalisme, kelantanisme, nasionalisme in, at, ah hadirin, muslimin, hadirat, muslimat, sultanah ustazah wi manusiawi, duniawi iah alamiah, insaniah nda ibunda, adinda or koruptor, proklamator nya larinya, hebatnya, lajunya, merahnya
KATA IMBUHAN AKHIRAN (kata kerja) kangunakan luaskan menangkan tuangkan musnahkan merdekakan kenakan sampaikan matikan padamkan biarkan i sakiti jauhi dekati hindari baiki sirami masuki dekati hadiahi mulai pelajari
KATA IMBUHAN APITAN(kata nama) pe…an - pelaksanaan, pelantikan, pelucutan pem…an - pembuatan, pembunuhan, pembaikan pen…an - pencapaian, penswastaan, pendudukan peng…an - penggantungan, pengguguran penge…an - pengeraman, pengeboman, pengehadan per…an - persatuan, perdamaian, pertubuhan pel…an - pelajaran, pelbagaian ke…an - kedutaan, kebahasaan, kesungguhan
KATA IMBUHAN APITAN(kata kerja) meng - kan menghilangkan ter – i tersaingi meng - i menggauli di – i didatangi mem - i membasahi di – kan ditentukan mem – kan membebankan ke – an ketulangan men - kan mendermakan memper – i mempercayai me - kan melukakan menge - kan mengehadkan ber - kan berdasarkan ber – an berdekatan per - kan permainkan per - i perbaiki ter - kan terabaikan
KATA IMBUHAN APITAN (kata adjektif) ke…an - kemelayuan kecinaan keinggerisan kearaban kejantanan keemasan keamerikaan keanak-anakan kebetinaan kelaki-lakian kemalu-maluan
KATA IMBUHAN SISIPAN (kata nama) el - telunjuk kelabut kelengkeng telapak pelatuk er - seruling keruping em - jemari in - kinerja tinambah
KATA IMBUHAN SISIPAN (Kata Adjektif) el - kelebak selerak gelembung er - serabut gerigi jerebu genderang em - gemilang gemuruh semerbak gemerlap kemilau (kata kerja) in - sinambung
KATA MAJMUK • Proses yang merangkaikanduaataulebihperkataan, danperangkaianperkataanituakanmewujudkansatukesatuanmakna yang berbedadaripadamaknasebelumnya. Contoh: rumahsakit, kampunghalaman… • Urutanunsurnyaseolah-olahtelahmenjadisatusehinggatidakdapatditukarkantempatnya. Contoh: temudugabukandugatemu, tatapmukabukanmukatatap, kerusimalasbukanmalaskerusi • Urutanunsurnyajugatidakbolehdipisahkandengantidakmerosakkanmakna. Contoh: temuuntukduga, tatapdenganmuka, kerusi yang malas • Terdapatkata yang sama, mungkinberupakatamajmukdanmungkinjugafrasa. Contoh: orangtuaitumasihkuatlutut (frasa); orangtuanyasudahmeninggaldunia (katamajmuk). Contoh lain: bajuhijau, rumahputih, mejabulat…
KATA MAJMUK • Kata majmuk berbeda dengan idiom (ungkapan). Pembentukannya sama, iaitu dibentuk daripada penggabungan dua kata atau lebih • Perbedaannya ialah kata majmuk mewujudkan makna secara langsung dapat ditelesuri daripada makna kata yang digabungkan itu. Contoh: payung terjun – alat seperti payung yang digunakan dalam keadaan terjun dari angkasa. Idiom mewujudkan makna lain yang tiada kaitannya dengan gabungan kata itu. Contoh buah hati bermaksud jantung hati, iaitu kekasih yang tercinta Idiom: A + B mewujudkan makna C A (bulan) + B (madu) = C (masa pengantin baharu menikmati perkahwinan) kata majmuk: A + B mewujudkan makna AB A (rumah) + B (sakit) = rumah (bangunan) untuk merawat orang sakit
KATA MAJMUK • Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu: - rangkai kata bebas, termasuk nama jawatan - istilah khusus - bentuk yang telah mantap
RANGKAI KATA BEBAS cita rasa janji temu alat tulis menteri besar pegawai tadbir jaya diri kapal terbang kereta lembu lembu kereta ketua polis negara jalan raya meja tulis terima kasih ketua menteri naib canselor kereta api kemas kini kenal pasti pasar raya timbalan ketua sidang
ISTILAH KHUSUS ulang kaji reka bentuk kertas kerja mata pelajaran isi padu reka cipta lut cahaya reka letak kaji selidik urus niaga kaji bumi hasil darab kaji cuaca latih tubi rukun negara segi tiga surat cara susut nilai kata sandang kata terbitan
BENTUK KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya
PENGGANDAAN KATA MAJMUK Gandaan Unsur Pertama: kertas-kertas kerja mata-mata pelajaran perdana-perdana menteri pegawai-pegawai tadbir naib-naib canselor Gandaan Seluruh Unsur: kakitangan-kakitangan suruhanjaya-suruhanjaya setiausaha-setiausaha pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK Imbuhan Awalan dan Akhiran: ambil kira mengambil kira ubah suai diubah suai uji bakat menguji bakat daya serap daya serapan kemas kini dikemas kini Imbuhan Apitan: ubah suai mengubahsuaikan kemas kini pengemaskinian pindah milik dipindahmilikkan tandatangan menandatangani cina buta dicinabutakan
KATA GANDA Kata yang mempunyai bentuk dasar yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya PENGGANDAAN PENUH Penggandaan seluruh kata dasar, dan diberi tanda sempang. Contoh: bodoh-bodoh manis-manis duduk-duduk pegawai-pegawai kehendak-kehendak kekasih-kekasih pemimpin-pemimpin tanaman-tanaman apa-apa mana-mana hidup-hidup mangga-mangga jemput-jemput bukan-bukan siapa-siapa
GANDAAN SEPARA Penggandaan sebahagian kata dasar sahaja sama ada di hadapan atau di belakang PENGULANGAN SUKU KATA PERTAMA laki - lalaki - lelaki langit - lalangit - lelangit kuda - kukuda - kekuda tupai - tutupai - tetupai daun - dadaun - dedaun PENGULANGAN KATA DASAR UTAMA Berjalan-jalan, seindah-indah, tercari-cari, cinta-mencintai, tolong-menolong, kejar-mengejari, dirayu-rayu, intai-mengintai…
GANDAAN BERENTAK Penggandaan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu Gandaan Suku Kata Awal: licin-licau, remuk-redam, warna- warni, corat-coret, kelap-kelip, serba-serbi… Gandaan Suku Kata Akhir: sayur-mayur, saudara-mara terang-benderang, punah-ranah, kuih-muih, saki-baki, calar-balar, haru-biru…
GANDAAN YANG LAIN Gandaan Konsonan: gunung-ganang, susup-sasap, gopoh-gapah, suku-sakat, deram-derum, desas-desus, gedebak-gedebuk… Gandaan Bersisipan: tali-temali, jari-jemari, awan-gemawan, kilau-kemilau, gilang-gemilang, tayum- temayum, tulang-temulang… Gandaan Bebas: porak-peranda, simpang-perenang, anak- pinak, lintang-pukang, mentua-taya, patah- riuk, ulang-alik, ipar-duai, gelap-gulita…
BUKAN KATA GANDA • Terdapat kata yang seolah-olah kata ganda tetapi bukan kerana tidak terdapat kata dasar yang diulang. Contoh: biri-biri, rama-rama,sia-sia, tiba-tiba, hati-hati, kupu-kupu, kura-kura, alun-alun, kunang-kunang… • Terdapat juga kata yang sama, mungkin kata ganda dan mungkin juga bukan kata ganda. Contoh: kuda-kuda: banyak kuda (kata ganda) kuda-kuda: sikap tubuh dalam bela diri (bukan kata ganda)
KESIMPULAN • Pembentukan kata bermaksud kata yang telah mengalami proses morfologi, iaitu pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan • Kata tunggal dibentuk daripada kata satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih, dan akronim • Kata berimbuhan dibentuk daripada kata dasar yang menerima awalan, akhiran, apitan,sisipan dan gabungan • Kata majmuk dibentuk dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu rangkai kata bebas, istilah khusus, dan bentuk yang telah mantap • Kata ganda dibentuk secara gandaan penuh, gandaan separa,gandaan berentak dan gandaan yang lain
KATA BIJAK PANDAI • BERKATA BERALASKAN KATA, MEMBERI BERALASKAN BUDI