310 likes | 748 Views
ASSALAMUALAIKUM. WARAHMATULLAHI. WABARAKATUH. ADAB-ADAB. KUMPULAN 1. DENGAN. MEMPERSEMBAHKAN. RASULULLAH. ADAB:-. - Tatacara tingkah laku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati syari’at ALLAH. ORANG YANG BERADAB ADALAH SEORANG YANG:- Bertatasusila Berbudi Bahasa
E N D
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
ADAB-ADAB KUMPULAN 1 DENGAN MEMPERSEMBAHKAN RASULULLAH
ADAB:- • -Tatacara tingkah laku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati syari’at ALLAH. • ORANG YANG BERADAB ADALAH SEORANG YANG:- • Bertatasusila • Berbudi Bahasa • Bersopan Santun • Menghormati Orang Lain
PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DI DALAM PEMBENTANGAN INI:- • -Adab Terhadap Rasulullah Ketika Hayatnya • Adab Terhadap Rasulullah Selepas Kewafatannya • Hikmah Beradab Dengan Rasulullah • Akiibat Tidak Beradab Dengan Rasulullah
Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis antaranya: Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).
ADAB TERHADAP RASULULLAH SEMASA HAYATNYA
Betapa pentingnya beradab terhadp Rasulullah sehinggakan ALLAH TA’ALA banyak berfirman di dalam kitab suci Al-Quran yang menyuruh kita untuk mentaati, berselawat, mengasihi dan mengikut sunnahnya antaranya adalah:- FIRMAN ALLAH TA’ALA YANG BERMAKSUD: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).
Antara adab-adab terhadap Rasulullah S.A.W ketika hayatnya adalah:- ADAB BERGAUL Dikatakan apabila para sahabat bersama Rasulullah, para sahabat sentiasa menunjukkan sikap yang amat menyenangkan dan hanya melakukan sesuatu perkara apabila dibenarkan sahaja.
ADAB MENGHADIRI MAJLIS ‘ILMU Ketika bersama Rasulullah S.A.W dalam majlis ‘ilmu, para sahabat sentiasa menjaga tatasusila majlis. Mereka akan mendengar setiap pengajaran yang disampaikan oleh Rasulullah dengan teliti.Para sahabat akan duduk rapat-rapat, supaya dapat memberi ruang kepada orang lain duduk bersama. Perkara ada disebut di dalam Al-Quran (Surah Al-Mujadalah, 58:11)
ADAB BERCAKAP Para sahabat sangat bersopan ketika bercakap di hadapan Rasulullah S.A.W. Mereka bercakap hanya perkara yang berfaedah seperti bertanya masalah agama atau mengemukakan pendapat. Mereka berbuat demikian kerana adanya firman ALLAH yang bermaksud: Wahai orang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suara semasa bercakap dengan setengah yang lain. (Larangan yang demikian) supaya ‘amal-’amal kamu tidak terhapus pahala, sedang kamu tidak menyedari.
ADAB TERHADAP RASULULLAH SELEPAS KEWAFATANNYA
Disunatkan memperbanyakkan selawat dan salam terhadap baginda membuktikan kasih sayang dan menghormati Rasulullah S.A.W kerana ALLAH akan memberikan rahmat kepada sesiapa yang sentiasa berselewat kepada Rasulullah. Ini disebutkan di dalam sebuah hadis yang maksudnya ialah: • “Daripada Abdullah Bin Amru Bin Al-’As r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang berselawat untukku sekali, ALLAH akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali. • Semasa melawat makam Baginda di Madinah pula, kita diingatkan untuk tidak bercakap dengan nada yang kuat sehingga mengganggu jemaah lain. Kita juga dilarang sekeras-kerasnya untuk melakukan perkara-perkara yang khurafat tetapi sebaliknya kita dikehendaki memberi salam terhadap nabi dengan ucapan: • “ASSALAMUALAIKUM AYYUHAN NABIYYUL KARIMU WAR RASULUL ‘AZIMU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH”
SOALAN • Terangkan dua adab terhadap Rasulullah selepas kewafatan Baginda • i) • ii)
HIKMAH BERADAB TERHADAP RASULULLAH S.A.W
Menetapkan keimanan dan ketaatan kepada Rasulullah S.A.W • Mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah S.A.W • Menguatkan rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W • Dapat mencontohi dan mengamalkan adam sopan dan akhlak mulia yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W • Meningkatkan penghayatan syari’at ALLAH melalui pelaksanakan ‘ibadah fardhu dan sunnah. • Mengelakkan dakyah penyelewengan musuh-musuh Islam
AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN RASULULLAH
Tidak mendapat hidayah dan bimbingan Rasulnya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat . • Timbul perasaan tidak yakin dengan meng’amalkan sunnah Rasulullah • Menjauhkan diri daripada melaksanakan tuntutan Islam • Menghakis nilai sensiviti terhadap ajaran Islam • Mudah terpengaruh dengan anasir luar yang merusakkan agama mereka seperti mempersendakan hukum ALLAH san sunnah Muhammad. • Terhakis nilai kesopanan dan kesusilaan kerana tidak lagi mengikut aswatu hasanah Rasulullah • Hilang rasa hormat dan cinta akan Rasulullah
Antara nas-nas Al-Quran yang memrintahkan kita supaya: Beradab Terhadap Rasulullah Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63). Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).
Mentaati Rasul Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33). Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7). Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).
Berselawat Kepada Rasul Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).
Mengasihi Rasulullah Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain… (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Mengikut Sunnah Rasulullah Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
2) Sila berikan satu ayat Al-Quran atau Hadis yang menyuruh kita mengasihi Rasulullah. i) ii) Diskaun 20% iii)
3) Tolong tuliskan dua Hadis yang menyuruh kita berselawat ke atas junjungan besar kita. i)
4) Apakah akibat tidak beradab dengan Rasulullah i) ii) iii)
SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALAMU ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
THANKS FROM SOLIHIN FAEEZ AMIRUL AIMAN FARIS AZIM
BERTEMU DAN BERPISAHNYA KITA KERANA ALLAH Pertemuan antara kita, Tidak pernah dirancang, Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil, Yang mengetahi suara hati kita, Yang mengimpikan seorang insan, Bergelar teman… Walau bukan aku yang diharapkan, Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu, Mungkin kehadiranku tidak pernah di nanti, Namun…tiada waktu secalit kekecewaan, Apatah lagi kekesalan di hati ini, Malah…aku amat menghargai pertemuan ini, Kerana dengannya, Terjalinlah sebuah persahabatan…
Perpisahan… Ternyata amat menyakitkan, Sering kali mengundang air mata, Keindahan dan kebahagian yang kita nikmati bersama, Bagai di sentap pergi serta merta. Walaupun bergitu… Ingatlah sahabatku… Bertemu dan berisahnya kita kerana Allah, Oleh itu, terimalah ia dengan penuh keredhaan. Sekiranya ingatanmu singgah padaku, Kirimlah sepotong doa’ tika itu, Moga masih ada pertemuan selepas ini, Jika tidak di dunia yang fana’ ini, Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi, Insya-Allah!!! -Solihin Faeez Bin Mohd Shukri