190 likes | 779 Views
SEGERA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR. PENDIDIKAN ISLAM. TINGKATAN 2 MARIKH S.M.A.P.K . KAEDAH MEMPELAJARI AL-QURAN. TALAQQI MUSYAFAHAH - kaedah tertua dan dipraktikkan Jibril as kepada Rasulullah. - maksud talaqqi : - bahasa : pertemuan secara hadapan atau bersemuka.
E N D
SEGERA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 MARIKH S.M.A.P.K
KAEDAH MEMPELAJARI AL-QURAN • TALAQQI MUSYAFAHAH - kaedah tertua dan dipraktikkan Jibril as kepada Rasulullah. - maksud talaqqi: - bahasa: pertemuan secara hadapan atau bersemuka. - istilah: pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. - maksud musyafahah: - bahasa: sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. - istilah: murid menerima pengajaran secara mengikut sebutan guru dan mengikut pergerakan bibir guru.
2. KAEDAH TADARUS - maksud: bahasa: belajar mengajar Istilah: pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yg sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.
AYAT KEFAHAMAN AL- IMRAN 133-136
MAKSUDNYA : AYAT 133 “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.” AYAT 134 “Iaitu orang yang menafkahkan hartanya pada masa senang dan susah, dan yang sanggup menahan marahnya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan.”
AYAT 135 “Dan ( juga ) orang yang apabila melakukan perkara keji atau menganiayai diri sendiri , mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka. Siapa lagi yang mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus mengulangi perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengetahui.” AYAT 136 “Orang yang demikian itu sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan untuk orang yang beramal.”
MENGAWAL DIRI KETIKA MARAH MEMBELANJAKAN HARTA DI JALAN ALLAH SIFAT ORANG YG BERTAQWA SEGERA BERTAUBAT APABILA MELAKUKAN DOSA MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN
KONSEP TAUBAT MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH ATAS DOSA DAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN. MAKSUD TAUBAT TAUBAT YG DITERIMA TAUBAT NASUHA
NIAT • MENYESAL ATAS PERBUATAN YG DILAKUKAN. • BERAZAM TIDAK AKAN MENGULANGI DOSA YG DILAKUKAN. CARA BERTAUBAT UCAPAN BERISTIGHFAR & • BERISTIGHFAR DENGAN MENYEBUT ASTAGHFIRULLAHAL ‘AZEEM.. • MEMOHON MAAF ATAS KESALAHAN TERHADAP MANUSIA • MENINGGALKAN PERBUATAN DOSA YG PERNAH DILAKUKAN. • MENGEMBALIKAN HAK ORANG LAIN YG DIAMBIL. • MENINGKATKAN AMALAN SOLEH DAN KEBAJIKAN TINDAKAN
أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحى القيوم و أتوب إليه Contoh istighfar:
سيد استغفار (عملكن ستياف هاري) اللهم أنت ربي لا إله الا أنت خلقتني, و أنا عبدُك و أنا على عهدِك ووعدِك ما ستَطعتُ , أعوذ بك من شرِّ ما صنعتُ, أبوءُ لك بنعمتِك عليِّ و أبوءُ بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفرُ الذنوبَ إلا أنتَ.
KESAN & GANJARAN ORG YG BERTAUBAT • Menikmati ketenangan hati. • Mendapat kejernihan jiwa. • Bertambah iman dan amalan soleh. • Bertanggungjawab terhadap ilmu, keluarga, • bangsa dan negara INDIVIDU • Hak masyarakat terpelihara dan terjamin. • Gejala sosial berkurangan. • Terdorong melakukan kebaikan. • Tidak mementingkan diri. KESAN MASYARAKAT • Pembangunan negara berjalan dengan lebih pesat. • Pengurusan dan pentadbiran yg telus, adil, berani, jujur dan amanah. NEGARA
Mendapat keampunan dan keredhaan Allah s.w.t • Mendapat ganjaran syurga yang penuh dengan nikmat yang berkekalan. GANJARAN • Dimurahkan rezeki dan mendapat pertolongan Allah. • Disayangi dan dihormati oleh masyarakat.
PENGAJARAN AYAT • Manusia wajib bertaubat atas dosa dan kesalahan yg dilakukan. • Orang yg bertaqwa membelanjakan harta ke arah yg bermanfaat. • Mengawal diri ketika marah adalah sifat terpuji. • Sifat pemaaf membentuk peribadi yg tenang dan berketerampilan. • Mengingati Allah dapat mencetuskan rasa insaf dan bertaubat kepadanya.
INFO AD-DIN Firman Allah yg bermaksud: Jgnlah kamu meletakkan tangan kamu di tengkuk kamu (bersifat bakhil) dan jangan pula kamu melaksanakannya terbuka luas (bersifat boros) nnti kamu akan terduduk menyesal atas perbuatan kamu itu. (surah Al-Isra’: 17:29)
CARA UTK MENGHILANGKAN MARAH MENGUCAP A ‘UZUBILLAA HIMINASYSYAI TONIR RAJIM.. MENGAMBILWUDHUK DUDUK JIKA SEDANG BERDIRI BERBARING JIKA SEDANG DUDUK
KATEGORI PEMARAH LAMBAT MARAH, CEPAT HILANG KEMARAHAN CEPAT MARAH, LAMBAT HILANG KEMARAHAN CEPAT MARAH, CEPAT HILANG KEMARAHAN LAMBAT MARAH, LAMBAT HILANG KEMARAHAN
TAUBAT YG DITERIMA OLEH ALLAH IALAH TAUBAT NASUHA. IAITU TAUBAT YG SEJATI, BERSUNGGUH2 DAN MENEPATI SYARAT2NYA. KITA HENDAKLAH BERTAUBAT KEPADA ALLAH ATAS DOSA YG DILAKUKAN DAN MEMOHON MAAF SEKIRANYA KITA MELAKUKAN KESALAHAN SESAMA MANUSIA. MELAKUKAN DOSA YG BERTERUSAN MENYEBABKAN HATI MENJADI HITAM KERANA SETIAP KALI DOSA DILAKUKAN, TERTITIK SATU TITIK HITAM DI HATI MANUSIA.