1 / 9

PROSES MENGANALISIS PUISI

PROSES MENGANALISIS PUISI. Aspek-aspek Kajian Sajak. Bentuk Maksud Persoalan Tema Corak. Aliran Nada Gaya bahasa Memprosa perutusan. Maksud. D alam menghuraikan maksud, kita mempunyai kebebasan mengikut fahaman masing-masing.

amalie
Download Presentation

PROSES MENGANALISIS PUISI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PROSES MENGANALISIS PUISI

  2. Aspek-aspek Kajian Sajak • Bentuk • Maksud • Persoalan • Tema • Corak • Aliran • Nada • Gaya bahasa • Memprosa • perutusan

  3. Maksud • Dalam menghuraikan maksud, kita mempunyai kebebasan mengikut fahaman masing-masing. • Satu rangkap hendaklah dihuraikan dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci. • Setiap ayat, baris, perkataan simbolik dan sebagainya perlu diberikan maksud. Dengan kata lain, ianya menyampaikan suatu mesej dalam bentuk huraian biasa yang dipindahkan daripada satu sajak. • Ada kalanya, latar belakang penulis sajak perlu diketahui bagi menyoking kefahaman pembaca.

  4. Persoalan • Sesebuah sajak selalunya mempunyai satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. • Biasanya satu rangkap mengandungi satu persoalan. Jika sajak itu mempunyai tiga rangkap, boleh jadi ia mempunyai tiga persoalan. • Selalunya antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan, rasuah, kebebasan, sosial, cinta, ketuhanan, pelajaran, perperangan dan sebagainya. • Untuk mendapatkan persoalan, langkah awal yang perlu dilakukan ialah memberikan maksud keseluruhan sajak.

  5. Tema • Tema ialah suatu ide (ekspresif) atau pemikiran (gagasan) pengkarya. • Ianya tidak ditulis (bersifat abstrak). • Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak itu. • Dalam hal ini, persoalan yang paling penting boleh disimpulkan menjadi sebuah tema.

  6. Proses Mendapatkan Tema • Proses mendapatkan tema boleh dilihat seperti di bawah ini : Rangkap 1 → Maksud → Persoalan Rangkap 2 → Maksud → Persoalan Rangkap 3 → Maksud → Persoalan Rangkap 4 → Maksud → Persoalan TEMA

  7. Sajak : Melayu Islam Beraja Sejarah Melayu gagah perkasa, Islam menjulang tamadun bangsa, Raja disanjung taat setia, Calak MIB akar umbinya. Dihasilkan oleh Zwan (2010)

  8. Aktiviti • Buat dua kumpulan. • Dengan menggunakan sajak “Kau dan aku” – A. Rahim Hamid, setiap kumpulan dikehendaki membuatkan satu analisis tentang maksud, persoalan dan tema yang terkandung di dalamnya. • Hasil kerja akan dibentangkan dihadapan.

  9. Sajak Kau dan aku – A. Rahim Hamid Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah Kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih Jadilah anakmu Anak perkasa yang gagah Mata bolanya api yang merah Dan kau pun jadi lilin lembut Di rumahmu Anak-anakmu lebih bersuara lantang Matamu mampu berkelip-kelip cuma Jiran masih mengatakan kau baik hati Senang hatimu menerima pujian Kau pun semakin sunyi Anak-anakmu semakin berani Berguru liar Pada gagak-gagak hitam di rimba Dan kau sedar kini... Langkahmu terbelenggu Anakmuu si manis pula pulang Bersama cucumu rambutnya perang Jiram masih mengatakan kau baik hati sedang hatimu semakin pilu... Beginilah lumrah alam Kau pun tersisih dari anak-anakmu Di pelabuhan waktu Kau di sisiku di hujung perjalananmu Dan aku pun terpisah

More Related