490 likes | 889 Views
Tajuk 2: STRUKTUR PENDUDUK, GUAN TENAGA DAN UPAH. Pertumbuhan penduduk merupakan tajuk penting dalam ekonomi pembangunan, Dipercayai pertumbuhan penduduk yang terlalu pantas dan tidak terkawal akan membantutkan usaha pembangunan dan taraf hidup penduduk tidak dapat diperbaiki.
E N D
Pertumbuhan penduduk merupakan tajuk penting dalam ekonomi pembangunan, • Dipercayai pertumbuhan penduduk yang terlalu pantas dan tidak terkawal akan membantutkan usaha pembangunan dan taraf hidup penduduk tidak dapat diperbaiki.
Saiz penduduk sesebuah negara dipengaruhi oleh dua faktor, • kadar pertambahan semulajadi • kadar migrasi atau, n = N + MB n = (KL – KM) + (MM –MK)
di mana, n = kadar pertambahan penduduk bersih. N = kadar pertambahan semula jadi KL = kadar kelahiran KM = kadar kematian MB = kadar migrasi bersih MM = kadar migrasi masuk (imigrasi) MK = kadar migrasi keluar (emigrasi)
Tahun Sem.M’sia Sabah Sarawak Jumlah 1911 2.34 0.21 0.23 2.81 1921 2.91 0.26 0.29 3.47 1931 3.75 0.28 0.37 4.44 1951 5.42 0.33 0.60 6.35 1960 6.79 0.45 0.74 7.99 1970 9.15 0.65 0.97 10.78 1980 11.47 1.05 1.35 13.88 1990 14.62 1.47 1.67 17.76 2001 23.78 Jadual 2.1: Penduduk Malaysia (juta)
Tempoh Kadar petumbuhan penduduk Malaysia UK Belgium Luxemburg Jerman Barat 1971-75 2.7 1976-80 2.6 0.0 0.0 -0.2 -0.2 1981-85 2.4 1986-90 2.7 Jadual 2.2 : Kadar pertambahan penduduk
Berbanding dengan negara-negara maju, kadar pertumbuhan penduduk Malaysia adalah besar. • Masalah pertumbuhan penduduk lebih meruncing di negara-negara miskin dan membangun berbanding negara-negara maju.
Ciri-ciri penduduk Malaysia. • Faktor tumpuan kawasan. • kebanyakan penduduk tertumpu di Semenanjung Malaysia. • kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia pula tertumpu di kawasan pantai barat berbanding pantai timur.
1970 1995 Semenanjung Malaysia 8.8 juta 16.4 juta Sarawak 0.98 juta 1.89 juta Sabah 0.65 juta 2.39 juta Jadual 2.3 Taburan penduduk Malaysia
Ciri ini terhasil dari faktor sejarah dan kemajuan ekonomi. • Pada tahun 1970 didapati sebahagian besar peduduk tinggal di luar bandar. • Tetapi usaha-usaha pembangunan telah mengalakkan perbandaran dan perindustrian dan mengubah corak kependudukan menjadi lebih seimbang antara desa dan bandar.
1970 1985 Luar bandar 71.2 % 59.0 % Bandar 28.8 % 41.0 % Jadual 2.4 Taburan penduduk desa-bandar.
Komposisi mengikut kaum. • Didapati penduduk Melayu kebanyakannya tinggal di luar bandar. (70%) • Penduduk China agak seimbang taburannya di bandar (59.2%) dan desa (40.8%) • Begitu juga dengan penduduk India , dengan 43.5 % tinggal di bandar, dan 56.5% tinggal di desa.
3. Komposisi penduduk mengikut jantina • jumlah penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan.
1970 1996 Lelaki 5.5 juta 10.8 juta Perempuan 5.4 juta 10.3 juta Jadual 2.5 Penduduk mengikut jantina.
4. Penduduk mengikut struktur umur • diawal tahun 1970 an penduduk lingkungan umur kanak-kanak adalah besar jumlahnya. • Ini menyebabkan kerajaan membelanjakan jumlah yang besar untuk kemudahan kesihatan dan pendidikan rendah.
Di tahun 1995 didapati peratus penduduk kanak-kanak kurang berbanding penduduk dewasa. • Perbelanjaan kerajaan tertumpu pula kepada penyediakan keperluan golongan dewasa, contohnya sekolah menengah , pusat pengajian tinggi dan pusat latihan.
Dasar pengenai gunatenaga menjadi semakin penting. • Didapati penduduk golongan tua (lebih dari 64 tahun) masih kecil, boleh dikatakan Malaysia adalah negara yang masih muda. • Akan tiba masa dimana penduduk tua ini besar bilangannya, dan negara akan memerlukan dasar khas bagi menangani keperluan mereka.
1970 1995 0-14 tahun 44.5 % 35.0 % 15-64 tahun 52.2 % 61.4 % Lebih 64 tahun 3.3 % 3.6 % Jadual 2.6 Struktur umur penduduk Malaysia.
Tenaga Buruh Dan Guna Tenaga. Jumlah penduduk < 15 tahun 15-64 tahun > 64 tahun Tenaga buruh Di luar tenaga buruh Bekerja Menganggur
Guna tenaga (bekerja). • penduduk yang bekerja untuk mendapatkan upah atau untung atau habuan keluarga. • Penduduk yang berehat atau bercuti dari pekerjaan atau perniaggan tetapnya.
Pembantu atau pekerja yang tidak bergaji tetapi menjalankan aktiviti ekonomi - pekerja ahli keluarga.
Golongan menganggur • penduduk yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan upah atau untung • penduduk yang tidak mencari pekerjaan, tetapi sedia bekerja jika ditawarkan pekerjaan.
Golongan di luar tenaga buruh • Tidak semua penduduk lingkungan umur bekerja dirujuk sebagai tenaga buruh. • Ada yang dikelaskan sebagai di luar tenaga buruh, contohnya
mereka yang terus-menerus cacat anggota atau mental dan tidak boleh bekerja. • Mereka yang telah bersara dan berasa telah terlalu tua atau sengaja tidak mahu bekerja. • Penganggur sukarela – sengaja tidak berminat mencari dan menerima pekerjaan.
4. Penuntut sekolah atau pusat pengajian tinggi. 5. Terlibat dengan kerja rumah sendiri, contohnya suri rumah.
Gunatenaga penuh. • keadaan lebihan peluang pekerjaan. • Bilangan pekerjaan kosong melebihi bilangan pencari pekerjaan
Gunatenaga tidak penuh. • ditemui bila sumbangan pekerja kepada pengeluaran adalah kecil sahaja. • Pekerja begini selalunya memerlukan kerja-kerja tambahan untuk menambah pendapatan.
Sektor 1970 1985 1995 Pertanian 52.5 31.3 18.0 Perlombongan dan kuari 2.6 0.8 0.5 Pembuatan 9.5 15.2 25.9 Pembinaan 2.7 7.6 8.3 Kemudahan awam 0.1 0.7 0.9 Pengangkutan, perhubungan dan penyimpanan 3.9 4.3 5.0 Perdagangan borong, runcit, hotel dan restauran 9.3 16.3 16.8 Kewangan, insurans, hartanah dan khidmat perniagaan 0.1 3.5 4.8 Perkhidmatan kerajaan 8.5 14.6 11.0 Perkhidmatan lain 9.6 5.5 8.7 Jumlah guna tenaga (000) 3328 6526 7915.4 Jadual 2.7 Gunatenaga mengikut sektor (%)
1970 1985 1995 Tenaga buruh (000) 3597 6039 8140 Pengangguran 269 414 224.6 % pengangguran 7.5 6.9 2.8 Jumlah penduduk (000) 10810 15864 20689 Jadual 2.8 (sambungan)
Pengangguran. • Jenis-jenis pengangguran: • Pengangguran bergeser. • tidak bekerja kerana perpindahan pekerjaan. • Merupakan pengangguran jangka pendek.
2. Pengangguran teknologi. • berlaku kerana ada perubahan teknologi di tempat kerja. • Cara pengeluaran baru tidak memerlukan begitu ramai pekerja, ada yang diberhentikan.
3. Pengangguran sekular(kitaran) • berlaku bila ekonomi antarabangsa mengalami kelembapan, • kurang aktiviti ekonomi jadi kuranglah pekerja digunakan.
4. pengangguran bermusim. • didapati terutamanya di sektor pertanian. • Bila musim menanam dan menuai ramai pekerja diperlukan • Tetapi diantara musim, ramai pekerja menganggur .
5. pengangguran struktur. • terjadi kerana tiada keselarasan diantara permintaan dan penawaran pekerja. • Jenis dan kemahiran pekerja yang disediakan tidak memenuhi keperluan oleh majikan.
6. Pengangguran tak ketara. • terjadi kerana kelayakan pekerja adalah tidak setara dengan pekerjaan yang dibuatnya. • Pekerja dengan kelulusan tinggi menjalankan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran tinggi. • Selalunya upah yang diterima oleh pekerja jauh lebih rendah dari keupayaannya.
Migrasi dan urbanisasi. • migrasi penting bagi mengimbangi tahap pembangunan antara wilayah. • Dapat mengagihkan semula nisbah faktor buruh dengan faktor-faktor lain. • Pengagihan semula ini selalunya menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi. • Negeri atau kawasan yang maju selalunya menjadi tumpuan migrasi.
4 jenis migrasi ialah; 1. desa ke desa – contohnya dari desa ke rancangan FELDA. 2. Desa ke bandar - diperlukan bagi proses pembangunan, terutamanya dalam keadaan buruh berlebihan di desa. 3. Bandar ke bandar. 4. Bandar ke desa.
Faktor-faktor yang menyebabkan migrasi. • pendapatan yang rendah. • Pulangan pertanian yang rendah • Masalah pengangguran dan guna tenaga tidak penuh.
Strategi guna tenaga. • diantara strategi guna tenaga yang telah dilaksanakan sejak merdeka termasuklah; 1. membuka tanah-tanah baru untuk sektor pertanian.
2. Menubuh dan memperkembangkan industri pembuatan, terutama yang berintensifkan buruh. 3. Mengadakan peluang pekerjaan di bidang pembinaan, pengangkutan dan kemudahan awam.
4. Memberi latihan dan kemahiran kepada rakyat. 5. Meningkatkan daya mengeluaran buruh.
Peningkatan Daya Pengeluaran Buruh. • Negara sedang membangun mengalami masalah kekurangan tenaga buruh. • Usaha perlu ditumpukan bagi meningkatkan daya pengeluaran buruh. Daya pengeluaran = jumlah output buruh jumlah pekerja
Ini benar di sektor-sektor atau kewasan-kawasan yang mengalami kekurangan tenaga kerja. • Diantara usaha-suaha yang telah dijalankan • menyediakan insentif berbentuk upah dan kemudahan • menubuhkan institusi latihan baru
3. membawa masuk teknologi dari luar untuk membantu pekerja meningkatkan pengeluaran
Upah di pelbagai sektor. • dalam tahun 1970 an upah di Malaysia meningkat dengan perlahan, kerana ada lebihan buruh • dalam tahun 1980 an dengan perkembangan perindustrian, terjadi kekurangan buruh, oleh itu kadar upah mengingkat.
Sektor 1981 1983 1985 1987 1990 Perkilangan 438 541 639 637 691 Pembinaan 471 569 609 590 634 Perlombongan 766 986 1395 1914 1731 Pertanian (ladang getah) 273 309 303 334 356 Perkhidmatan (Perbankan) 1249 1483 1678 1679 1878 Jadual 2.7 : Kadar upah bulanan purata mengikut sektor (RM)
Dalam tempoh 1981 hingga 1984 upah purata meingkat bagi kebanyakan sektor. • Bagaimana pun, semasa kemelesetan ekonomi antara 1985 hingga 1987 upah purata bagi sektor perkilangan dan pembinaan dan perlombongan telah jatuh. • Keadaan pulih semula pada tahun 1990 bagi sektor-sektor ini, kecuali bagi sektor perlombongan di mana upahnya terus jatuh.