160 likes | 529 Views
BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu. Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Pengenalan. Undang-undang Melayu wujud sejak pemerintahan kerajaan Melayu Melaka.
E N D
BBM 3104 Kuliah 10- SambunganKitab Undang-undang Melayu Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
Pengenalan • Undang-undang Melayu wujud sejak pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. • Lebuh merupakan arahan-arahan atau titah raja kerana pengubalannya dibuat oleh raja. • Dengan yang demikian, raja adalah pemutus bagi setiap hukuman • Contoh: • Hukum Kanun Melaka • Undang-undang laut Melaka • Undang-undang Pahang • Undang-undang Kedah
3 kategori undang-undang - R.O.Winstedt • Kumpulan Adat Perpatih – keturunan Minangkabau di N.Sembilan. Dalam bentuk perbilangan • Kumpulan Adat Temenggung- terbahagi kepada 3 bahagian: • a. hukum mengenai perlembagaan, jenayah dan awam. Banyak memperlihatkan pengaruh Hindu dan syariah Islam
b. undang-undang di pelabuhan bagi menjaga kepentingan kapal-kapal dan saudagar. • c. Undang-undang pelayaran atau undang-undang laut • 3 Undang-undang Islam- mirip kepada ajaran Shafie dan banyak menghuraikan hal-hal tentang perkahwinan dan cerai talak
Undang-undang Melayu lama berbeza di antara setiap negeri. • Dipercayai Hukum Kanun Melaka (HKM) atau Undang-undang Melaka yang tertua, lebih tua daripada Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Acuan bagi membuat undang-undang yang lain. • Mengikut Sejarah Melayu- HKM disusun dalam pemerintahan Sultan Muzafar Shah (1446-1456TM) tetapi diatur dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1989-1511TM)
Hukum Kanun Melaka(HKM) • Dipercayai dibuat oleh Iskandar Zulkarnian. • Dapat dibahagikan kepada 3 bahagian- Prof Taib Osman • a. undang-undang berkenaan dengan adat lembaga negeri • b. berkenaan dengan perkara-perkara jenayah • hukum awam
Menerangkan adat-adat raja dan larangannya,tugas-tugas bendahara, temenggung, bendahari dan syahbandar. • Fasal satu- larangan kepada rakyat memakai pakaian kuning, pakaian nipis, memakai keris berulu emas dsb. • Diterangkan juga empat perkara yang menjadi syarat raja dan hamba iaitu pengampunan, murah hati, sabar dan berlaku adil. • Fasal kedua- cara-cara berbahasa iaitu bahasa diraja dan bahasa rakyat
Fasal ketiga- larangan kepada rakyat menggunakan payung kuning. • “ …segala orang-orang besar-besar dan orang-orang yang mulia-mulia dan rakyat yang mati tiada boleh berpayung kuning dan berpundai dan menghambur dirham melainkan dengan kurniaan raja…” • Fasal keempat – hukum negeri dan anak sungai serta dusun tertakluk pada negeri itu. • Fasal kelima- mengenai perbuatan jenayah • Fasal keenam- mengenai orang yang mengamuk • Fasal ketujuh- hukum membunuh hamba abdi • Fasal kelapan hukum menetak orang antara orang yang merdeka dengan hamba abdi. • Fasal kesembilan- orang yang berhak membunuh, iaitu Bendahara sewaktu menangkap orang, syahbandar jika arahannya tidak dipatuhi dan nakhoda ketika berada di laut
Fasal ke-11- tentang mencuri • Fasal ke-12 hukum menawan anak isteri orang • Fasal ke-13 mengenai menjual titah • Fasal ke-14 perihal tuduh menuduh dan sangkal menyangkal • Fasal ke-16 mengenai fitnah memfitnah • Fasal ke -18 hukum membunuh orang dan memasuki kampung orang. • Fasal ke-21 tentang kerbau menanduk orang atau membinasakan tanaman. • Fasal ke-22 mengenai orang yang menjadi hamba kerana tidak dapat melunaskan hutang. • Kesimpulan: HKM meliputi seluruh segi hidup daripada adat raja, larangan, tanggungjawab pegawai hinggalah hukum jenayah dan awam kecuali pembahagian harta
Undang-undang Laut Melaka (ULM) • R.O Winstedt- ULM digubal untuk kegunaan kapal-kapal Bugis yang datang berniaga ke Melaka. • Prof Taib Osman- ULM untuk keperluan perdagangan • ULM dimulai dengan ayat-ayat suci al-Quran.
Fasal satu- tentang tugas-tugas pegawai dalam perahu. • Fasal kedua-hukum zina. Hukum berzina boleh dihukum bunuh atau didenda atau dujadikan hamba oleh nakhoda. • Fasal ketiga – tentang harta yang dicari. Menjadi milik nakhoda dan diberi kepada pencari atas pertimbangan nakhoda. • Fasal keempat, kelima dan keenam – tentang orang lari dari kapal, orang yang ditolong semasa kapal karam dan hukum memaki hamun.
Rumusan ULM • Meliputi segala perbuatan semasa pelayaran. • Memasukkan unsur Islam seperti muslim hendaklah sentiasa mengerjakan suruhan Allah. • Secara tidak langsung menggambarkan kebiasaan raja dan orang-orang besar dalam bidang perniagaan dan menjaga kepentingan diri sendiri
Undang-undang Pahang (UP) • Terbahagi kepada tiga bahagian: • a. bersangkutan dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai. • b. tentang jenayah • Hal-hal awam • Lebih kemas daripada HKM. • Tidak banyak campur aduk dalam satu bab • Lebih mirip hukum Islam- lebih menitikberatkan hukum Allah daripada perintah raja
Perbezaan dengan HKM- mengenal jual rumah dan tanah. • Berkait rapat dengan pergerakan masyarakat dan membicarakan hak-hak wanita berdasarkan ajaran Islam. • Berbeza dengan HKM dalam Fasal kedua- huma yang ditinggalkan selain taman-taman, memasuki kampung orang, pinjam meminjam barang perhiasan, derhaka kepada raja, jual beli, hukum zina, murtad, tidak sembahyang, sabil, bunuh membunuh orang dan binatang dan hal-hal orang-orang islam yang ditawan dalam perang, merampas harta dan tugas pegawai-pegawai mahkamah.
Undang-undang Kedah (UK) • Mengandungi empat bab: • a. Undang-undang Seri Paduka mengandungi 16 fasal. Tentang hukum pertanian, ternakan dan tugas-tugas ketua kampung yang mengawal keamanan kampung serta dedikasi dan bertanggungjawab, urusan jual beli dan seumpamanya. • b. Undang-undang pelabuhan mengandungi 16 fasal – tentang urusan perdagangan, perniagaan di pelabuhan, ketua-ketua yang mengawal perahu dagang dsb. • c. Hukum Kanun Dato’ Kota Star menceritakan tugas dan larangan bagi raja-raja dan pembesar negeri. • d. Bahagian terakhir- fasal-fasal tentang bunga emas, alat kebesaran kerajaan dan adat meminang.
Kesimpulan • Undang-undang Melayu lama- - satu hasil sastera yang dapat mencerminkan keadaan hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu lama. • Menonjolkan gaya penulisan atau gaya bahasa pada zaman itu.Menggunakan kiasan serta ibarat. Contoh: • “Jikalau tiada raja-raja itu nescaya tiada akan tentu ehwal segala rakyat, maka jadilah mereka itu seperti kambing tiada bergembala maka dimakanlah oleh yang kuat akan yang lemah”