220 likes | 498 Views
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi. Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM. Biodata. Peranakan keling dan Arab Dilahirkan di Melaka pada tahun 1796 Dididik oleh bapanya untuk membaca dan menulis
E N D
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM
Biodata • Peranakan keling dan Arab • Dilahirkan di Melaka pada tahun 1796 • Dididik oleh bapanya untuk membaca dan menulis • Menguasai bahasa Arab, Tamil, Melayu dan Inggeris • Dibesarkan di bawah pemerintahan Inggeris di Melaka
Biodata • Menjadi jurutulis Raffles • Persahabatan AM dengan Rev.William Milne dan paderi C.H. Thomson membolehkan Abdullah mempelajari bahasa Inggeris dan orang Inggeris mempelajari bahasa Melayu. • Membantu menterjemah kitab-kitab agama Kristian. • AM dikecam oleh sesetengah gol Melayu
Pengalaman AM • Pengalaman hidup dan bergaul dengan Inggeris, AM berasa terhutang budi dengan kerajaan Inggeris. • Mengkritik keburukan dan kekejaman golongan bangsawan Melayu yang menyebabkan kejatuhan bangsa Melayu keseluruhannya • Keberanian AM mengkritik golongan bangsawan disebabkan oleh • AM bukan Melayu tulen • Tidak duduk di bawah kuasa raja
Pendapat C.Hooykaas tentang AM • “ bukanlah suatu mata dalam rangkaian rantai tetapi seorang yang tinggal sendiri dalam masa kebudayaan Melayu roboh dan kesusasteraan layu. Meskipun karangannya yang pertama sekali dicetak, tetapi tidak ada yang meneladan”
Karya-karya AM • Syair Singapura Terbakar (1830) • Dawa’i ‘I-Kulud (1838) • Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul kadir Munshi dari Singapura ke Kelantan (1838) • Syair Kampung Gelam Terbakar (1847) • Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1849) • Kisah Pelayaran Abdullah Ke Negeri Jeddah (tidak tamat kerana AM meninggal dunia di Jeddah dalam bulan Oktober 1854)
Gaya bahasa AM • Melanjutkan gaya bahasa Melayu klasik • Hanya mengenali bentuk syair dan pantun • Menggambarkan sesuatu perkara dengan jelas menjadikan gambaran peristiwa itu lebih topikal • Mengekalkan perkataan ‘hikayat’ kerana AM tidak mengenali istilah memoir atau autobiografi • Kebiasaan mengakhiri perkataan dengan ‘adanya’ • Bahasa sehari-hari, ayat pendek dan tepat serta perengan moden
Contoh • “ Maka semenjak ia sampai ke Melaka itu, maka pada tiap-tiap petang ia berjalan kereta. Pada sehari ia pergi melihat mesjid, dan sehari ia pergi melihat tempat berhala China, dan sehari ia pergi melihat tempat berhala Hindu dan Nasrani, ia berkeliling-keliling negeri Melaka itu. Maka barang di mana orang bertemu keretanya, baik orang kaya atau orang hina pun, berhentilah untuk memberi tabik akan dia; maka dengan segeranya ia membalas tabik; maka terkadang kebanyakan orang memberi tabik pada sepanjang lorong, maka dipegangnya saja cepiaunya tidak dipakainya, melainkan digoncang-goncangnya sahaja cepiau itu dengan muka yan gmanis dan kelakuan yang tertib….” (Hik. Abdullah Bk 1)
Sikap AM • Tidak melawan tradisi nenek moyang lalu tidak membawa isterinya berpindah ke Singapura. Setelah isterinya meninggal dunia, barulah AM membawa anak-anaknya berpindah • Mengkritik kejatuhan bangsa Melayu kerana tiada pelajaran, miskin, dibiarkan oleh raja-raja malah raja adalah perosak rakyat
Sikap AM • Menganggap gaya bahasa Sejarah Melayu itu murni lalu mengusaha penerbitan Sejarah Melayu tetapi hanya mementingkan bahasanya. • Menasihat orang-orang Melayu mempelajari bahasanya terlebih dahulu sebelum menguasai bahasa lain • Mengesyor kanak-kanak diberi pelajaran memahami kandungan Al-Quran bukan sekadar membacanya. • Tidak setuju dengan pendidikan secara paksaan dan pukul- bantai seperti yang pernah dilaluinya. • Mencadangkan pendidikan secara lemah lembut sambil memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak seperti hormat, amanah, bersungguh-sungguh, tekun, tidak membuang masa, bertimbang rasa dsb.
Semangat Kebangsaan • Membela kemurnian bahasa Melayu tetapi tidak mengaku bahawa beliau orang Melayu. Terbukti beliau hanya membela orang Melaka tetapi bukan atas nama orang Melayu • Ekoran daripada itu, hikayat beliau hanya dijadikan buku bacaan biasa. Selepas PD II baharu HA dijadikan bahan kajian utama dalam pengkajian sastera lama dan catatannya dianggap sebagai dokumen penting.
Ekonomi • Kezaliman raja-raja Melayu menyebabkan kejatuhan bangsa Melayu. • Bangsa lain mengaut keuntungan.
Kegiatan Lanun • Berleluasa semenjak kedatangan bangsa Eropah • Penjajahan dan penindasan bangsa asinglah menjadikan orang Melayu bertindak berlawanan dengan adat resam hidup
Brunei menjadi sasaran rompakan lanun kerana kaum bangsawannya sendiri membeli hamba daripada lanun. Lanun-lanun Sulu berkata, • “Lebih susah menangkap ikan daripada menawan orang-orang Brunei” • George Windsor, Earl berkata, • “Lanun-lanun Melayu bermaharajalela di- sekeliling Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengan-nya, iaitu tempat-tempat di-mana mereka dapat berlindong dan berundor dengan selamatnya……. Apabila lanun-lanun itu dapat merompak pedagang-pedagang dari sa-tiap bangsa, maka tidak-lah hairan kalau kuasa ketua-ketuanya bertambah kuat seperti angin bertiup.”
Kandungan HA • Merupakan catatan peristiwa yang ditempuhi Abdullah. • Terdapat unsur asing • Gaya bahasa menunjukkan peralihan daripada bahasa Melayu klasik kepada gaya bahasa moden.
Hikayat Abdullah • Pengarang mendahului zamannya • Mengarang tanpa menyediakan ringkasannya terlebih dahulu. • Mencampuradukkan beberapa kejadian dalam satu cerita • Mencatat kejadian yang dialaminya secara terperinci dan jelas
Aspek kepengarangannya • Lantang mengkritik • Mengagungkan sesuatu yang datang dari barat • Bersifat kewartawanan • Perintis kepada pengarang angkatan baru awal abad ke-19 • Mendapat pendedahan tentang kemajuan barat
Kepengarangan Abdullah • Menggunakan bahasa sehari-hari, ayat pendek, tepat serta perenggan kata seperti karya moden • Kurang mementingkan tarikh • Membuat catatan yang serta merta • Mengkritik kejatuhan orang Melayu kerana tiada pelajaran, miskin dan dibiarkan oleh raja-raja. • Menasihatkan orang Melayu mempelajari bahasa sendiri terlebih dahulu sebelum menguasai bahasa asing. • Tidak setuju dengan pendidikan secara paksaan • Tidak menunjukkan semangat kebangsaan yang jelas.
Karya Abdullah • SyairSingapuraTerbakar • KisahPelayaran Abdullah. • Catatan Abdullah didalamhikayatnyamerupakansatudokumen yang sangatberhargadanbeliauseorangtokohbahasadansastera yang teragungpadazamannya.
Kesimpulan • Abdullah memaparkan sesuatu secara jelas, namun kejatuhan ekonomi orang Melayu tidak dinyatakan dengan jelas oleh Abdullah. • Berpendapat penjajahan dan penindasan bangsa asinglah yang menyebabkan bangsa Melayu menjadi lanun. • Kegiatan membasmi lanun tidak berjaya kerana, • “..apabila lanun-lanun itu dapat merompak pedagang-pedagang dari sa-tiap bangsa, maka tidak-lah hairan kalau kuasa ketua-ketuanya bertambah kuat seperti angin bertiup”