1 / 27

Simposium DPI 2013

Simposium DPI 2013. IMAM AL-GHAZALI Kehidupan & usahanya dalam bidang Usul Fiqh. Ustaz Izal Mustafa Kamar Eksekutif Kanan Pejabat Mufti. Pembentangan. Sejarah Kehidupan Imam Al-Ghazali Pengajian Ilmiah yang dilaluinya Penulisannya - Kitab-kitabnya dalam Usul Fiqh

armine
Download Presentation

Simposium DPI 2013

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Simposium DPI 2013 IMAM AL-GHAZALI Kehidupan & usahanya dalam bidang Usul Fiqh Ustaz Izal Mustafa Kamar Eksekutif Kanan Pejabat Mufti

  2. Pembentangan • Sejarah Kehidupan Imam Al-Ghazali • Pengajian Ilmiah yang dilaluinya • Penulisannya - Kitab-kitabnya dalam Usul Fiqh • Manhaj Usuli Imam Al-Ghazali melalui kitabnya Al-Mustasfa • Pengajaran

  3. Kelahiran • Beliau adalah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Tusi, Abu Hamid al-Ghazali al-Shafi’i. • Beliau dinisbahkan kepada Al-Ghazali kerana beliau dilahirkan di perkampungan Al-Ghazalah berdekatan sebuah bandar Thus, Khurasan.

  4. Kelahiran • Ada juga yang berpendapat bahawa nisbahnya kepada “Al-Ghazali”, disebabkan kalimah “Al-Ghazali” berasal dari perkataan “ Ghazzal”, yang membawa pengertian pemintal bulu ataupun tukang tenun, yang mana ia merupakan tugas utama ayahnya, oleh itu anaknya dinisbahkan kepada kalimah tersebut. • Beliau lahir pada tahun Khurasan pada tahun 450 H/1058 M dan wafat pada tahun 505Hijriyah di kampung halamannya.

  5. Kehidupan ulama • Pepatah arab: (من ألف فقد استهدف), yang bermaksud: Sesiapa yang menulis, maka sesungguhnya itu menjadi sebab untuk dirinya dijadikan tujuan (untuk dibahaskan). • Ramai antara ulama silam memuji penulisan Imam Al-Ghazali, lebih-lebih lagi kitabnya Ihya’ Ulumuddin.

  6. Kehidupan ulama • Ada juga antara mereka yang bertanggapan bahawa kitab tersebut merbahaya dan perlu dibakar. • Sekiranya kita memerhatikan penulisan dan komentar ulama samada yang terdahulu sehinggakan ulama dan cendekiawan di zaman sekarang ini berkaitan Imam Al-Ghazali, ia sebenarnya memberi satu pertanda akan luas dan dalamnya penulisan Imam Al-Ghazali.

  7. Sejarah kehidupan • Sejarah kehidupannya terbagi kepada 3 bahagian • Fasa Pertama : Awal kehidupan di kampung halamannya Tus, sehingga beliau belajar di Madrasah Nizamiyah • Fasa kedua : Setelah kematian ustaznya Al-Juwaini, sehingga beliau melucutkan segala jawatan rasminya • Fasa Ketiga : Perjalanan kerohanian yang dilaluinya

  8. Kitab-kitab karangan • Terlalu banyak ulama dan cendekiawan samada di zaman dahulu maupun zaman sekarang ini menulis tentang imam Al-Ghazali, melalui aspek pengkhususan kajian mereka.

  9. Bidang Fiqh • Dan kitab fiqh shafiee karangannya yang paling masyhur itu ialah empat kitab: • Kitab Al-Basit fi Al-Fiqh • Kitab Al-Wasit fi Al-Mazhab • Kitab Al-Wajiz • Kitab Al-Khulasoh

  10. Bidang Usul Fiqh • Kitab usul fiqh yang pertama dikarang Imam Al-Ghazali iaitu kitab Al-Mankhul, • Kitab tersebut merupakan sokongannya terhadap kebanyakkan pendapat ustaznya Imam Al-Juwaini. • Kemudian sebuah kitab usul fiqh yang dikarangnya di akhir hayatnya iaitu kitab Al-Mustasfa, • Merupakan sebuah sandaran terpenting dalam pengajian ilmu usul fiqh.

  11. Bidang Falsafah & Tasawuf • Seperti kitab Tahafut Al-Falasifah, Al-Munqiz min Al-Dalal dan Al-Iqtisad fil Al-I’tiqad dan Mishkah Al-Anwar. • Bab tasawuf seperti kitab Ihya’ Ulumuddin, Minhaj Al-‘Abidin, Bidayah Al-Hidayah dan sebagainya.

  12. Sumbangannya kepada Usul Fiqh Terdapat perbezaan antara ulama berkaitan kitab-kitab yang ditulis Imam Al-Ghazali yang berkaitan ilmu Usul Fiqh. Ada yang berpendapat bahawa Imam Al-Ghazali menulis tujuh buku berkaitan Usul Fiqh.

  13. Sumbangannya kepada Usul Fiqh Kitab-kitabnya: 1. al-Mankhul min Taliqat al-Usul. 2. al-Mustasfa min 'ilm al-Usul. 3. Shifa al- Ghalil fi bayan al-shubh wa al-Mukhil wa Msalik al-Ta’lil 4. Tahseen al Maa’khaz. 5. Muntahal fi ilm al Jadal. 6. Maakhz fi al Khilafiyat. 7. Mufassal al Khilaf fi Usul al Qiyas

  14. Keraguan terhadap kitab Al-Mankhul • Tidak kurang pula yang meragui bahawa kitab Al-Mankhul ini merupakan karangan Imam Al-Ghazali, berdasarkan beberapa sebab, antaranya : - Wujudnya perbezaan antara gaya bahasa yang digunakan penulis Al-Mankhul dari kitab Al-Mustasfa yang ditulisnya 2 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

  15. Keraguan terhadap kitab Al-Mankhul - Imam Al-Ghazali dinukilkan dalam kitab Al-Mankhul sebagai tidak bersetuju dengan Imam Abu Hanifah, lalu menolak pendapatnya dan menyatakan bahawa Imam Abu Hanifah tidak mengetahui Bahasa Arab. - Beberapa kenyataan yang dinukilkan dalam kitab Al-Mankhul kurang tepat. Seperti nukilannya berkaitan pendapat Imam Malik berkaitan takzir dan maslahah, dan sebenarnya bercanggahan dengan pendapat imam Malik.

  16. Jawapan • Tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu itu melalui beberapa fasa di dalam kehidupannya. Insan sering berpindah dari satu tahap ke tahap yang lain. • Dari kejahilan kepada ilmu, dari pengajian rendah ke pengajian tinggi dan sebagainya.

  17. Jawapan • Begitu juga dalam bab penulisan, seseorang mungkin boleh menulis sebuah buku pada tahun ini, kemudian setelah beliau merujuk semula buku tersebut selepas 10 tahun, kemungkinan beliau akan merombak semula sebahagian dari isi kandung buku penulisannya. • Sepertimana yang berlaku terhadap Imam As-Syafiee melalui mazhab Al-Jadid dan mazhab Al-Qadimnya.

  18. Imam Al-Ghazali dan Usul Fiqh

  19. Usul Fiqh • Yang terawal menulis tentang Usul Fiqh ialah Imam As-Syafiee di kurun yang kedua hijriyah. • Bagaimana kaum muslimin sebelum Imam As-Syafiee memahami dan mengeluarkan hukum fiqh? • Adakah mungkin mereka mengeluarkan hukum fiqh tanpa Usul Fiqh?

  20. Penjelasan • Para sahabat memiliki alat-alat asas yang membolehkan mereka mengenali hukum melalui nas-nas. • Mereka juga memiliki instinct bahasa, yang mampu mengenalpasti tujuan Nabi s.a.w. disebalik sabdaannya. • Maka dari situ mereka mengeluarkan hukum-hakam dari nas-nas syarak.

  21. Aliran Usul Fiqh • Sejarah perkembangan usul fiqh menunjukkan bahwa ilmu usul fiqh tidak pernah statik. Ia berkembang sesuai dengan perkembangan kajian ilmu usul fiqh itu sendiri. • Untuk kita memahami cara pemikiran Imam Al-Ghazali dalam bidang usul fiqh, kita perlu mengetahui secara umum aliran usul fiqh yang ada.

  22. Aliran Usul Fiqh • Terdapat 3 aliran utama: • Aliran Mutakallimin • Aliran Hanafiyah • Aliran yang menyatukan antara keduanya

  23. Kitab Al-Mustasfa • Nilai dan tempat kitab ini di sisi ulama. • Antara empat kitab yang menjadi sandaran utama ulama membincangkan ilmu usul fiqh : 1- Kitab Al-Burhan, karangan Imam Al-Haramain Al-Juwaini 2- Kitab Al-Mustasfa, karangan imam Al-Ghazali 3- Kitab Al-Umad, karangan Al-Qadi Abul Jabbar 4- Kitab Al-Muktamad, oleh Abul Hussein Al-Basri

  24. Antara isi kandung kitab Al-Mustasfa • Manhaj Imam Al-Ghazali dalam penulisan kitabnya. • Sususan bab-bab usul fiqh dengan teliti. • Perbincangan yang terperinci bagi setiap masalah yang dibahaskan.

  25. Pemikir yang bebas • Imam Al-Ghazali pada kebanyakkan tempat dalam kitabnya berusaha untuk memahami pemikiran dan hujjah lawan. • Walaupun beliau bermazhab As-Syafiee, kadangkala beliau berpihak kepada pendapat yang berselisih dengan mazhab As-Syafiee kerana mengikuti kekuatan hujjah. • Bahkan kadangkala setelah membentangkan pendapat pertama dan kedua, beliau tetap membidas kedua-dua pendapat, dan menyatakan pendapat peribadinya sendiri.

  26. Pengajaran • Menghayati pengajaran di sebalik kehidupan Imam Al-Ghazali. • Mendalami ilmu: Menulis, mengkaji dan meneliti. • Ulama hidup dengan masyarakat, merasai apa yang mereka rasakan dan berusaha untuk mencari huraian bagi permasalahan yang dihadapinya.

  27. Pengajaran • Perbezaan pendapat antara ulama, lumrah kehidupan. Perlu difahami dengan terperinci, lalu dilihat dari konteksnya. • Sekiranya Imam Al-Ghazali telah meninggalkan kesan yang bergitu luas dan mendalam sekali, bagi ilmu Islam. Persoalan : Apakah sumbangan kita?

More Related