110 likes | 295 Views
WAKTU SESUDAH ITU. OTHMAN HJ. ZAINUDDIN. LATAR MASA. Latar Masa :. Kadangkala berlaku pada waktu siang, lewat siang, petang, lewat petang, petang sehingga lewat petang, malam, senja. ketika imbas kembali (bab IX) – berlaku pada tahun 50-an dan 60-an, petang.
E N D
WAKTU SESUDAH ITU OTHMAN HJ. ZAINUDDIN LATAR MASA
Latar Masa : • Kadangkala berlaku pada waktu siang, lewat siang, petang, lewat petang, petang sehingga lewat petang, malam, senja • ketika imbas kembali (bab IX) – berlaku pada tahun 50-an dan 60-an, petang
Latar Tempat : kawasan kampung setinggan • bertempat di dalam kedai kopi Bidin, di pasar lambak, kawasan setinggan, rumah Karim, di sebatang jalan di kampung setinggan, rumah Hindun, rumah Karim, di sebatang lorong menuju rumah Hindun, rumah Ustaz Lotfi, di pejabat Yang Berhormat, di General Hospital atau di kawasan kubur Hindun.
Latar Masyarakat : • Masyarakat setinggan di kota • Masyarakat yang suka tolong-menolong- seperti Karim terhadap Hindun. • Masyarakat yang bertolak-ansur –seperti Karim yang sanggup memaafkan Bidin dan mengganggap pertelingkahan mereka itu “gaduh dalam keluarga” (ms. 266).
Latar Masyarakat : • Masyarakat yang menghina orang miskin dan tua- seperti perlakuan Bidin yang menganggap Hindun sebagai “orang gila”, “anjing liar” dan punca penyakit. Disebabkan sudah tua dan hidup melarat, Bidin sering mengusir Hindun dari kedainya dan ingin menghalau Hindun dari kampung itu. • Masyarakat yang ikhlas dalam kerja kebajikan- seperti Karim membantu membina rumah, menghantar makanan tanpa mengharapkan balasan.
Latar Masyarakat : • Masyarakat yang mementingkan tuntutan agama – Karim dan Mansur yang bersembahyang di masjid dan pergurusan zakat fitrah di masjid (ms. 266). Wasiat Hindun berlandaskan ajaran Islam (ms.295). • Masyarakat yang menghormati tetamu- layanan yang baik oleh Ustaz Lotfi kepada Bidin dan Karim di rumahnya (ms. 165-266), Karim pula kepada Hasan dan Limah (ms. 281-282).
Latar Masyarakat : • Masyarakat yang beriman kepada Allah dan al-Quran – melalui ucapan “Innalillahi…” oleh Hayati ketika mengetahui Hindun meninggal dunia (ms. 294), bacaan Yasin oleh Karim di kubur Hindun (ms. 295). • Masyarakat yang suka mewakafkan harta – Hindun yang mewakafkan sebahagian besar hartanya kepada rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim sebelum meninggal dunia (ms.296).
Latar Masyarakat : • Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan – Karim sekeluarga dan Hindun yang saling bantu-membantu. Ustaz Lotfi, Karim sekeluarga dan Bidin menziarahi Hindun semasa di hospital sebagai jiran (ms. 293). • Masyarakat yang menghormati ketua – kepercayaan yang diberikan kepada Ustaz Lotfi untuk memastikan perdamaian, misalnya pertelingkahan Bidin dan Karim (ms. 266-267).
Latar Masyarakat : • Masyarakat yang mengambil peluang untuk kepentingan sendiri – seperti perlakuan Bidin yang berubah secara mendadak dan pengakuan Hasan sebagai anak Hindun secara tiba-tiba, masing-masing dengan harapan untuk mewarisi harta yang bakal diterima Hindun.
selesai !!! ada soalan ??? Cikgu Noraidah