200 likes | 491 Views
WAKTU SESUDAH ITU. OTHMAN HJ. ZAINUDDIN. PLOT. Binaan & Susunan Plot. Plot Kronologis (Konvensional). Plot dibina menurut urutan masa, iaitu yang dahulu didahulukan, dan kemudian dikemudiankan. ( Kronologi/Urutan ).
E N D
WAKTU SESUDAH ITU OTHMAN HJ. ZAINUDDIN PLOT
Binaan & Susunan Plot Plot Kronologis (Konvensional) Plot dibina menurut urutan masa, iaitu yang dahuludidahulukan, dan kemudian dikemudiankan. (Kronologi/Urutan)
Drama ini dimulai dengan peristiwa Hindun dihina oleh masyrakat, terutamanya Bidin kerana dia miskin dan melarat. • Kehidupan Hindun berubah apabila dianugerahi gelaran Serikandi Negara yang melayakkan dia menerima pelbagai hadiah lumayan. • Hindun mula disanjung masyarakat, terutama Bidin yang mengakui Hindun sebagai emak saudaranya dan Hasan yang mengaku dirinya sebagai anak Hindun. • Drama ini berakhir dengan peristiwa kematian Hindun. Sebelum meninggal, Hindun telah menolak hadiah yang dimenanginya dan mengesyorkan supaya hadiah itu diwakafkan ke rumah orang-orang tua dan anak yatim.
puncak perumitan penurunan pertengahan perkembangan peleraian pengenalan Struktur Plot: 5 P
pengenalan: • Watak Hindun diperkenalkan.
pertengahan: • Perkembangan Peristiwa Hindun dihina dan diusir oleh Bidin di kedai kopinya kerana dia miskin dan melarat. • Perumitan Peristiwa rumah Hindun hendak dibakar oleh Bidin dan Hindun akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
pertengahan: • Puncak / Klimaks Peristiwa Yang Berhormat dan Suratman bertemu dengan Hindun yang layak menerima gelaran Serikandi Negara dan akan menerima pelbagai jenis hadiah. Kehidupan Hindun berubah dengan gelaran itu. • Penurunan Peristiwa Bidin mengakui dirinya sebagai anak saudara Hindun dan Hasan pula mengaku dirinya anak Hindun tatkala Hindun mulai disanjung masyarakat.
peleraian: • Peristiwa kematian Hindun. Hadiah kemenangannya diwakafkan kepada rumah orang-orang tua dan anak yatim. Hasan pula menerima rumah setinggan dan barang-barang di dalamnya sahaja.
Dialog • dialog Bidin-Hindun dalam keadaan kasar di dalam kedai kopi (ms. 249-251) • dialog Suratman-Ustaz Lotfi dalam keadaan baik dan sopan (ms.252-254)
Monolog • Mansur : Bidin ni nak hidup sendiri. Tak senang tengok orang lain hidup. Seolah-olah dunia ni dia punya seorang…Orang macam ni, kalau tak kita celikkan matanya, tak mahu dia melihat. Yang dia lihat, apa yang betul pada dirinya sahaja (ms.262).
Imbas kembali • Karim menceritakan peristiwa Hindun menolong Hayati sewaktu tumpah darah akibat keguguran anak (ms. 258) • Karim memberitahu Hasan bahawa dialah yang telah membina rumah untuk Hindun tinggal (ms. 289) • Yang Berhormat menceritakan tentang jasa Hindun sebagai pejuang, pemidato dan pendidik sewaktu zaman kemerdekaan (ms. 270-272) • Hasan mengimbas kembali tentang anak yang ditinggalkan Hindun dahulu, iaitu dirinya sewaktu bertemu dengan Hindun (ms.284).
Imbas muka (ramalan peristiwa yang akan berlaku) • Apabila Hindun meninggal dunia, Hasan berharap agar dia akan mewarisi segala harta Hindun kerana dia mengaku bahawa dia anak tunggal lelaki Hindun (ms.295)
Pemerian (deskriptif: bercerita tentang suatu kejadian) • Yang Berhormat bercerita tentang apa yang dilakukan Hindun selaku pejuang, pemidato dan pendidik sewaktu zaman pra-kemerdekaan (ms.270,272)
saspens (unsur ketegangan yang menimbulkan rasa ingin tahu) • Mansur memberitahu ibu dan ayahnya bahawa Bidin hendak membakar rumah Hindun (ms. 261) • Menurut Mansur lagi, Bidin membawa kawan-kawannya untuk menghalau Hindun dari kampung itu kerana Hindun dikatakan pengotor (ms.261) • Sewaktu wasiat akan dibacakan dan siapa yang akan mewarisi harta Hindun (ms.296)
kejutan (sesuatu yang berlaku di luar jangkaan pembaca) • Karim yang selalu membantu dan berlaku baik terhadap Hindun tidak mendapat apa-apa dalam wasiat Hindun (ms.296) • Hasan yang mengaku sebagai anak tunggal lelaki Hindun hanya mendapat rumah setinggan dan barang-barang di dalamnya (ms.296)
konflik • Bidin dan Karim bertengkar apabila Bidin menuduh Hindun pengotor dan punca pencemaran sungai (ms.263-264) – Konflik Idea • Bidin menerkam dan meninju muka Karim apabila Karim tidak setuju Bidin tinggal di kawasan setinggan kerana Bidin seorang kaya dan mewah (ms.264) – Konflik Fizikal
Babakan • Yang Berhormat memperkenalkan Hindun semasa muda sebagai pejuang, pemidato, dan pendidik melalui teknik suara latar (ms.271-272) • gambar kanak-kanak sedang beratur pada tahun 50-an atau 60-an, perjuangan askar Melayu dan polis menentang pengganas, perpindahan orang kampung semasa darurat, gerakan menentang Malayan Union, dan Hindun sewaktu dalam penjara diselitkan semasa diperdengarkan suara latar sebagai ‘superimpose’.
Sudut pandangan • Sudut pandangan orang ketiga terbatas • pengarang tidak menceritakan semua watak tetapi memilih watak-watak tertentu sahaja. • Tumpuan lebih terarah kepada watak-watak tertentu sedangkan pada watak-watak lain, tumpuannya terbatas.
selesai !!! ada soalan ??? Cikgu Noraidah