200 likes | 922 Views
PENYEDIAAN TISU KULTUR CENDAWAN. Rusidah Ahmad dan Prof. Dr. Noorlidah Abdullah Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur E-mail: rusidah@um.edu.my. Apa itu Cendawan?.
E N D
PENYEDIAAN TISU KULTUR CENDAWAN Rusidah Ahmad dan Prof. Dr. Noorlidah Abdullah Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur E-mail: rusidah@um.edu.my
Apa itu Cendawan? • Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya seperti kayu dan daun mereput • Cendawan didapati tumbuh liar dan juga ditanam oleh manusia sebagai makanan. Terdapat juga cendawan yang beracun. • Cendawan mempunyai kepentingan sebagai sumber makanan, nutraseutik, ubatan, enzim industri dan lain-lain
Pengelasan Biologi Domain : Eukariot Alam : Fungi (kulat) Filum (5) Citridiomikota Deuteromikota Zigomikota Askomikota Basidiomikota Cendawan
KITARAN HIDUP CENDAWAN Hifa dari cendawan mikoriza yang tumbuh secara simbiosis dengan akar pokok Jana buah Penyebaran spora Spora/basidiospora jatuh di atas tanah dan bercambah Jana buah muda /primordia Miselia membentuk koloni = kultur Dua hifa dari dua spora bercantum
Kepentingan Kultur Cendawan • Sumber genetik cendawan di dalam penyelidikan seperti protoplas dan kejuruteraan genetik cendawan. • Untuk menghasilkan benih cendawan yang berkualiti dan bebas daripada penyakit. • Bioteknologi – untuk menghasilkan sebatian bioaktif (sebagai sumber ubat baru. Cth: antikanser)
KAEDAH DAN BAHAN Penyediaan kultur cendawan • Kaedah penyediaan kultur dari spora • Kaedah penyediaan tisu janabuah
Kerja Lapangan-pengutipan spesimen cendawan aktiviti ekspedisi saintifik dan kerja lapangan
2)Penyediaan kultur cendawan Peralatan semasa penyediaan kultur cendawan • Medium Malt Extract Agar (MEA) di dalam piring petri • Forsep • Pisau • Vaseline • Kabinet laminar flow • Lampu spirit • Botol spray berisi 70% alkohol • 1 botol kecil berisi alkohol 70%untuk steril forsep dan pisau • Inkubator dengan suhu 25 °C untuk proses pertumbuhan.
Kaedah penyediaan kultur dari spora • Jana yang buah matang dan dibersihkan dengan tuala kertas lembab • Kemudian dipotong sebesar 1.5 sm. • Piring Petri diterbalikkan yang mengandungi media dan vaselin diletakkan pada bahagian penutup piring Petri • Kemudian janabuah yang dipotong tadi diletakkan dengan bahagian bawah bersemuka dengan medium. • Inkubat dalam inkubator pada suhu 25 °C secara sendeng. • Spora akan jatuh atas medium selepas 1 malam • Tisu dibuang pada penutup piring Petri dan dibersihkan • Teruskan inkubasi selama 5-15 hari • Apabila spora mula bercambah, miselia akan bercantum dan koloni kecil kelihatan. Kemudian miselia dipindahkan ke medium lain dalam piring Petri atau botol. • Permindahan dibuat sebanyak lebih kurang sepuluh kali untuk mendapatkan kultur dikaryon yang tulen.
Proses penyediaan kultur dari spora Piring Petri diterbalikkan dan vaselin diletakkan pada bahagian penutup piring Petri untuk melekatkan janabuah Jana buah yang dipotong tadi diletakkan dengan bahagian bawah bersemuka dengan medium Janabuah cendawan dipotong sebesar 1.5sm Spora yang tumbuh di atas media selepas 10 hari Inkubat dalam inkubator pada suhu 25 °C secara sendeng
Kaedah penyediaan tisu janabuah • Pastikan jana buah yang segar, sihat & muda dan dibersihkan dengan tuala kertas basah. • Forsep dipanaskan hingga merah • Celupkan ke dalam alkohol 70% untuk sterial • Forsep disejukkan dengan menyentuh medium agar dalam piring Petri • Jana dibelah dan dicubit secebis tisu bahagian dalam jana buah dengan forsep tadi dan tanam pada medium agar di mana forsep disejukkan. • Kemudian, Inkubat dalam inkubator pada suhu 25 °C selama seminggu untuk pertumbuhan miselium berlaku. • Miselium dipindahkan ke medium agar dalam piring petri yang lain atau dipindahkan ke dalam botol /tiub yang mengandungi medium agar sendeng untuk simpanan di panggil kultur stok.
Proses penyediaan kultur janabuah Jana buah cendawan yang segar, sihat & muda Jana buah cendawan dibelah Cubit secebis tisu bahagian dalam jana buah dengan forsep Inkubat dalam inkubator pada suhu 25 °C Pertumbuhan miselium selepas 1 minggu Sebisan tisu tadi ditanam pada medium agar Sebisan tisu janabuah cendawan
Faktor – Faktor Mempengaruhi Kejayaan Kultur Tisu Cendawan • Peralatan yang lengkap, sesuai dan sempurna. • Makmal yang bersih, bebas daripada jangkitan kuman dan bakteria serta kulat. • Medium yang sesuai dengan keperluan miselia tisu cendawan dan perlu ditimbang dengan teliti dan tepat. • Proses pemindahan kultur tisu cendawan memerlukan persekitaran yang steril dan mesti dilakukan di dalam kabinet Laminar flow, untuk mengelakkan kontaminasioleh bakteria atau kulat yang akan merosakkan kultur.