590 likes | 1.77k Views
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA. Oleh Mohd Jamal Ali Pusat Perubatan UKM. DASAR-DASAR NEGARA PERJUANGAN FASA II WAWASAN NEGARA MENCIPTA MASYARAKAT GEMILANG. KONSEP NEGARA Tanah Rakyat Sempadan Pentadbiran Kerajaan DEFINISI DASAR NEGARA
E N D
DASARPEMBANGUNAN NEGARA Oleh Mohd Jamal Ali Pusat Perubatan UKM
DASAR-DASAR NEGARA PERJUANGAN FASA II WAWASAN NEGARA MENCIPTA MASYARAKAT GEMILANG
KONSEP NEGARA Tanah Rakyat Sempadan Pentadbiran Kerajaan DEFINISI DASAR NEGARA Garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang.
TUJUAN DASAR MEMBANTU NEGARA MENCAPAI Matlamat keselamatan negara. Perpaduan dan kestabilan negara. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.
DEFINISI DASAR AWAM “Public Policy is Whatever Goverments choose to do or not to do”. (Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975) Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk kebajikan umum. “SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN ATAU MASALAH DI DALAM MASYARAKAT.” Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan Pelaksanaan Dasar Awam.
ISU –ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS. ISU EKONOMI Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Masalah pengeluaran yang menurun dan kekurangan tenaga buruh. Asas sektor pembuatan/perkilangan yang sempit.(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil dan beberapa jenis industri gantian inport). Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih rendah. Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar.
ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS. ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN Polarisasi kaum. Penyalahgunaan dasar dan pengedaran dadah antarabangsa. Keperluan pembentukan budaya kerja dan sikap yang positif untuk pembangunan. Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan walaupun menurun dari segi peratusnya. Saiz sektor awam yang masih besar beban perbelanjaan yang tinggi. Isu pencemaran alam yang lahir daripada aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.
ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS. ISU ANTARABANGSA Pergeseran politik kuasa-kuasa besar di rantau ini. Masalah politik di rantau Asia. Pendatang tanpa izin. Kecenderungan kuasa besar untuk menguasai dan menentukan arus politik dan sistem ekonomi antabangsa dan lain-lain.
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN DASAR-DASAR EKONOMI Wawasan 2020 RRJP (RM 6)/ DPN Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar pertanian Negara Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunaan Kampung Dan Luar Bandar
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN DASAR-DASAR SOSIAL/ETIKA KERJA Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar/Program Pembaharuan Dan Peningkatan Produktiviti:- Dasar Pandang Ke Timur Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah Kepimpinan Melalui Teladan Program-program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Dasar Wanita Negara Dasar Sosial Negara • DASAR-DASAR LUAR NEGERI • Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) • Antartika
PENERANGAN DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN DASAR EKONOMI BARU Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ia merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990) Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua Mata iaitu:-
Mependapatan mbasmi kemiskinan dengan menambah dan memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira kaum. • Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. • Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek perkembangan ekonomi negara yang berterusan.
PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT MELIPUTI:- Usaha meninggikan pengeluaran pendapatan dan mutu kehidupan golongan miskin di mana 64.8% adalah Melayu, 26.2% Cina dan 38.2% India. (86% berada di luar bandar) Usaha menseimbangkan struktur gunatenaga supaya menjelang 1990 ianya mencerminkan susunan penduduk mengikut etnik.
Usaha menambahkan pemilikan modal rakyat Malaysia khususnya Bumiputra dalam Syarikat Berhad. (Bumiputra 2.4%, bukan Bumiputra 34.3% dan pelabur asing 63.3%) • Usaha membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputra supaya pada 1990 mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% daripada kegiatan dagangan dan perindustrian. • Usaha memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui Program Pembangunan Wilayah.
“SUNGGUHPUN TEMPOH DEB TAMAT PADA TAHUN 1990, MENGIKUT YAB PERDANA MENTERI USAHA MENCAPAI MATLAMATNYA AKAN DITERUSKAN DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG MALAYSIA KEDUA 1991-2020”.
DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA LATAR BELAKANG (SEJARAH) Diperkenalkan oleh YAB PM, pada thn 1983 sbg pendekatan asas bagi pembangunan negara. 1984, Surat Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1984 dikeluarkan oleh KSN mengarahkan semua Kementerian, Jabatan dan Pejabat Kerajaan menubuhkan Panel Perunding bertujuan memperbaiki perkhidmatan yg diberi kpd sektor swasta. Julai 1991, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9 Tahun 1991 dikeluarkan bg memberi panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia.
DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA TANGGUNGJAWAB SEKTOR SWASTA Merupakan penggerak pertumbuhan ekonomi. Perlu lebih kuat, dinamik, berdaya saing, cekap dan tangkas dlm menghadapi cabaran-cabaran saingan di pasaran luar negeri. Barangan yg dihasilkan mampu mengekalkan persaingan & berbagai barangan utk pasaran yg berbagai. Perlu bersatu bagi menembusi pasaran baru spt di Asia, Afrika & Amerika Latin.
DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA KAITAN DASAR DENGAN WAWASAN 2020 & RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG II (RRJP 11) Sektor awam berperanan sbg perancang, fasilitator & pelaksana program-program kerajaan: Sbg fasilitator – perlu menyediakan suasana yg “conductive” bg merangsang pertumbuhan ekonomi yg pesat; selagi dibenarkan oleh undang-undang.
Sbg perancang - mesti peka & responsif kpd perubahan-perubahan dlm persekitan duniasemasa merancang arah tujuan & strategi pertumbuhan; proaktif, menyediakan maklumat yg betul; aktiviti galakan pasaran yg lebih baik melalui perwakilan seberang laut. Sbg pelaksana - perlu menyediakan kemudahan & perkhidmatan sosial yg penting kpd semua rakyat; bukan sahaja kemudahan & perkhidmatan yg meluas tetapi standardnya harus lebih baik.
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA OBJEKTIF Menjadikan sektor perkilangan sbg pertumbuhan perindustrian negara & ekonomi keseluruhannya. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara. Meninggikan tahap penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi tempatan sbg asas bg Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.
KENAPA PERLU DASAR PERINDUSTRIAN Kemelesetan ekonomi era 80-an Kelemahan sektor perindustrian Menyahut cabaran DEB Peluang pekerjaan & tenaga mahir Pertumbuhan ekonomi seimbang Pertumbuhan industri kecil & sederhana Ke arah modenisasi Penyumbang utama sektor ekonomi masa hadapan Persaingan antarabangsa Rantaian huluan & hiliran industri Pertumbuhan bandar-bandar baru Ke arah negara maju
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA KELEMAHAN SEKTOR INDUSTRI (70AN & 80AN) Pertumbuhan sektor eksport kurang memuaskan Eksport terlalu bergantung kpd industri elektrik, elektronik & tekstil sahaja Mutu keluaran tidak dapat bersaing dgn keluaran luar negeri Tidak ada rantaian antara sektor industri dgn lain-lain sektor Industri-industri yg ditubuhkan kurang mempunyai ‘nilai tambah’ (Value Added)
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA STRATEGI Dasar perindustrian yg berpandangkan keluar bg mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yg tinggi. Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport & mempelbagaikan industri. Memajukan industri berat terpilih utk menyokong industri eksport. Memaju & menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yg bersepadu Membangunkan teknologi & tenaga rakyat
STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN RRJP 2 (1991-2000) Mempelbagaikan industri tempatan. Rantaian antara sektor. Kurangkan pergantungan kpd tekstil, elektronik & elektrik. Sumber-sumber pertumbuhan baru. Mempelbagaikan keluaran & pasaran sektor pembuatan.
STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN RRJP 2 (1991-2000) Meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Pembangunan teknologi. Kemudahan infrastruktur. Value added. Galakan IKS.
STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN RRJP 2 (1991-2000) Menyelerakkan tapak. Menyusun semula sektor-sektor pembuatan. Tembusi pasaran baru. Pemasaran yang agresif.
DASAR PENSWASTAAN PEMINDAHAN PEMILIKAN & KUASA KAWALAN KERAJAAN KE ATAS PERKHIDMATAN & AKTIVITI EKONOMI KEPADA PIHAK-PIHAK SWASTA.
DASAR PENSWASTAAN OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN Mengurangkan beban kewangan kerajaan. Meninggikan kecekapan & penghasilan kerja. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pengagihan sumber secara cekap. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.
DASAR PENSWASTAAN MEKANISME/BENTUK PENSWASTAAN Penjualan aset atau penswastaan. Pajakan. Kontrak Pengurusan. ‘Bina – Kendali – Pindah’ (BKP) atau ‘Build – Operate – Transfer’ (Bot) & ‘Bina – Kendali’ (BK) atau ‘Build – Operate’ (BO).
DASAR PERTANIAN NEGARA Dilancarkan oleh Y.A.B. Timb. PM pada 12 Januari 1984. Usaha Kerajaan utk membangunkan sektor pertanian (tanaman, ternakan, perikanan & perhutanan). Dapat menyediakan peluang pekerjaan, membekal sumber bahan mentah sektor perindustrian, menyedia sumber makanan & meningkatkan eksport negara.
OBJEKTIF Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap & berkesan spy sumbangan sektor pertanian kpd pertumbuhan ekonomi dpt dipergiatkan semula; Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran spy kadar kemiskinan dpt dikurangkan & kualiti hidup keluarga diperbaiki; Memaju & meningkatkan hasil & mutu komoditi-komoditi yg mempunyai potensi besar utk eksport @ bahan gantian import serta komoditi-komoditi terpilih utk bhn makanan & perindustrian.
STRATEGI-STRATEGI Pembukaan Tanah Baru Dijalankan oleh FELDA, pihak-pihak berkuasa pembangunan wilayah & Kerajaan Negeri. Menekankan tanaman utk eksport, membolehkan pemilikan tanah yg ekonomik bg mereka yg tiada bertanah @ mempunyai tanah yg bersaiz kecil. Pembangunan “In-Situ” Pembangunan di kawasan yg mempunyai daya pengeluaran yg rendah akibat drpd masalah struktur & institusi. Cth: Projek-projek Pembangunan Pertanian Bersepadu, MADA, KADA, FELCRA, RISDA & Perbadanan-perbadanan Pembangunan Wilayah.
STRATEGI-STRATEGI Perkhidmatan Sokongan Pertanian Cth: penyelidikan, pengembangan & pemasaran yg cekap disamping galakan @ intensif tertentu. PORIM, RRI, MARDI, RISDA, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, FAMA & LPP. Pembangunan Sosial & Institusi Penswastaan & Penyertaan Pihak Swasta Pembangunan Komoditi Eksport perindustrian – kelapa sawit, getah koko. Beras(sara diri) akan ditingkatkan. Pembangunan hutan dihadkan spy ekologi dipelihara.
STRATEGI-STRATEGI Program Halacara Baru dlm Pembangunan Kampung & Luar Bandar Mengurangkan kemiskinan luar bandar dgn cara meningkatkan pendapatan petani & pekebun kecil melalui:- Pengelompokan Kampung-Kampung Penyatuan Tanah & Pengurusan Aktiviti Pertanian Secara Komersil Pembangunan Industri Kampung
PENCAPAIAN SEMASA Boleh dilihat kpd beberapa langkah yg diperkenalkan termasuklah: Cara estet mini tanaman saka oleh RISDA di Kg. Parit Seraya & Kg. Parit Selangor; Projek Pembangunan Kg. Tradisional oleh FELCRA di Kg. Kok, Kedah, Teratak Batu, K’tan & Ulu Berang, T’ganu; Projek Blok Tanaman Koko oleh Jab. Pertanian & MARDI Projek Cth. Tanaman Kontan spt Projek Tembakau di Alor Ketitir, T’ganu & Kandis, K’tan serta projek sayur-sayuran di bwh Skim Penanaman Berkelompok; Estet mini/tanaman berkelompok oleh Lembaga Pertubuhan Peladang di Tjg. Karang, Selangor & sykt. kerjasama di K’tan, Perak & Pulau Pinang. Subsidi tanaman selain dr padi, lada hitam & sagu serta ternakan & pertanian dikurangkan. Tiada benih percuma. Projek diswastakan spt Projek Akuakultur, Puchong, Selangor.
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN Bergantung kepada:- Harga komoditi Sekatan perdagangan oleh negara-negara pengimport komoditi Penyertaan pelabur swasta dlm sektor pertanian Pekerja pertanian Sambutan petani
DASAR PENDIDIKAN Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957. Dilaksanakan utk mengganti sistem pendidikan penjajah. Disemak semula pada thn 1960 yg menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.
OBJEKTIF “BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yg diisytiharkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957 ialah utk menubuhkan satu sistem pendidikan yg akan dapat memenuhi keperluan negara & menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, & politiknya…”
STRATEGI PELAKSANAAN Menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar yg utama; Mengadakan kurikulum yg sama & berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi semua; Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
STRATEGI PELAKSANAAN Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh, seimbang & bersepadu; Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil & memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik & kawasan luar bandar @ pedalaman;
STRATEGI PELAKSANAAN Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR yg berasaskan 3M pada thn 1983 yg nenjurus kpd KBSM pada thn 1989; Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum sek. vokasional pada tahun 1978; Mempelbagai & memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dlm bidang sastera gunaan & sains gunaan
STRATEGI PELAKSANAAN Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral & disiplin; Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa Inggeris sbg mata pelajaran yg wajib diajar di sekolah-sekolah & memberi peluang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain spt Bahasa Cina & Bahasa Tamil; Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yg memupuk disiplin, spt pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dll.
PENCAPAIAN SEMASA Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara kecuali di beberapa bidang tertentu. Dapat merapatkan jurang pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor awam @ swasta. Mengurangkan kemiskinan terutamanya kaum bumiputra yg berpendidikan.
PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE- 9 Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897 pada 2005. Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta pada 2005. Melahirkan tenaga kerja yg berpendidikan, mahir & terlatih. Melahirkan warganegara yg bertanggungjawab & mempunyai nilai-nilai moral & etika yg kukuh. Membantu kpd pencapaian Dasar pembangunan Nasional (DPN) – utk membasmi kemiskinan & penyusunan semula masyarakat. Bagi peluang pendidikan & latihan kpd golongan berpendapatan rendah – tingkatkan pendapatan & mudah dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan pendapatan. Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari awam dan swasta meningkat 731,698 pada 2005.
DASAR PANDANG KE TIMUR Diumumkan oleh Y.A.B. PM pada 8 Februari 1982 semasa “5th Joint Annual Conference Of Majeca/Jameca” di K.L. Fokus Jepun & Korsel. Program Latihan: Latihan perindustrian & Teknikal. Pengajian Akademik. Kemajuan Eksekutif. Hubungan antara institusi. Mencontohi sesuatu yg baik drpd kedua-dua negara & mengurangkan pergantungan/hubungan dgn rakan-rakan tradisi. Tujuan: Meninggikan prestasi pengurusan & pembangunan berdasarkan pendekatan/pengalaman/ciri-ciri positif yg diamalkan oleh Jepun dan Korsel.
PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN YANG LAIN Etika Perkhidmatan Awam (1979: Buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang) Pemakaian tanda nama (Pekeliling 8/83: 14.10.83 Penggunaan kad perakam waktu (Pekeliling Am 11/81) Manual prosedur kerja/fail meja (Surat BTH. 6.4.83)
PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN YANG LAIN KMK Pelan Pejabat Terbuka (PA 4/83) Konsep Pejabat Daerah Contoh. (Keputusan mesyuarat MB/KM 22/23.2.80) Arahan pengisytiharan harta Pusat-pusat pembayaran bil setempat (KL/PJ 1.10.82 Tempat-tempat Lain 1.1.83)
DASAR SOSIAL NEGARA Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
MATLAMAT Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.