310 likes | 2.77k Views
Dasar-dasar Pembangunan Negara. Oleh Abd Razak Hussin Fakulti Sains dan Teknologi Kursus PTK Universiti Kebangsaan Malaysia 2007. Definisi Dasar Awam. Apa saja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang mempunyai objektif,matlamat dan tujuan tertentu.
E N D
Dasar-dasar Pembangunan Negara Oleh Abd Razak Hussin Fakulti Sains dan Teknologi Kursus PTK Universiti Kebangsaan Malaysia 2007
Definisi Dasar Awam Apa saja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang mempunyai objektif,matlamat dan tujuan tertentu. Dijadikan panduan umum dalam mengatasi sesuatu masalah sesebuah negara. Suatu tindakan yang mempunyai tujuan tertentu oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat,yang akan mempengaruhi masyarakat.
Kategori Dasar Awam Desakan Dasar policy demands Segala desakan,tuntutan atau paksaan yang dikenakan ke atas kerajaan oleh orang ramai akibat ketidakberkesanan sesuatu dasar. Keputusan Dasar policy decision Suatu keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan yang memberi kuasa atau petunjuk dan cara tindakan dasar awam. Termasuk juga tentang segala keputusan untuk mengeluarkan arahan, gubal undang-undang,edar peraturan,pentadbiran atau tafsiran kepada undang-undang.
Perkaitan Antara Dasar Awam dan Politik Dasar awam begitu dipengaruhi untuk dibuat berasaskan keputusan melalui sistem politik- tuntutan atau kemahuan rakyat dan sokongan oleh rakyat. Rakyat menuntut sesuatu perkara dilaksanakan Kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar Rakyat memberi sokongan dan maklumbalas
Pihak Terlibat dalam Penggubalan Dasar di Malaysia Dasar terbentuk dengan pembentangan dan diluluskan di Dewn Rakyat Dibawa ke Dewan Negara untuk diterima: Parlimen badan tertinggi mengkaji kuasa mengawal dan laksanakan dasar strategi kerajaan Dasar awam boleh berubah mengikut nilai masyarakat dan kepemimpinan Dasar awam digubal untuk penuhi objektif-objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan,kestabilan dan kebajikan umum Kejayaan dan kegagalan bergantung kepada pelaksana dan penerima dasar yang akan menentukan dasar akan datang
Kumpulan berkepentingan mampu mempengaruhi sesuatu dasar awam untuk menjaga kepentingan mereka dan orang awam. Walaupun tiada kuasa menggubal dasar tetapi berpengaruh Contoh: Persatuan Alam Sekitar Malaysia (PASM) dalam dasar berkaitan alam sekitar Kongres Kesatuan Sekerja dan Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam dasar berkaitan skim perkhidmatan kakitangan awam CAP dalam kepenggunaan- isu eksploitasi peniaga, harga, bahan pengguna Pertubuhan-pertubuhan wanita hingga wujud Dasar Wanita Negara Pertubuhan Islam dalam dasar Penerapan Nilai Islam
Pembahagian Dasar Di Malaysia Dasar berkaitan ekonomi negara- DEB, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Kependudukan 70 juta Dasar sosial dan etika kerja- Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Pandang ke Timur,Dasar Bersih,Cekap dan Amanah,Kepimpinan melalui Teladan,Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Pentadbiran, Dasar Sosial Negara c. Dasar luar negeri-masalah dan isu yang dihadapi di arena antarabangsa yang punya kesan ke atas pembangunan dan keselamatan ZOPFAN dan Dasar Antartika
Proses Pembentukan Dasar Awam Kenalpasti masalah-nilai,kehendak dan peluang yang boleh diperolehi melalui tindakan orang awam. Dapatkan sebanyak dan setepat mungkin maklumat berkaitan masalah sebenar Kenalpasti objektif - sekiranya dasar diperkenalkan,apa objektif yang dicapai? Kenalpasti sumber yang ada - kalau kerajaan laksanakan dasar, apakah kerajaan berkemampuan Kemuka alternatif yang sesuai - pelbagai tindakan dan usaha bagi kurangkan masalah - bergantung pada maklumat diperolehi - gunakan kreativiti,intuisi dan pertimbangan
Rancangan tindakan dasar yang sesuai- satu siri tindakan yang diambil dalam usaha capai hasil dikehendaki- ambil tahu kesan negatif dan positif - maklumat tindakan dasar diperolehi melalui proses peramalan dan penilaian terhadap hasil yang diharapkan Hasil Dasar - kesan tindakan dasar-positif dan negatif Nilai dasar - nilaikan hasil dasar sejauh mana capai objektif dasar dan selesaikan masalah? -kaji dan rangka semula altenatif sehingga menghasilkan kepuasan ( proses ini adalah berterusan dan berulang supaya sesuatu dasar tidak ketinggalan zaman seiring dengan kehendak masyarakat dan matlamat negara )
3 Perkara diambilkira dalam Pembentukan Dasar Awam : Siapakah yang dapat, bila dan bagaimana mereka perolehinya? Apa peranan pelaksana dalam proses buat dasar berbanding pihak eksekutif, perundingan dan perundangan? Bagaimana pentadbir beri kesan ke atas gelagat orang awam dengan batasan yang ada dalam agensi kerajaan?
Dasar Pendidikan KebangsaanObjektif Menyatukan pelajar sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang pembangunan negara Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan Melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan jangka panjang, bersatu dan berdisiplin Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa
MatlamatMembantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat pembangunan ekonomi, menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan bersaing dengan negara maju .StrategiPengkomputeran sektor perindustrianMenubuhkan Pusat Kecemerlangan SainsMenggalakkan pemindahan teknologi antara sektorMenggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk merintis jalan kepada penemuan dan penyelidikan terkini sains dan teknologiMenubuhkan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi Dasar Sains dan Teknologi
Dasar Pembangunan Nasional(Sambungan DEB) Fokus - Membasmi kemiskinan di kalangan rakyat termiskin - Menyusun semula masyarakat Objektif Memperkukuh kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan luar bandar Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi Program Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Meamstikan keseimbangan kaum dalam semua aspek Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi Menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitar Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan
Wawasan 2020(Malaysia – Melangkah ke Hadapan, 28 Februari 1991) Dasar yang menjadi rujukan menjadikan Malaysia menjelang 2020 dengan acuan sendiri. Malaysia setanding dengan negara maju lain namun mempertahankan identiti dan nilainya sendiri. Cabaran: Mewujudkan masyarakat bersatu yang berkongsi matmat bersama Melahirkan masyarakat makmur ekonomi, punya daya saing dengan negara maju lain Melahirkan masyarakat penyayang/amal budaya penyayang
Melahirkan masyarakat progresif, saintifik, maju, berpandangan jauh dan lahirkan tamadun berasaskan sains dan teknologiMelahirkan masyarakat bertolak ansur, liberal dan bebas amal agama, adat dan budaya masing-masing Melahirkan masyarakat adil dan makmur melalui pengagihann kekayaan negara tanpa mengira kaumMelahirkan masyarakat bermoral, beretika, berpegang teguh kepada nilai agama dan kerohanianMembangunkan masyarakat demokratik yang matang dan punya persefahaman untuk kemakmuran negaraMelahirkan masyarakat berjiwa bebas, maju dan tenteram serta punya keyakinan dan keupayaan hadapi cabaran dan bangga dengan kejayaan sendiri
Islam Hadhari (23 September 2004) • Prinsip: • Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah • Kerajaan adil dan amanah • Rakyat berjiwa merdeka • Penguasaan ilmu pengetahuan • Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif • Kehidupan berkualiti • Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita • Keutuhan budaya dan moral • Pemeliharaan alam sekitar • Kekuatan pertahanan negara
Pelan Integriti Nasional(23 April 2004) Objektif Utama • Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor dalam usaha membina masyarakat bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika • Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usahapeningkatan integriti supaya budaya diamalkan dalam semua bidang • Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung dan menegakkan konsep integriti • Menyumbang usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara dalam peningkatan kesejahteraan hidup • Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam menghadapi cabaran global dalam abad ke-21
Tekad 2008 (2004-2008)(5 sasaran) • Kurangkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa • Tingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan kurangkan birokrasi • Tingkatkan urus tadbir korporat dan etika perniagaan • Mantapkan institusi kekeluargaan • Tingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat
Rumusan • Penjawat awam perlu memahami dasar dasar pembangunan negara dan dasar itu digubal supaya: • jelas mengapa melaksanakan tugas yang sedang dilakukan; • memahami sejarah mengapa sesuatu dasar digubal dan perlu dilaksanakan; • menjadi sebahagian penganalisis dasar awam untuk penambahbaikan ; • dapat menyampaikan mesej kepada penerima daripada pelaksanaan dasar awam
SEKIAN,TERIMA KASIH& Selamat Berjaya Memperoleh Aras IVzak@pkrisc.cc.ukm.my