1 / 38

IPGM KAMPUS KOTA BHARU KPLI JANUARI 2009

WACANA. BAHASA MELAYU. IPGM KAMPUS KOTA BHARU KPLI JANUARI 2009. NAMA GURU PELATIH : SITI NORLIZA BINTI AZIZ SITI MAHFUZAH BINTI AB MALIK NAMA PENSYARAH : PN. NARITA. 2. CIRI- CIRI. 3. PENANDA WACANA . 1. DEFINISI. 4. KEUTUHAN.

brilane
Download Presentation

IPGM KAMPUS KOTA BHARU KPLI JANUARI 2009

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. WACANA BAHASA MELAYU IPGM KAMPUS KOTA BHARUKPLI JANUARI 2009 NAMA GURU PELATIH : SITI NORLIZA BINTI AZIZ SITI MAHFUZAH BINTI AB MALIK NAMA PENSYARAH : PN. NARITA

  2. 2. CIRI- CIRI 3. PENANDA WACANA 1. DEFINISI 4. KEUTUHAN

  3. Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. • Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat. • Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Ayat Wacana • Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. • Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, ucapan, khutbah, dan dialog.

  4. Dalam bentuk tulisan pula terdiri daripada laporan, surat, rencana, cerpen, novel, dan puisi. • Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaanya. • Contoh ayat “Mengapa bising sangat” : • Daripada segi struktur merupakan ayat tanya • Dalam konteks di bilik darjah, ayat ini ialah ayat perintah, iaitu seorang guru dengan tegas memerintahkan pelajarnya supaya senyap. • Oleh hal yang demikian, huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan hingga tahap wacana. Sehubungan dengan itu, kemampuan menghasilkan wacana menjadi kayu ukur terhadap kecekapan berbahasa seseorang.

  5. WACANA CIRI-CIRI

  6. ~CIRI-CIRI WACANA~ • Mempunyai tema • Bermotif • Gaya bahasa • Kohesi dan koherens • Tiada ayat tautologi • Elemen-elemen yang logikal dan realistik • Terdiri daripada andaian (subjek) dan inferensi (komen/aseri)

  7. 1. MEMPUNYAI TEMA Pengarang atau penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan.

  8. 2. BERMOTIF Penulisan bertujuan untuk pebaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca.

  9. 3. GAYA BAHASA Karyamenggunakangayabahasa yang sesuaikepadaparapembaca. Adakalanya, gayabahasa yang digunakanmampumenimbulkankesandialeksosial (larasbahasabiasa) dalampertuturan.

  10. 4. KOHESI DAN KOHERENS Ayat-ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat-ayat tersebut berkohesi (makna tautan) dan koherens (logik).

  11. 5. TIADA AYAT TAUTOLOGI Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.

  12. 6. ELEMEN-ELEMEN YANG LOGIKAL DAN REALISTIK Hasil penulisan perlu bersifat kenyataan, logik dan realistik, bukanlah rekaan individu semata-semata.

  13. 7. TERDIRI DARIPADA ANDAIAN (SUBJEK) DAN INFERENSI (KOMEN) Kucing Parsi itu comel. ANDAIAN INFERENSI Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis. Contoh : Keluar!

  14. WACANA PENANDA

  15. PENANDA WACANA Bermaksudkata, rangkaikataataufrasa yang menunjukkanpertalianhujahdanbuahfikiran. Digunakanuntukmemantapkanlagikeutuhanwacana bagimengaitkanperenggandenganperenggan.

  16. CONTOH PENANDA WACANA Tambahan Selanjutnya, seterusnya, selain itu, di samping itu, tambahan lagi, demikian juga, begitu juga Tambahan dan Penegasan Lebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, malahan, bahkan, lagipun Sebab, KesanatauLanjutan Olehsebabitu, denganitu, dengandemikian, jadi, sebagaiakibatnya, sebagaihasilnya

  17. Pertentangan Namun begitu, namun demikian, bagaimanapun, walaupun, akan tetapi, sungguhpun begitu Perkaitan Sehubungan dengan itu, dalam hal ini, berhubung dengan, dari segi, sejajar dengan, selaras dengan, merujuk kepada Waktu Sebelum itu, kini, pada masa ini, sementara itu, kemudian, pada waktu yang sama, lama-kelamaan, akhirnya

  18. Tempat Disini, di sana, di samping, berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan Perbandingan Dalam hal yang demikian, sebagaimana, seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan Contoh Misalnya, sebagai contoh, contohnya

  19. Pernyataan semula Yakni, dengan kata lain Urutan Pertama, kedua, selepas itu, kemudian, akhirnya Tujuan dan Maksud Untuk tujuan ini, hal ini bermaksud, hal ini bererti, hal ini membawa pengertian, maksudnya

  20. Harapan Semoga, moga-moga, mudah-mudahan Pendahuluan Sebagai pendahuluan, sebagai permulaan, mulanya, pertamanya, sebagai mukadimah Rumusan Kesimpulannya, akhir kata, sebagai penutup, sebagai rumusan, secara keseluruhannya.

  21. Singkatan Ringkasnya, pendek kata, secara ringkasnya Generalisasi Pada umumnya, secara amnya, secara umumnya Penekanan atau Penegasan Sesungguhnya, sebenarnya, sememangnya,tentulah, Pastilah, jelaslah, tidak dapat dinafikan

  22. Bahasa Klasik Hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, Sebermula, sekali peristiwa, arakian

  23. KEUTUHANWACANA

  24. KEUTUHAN WACANA Terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana Ciri ini sangat penting kerana cirri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.

  25. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu : terdapatnya runtuhan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami) ; dan wujudnya tautan atau kohesi, (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain). Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana.

  26. Hubungan Wacana daripada Aspek Semantik. MAKSUD Bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana, dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana.

  27. Hubungan Semantik Hubungan sebab dan akibat Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati Contoh = Hubungan sebab dan hasil Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. Contoh = Hubungan latar dan kesimpulan Contoh = Halaman rumah Cikgu Mohamad sentiasa hijau dengan pokok-pokok bunga yang menyegarkan. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai menanam dan mengurus tanaman

  28. Hubungan syarat dan hasil, Contoh = Rakyat harus tekun bekerja. Ketekunan rakyat menentukan kemajuan negara Hubungan perbandingan Soalan analisis ayat susah. Soalan analisis wacana lagi susah Contoh = Hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan Contoh = Bencana Tsunami sungguh dasyat. Ombak besar itu mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia serta banyak memusnahkan harta benda

  29. Hubungan semantik antara bahagian wacana juga dapat ditimbulkan oleh unsur-unsur fonologi dalam sesuatu wacana. Antaranya termasuklah hentian, intonasi, dan nada suara. CONTOH : Ayat Ibu bapa Ali telah meninggaldunia mengandung ketaksaan makna, bergantung pada hentian atau kesenyapan suara yang berlaku. Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ali, maka ayat ini membawa maksud ”kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia”. Akan tetapi, sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ibu dan perkataan Ali, maka ayat ini bermaksud ”nenek Ali telah meninggal dunia”. Begitu juga halnya dengan intonasi yang berbeza. Misalnya, dengan tingkat nada yang meninggi di akhir ayat, ayat penyata Ali menulis surat akan menjadi ayat tanya Ali menulis surat? Seterusnya, ayat minimal duduk, sekiranya diucapkan dengan nada yang lembut, maka ayatnya ialah silaan. Tetapi, jika diucapkan dengan nada yang keras, ayat ini merupakan ayat suruhan yang membawa perasaan marah.

  30. Hubungan Wacana daripada Aspek Leksikal Hubungan ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Terdapat beberapa cara untuk memperoleh hubungan leksikal. Antara caranya termasuklah, pertama, dengan mengulang kata yang sama, CONTOH : ”Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung lagi. Tampaknya dia memang gemar termenung”.

  31. Dengan menggunakan sinonim CONTOH : ”Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita. Gejala ini sungguh membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu”. Dengan menggunakan antonim CONTOH : ”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Dengan menggunakan hiponim CONTOH : ”Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu. Antaranya termasuklah keli, haruan, tilapia dan puyu”.

  32. Dengan menggunakan kolokasi CONTOH : ”Kawasan hutan digondolkan untuk pembangunan. Kini gajah dan harimau kehilangan habitat semula jadi”. Dengan memanfaatkan unsur bersambut CONTOH : ”Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan”.

  33. Hubungan Wacana daripada Aspek Gramatikal. • Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. • Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan, penanda penggantian, elipsis dan penanda penghubung.

  34. Penanda Rujukan. • Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tunjuk. • Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam wacana. • Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan dalam contoh ini ialah mereka, : • ”Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembangunan negara”.

  35. Yang berikut ini pula ialah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama tunjuk : • ”Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun yang lalu”. • Penanda Penggantian. • Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain. • Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama (nominal), kata kerja (verbal), dan klausa. • Ini ialah contoh penggantian yang bersifat kata nama atau nominal: • ”Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga membeli sebuah”.

  36. Penanda Penghubung. • Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat. • Perhatikan contoh ayat ini untuk mengetahui bagaimana penanda penghubung menjalin semua yang dinyatakan itu : • ”Gejala bahasa rojak turut menular melalui rancangan-rancangan hiburan. • Dalam hal ini, rancangan yang paling ketara banyak merojakkan bahasa Melayu ialah drama dan siri komedi tempatan yang sengaja merojakkan bahasa Melayu dengan alasan untuk memperlihatkan realiti masyarakat Malaysia.

  37. Sebagai contoh, dlam siri komedi tempatan, kita sering mendengar kata-kata atau ungkapan –ungkapan seperti : • ”Cuba terai”, ”You ni teruk la”, ”Saya contact awak nanti”, • ”You dah lunch?”, ”I nak pergi shopping”, dan sebagainya. • Ungkapan-ungkapan seperti ini memberikan kesan negatif terhadap penggunaan bahasa anak-anak muda kerana merekalah golongan yang kerap menonoton rancangan hiburan seperti ini.

  38. ~TAMAT~

More Related