130 likes | 679 Views
INTEGRASI AUDIO DALAM PEMBINAAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN. Pusat Kegiatan Guru Kawasan Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus. INTEGRASI AUDIO.
E N D
INTEGRASI AUDIODALAM PEMBINAAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN Pusat Kegiatan Guru Kawasan Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus
INTEGRASI AUDIO • Bunyi merupakan sensasi kepada persembahan multimedia. Tanpa bunyi sesuatu persembahan akan menjadi bisu dan kaku dan tidak dramatik. Bunyi juga dapat menguatkan interaksi di antara penonton pada pelbagai tahap seperti terdapat pelbagai kesan bunyi yang dapat menyampaikan pelbagai maklumat kepada si pendengar secara tersurat dan tersirat.
KEGUNAAN BUNYI DALAM MULTIMEDIA • Meneguhkan mesej. • Contoh: Bunyi burung, harimau dll. • Menentukan keadaan fikiran atau hati (mood) seseorang. Muzik yang baik dan sesuai akan menarik perhatian penontor agar menjadi lebih berhati-hati dari mula hingga akhir rancangan. • Menarik perhatian dan menghidupkan suasana penonton. • Dapat mengantikan tenaga pengajar dengan adanya penambahan suara bagi persembahan secara individu atau pembelajaran berbantukan komputer.
KEPERLUAN PERISIAN • Minimum: Sebarang program rakaman yang dibekalkan bersama sistem pengendalian (Contoh: Sound Recorder untuk Windows) ATAU sebarang program rakaman audio yang dibekalkan bersama kad bunyi (Contoh: Wave Studio untuk kad bunyi keluarga (Sound Blaster). • Adalah lebih baik menggunakan program editor audio profesional (Contoh: CoolEdit Pro, SoundForge).
PERISIAN AUDIO • Perisian audio profesional Contoh: Cool Edit Pro, Sound Forge, Cubasis, Cakewalk, Wavelab, GoldWave, Win Groove • Perisian audio biasa Contoh: Sound Recorder Windows, Wave Studio Sound Blaster atau sebarang perisian dibekal oleh pengeluar kad bunyi. • Pengubah format audio Contoh: Real Audio Encoder, SoundVq Encoder, WinAmp3 Encoder, Xing MP3 Encoder • Perisian sintesis untuk memainkan lagu berformat MIDI bagi kad bunyi tanpa ciri wave synthesizer (iaitu pengguna kad bunyi 16/32 bit)
FORMAT AUDIO • Terdapat pelbagai format fail gelombang audio yang boleh digunakan di komputer anda. • Format wave (.wav) digunakan dalam platform Windows, format AIFF (.aif) digunakan dalam platform Macintosh dan format AU (.au) digunakan dalam platform Unix. Manakala format RealAudio (.ra, .ram, .rm, .rpm) dan MPEG3 (.mp3) boleh digunakan di pelbagai platform dengan menggunakan pemain yang sesuai.
MIDI • MIDI (atau Musical Instrument Digital Interface) adalah satu format piawai bagi komputer. Fail MIDI tidak mengandungi sebarang gelombang bunyi tetapi ia mengandungi penerangan bagaimana sesuatu lagu dimainkan. Anda boleh mengubah lagu tanpa suara di dalam format MIDI. Bunyi yang dihasilkan datangnya dari kad bunyi dan bukan fail MIDI. Oleh kerana fail MIDI tidak menyimpan bunyi maka saiznya adalah lebih kecil. Oleh itu ia sesuai dijadikan bunyi latar bagi laman Web anda.
MP3 • MP3 (atau MPEG Audio Layer 3) adalah satu format yang menggunakan teknologi pemampatan audio yang mengandungi sebahagian dari ciri-ciri MPEG-1 dan MPEG-2. Format ini dapat memampatkan saiz fail bunyi berkualiti CD dengan faktor 10 hingga 12 tanpa menjejaskan mutu asalnya. MP3 piawai menyimpan 1 minit muzik per megabit. Format ini amat menarik kepada penggemar muzik. Terdapat banyak tapak Web yang menawarkan fail-fail audio MP3 yang boleh dimuat turun.
SAIZ BUNYI • Kualiti bunyi audio digital mempengaruhi saiz fail audio di mana saiz fail audio bersampel 16 bit adalah lebih besar dari 8 bit dan saiz fail audio dengan frekuensi 44.100 Hz adalah lebih besar dari 22,050 Hz. Oleh itu, rakaman audio digital dibuat pada kualiti yang optimum mengikut kegunaan. Bagi kegunaan multimedia adalah lebih baik mengunakan fail audio yang bersaiz sekecil. Di sini frekuensi 44,100 Hz, 16 bit dan mono adalah mencukupi untuk kualiti optimum.
KEPERLUAN PERKAKASAN BUNYI (Hardware) • Hardware: • Kad bunyi (sebaiknya kad bunyi Sound Blaster) • Speaker • Mikrofon • Sistem sekurang-kurangnya 128 Mb RAM • Mempunyai ruang yang luas pada Cakera Keras. • Sebaik-baiknya menggunakan Desktop komputer. • Untuk lebih baik gunakan Mixer dan tempat/bilik yang tidak terdedah dari bunyi yang lain.
KEPERLUAN PERKAKASAN BUNYI (Software) • Software: • Sound Forge XP 6.0/7.0 • Sound Recorder ( terdapat pada semua sistem windows ) • Format Audio yang digunakan: 44,100 Hz 16 bit Mono
FORMAT FAIL • MUZIK LATAR • Biasanya digunakan format MIDI (*.mid) atau WAV (*.wav) • KESAN BUNYI • Bunyi yang pendek dan saiz yang kecil menggunakan format WAV (*.wav) atau MP3 (*.mp3) • SUARA LATAR • Suara yang dirakam dalam bentuk WAV (*.wav)
SETERUSNYA….. • Memulakan perisian Sound Forge 6.0.