600 likes | 2.03k Views
PEMBINAAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK. Microsoft Power Point. Pusat Kegiatan Guru Kawasan Kuala Pilah 72000 Negeri Sembilan D.Khusus. TUJUAN PERISIAN DIBINA. Pembelajaran Kendiri Untuk murid Pengajaran dan pembelajaran Untuk guru Kedua-duanya Untuk guru dan murid.
E N D
PEMBINAAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK Microsoft Power Point Pusat Kegiatan Guru Kawasan Kuala Pilah 72000 Negeri Sembilan D.Khusus
TUJUAN PERISIAN DIBINA • Pembelajaran Kendiri • Untuk murid • Pengajaran dan pembelajaran • Untuk guru • Kedua-duanya • Untuk guru dan murid
KAEDAH PEMBELAJARAN Kepelbagaian Bentuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam pembinaan perisian. • Ensaiklopedia • Penemuan dan lain-lain.
APA YANG DIPERLUKAN • Sesebuah projek pembangunan perisian perlu dirancang terlebih dahulu. Sebelum anda membangunkan perisian itu, anda perlu memikirkan tentang kenapa anda hendak membina perisian itu. Adakah anda mahu membina perisian berkaitan pengajaran dan pembelajaran atau untuk persembahan? Adakah perisian yang dirancangkan itu besar atau kecil?
PERANCANGAN • Dalam langkah perancangan, anda boleh mengambarkan perisian anda secara kasar dengan carta alir. Ia adalah sangat penting kerana merupakan peta jalan bagi aplikasi program multimedia yang berbentuk interaktif yang akan mengilustrasikan pelbagai pilihan pengguna pada skrin.
PERANCANGAN Anda perlu membuat perancangan yang teliti sebelum memulakan pembinaan multimedia antaranya: • Pembentukan pasukan. • Pemilihan perkakasan dan perisian. • Merekabentuk bahan P & P • Pengarangan • Master CD dan penilaian
KUMPULAN KERJA ATAU PASUKAN Antara Kumpulan Kerja ATAU Pasukan : • Pengurus Projek • Mengurus perjalanan projek dan sebagai fasalitator • Pakar Subjek atau Kandungan • Membekal maklumat dan isi kandungan • Pereka Bentuk • Menentukan bagaimana maklumat dipersembahkan dalam pelbagai gaya pembelajaran • Pembangun Papancerita • Menghasilkan skrip yang dapat menarik perhatian, konsisten dengan jalan cerita
KUMPULAN KERJA ATAU PASUKAN Antara Kumpulan Kerja : • Penyuntingan Grafik • Bertanggungjawab dalam elemen grafik seperti latar belakang, butang, gambar. • Penyediaan Bahan Audio • Bertanggungjawab dalam merekacipta dan menghasilkan muzik yang menarik, kesan bunyi, suara (vokal) dan juga suara latar yang diperlukan. • Penyuntingan Video • Membuat penggambaran, menyunting dan mendigitalkannya. Dia juga bertanggungjawab mengambil gambar, mengimbas gambar atau slaid.
KUMPULAN KERJA ATAU PASUKAN Antara Kumpulan Kerja : • Pelukis Animasi 2D / 3D • Bertanggunjawab terhadap rekabentuk dan penghasilan ilustrasi bergerak beserta kesannya. • Pengaturcara atau Pengarangan • Mengatur cara barisan kod atau skrip dalam alat pengarangan.
PENGENALAN KEPADA PERISIAN MICROSOFT POWER POINT • Microsoft Power Point merupakan sebuah pakej perisian persembahan elektronik yang lengkap dengan kemudahan dalam menghasilkan elemen-elemen multimedia yang utama seperti grafik, animasi dan interaktiviti.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PERISIAN MICROSOFT POWER POINT • Harga murah • Mudah dipelajari • Mempunyai ‘template’ dengan pelbagai corak, warna latar belakang dan grafik yang mudah. • Kemudahan memasukkan audio, video, serta animasi. • Menyediakan pautan atau capaian.
KEKURANGAN MENGGUNAKAN PERISIAN MICROSOFT POWER POINT • Interaktiviti terhad • Soalan random adalah terhad • Perlu sokongan dari perisian lain untuk menjadikan perisian lebih menarik • Respon untuk memberi jawapan pada paparan terhad • Link terputus
SEBELUM MENYEDIAKAN PERISIAN Anda perlu menyediakan: • Peta Struktur • Carta Alir • Papancerita (Storyboard) • Soalan latihan objektif atau subjektif dalam bentuk Microsoft Word • Atau soalan objektif menggunakan perisian lain seperti Hot Potatoes • Ujian • Pemilihan perisian yang hendak digunakan • Gambar yang berkaitan • Video (jika ada) • Audio (narasi, bunyi latar, efek) • Animasi (jika ada)
KANDUNGAN DALAM PERISIAN • Pengenalan • Objektif • Kumpulan Sasaran • Mata pelajaran • Pengetahuan atau Kemahiran Sedia ada • Penggunaan : - Pengayaan/Pemulihan/Pengukuhan • Soalan atau latihan • Penghargaan
TEKNIK PERSEMBAHAN • Sesebuah multimedia yang baik dan lengkap hendaklah berbentuk interaktif dan haruslah mengikut ciri-ciri di bawah. Perkara-perkara yang perlu ada: Teks Grafik termasuk gambar Audio atau narasi Video (jika ada) Animasi (jika ada)
SUSUNATUR PAPARAN SKRIN Paparan Utama (Interface Layout) • Menarik • Ramah pengguna • Mudah difahami • Sesuai dengan tahap kumpulan sasaran
PAPARAN UTAMA • Antara muka (Skrin Frame) • Menarik, lengkap, ramah pengguna dan mencapai konsep. Dibina sendiri dan elakkan menggunakan template yang sedia ada. • Warna Latarbelakang • Mempunyai kecerahan yang berlawanan dengan warna teks iaitu tulisan gelap hendaklah dipadankan dengan kertas dinding berwarna cerah dan begitu juga sebaliknya. Warna yang menarik dan menepati isi kandungan, bersesuaian dengan kumpulan sasaran. • Logo atau Trademark (logo sekolah atau institusi)
REKABENTUK • Menu Utama (Main Menu) • Mudah digunakan dan lengkap. Menarik, kemas, ramah pengguna, mudah digunakan dan lengkap. • Submenu • Cabangan dari menu utama. Pautan yang mempunyai maklumat, cabangan dari menu utama dan berfungsi. • Butang navigasi • Pautan ke paparan lain atau butang maju undur berfungsi.
REKABENTUK • Frame video • Frame video diselaraskan saiz dan kedudukannya – standard (320 x 240 pixel *.avi) atau (352 x 288 picel *.mpeg). • Frame Animasi • Bersesuaian dengan maklumat yang hendak disampaikan.
REKABENTUK • Ikon • Reka bentuk sesuai dengan topik • Pemilihan warna harus sesuai dengan mengambil kira latarbelakang • Kedudukan ikon harus konsisten pada setiap paparan • Saiz butang yang sesuai • Ruang kosong • Berdasarkan kepada kumpulan sasaran • Butang keluar / Simbol keluar / Arahan keluar tajuk • Kedudukan tetap, berada pada setiap paparan kandungan. • Menggunakan butang / symbol / tek.
TAIPOGRAFI • Jenis Font • Jenis font yang biasa digunakan Arial, Times New Roman, System dan Comic Sans SC sesuai dengan komputer yang lain. • Saiz • Bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Jelas dan mudah dibaca. • Aligment • Kedudukan teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
TAIPOGRAFI • Stail • Normal, bold (penegasan) atau italic (bahasa lain). Penggunaan stail font bersesuaian dengan isi kandungan. • Warna • Warna yang cerah berlatarbelakang gelap dan sebaliknya. Warna yang jelas mencapai objektif. • Efek • Tidak terlalu banyak efek. Bersesuaian dengan topik/subjek dan cara penyampaian
GAMBAR • Format gambar biasa digunakan .jpg dan .bmp. • Ciptaan Asli, elakkan dari cetak rompak diambil dengan menggunakan digital kamera, diimbas (scan) atau dilukis. Tidak digalakkan menggunakan .tga, .wmf, .tif, .pcx saiznya besar kerana ia melambatkan perjalanan perisian yang dibina. • Jelas, menarik dan kualiti gambar yang baik. • Ada kaitan dengan kandungan.
GAMBAR • Kedudukan yang tetap dan diselaraskan saiznya. • Gambar digunakan membantu isi pelajaran. • Susun letak bersesuaian dengan isi kandungan. • Resolusi gambar yang diimbas (scan) 300 dpi dan di indexed.
GRAFIK • Susun Atur Paparan Skrin • Seimbang - Kedudukan teks dan grafik dalam keadaan seimbang. • Kemas - Susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih dan menarik. • Konsisten - Teks dan grafik perlu berada pada kedudukan yang tetap pada setiap paparan.
ANIMASI • Imej bergerak digunakan bagi menegas atau menjelaskan lagi sesuatu fakta. Pemilihan animasi hendaklah tepat dan bersesuaian dengan kandungan, tidak terlalu banyak menyebabkan gangguan tumpuan. Format animasi yang biasa digunakan; (Microsoft GIF Animator) .gif, (Macromedia Flash) .swf • Hanya digunakan pada paparan yang sesuai. • Kualiti yang baik. • Mempunyai daya tarikan. • Sesuai dengan isi kandungan. • Contoh menggunakan Macromedia Flash saiz nya kecil dan ringan.
TRANSISI • Memasukkan kesan khas seperti transisi (transition) dalam perisian Microsoft Power Point. • Bersesuaian dengan konsep yang hendak disampaikan. • Pastikan pengguna tidak terlalu lama menunggu. • Letakkan arahan bagi memudahkan pengguna melayari perisian anda.
VIDEO Fail video amat besar oleh sebab ia mengandungi terlalu banyak maklumat yang terkandung dalamnya. • Format fail (*.mov)Quick time , (*.flc), fail yang biasa digunakan (*.avi), dan fail yang lebih kecil digunakan (*.mpeg) atau (*.gif) • Video yang jelas (saiz 320 x 240) atau 352 x 288). • Maklumat yang disampaikan mencapai objektif. • Format fail yang biasa digunakan (*.mpeg), (*.gif) atau (*.avi)
AUDIO • Muzik Latar • Biasa digunakan format MIDI (*.midi) atau WAV (*.wav) • Muzik ciptaan sendiri • Kualiti yang baik • Lebih perlahan daripada suara latar • Muzik yang ada kaitan dengan tajuk • Kesan Bunyi • Kesan bunyi yang pendek dan fail yang kecil menggunakan format WAV (*.wav), MP3 (*.mp3) atau SWA (*.swa) dalam format Authorware. • Kesan bunyi yang menarik dan bersesuai dengan isi pelajaran.
AUDIO • Suara Latar • Suara yang di rakam dalam bentuk format (*.wav) atau SWA (*.swa) dalam format Authorware. • Suara yang di rakam jelas dan menggunakan bahasa baku. • Pemilihan tek untuk rakaman suara latar berdasarkan kepada peringkat umur pengguna. Contoh: Tahap 1 (Tahun 1, 2, 3)- Setiap tek dirakam untuk menjelaskan isi pelajaran. Contoh: Power Point Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6) dan Sekolah Menengah – Memadai dengan tek arahan kecuali pada tempat-tempat yang tertentu bagi menegaskan isi pelajaran.
ISI KANDUNGAN • Perkembangan • Dari mudah ke susah • Pengetahuan • Bersesuaian dengan kumpulan sasaran • Berdasarkan pengetahuan sedia ada • Menguji pengetahuan • Konsep • Konsep tepat dan padat • Mencapai objektif
BAHASA • Pengistilahan • Istilah yang tepat dan betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). • Ejaan • Menggunakan ejaan yang betul (DBP). • Tatabahasa • Tatabahasa yang tepat dan betul. • Laras Bahasa • Laras bahasa yang tepat. • Wacana • Wacana yang menarik.
RAMAH PENGGUNA • Hot Spot (akan respon pada objek) • Hot Text (akan respon pada teks) • Roll Over (akan respon pada objek dan teks) • Scrolling Text (teks menggunakan bar) • Bantuan (cara menggunakan perisian)
LATIHAN • Kepelbagaian - Isi tempat kosong (hotspot) - Memadan (drag and drop) - Aneka pilihan (ABC) - Silangkata - Puzzle - Permainan (game) - dll
LATIHAN • Aras Kesukaran • Mudah • Sederhana • Sukar Contoh: - Soalan berbentuk subjektif dengan menggunakan Microsoft Word • Aneka pilihan menggunakan Hot Hotatoes • Menepati isi kandungan • Sesuai untuk kumpulan sasaran • Unsur-unsur • Pengayaan • Pemulihan • Pengukuhan Contoh Latihan
SOALAN • Soalan • Soalan mencukupi tahap yang dinilai • Maklumbalas (betul atau salah) • Peneguhan (tahniah/cuba lagi) • Kemahiran • KBKK • Kemahiran Saintifik, dan lain-lain.
TEKNIKAL • Susun Atur Paparan Skrin • Menarik • Ramah pengguna • Mudah difahami • Sesuai dengan tahap kumpulan sasaran
TEKNIKAL • Traking(Penanda kawasan atau tempat pada setiap paparan supaya pengguna tahu dimana ia sedang berada) • Log-in(kata laluan) • Data Storage(penyimpanan data) • Print Screen(cetak skrin paparan) • Print File(mencetak kandungan file) • Pelaporan (keputusan markah/pencapaian) • Keperluan Sistem
PENGATURCARAAN • Pengaturcaraan yang digunakan Microsoft Power Point 2003. • Pengaturcaraan yang digunakan oleh BTP iaitu Macromedia Authorware 5.2 atau Macromedia Authorware 7.01 (Educational Version). • Lain-lain Program : • Macromedia Flash MX (Animasi) • Adobe Photoshop 8.0 / CS (Grafik) • Sound Forge 6.0 / 7.0 (Audio) • Vegas 5.0/ Adobe Primier 6 / 7 (Video)
BEBERAPA ISTILAH • Hot Spot • Akan respon apabila pengguna mengklik, klik-duakali atau menggerak tetikus keatasnya. • Hot Object • Akan respon apabila pengguna mengklik objek keatasnya. • Drag and Drop • Soalan berbentuk padanan.
BEBERAPA ISTILAH • Random • Soalan bertukar kedudukan untuk kali kedua. • Score • Jumlah markah. • Log-in • Katalaluan - pengguna menaip untuk meneruskan kepaparan seterusnya.
BEBERAPA ISTILAH • Scroll Text • Bentuk tek yang menggunakan bar keatas atau ke bawah untuk melihat tek yang seterusnya. • Tracking • Penanda kawasan atau tempat pada setiap paparan supaya pengguna tahu dimana ia sedang berada. • Transition • Efek pada tek atau gambar/grafik.
BEBERAPA ISTILAH • Tries Limit • Menetapkan pengguna mencuba beberapa kali cubaan yang ditetapkan. • Wrong / Right Respond • Memberitahu pengguna betul atau salah setelah dicuba.
BEBERAPA ISTILAH • Mouse Over • Akan respon apabila pengguna menggerak tetikus keatasnya. • Link • Pautan ke paparan lain. • Check Button • Butang semak.
BEBERAPA ISTILAH • Mouse Click • Pautan ke paparan lain apabila diklik. • Close Up • Paparan akan kelihatan dekat. • Text Entry • Memerlukan pengguna menaip perkataan atau ayat.
KANDUNGAN DOKUMENTASI PAPAN CERITA Perkara yang perlu ada dalam dokumentasi: • Peta Struktur / Kandungan (Mapping) • Carta Alir • Kandungan Papan Cerita • Soalan Latihan • Ujian • Senarai Sumber Rujukan
PERINGATAN ? • Sebelum menyediakan perisian multimedia pendidikan. Perlu diingatkan bahawa pasukan kerja yang membina bahan tersebut hendaklah berdasarkan kepada kemampuan atau kepakaran yang sedia ada iaitu mudah, tepat, padat, menarik dan mencapai objektif.
PASTIKAN • Kepakaran: Isi kandungan, pengaturcara, animasi, grafik,video dan audio. • Gambar yang cukup. • Kandungan yang lengkap. • Soalan atau latihan yang mencukupi. • Kekangan masa. • Siap mengikut masa yang ditetapkan.
DOKUMENTASI • Bentuk Perisian • CD / DVD / Disket / Hard Drive / Thumb Drive / Zip File beserta dengan casingdan dimuatkan kedalam sebuah pakej yang menarik. • Ringkasan Mengajar • Ringkasan mengajar yang kemas, menarik dan lengkap. • Manual atau Panduan Pengguna • Manual yang lengkap mengikut format yang ditentukan.